Anda di halaman 1dari 12

BAHAGIAN C :

PENDEKATAN SEJARAH DAN


KRITIKAN SENI VISUAL
10.1 P EN D EK ATA N

PEN D AH U LU AN :
Dalam bidang Sejarah Seni Visual,
karya seni merupakan dokumen
sejarah atau sumber primer yang
penting,sementara apresiasi atau
penghayatan seni adalah menjadi
asasnya.
Kaedah mendekati atau
menganalisis karya seni boleh
dilakukan dengan mengajukan
beberapa soalan asas tentang karya
yang sedang dikaji ataupun dihayati.

Contoh soalan yang dapat


diajukan.
a. Apakah objek itu ?
b. Untuk siapa ia dibuat ?
c. Ia dibuat daripada apa ?
d. Bagaimana keadaannya sekarang ?
e. Adakah ia satu-satunya objek sedemikian ?
f. Apakah maksudnya?
g. Siapakah pembuatnya ?
h. Siapakah pemilik asalnya ?
i. Berapakah harganya ?

( Pointon, Marcia 1986)

Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar dalam


mengenali serta memahami sebuah karya seni itu
dengan lebih dekat dan bermakna.
Antara pendekatan yang terlibat dalam menilai
sesebuah karya seni ialah :
subjek (tema dan hal benda yang ditampilkan)
bentuk(aspek formal yang melibatkan cara
pengolahan karya,media teknik yang digunakan serta
dikaitkan dengan gaya penampilan)
kandungan dan konteks (yang melibatkan makna dan
fungsi)
Ini yang ditegaskan oleh Arnold Hauser (1999) seorang
sejarawan seni yang terkenal, dalam tulisannya bahawa
usaha memahami karya seni,kita tidak terus
menerangkannya tetapi cuba menyesuaikan diri kita
dengannya.

Pendekatan terperinci yang digunakan oleh beliau


banyak dimuatkan dalam bukunya yang bertajuk The
Philosophy of Art History (1963)
Menurut beliau,sesebuah hasil seni yang dikaji
hendaklah berdasarkan kajian yang melibatkan pelbagai
aspek yang berada dalam lingkaran sesebuah hasil seni.
Malah, hasil seni visual merupakan salah satu media
komunikasi yang menghubungkan antara pengkarya
dengan masyarakat sekitarnya.
Faktor luaran banyak mempengaruhi dan menentukan
bentuk sesebuah hasil seni. Faktor yang terlibat ialah
tujuan sesebuah karya dihasilkan . Contohnya, adakah ia
dihasilkan bertujuan untuk memenuhi upacara ritual yang
melibatkan keagamaan dan kebudayaan atau memenuhi
tujuan politik yang digunakan untuk mewujudkan
propaganda pihak pemerintah.

Penghasilan sesebuah karya seni visual tercetus


hasil daripada tiga aspek utama , iaitu psikologi,
sosiologi dan gaya/stail
a. Psikologi
Pengkarya merupakan individu yang memiliki
kehendak, angan-angan, buah fikiran dan rasa
dalam menyatakan ekspresi diri. Pengkarya akan
cuba merasai, berfikir dan memahami sesuatu
yang berlaku di persekitaran hidupnya.
kreativiti dan sensitiviti yang disampaikan oleh
pengkarya melalui seni visual yang dihasilkan
merupakan hasil interpretasi pengkarya terhadap
sesuatu keindahan berpandukan rujukan sosiologi
dalam masyarakatnya dan apa yang di

b. Sosiologi
pendekatan berkaitan dengan sosiologi berhubungkait
dengan masyarakat contohnya peristiwa ,kekuasaan
,falsafah,budaya ,agama dan ideologi
oleh itu, kebanyakan penciptaan sesebuah karya seni
merujuk kepada pelbagai faktor sosiologi yang wujud
dalam kehidupan pengkarya dan masyarakat.
c. Gaya/stail
Pertembungan faktor sosiologi dan psikologi melahirkan
gaya atau stail. Gaya ialah cara tertentu yang digunakan
oleh pengkarya dalam menonjolkan hasil seni.
Gaya mencirikan pengkarya,mencerminkan sesuatu
zaman serta menghasilkan idea baru. Contohnya,
perubahan dalam kehendak masyarakat,perubahan
ekonomi serta perubahan cita rasa

Contoh situasi :
karya Catan di Barat pada abad ke-15 dan 16
mementingkan kesempurnaan dan menekankan
imej keagamaan. Ia disebabkan kebanyakan
penaung kepada aktiviti seni pada masa itu ialah
pihak gereja dan kewujudan penyebaran agama
kristian yang luas dan kuat pada ketika itu.
Walaubagaimanapun, karya catan pada abad ke19 telah bertukar corak dan gaya kepada
rakaman semula jadi serta menolak gambaran
tradisional dan fiksyen

Sejarawan seni terkenal, Erwin Panofsky (1892-1968)


dalam karyanya bertajuk Meaning In The Visual Arts
(1982) mencadangkan tiga peringkat untuk memahami
makna
dalam sesebuah
hasilpada
seniperingkat
iaitu : paling asas
a.
Sudut luaran/kajian
hal benda
Kajian pada peringkat ini melibatkan tafsiran setiap perkara yang
wujud pada sebuah karya. Tafsiran yang dilakukan hanya
berpandukan imej tersurat melalui olahan bentuk-bentuk yang
dikenali serta wujud di persekitaran manusia seperti alam benda,
bangunan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Tafsiran pengelasan
pelbagai hal benda adalah berdasarkan olahan warna dan rupa,
juga melibatkan simbol atau motif asas serta kajian olahan
bentuk di mana ia dapat menyatakan atau menghuraikan
objek/hal benda pada peringkat asas dan cuba mengaitkan
dengan sesuatu perkara/peristiwa pada ketika itu.

b. Kaitan tema atau konsep/ kajian lanjut


terhadap simbol atau lambang
Berkaitan dengan pelbagai rupa atau imej yang
divisualkan dengan tema atau konsep yang ingin
disampaikan oleh pengkarya berpandukan persekitaran
masyarakat yang wujud ketika karya dihasilkan. Pada
tahap ini pengkaji mula menganalisis kandungan dan konteks
merangkumi makna atau fungsi pada sesebuah hasil seni yang
dikaji. Peringkat seterusnya ialah di mana objek/hal benda atau
sesuatu peristiwa dapat menyatakan tema dan konsep yang
digunakan dalam sesebuah karya.
Contoh : imej raja yang disanjung oleh sesuatu kaum dapat
dikaitkan dengan keagamaan yang dimiliki oleh masyarakat di
persekitaran pada ketika karya dihasilkan.

c. Tafsiran makna dalaman


Pada peringkat ini, pengkaji mula memahami makna dalaman
yang memerlukan interpretasi simbol yang divisualkan yang
mungkin berhubungan dengan psikologi pengkarya dan sistem
keagamaan, kebudayaan atau pandangan hidup masyarakat
pada
ketika itu. Malah, tema dan konsep yang digunakan dapat
menyatakan pelbagai aspek yang lebih mendalam seperti
kebudayaan ,keagamaan atau falsafah yang wujud mengikut
perbezaan kelompok masyarakat yang ada pada ketika itu.

Untuk mengkaji sesuatu karya mengikut kaedah


sejarah seni visual, audiens atau pengkaji perlulah
mempunyai ilmu seni agar apresiasi yang diberikan
menepati spesifikasi dan mengikut kaedah kajian yang
betul dan sistematik
Antara perkara yang perlu dikaji ialah pengetahuan
tentang sistem sosial,ekonomi atau politik yang wujud di
persekitaran karya yang dikaji.
penelitian subjek,bentuk serta kandungan dan konteks
haruslah dikaitkan dengan beberapa faktor lain yang
berkaitan seperti faktor masa dan gaya dalam
mempengaruhipenghasilan sesebuah karya yang dikaji

Anda mungkin juga menyukai