Anda di halaman 1dari 24

PENDEKATAN SEJARAH DAN KRITIKAN SENI VISUAL Oleh Prof. Madya Dr.

Muliyadi Mahamood Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Pendahuluan

Seni

Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu. Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden dan pascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan penghargaan terhadap seni lazimnya mengambilkira aspek-aspek formal, makna dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang bersifat psikologi dan sosiologi. Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12). Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika (1959: 16).

Seni Visual

Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek atau persembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.

Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut bahan campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis pada abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden telah menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer. Sebagai suatu bentuk komunikasi, seni visual menyampaikan pelbagai maksud yang bertolak daripada pemikiran, perasaan, dan pengamatan (Preble, Preble dan Frank, 1999).

Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual, justeru melahirkan beberapa istilah seni yang penting. Sebagai contoh, istilah-istilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan fungsi seperti produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan animasi.

Di samping seni halus dan seni gunaan, terdapat juga istilah-istilah seni tradisi, seni keagamaan, seni moden dan seni pascamoden. Seni tradisi lazimnya disifatkan sebagai bentuk-bentuk seni yang diwarisi oleh sesebuah bangsa dengan penampilan ciri-ciri tertentu yang boleh mencerminkan identiti masyarakat tersebut. Sebagai contoh, identiti dalam kesenian tradisi Melayu seperti seni ukir, seni tekstil dan anyaman dapat dihayati menerusi keseragaman motifmotif dan maknanya. Seni keagamaan pula mendukung prinsip-prinsip agama tertentu dan ia berbeza di antara satu dengan yang lain lantaran setiap agama memiliki konsep, tatacara, kaedah dan prinsip yang tersendiri.

Kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan persekitaran, serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang Sejarah Seni Visual. Justeru itu, Sejarah Seni Visual adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji perkembangan tamadun manusia menerusi penelitian terhadap kerja-kerja seni.

1.

Konsep dan Kaedah Sejarah Seni Visual

1. Maksud Sejarah Seni Visual

Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual juga muncul sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop, peranan, dan cabang-cabang yang luas. Sejarah Seni Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau pengkajian tentang bentukbentuk seni, malahan melibatkan apa-apa jua yang berkaitan dengan kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang pengkarya: pelukis dan pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan, makna, pemilik, penaung, persepsi, tanggapan, peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang terhasil akibat daripada kewujudan karya seni itu.

Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai pengalaman yang merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu. Dalam konteks ini, Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus terhasilnya karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai, makna, serta persepsi masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana penghasilan karya seni itu turut berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas, justeru itu bidang Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan bidang-bidang ilmu dan profesion lain. Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia (Zakaria Ali, 1989; Muliyadi Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).

1. Tujuan Sejarah Seni Visual

Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa masa lalu sebagai asas untuk memahami situasi masa kini. Jika sejarawan memahami masa lalu dengan mengkaji fakta-fakta peristiwa, sejarawan seni visual pula berusaha untuk memahami masa lalu menerusi karya-karya seni. Dalam konteks ini, karya seni visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang merakamkan akan masa atau era yang menghasilkannya, sementara apresiasi atau penghayatan seni yang menjadi dasar bidang Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk memahaminya. Selain daripada memperjelaskan akan bentuk, makna, dan fungsi sesuatu karya, Sejarah Seni Visual juga melihat akan perubahan-perubahan persepsi, fungsi, mahupun makna yang berlaku ke atas sesuatu karya itu, contohnya dengan mengkaji faktor-faktor yang mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner, 1996).

1. Kaedah Sejarah Seni Visual

Dalam bidang Sejarah Seni Visual, karya seni merupakan dokumen sejarah atau sumber primer yang penting, sementara apresiasi atau penghayatan seni menjadi asasnya. Kaedah mendekati atau menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan mengajukan beberapa soalan asas tentang karya yang sedang dikaji ataupun dihayati.

Misalnya, ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?; untuk siapa ia dibuat?; ia dibuat daripada apa?; bagaimana keadaannya sekarang?; adakah ia satu-satunya objek sedemikian?; apakah maksudnya?; apakah yang cuba disampaikan?; bagaimanakah ia dipersembahkan?; dan siapakah yang menghayatinya?. Atau, ia boleh dimulakan dengan soalan siapakah pembuatnya?; di mana ia sekarang?; bagaimana ia berada di tempatnya kini?; bila ia sampai di tempatnya kini?; siapa yang mendapatkannya?; mengapa?; berapakah harganya?; siapa pemilik asalnya?; siapa yang menghayatinya? (Pointon, 1994: 61). Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar dalam mengenali serta memahami sesebuah karya seni itu dengan lebih dekat dan bermakna. Ini yang ditegaskan oleh Hauser dalam tulisannya, bahawa dalam usaha memahami karya seni, kita tidak terus menerangkannya, tetapi cuba menyesuaikan diri kita dengannya.

Berbicara tentang karya seni, Hauser menulis:

"We do not go straight towards them, but circle around them. Each generation sees them from a different point of view and with a fresh eye; nor is it to be assumed that a later point of view is more apt than an earlier one. Each aspect comes into sight in its own time, which cannot be anticipated or prolonged; and yet its significance is not lost, for the meaning that a work assumes for a later generation is the result of the whole range of previous interpretations." (Hauser, 1959 in Fernie, 2001: 205).

Secara umumnya, pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspek-aspek bentuk (aspek-aspek formal, termasuklah pengolahan karya dan gaya penampilan) dan makna (ikonografi: tersurat dan tersirat). Penelitian terhadap bentuk dan makna ini pula dihubungkan dengan konteks penghasilan sesuatu karya, misalnya aspek-aspek period atau masa: sejarah dan kebudayaan.

(b) Konsep dan Kaedah Kritikan Seni Visual

(i) Pengertian Kritikan Seni Visual

Kritikan seni bermaksud wacana tentang sesuatu karya seni sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan (Feldman, 1994). Kritikan seni dilakukan daripada pelbagai sudut berasaskan satu sistem atau strategi yang teratur, merangkumi aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Kritikan seni penting dalam perkembangan seni visual kerana ia mempengaruhi profesion karyawan, persepsi dan daya apresiasi khalayak, cita rasa dan strategi pengumpul seni, pemilik galeri serta promoter seni. Justeru itu, kritikan seni yang baik boleh dianggap sebagai suatu alat terbaik menentukan arah perkembangan seni pengkarya dan seni visual secara umumnya.

(ii) Tujuan Kritikan Seni Visual

Kritikan seni memainkan peranan penting dalam perkembangan seni visual baik bagi pengkarya mahupun khalayak secara umumnya. Bagi pengkarya, kritikan boleh membantu mereka mempertingkatkan profesion menerusi penambahbaikan dalam proses pengkaryaan dengan mengambil kira reaksi serta maklum balas dari pengkritik mahupun khalayak. Bagi penghayat pula, kritikan seni boleh mempertingkatkan tahap apresiasi serta persepsi mereka terhadap seni visual secara umumnya.

Kritikan seni merangkumi pelbagai persoalan asas dan ruang litup seni visual, seperti bentuk, makna dan konteksnya. Dalam kritikan seni, pengkritik perlu mengambil kira aspek hal benda, komposisi, dan kandungan karya menerusi strategi terancang yang melibatkan aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Sesebuah karya kritikan seni boleh terhasil dalam bentuk jurnalistik mahupun ilmiah, diterbitkan serta disebarkan untuk pengetahuan pengkarya dan khalayak.

Dalam kritikan, pengkritik seni menyentuh persoalan-persoalan yang meliputi aspek perasaan, idea, serta pelbagai perkara lain yang diungkapkan pengkarya melalui karyanya, sama ada dalam bentuk catan, lukisan, arca, periklanan, kartun, komik, reka bentuk laman web, poster dan seumpamanya. Pengkritik berperanan sebagai penghubung antara pengkarya dan khalayak menerusi hasil kritikannya yang mengupas kepelbagaian nilai serta makna. Dengan kata lain, pengkritik juga berupaya mengupas serta memperjelaskan nilai-nilai yang tersurat dan tersirat dalam sesebuah karya seni untuk makluman khalayak dan pengkarya itu sendiri. Menurut Feldman (1994), pengkritik mempunyai dua peranan besar, iaitu mengulas organisasi estetik dan pengolahan teknik karya, di samping menyentuh persoalan-persoalan minat serta nilai yang disimbolkan dalam sesebuah karya seni.

Oleh kerana kritikan seni mengulas, menganalisis, menginterpretasi, dan menilai karya seni visual yang juga merupakan objek budaya, maka ia pada dasarnya berhubungan dengan hal ehwal kebudayaan. Dalam konteks ini, kritikan seni sebenarnya turut berperanan dalam menentukan arah perkembangan sesebuah kebudayaan. Karya seni adalah cerminan masyarakat dan budaya yang terungkap melalui pengucapan tatabahasa visual pengkarya. Pengkritik mengupas persoalan-persoalan tersebut, justeru memaklumkan kepada khalayak tentang kedudukan pengkarya dan kebudayaan secara umumnya. Pertimbangan serta penilaian pengkritik boleh dijadikan landasan serta panduan penambahbaikan mahupun penentuan arah seni dan budaya. Dalam konteks ini, tujuan-tujuan kritikan seni adalah untuk membimbing, memberi kefahaman dan penjelasan kepada khalayak mengenai sesuatu karya yang dikupas. Menerusi pertimbangan serta penilaian yang dilakukan, pengkritik berupaya memperjelaskan ataupun menyelesaikan isu-isu berkenaan estetik dan kebudayaan. Justeru itu, kritikan seni pada dasarnya tidak terpisah daripada konteks kebudayaan pengkarya, masyarakat mahupun tamadun.

Kritikan seni boleh mempengaruhi profesion pengkarya kerana ia merupakan suatu bentuk reaksi, maklum balas, pengesahan malahan pengiktirafan terhadap sesuatu produk seni yang dihasilkan. Menerusi maklum balas itu, pengkarya boleh menambahbaik mutu atau gaya karya mereka secara berterusan. Proses penambahbaikan ini boleh menyentuh persoalan idea, konsep, teknik, tema, hal benda, atau gaya persembahan secara umumnya. Hal ini demikian kerana kritikan seni lazimnya menyentuh kepelbagaian aspek itu, berdasarkan kemampuan serta pendekatan yang diambil oleh pengkritik.

Bagi pemilik galeri dan promoter seni, kritikan boleh membantu mereka mempromosi serta menjual karya seseorang pelukis. Ia boleh mewujudkan suatu bentuk komunikasi antara pemilik galeri atau promoter seni dengan pembeli atau khalayak. Kritikan membolehkan pemilik galeri dan promoter seni mengenalpasti bakat-bakat baru di samping terus mempromosikan pelukispelukis sedia ada. Meskipun dalam etika kritikan, seseorang pengkritik tidak seharusnya secara langsung bekerjasama dengan pemilik galeri ataupun promoter seni bagi menaikkan seseorang pengkarya ataupun sesuatu produk, tulisannya yang neutral itu boleh mempengaruhi khalayak secara umumnya.

Bagi pengumpul karya seni, kritikan boleh mempertingkatkan nilai sesuatu karya yang mereka miliki. Sesebuah karya seni akan menjadi lebih terkenal jika ia diperkatakan serta dibicarakan secara meluas, justeru itu memungkinkan ia dikenali lebih ramai dan menjadi popular. Kepopularan karya boleh mempertingkatkan nilai komersilnya. Di samping itu, kritikan juga berupaya mengesahkan atau membenarkan persepsi atau tanggapan pengumpul seni terhadap sesuatu karya yang mereka miliki atau berhajat untuk dibeli. Bagi muzium, galeri seni awam dan swasta, serta yayasan kesenian yang mengumpul seni, kritikan seni berupaya memperkayakan dokumentasi serta bahan rujukan koleksi, di samping memberi mereka panduan bagi membeli karya-karya yang baru, baik dan berpotensi.

Penulisan sejarah serta kritikan seni merupakan dokumen-dokumen penting bagi pengkaji dan khalayak untuk mengenali sesebuah karya itu dengan lebih berkesan dan bermakna. Hal ini memungkinkan mereka mempertingkatkan kefahaman, persepsi dan daya apresiasi tentang seni secara umumnya. Menerusi kritikan seni, khalayak boleh memahami dengan lebih lanjut akan sesebuah karya itu, misalnya dari sudut tema, teknik, gaya dan makna. Khalayak memahami aspek bentuk dan makna karya secara tersurat dan tersirat, bukan melihat secara luaran sahaja kerana kritikan seni menampilkan diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan yang membolehkan mereka meletakkan seni pada konteks ruang dan masanya.

Bagi sejarawan dan pengkaji seni, kritikan seni boleh membantu usaha mereka meletakkan kedudukan seseorang pengkarya mahupun produk seni itu dalam peta perkembangan seni yang lebih luas. Hal ini menunjukkan bahawa, selain daripada menjadi wadah pendidikan, kritikan seni juga boleh menjadi dokumen-dokumen sejarah yang penting lagi berharga.

(iii) Kaedah Kritikan Seni Visual

Pendekatan Kritikan Seni

Secara umumnya, kritikan seni terbahagi kepada dua pendekatan asas, iaitu ilmiah, dan jurnalistik. Pendekatan ilmiah adalah bentuk penulisan yang terperinci lagi sistematik dan lazimnya terbit dalam jurnal, majalah dan buku. Pendekatan ilmiah selalunya disokong oleh fakta serta sumber-sumber rujukan dan kajian lain yang menyokong serta memperkukuhkan sesuatu hujahan. Penulisan seperti ini lazimnya dilakukan oleh sarjana seni, misalnya profesor, kurator muzium, penyelidik, dan penulis. Pendekatan jurnalistik pula berbentuk laporan, penerangan dan penulisan diskriptif yang terbit dalam surat khabar dan majalah, atau disiarkan melalui radio dan televisyen untuk tatapan umum

Strategi Kritikan Seni

Kritikan seni amat berkait rapat dengan apresiasi seni yang terbentuk menerusi kefahaman terhadap aspek-aspek asas karya seperti hal benda, komposisi dan kandungan. Kebolehan menangani serta menghuraikan ketiga-tiga aspek ini akan memberi laluan kepada penghasilan

kritikan yang lebih bermakna lagi berkesan. Dalam strategi pertama iaitudiskripsi, seseorang pengkritik perlu mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya, seperti pengolahan formal dan mengenal pasti imejan. Dia perlu mengumpul data-data asas atau data-data visual karya dan fakta-fakta pengkarya seperti biodata, tajuk, medium, dan tarikh: jelasnya, menyediakan suatu inventori akan perkara-perkara utama itu.

Pada tahap analisis karya, pengkritik perlu menganalisis fakta-fakta visual, contohnya dari sudut pengolahan komposisi, garis, cahaya, bentuk, warna, permukaan, dan jalinan. Ini dihubungkan dengan persoalan proses dan teknik serta mencari pertaliannya dengan persoalan idea dan perasaan misalnya. Menerusi strategi ini, pengkritik seharusnya berupaya mengenal pasti kepelbagaian hal benda dalam karya yang antara lain merangkumi figura, alam semula jadi, alam persekitaran dan objek buatan manusia. Keupayaan mengenal pasti ini seharusnya diiringi dengan kebolehan membaca bentuk penampilan imejan yang mungkin berkaitan dengan pelbagai aliran dan gaya seni, baik yang bersifat tradisi, moden, pascamoden mahupun kontemporari. Pengetahuan ini memungkinkan pengkritik membuat perbandingan serta perhubungan di antara satu karya dengan karya-karya yang lain, ataupun satu gaya dengan gaya-gaya yang lain. Hal ini amat penting bagi membentuk pandangan dan pertimbangan kendiri oleh pengkritik.

Komposisi merangkumi aspek-aspek asas seni reka, media dan teknik. Pengkritik sewajarnya berupaya menganalisis pengolahan komposisi karya dengan memberi tumpuan kepada prinsip dan unsur seni serta memahami kepelbagaian bentuk tatabahasa visual seperti abstrak, realistik, naturalistik, dan separuh abstrak yang digunakan pengkarya bagi mengungkapkan bentuk dan makna karyanya. Pengetahuan pengkritik mengenai penggunaan media dan teknik akan mempertajamkan kritikannya kerana dia berupaya menyelami kaedah-kaedah pembentukan sesebuah karya dengan lebih mendalam.

Berdasarkan analisis hal benda dan komposisi, seseorang pengkritik berupaya melakukaninterpretasi iaitu mengenal pasti kandungan sesebuah karya yang mengungkapkan sesuatu tema, makna, dan fungsi. Dalam hal ini, pengkritik berusaha meletakkan bentuk dan makna karya pada konteksnya. Rangkuman ketiga-tiga proses mengenal pasti dan menghuraikan aspek-aspek asas ini memungkinkan pengkritik membuat pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya.

Kritikan seni memerlukan daya kefahaman individu yang baik terhadap pelbagai aspek karya seni visual yang dibicarakan. Justeru itu, untuk menjadi seorang pengkritik yang baik, seseorang individu itu sewajarnya mempunyai pendidikan formal dalam bidang seni serta berpengetahuan luas. Dia seharusnya berupaya berkomunikasi dengan baik dan jelas, sama ada secara lisan ataupun tulisan. Dia juga sewajarnya bersifat terbuka, bersedia untuk berkongsi pengalaman dan

pengetahuan dengan khalayak, serta mempunyai kejelasan pemikiran dan ekspresi. Aspek-aspek ini amat perlu bagi seseorang pengkritik dalam menghasilkan pertimbangan dan penilaian yang berbentuk "formalisme, ekspresivisme, mahupun instrumentalisme" (Feldman, 1994). Pertimbangan dari sudut formalisme adalah pertimbangan berasaskan aspek-aspek keindahan dan harmoni; ekspresivisme ialah pertimbangan berdasarkan keupayaan menyampaikan perasaan dan idea; sementara instrumentalisme bermaksud pertimbangan berdasarkan keberkesanan karya sebagai suatu wadah atau alat, contohnya dalam konteks sesuatu institusi, masyarakat dan negara.

Rujukan Bender, J.W. and Blocker, H.G., 1993. Contemporary Philosophy of Art. New Jersey: Prentice-Hall. Gaitskell, C.D. dan Al Hurwitz, 1970. Children and Their Art. New York: Harcourt Brace and World Inc. Hauser, A., 1959. The Philosophy of Art History. New York: Alfred A. Knopf. Hauser, A., 1959. The Philosophy of Art History dalam Eric Fernie, 2001. Art History and Its Methods. New York: Phaidon Press Limited. Hornby, A.S., 1974. Oxford Advanced Learner's Dictionary of Current English. Oxford University Press. http://www.newcastle.edu.au/discipline/fine-art/theory/analysis/panofsky.htm Lester, P. M., 2000. Visual Communication: Images with Messages. Wadsworth Thomson Learning. Martin, J., 1986. Longman Dictionary of Art. Longman. Mbiyo Saleh, 1987. Estetika. Jakarta: Yayasan Umbi. Muliyadi Mahamood, 1993. Mendekati Seni Lukis dan Seni Reka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muliyadi Mahamood, 2000. Sejarah Seni: Zaman Pertengahan hingga Abad ke 20. Kuala Lumpur: Univision Press. Muliyadi Mahamood, 2001. Seni Lukis Moden Malaysia: Era Perintis hingga Era Pluralis. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.

Muliyadi Mahamood, 2004. The History of Malay Editorial Cartoons (1930s1993).Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Ocvirk, O. G., Stinson, R. E., Wigg, P. R., Bone, R. O., and Cayton, D. L., 1998. Art Fundamentals: Theory and Practice. McGraw-Hill. Osborne, H., 1979. The Oxford Companion to Art. Oxford University Press. Pointon, M., 1994. History of Art. London and New York: Routledge. Preble, D., Preble, S. and Frank, P., 1999. Art Forms. New York: Longman. Read, H., 1959. The Meaning of Art. Penguin Books. Rupa dan Jiwa. Katalog Pameran Rupa dan Jiwa: Kesinambungan Tradisi Dalam Seni Rupa Malaysia Sezaman. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara, 15 Jun-2 Julai, 1993. S.H. Nasr, 1989. Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus. Terjemahan Baharudin Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sidi Gazalba, 1977. Pandangan Islam tentang Kesenian. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Smagula, H., 1991. Re-Visions: New Perspectives of Art Criticism. New Jersey: Prentice Hall. Stern, A., 1973. "The Child's Language of Art" dalam In Child Art: The Beginnings of Self-Affirmation. Edited by Milda Present Lewis. Berkeley: Diable Press Inc. Tansey, R. G. dan Kleiner, F. S., 1996. Gardner's Art Through the Ages. New York: Harcourt Brace College Publishers. Zakaria Ali, 1989. Seni dan Seniman: Esei-esei Seni Halus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

IMPRESSIONISME Imperssionisme adalah satu istilah yang longgar untuk menamakan hasil-hasil karya beberapa orang seniman di Paris pada sekitaran tahun 1872-1882. Ia bukanlah satu badan atau school yang rasmi, tetapi merupakan manifestasi orang perseorangan yang mempunyai persamaan dari segi stail dan cara melihat yang pada dasarnya di tumpukan kepada menangkap kesan-kesan cahaya untuk diterjemahkan di atas kanvas. Ciri-ciri seperti inilah yang membolehkan penonton menghayati karya-karya mereka sebagai satu stail. Impressionis ingin merakam perubahan cahaya yang turut membawa kesan kepada perubahan objek. Cahaya yang sentiasa berubah menyebabkan mereka tidak boleh menggambarkan sesuatu yang tetap. Mereka Cuma boleh menampakkan satu kesan (impressi) dari cahaya yang lembut. Ini dilakukan menerusi penggunaan warna, meneliti dan mencuba serta memahami teori warna adalah cahaya dan cahaya adalah warna. Impressionis ingin merakam impressi dan kesan tampak yang bersifat sementara. Karya-karya mereka tidak mengandungi unsur komentar sosial, kiasan, pendidikan moral ataupun drama emosi. Subjek mereka adalah warna dan cahaya. Mereka mengkaji bagaimana warna berubah mengikut masa pada satu-satu masa dan suasana, serta bagaimana cahaya mengubah permukaan dan ruang. Impressionis juga menentang ide Romantis bahawa seni meluahkan perasaan. Seni foto dan seni cetak potongan kaya Jepun (Ukiyo-e) adalah antara pengaruh-pengaruh luar yang wujdu dalam impressionisme Contoh 1. Edouart Manet The Bar at the Folies-Bergere (1882) 2. Claude Monet Impression Sunrise(1872) 3. Camille Pissaro Place du Theatre Francais(1895) 4. Pierre Auguste Renoir La Moulin de la Gallete (1876) Rujukan 1. Hunter, Sam and Jacoubus, John, ModernArtNew York : Harry N. Abrams, 1986 2. Muliyadi Mahamood. Keindahan Alam Dari Kacamata Impressionis. Dalam Utusan Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Melayu (M) Bhd., 29 Januari 1986 3. Pool, Phoebe. Impressionisme. London: Thames and Hudson, 1967

POST-IMPRESSIONISME Tidak seperti Kubisme, Futurisme ataupun Surrealisme, Post-Impressionisme bukanlah sebuah kumpulan yng terancang. Ia merupakan satu istilah yang digunakan untuk menamakan sekumpulan pelukis yang aktif berkarya pada akhir abd ke-19. Mereka dipengaruhi oleh

Impressionisme, tetapi kemudiannya merasakan prinsip-prinsip Impressionisme terlalu terhad. Mereka menolak Impressionisme dan membentuk prinsip-prinsip tersendiri. Antaranya: 1.Minat terhadap kekukuhan bentuk, sebagaimana yang terdapat dalam karya-karya Cezanne dan Seurat. Ini mempengaruhi banyak aliran dan gaya seni pada abad ke-20 seperti Kubisme, De Stijil dan Seni Abstrak. 2.Minat untuk menggunakan warna, garisan dan corak secara ekspresif dan simbolik seperti dalam karya-karya Van Gogh dan Gauguin. Ini mempengaruhi Ekspressionisme dan Surrealisme. Istilah Post-Impressionisme telah diberi oleh pelukis dan pengkritik seni Inggeris Roger Fry pada 1910. Fry telah ke Perancis mengumpulkan karya-karya Cezanne, Gauguin, Van Gogh, Seurat dan Matisse untuk dipamerkan di balai Seni London. Beliau menamakan pameran tersebut PostImpressionisme. Selain bermaksud pelukis-pelukis yang datan selepas Impressionisme, Fry dalam catalog pameran tersebut menjelaskan yang Post-Impressionis adalah pelukis yang tidak meniru bentuk, tetapi mencipta bentuk; tidak meniru sesuatu yang hidup, tetapi mencari persamaan (seni) kepada yang hidup. Mereka membuat imej secara logik dan bernas, berupaya menarik daya imaginasi dan pengamatan kita, seperti juga benda-benda dari kehidupan yang sebenar mempengaruhi aktiviti kita. Clive bell, seorang pengkritik seni dan rakan rapan Fry dalam catalog yang sama menyebut, Post-Impressionis memudahkan, menolak detail, jelasnya, mereka menekankan kepda sesuatu perkara yang lebih penting kepada seni abad ke-20 ini Pelukis-Pelukis Post-Impressionisme Paul Cezanne Cezanne menegaskan bahawa kesemua bentuk terbahagi kepada tiga kategori asas geometric iaitu kun, selinder dan sepiar. Bentuk amat penting dalam karya-karyanya. Subjek-subjeknya seperti alam benda, lanskap Aix-en-Provence dan figura manusia. Contoh karya 1. Self-Portrait(1879) 2. Mont. St. Victoie(1886-88) 3. Still Life With Apples and Oranges(1895-1990) Georges Seurat Seurat menghasilkan karya dengan mengkaji teori-teori warna secara saintifik. Beliau menggunakan sapuan-sapuan berus yang halus seperti titik-titik warna yang ditindan-tindankan serta diatur sebelah menyebelah. Gaya ini juga dikenali sebagi Neo-Impressiosme, Divisionisme atau Pointilisme.

Contoh karya 1.Bathers (1884-85) 2.Sunday Afternoon on the Islan of La Grands Jatte (1884-86) Pau Gauguin Paul Gauguin terpengaruh dengan Seni Oriental dan Seni Primitif. Bentuk-bentuk dalam karyanya bersifat papar dengan penggunaan warna yang agak dekoratif bertujuan menyalurkan emosi. Contoh Karya 1.Vision After the Sermon (1888) 2.The spirit of the Dead Watchng (1892) Van Gogh Seperti Gauguin, beliau ingin meluahkan emosi menerusi seni lukis. Ini dilakukan menerusi penggunaan warna yang simbolik seta kaedah sapuan berus yang tertentu. Contoh Karya 1.Self-Portrait (1889) 2.The Potato Eaters (1885) 3.The Starry Night (1889) Henri de Toulouse-Lautrec Subjek-subjek karyanya seperti suasana kelab malam, teater, caf, restaurant dan rumah pelacuran. Garis luaran memainkan peranan pentin dalam membentuk figuranya di samping warna yang rata. Ciri-ciri kartun dan karikatur jelas kelihatan dalam karya-karyanya. Contoh Karya 1.At the Moulin Rouge (1892) Edvard Munch Seorang pelukis berbangsa Norway, ciri-ciri ketegangan, ketakutan dan hysteria diadunnya dalam karya-karya yang berkaitan dengan seks, kematian dan kesunyian. Beliau terpengaruh dengan karya-karya Van Gogh, Gauguin dan Lautrec. Warna digunakannya untuk meluahkan perasaan dan stailnya itu kemudiannya mempengaruhi pelukis-pelukis Ekspressionis Jerman abad ke-20 Contoh Karya 1.The Scream (1893)

Rujukan 1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985 2.Muliyadi Mahamood. Post-Impressionisa : Imej Bergambar Yang Memaparkan Inti Kehidupan. Dalam Utusan Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Malayu (M) Bhd., 21 Julai 3.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.

Fauvisme Fauvisme merupakan aliran estetik dalam catan yang pertama pada abad ke 20, yang didasarkan kepada penilaian terperinci terhadap pure color (warna asli yang tidak bercampur). Fauvisme ditubuhkan di Paris pada 1905. Istilah Fauvisme dicipta oleh pengkritik seni, Louis Vauxcelles di pameran dalam Salon d automne (1905) Di antara ciri-ciri utama karya Fauvisme ialah penggunaan warna tanpa batasan. Kepadatan warna juga dapat dihayati. Pure Color digunakan sewenang-wenangnya untuk kesan emosi dan dekoratif, kadang-kadang seperti Cezanne menggunakannya untuk mengolh ruang. Pengaruhpengaruh stail Van Gogh, Gauguin, Neo-Impressionisme dan Cezanne dapat dikesan dalam Fauvisme. Subjek karya-karya Fauvisme termasuklah lanskap, figura maunsia, pemandangan dalaman dan alam benda. Fauvisme mencapai kemuncaknya di Salon dautomne (1905) dan di Salon des Independants (1906). Ia seolah-olah menjadi satu aliran sementara sebelum pelukispelukis itu mengikuti aliran-aliran lain. Di antara pelukis-pelukis Fauvisme ialah Henry Matisee, Andre Derain, Raoul Dufy, Georges Rouault dan Maurice de Vlaminck. Contoh 1.Henyr Matisse. Joy of Life (1905-06) 2.Andre Derain London Bridge (1906) 3.Raoul Dufy Flag-decked Boat (1904) 4.Georges Rouault The Old King (1916-36) 5.Vlaminck Rat Mort (1906) Rujukan 1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985 2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979. 3.Tansy, R. G, and de la Croix, H. Art Through the Ages. Harcourt Brace Jovanovich, Publishers, 1986.

Ekspressionisme

Ekspressionesme berpusat di Jerman. Selain dari seni lukis, aliran ini turut mempengaruhi sastera, drama, muzik dan seni bina. Ekspressionisme mencapai kemuncak pada sekitaran tahun 1990-1920. Meskipun ia berpusat di Jerman, seniman-seniman dari beberapa negara Timur dan Eropah Tengah termasuk Russia bertumpu ke Bandar-bandar Jerman seperti Berlin, Munich, Dresden dan Cologne. Ini merupakan kelahiran bandar-bandar seni yang baru di Eropah, selepas Rom, Florence dan Paris Pada asalnya, Ekspressionisme bukanlah satu pergerakan seni. Ia lebih mencirikan kepada fakta asas kewujudan metafizika. Ekspressionis mewakili unsur-unsur mistik, persoalan diri, penghayatan terhadap alam dan spekulasi terhadap infiniti yang seingkali diekspressikan dalam bentuk ketegangan rasa serta emosi yang kuat mahupun imaginatif. Seperti stail aliran yang lain, Ekspressionisme menandakan satu lagi pembaharuan dalam bidang akademik seni. Impressionis mengkaji cahaya, warna dan bayang sementara Post-Impressionis mempunyai kepelbagaiannya. Cezanne memecahkan bentuk alam kepada elemen-elemen geometric kun, selinder dan sfera, Seurat mengkaji teori wran yang saintifk sementara Gauguin pula terpikat dengan Seni Oriental. Pendekatan Post-Impressionis seperti Gauguin, Van Gogh dan Edvard Much memainkan peranan besar dalam kelahiran Ekspressionisme. Seniman-seniman Ekspressionisme memberikan satu day gerak yang kuat dan segar, bebas dari Realisme dan Impressionisme. Meskipun masih bertalian dengan dunia objektif, melalui unsurunsur deformasi, pengayaan, kontras warna dan kesedaran emosi seni primitif pelukis-pelukis Ekpressionis melahirkan dunia dalam mereka dalam stail, idiom dan imej yang tersendiri. Dua cabang Ekspressionisme ialah Die Brucke (The Bridge dan Der Balue Reiter (The Blue Rider). Die Brucke (The Bridge) Ditubuhkan di Dresden pada 1905, karya-karya mereka merakamkan emosi manusia yang keras dan hebat. Karya mereka terbentuk dengan gabungan warna yang cerah, garisan ekspresif, bentuk dipermuda serta figura yang digayakan. Contoh 1.Emile Nolde The Last Supper (1909) 2.Kirchner Street (1907) 3.Erich Heckel Two Men at a Table (1912) Der Blaue Reiter (The Blue Rider) Ditubuhkan di Munich pada 1911. Karya-karya mereka lebih bersifat imaginatif, tidak sekeras The Bridge. Contoh 1.Franc Marc Deer in the Wood (1913 2.Wassily Kandinsky Improvisation (1912)

Rujukan 1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985 2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979. 3.Tansy, R. G, and de la Croix, H. Art Through the Ages. Harcourt Brace Jovanovich, Publishers, 1986.

Kubisme Kubisme merupakan aliran seni lukis yang lahir selepas Fauvisme dan dianggap sebagai salah satu aliran terpenting abad ke-20. Ia juga disebut sebagai satu stail kepada satu revolusi estetik dan teknik dalam seni lukis. Prinsip Kubisme berbeza dari Fauvisme dan Seni Ekspressionistik. Kubisme dianggap sebagai ibu kepada semua sni lukis abstrak dan bermula dengan usaha Picasso (1881-1973) dan Braque (1882-1963) untuk menggantikan kesan visual Impressionis dengan penukaran objek kea rah bentuk dan warn yang berkonsep intelektual, walaupun pada zamannya ia dianggap ganjil dan absurd. Karya-karya akhir Cezanne dianggap sebagai titik tolak ke arah kelahiran Kubisme di mana wujud penerokaan yang lebih mendalam terhadap kesatuan permukaan gambar dua dimensi, analisis terhadap bentuk dan perhubungannya, sehingga wujud penelitian terhadap keseluruhan struktur objek dan kedudukannya di dalam ruang secara praktikal. Merekamenyatukan berbagaibagai sudut pandangan objek ke dalam sebuah karya. Selain dari karya-karya Cezanne, seni arca Afrika juga menjadi sumber utama Kubisme. Bentuk geometric, kombinasi bentuk lengkung dan lurus memberikan arca-arca ini struktur dan tenaga yang memikat Picasso dan Braque. Menurut mereka pengarca Afrika berkarya dengan bentuk dan rupa yang bebas daripada wujud sebagai realiti tampak. Kubisme memecahkan konsep di antara satu dengan yang lain, misalnya : i.Konsep cahaya dan bayang ii.Konsep permukaan atau latar gambar dan unsure ketinggian atau sudut pandangan yang berbagai. iii.Pengamatan terhadap kawasan-kawasan yang terlindung bersifat sebaliknya. Kubisme bergabung dalam satu objektf yang bersifat matematik, mekanikal kejenteraan (machienary), sehingga Leger menegaskan Kubisme sebagai seni Zaman jentera (art of the machine age). Aliran yang diasaskan oleh Picasso dan Braque, turut dianggotai oleh Gris, Leger, Villon, Metzinger, Rivera dan lain-lain. Nama Kubisme lahir dari kritikan Lousi Vauxcelles dalam ulasannya terhadap pameran Brague, dalam akhbar Gil Blas (14 November 1908), yang membicarakan tentang, cubes dan kemudiannya Bizarreries Cubiques.

Empat peringkat Kubisme adalah : 1.Proto-Kubisme (1902-08) Picasso dan Braque terpengaruh dengan stail Cezanne, Matisse dan Seni Afrika. Bentuk kan.semulajadi dipermudah 2.Analitik Kubisme(1908-11) Bentuk-bentuk semulajadi dipecah-pecahkan kepada satah-satah geometrik. Sudut pandangan yang pelbagai dipersembahkan dalam sebuah catan. Warna lebih bersifat monochromatic. 3.Kolaj (1910-12) Alam benda menjadi subjek utama. Kolaj dibentuk menerusi penampalan keratan-keratan kertas seperti akhbar dan majalah ke atas kanvas dan panel. 4.Synthetic Kubisme (1912-30) Objek-objek yang dikenali kembali wujud dalam catan dengan warna-warna yang cerah.

Contoh 1.Picasso Ambrose Vollard (1910-11) The Accodianist (1911) Les Demoiselles davignon (1907) 2.Georges Braque The Portuguese (1911) The Table (1928) 3.Juan Gris Bottle of Banyuls (1914) 4.Fernand Leger The City (1919) Rujukan 1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985 2.Murray, Peter and Linda. A Dictionary of Art and Artists. Penguin Books, 1977. 3.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979. 4.Unit 7-Cubism. The Open University press, 1976.

Contructivisme Constructivisme adalah pergerakan abstrak dalam seni arca yang diasaskan oleh pengarca adikberadik Antoine Pevsner dan Naum Pevsner (Naum Gabo), pada 1917 di Russia. Constructivisme wujud daripada Construct in Art. Pada 1920, Manifesto Constructivisme Realist Manifesto diperkenalkan. Ia berkisar kepada perkembangan bersifat sosiologi yang bertentangan dengan pegangan Vladimir Tatlin. Tatlin menyebut bahawa seni mestilah berfungsi kepada kehendak-kehendak dan berfaedah kepada

masyrakat. Sementara dari sudut estetik pula arca merupakan satu isi padu yang static dalam ruang. Pada 1920 itu, pameran Constructivist yang terbesar dengan Realistic Manifestonya diaadakan. Ia memperjelaskan idea Archipenk dan Boccioni yang hanya menekankan kepada ruang, bukan isi padu sebagai ciri utama dalam seni arca. Menjelang 1921, pergerakan ini mati di Rusia kerana sebab-sebab politik. Pelukis-pelukisnya beralih kepada rekabentuk perabut, dekorasi pentas, percetakan buku dan apa saja jenis catan dan arca. Pada 1922-23, Antoine dan Naum Gabo meninggalkan Russia dan memperkenalkan pengaruh-pengaruh ini di Barat. Seniman Constructivisme memperkenalkan satu bentuk seni baru yag dapat meneroka bentuk serta nilai-nilai estetik dalam ruang. Idea mereka mempunyai pengaruh seni bina dan dekorasi. Manifestasi mereka mengandungi arca-arca abstrak yang menggunakan bahan-bahan moden dan non-tradisi seperti aluminium, perspek, kaca lutsinar dan plastic, di samping kaedah dan teknik industry seperti kimpalan(welding). Penggunaan bahan serta kaedah ini mampu menyalurkan ideologi moden, lebih bersifat intelek daripada keseronokan semata-mata. Contoh 1.Naum Gabo Linear Construction, Variation (1942-43) 2.Antoine Pevsner Construction in the Egg (1948) Rujukan 1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985 2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979. 3.Phaidon Encyclopedia of Art and Artist Phaidon, 1978.

Dada, Dadaisme Dadaime adalah sebuah pergerakan seni tampak dan sastera di Eropah yang lahir sebagai satu revolusi ganas terhadap kepuasan diri. Dalam aliran ini; pengutamaan terhadap nilai-nilai artistic telah diabaikan dan ia bersifat anti-art. Pergerakan yang agak ekstrim ini memasukkan unsur-unsur jenaka yang kasar berserta nilai-nilai perangsangan dan pengejutan dalam usaha melibat reaksi masyarakat yng berpegang kepada nilai-nilai tradisi. Dadaisme lahir dari rasa untuk membebaskan diri daripada angan-angan. Mereka sedar bebas beranggapan, menyindir serta bertindak dalam suasana kekacauan penentangan terhadap pemerintah. Pusat aktivitinya di Cabaret Voltaire, Zurich. Aliran yang bermula di Zurich pada 1915 itu kemudiannya merebak ke New York, Cologne, Paris dan negara-negara Eropah. Mereka juga membantah Peperangan Dunia Pertama dan masyarakat yang mencetuskannya. Mereka juga melahirkan seni tak bermakna untuk menunjukkan kekosongan hidup masyarakat moden. Tristan Tzara telah memperkenalkan isitlah

DADA yang bermaksud HOBBY HORSE dalam Bahasa Perancis an infantile sound, yang diperoleh melalui tekanan pen secara sebarangan ke atas muka surat kamus. Di awla kelahirannya, Dada tidak mendukung apa-apa stail artistic atau estetik yang tertentu. Kaedah dan manifestonya lebih ke arah Futurisme, walaupun kurang dengan prinsip-prinsip mekanik. Pada 1915, Marcel Duchamp memperkenalkan prinsip-prinsip Dada melalui pamerannya di New York dengan objek-objek yang di sebut ready-mades as works of Art. Pada 1919, Manifesto Dada dibentuk di Hannover. Selepas perang, pengaruh Dada menular ke Jerman menerusi pelukis-pelukis seperti Ernst, Grosz Schwitters. Kekecohan dan krisis sosial menjadi gelanggang terbaik untuk aktiviti Dada bergerak. Prinsipprinsip Dada diperbaiki menjadi asas-asas dalam mendukung kelahiran Surrealisme. Dada tidak mati di situ shaja, Neo-Dada Art lahir di New York di akhir-akhir 1950 an dan 1960 an dengan karya-karya berbentuk assemblage. Contoh 1.Jean Arp Mountain Table Anchors Navel (1925) 2.Max Ernst The Elephant of the Gelebes (1921). 3.Marcel Duchamp Bottle Rack (1914), L.H.O.O.Q (1919) Rujukan 1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985 2.Murray, Linda and Peter, A Dictionary of art and Artist, Penguin Books. 1977 3.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.

Surrealisme Surrealisme adalah satu pergerakan pelukis dan penyair yang lahir berdasarkan nilai-nilai Dadaisme, yang mencapai kemutlakan atau kenyataan yang lebih (super-reality) dengan menggunakan unsur-unsur pengalaman alam mimpi dan bawah sedar dalam berkarya. Sebagaimana Andre Breton, pengasas Surrealisme ada menyebut, Untuk menghidangkan pengalaman-pengalaman alam mimpi dan realiti ke arah kebenaran dan kenyataan yang lebih (super-reality)(Osborne, Harold. 1979:115) Pada peringkat awalnya, Surrealisme lebih menitikberatkan aktiviti-aktiviti penyair sahaja. Namun, di antara 1924 hingga 1928, beberapa orang pelukis menunjukkan keupayaan menyalurkan serta menjelmakan prinsip-prinsip Surrealisme melalui seni lukis. Ia berkembang pesat sebagai pergerakan estetik yang controversial di antara Perang Dunia Pertama dan Kedua. Kini, Surrealisme lebih dikenali menerusi karya-karya pelukis, bukan penyair. Surrealisme terbentuk pada 1924. Andre Breton, seorang penyair Perancis telah menerbitkan MANIFESTE DU SURREALISME; Manifesto Pertama yang memperjelaskan skop pergerakan

itu. Breton menganggap Surrealis sebagai Pure Psyhic Automatism, iaitu satu ekspressi secara pertuturan, tulisan dan cara-cara lain, sebagai proses berfikir yang sebenar. Seperti Dadaist, pemimpin Surrealisme berjuang dengan konsep artistic Freethinking (pemikiran bebas yang artistik, bebas dari ikatan moral dan agama). Surrealisme berkembang dengan dua cara: 1.Fantasi sebenar 2.Satu perakaman terhadap alam bawah sedar. Andre Breton menyebut, Surrealisme menekankan soal psikik atau yang berkaitan .dengan kerohanian yang disampaikan samaada dengan pertuturan, penulisan atau apa juga cara dan aktiviti, sebagai satu pemikiran yang bebas dari sebarang kawalan estetik atau moral. Surrealisme meletakkan kepercayaan dalam bentuk-bentuk kenyataan reality yang tinggi dalam nilai alam bawah sedar yang hebat serta minat seimbang dalam pemikiran . (Ibid, 115). Karya-karya surrealis merupakan pendekatan baru terhadap karya-karya yang punya aspek-aspek fantastic dan grotes (ganjil, pelik, absurd), seperti karya-karya Bosch, Gayo dan Piranesi. Di antara pelukis-pelukis awal surrealism ialah Redon, Chirico dan Chagali. Ciri-ciri estetik Surrealis dibentuk oleh penyair-penyair Perancis seperti Andre Breton, Paul Eluard dan Paul Recerdy. Teori Freud tentang nilai-nilai bawah sedar dikaji sebagai satu cara pengawalan atau alasan dalam berkarya. Mengikut Freud, terdapat satu aspek dalam manusia yang bertugas secara nonrasional yang disebut bawah-sedar (subconciou) dan kepentingannya sama dengan keadaan rasional. Lantas Surrealis membina unsure estetika berdasarkan aspek ini. Secara sedar, mereka menghasilkan unsure bawah sedar, iaitu menguasai aspek rasional dan dapat memberikan peranan bebas kepada unsur bawah sedar. Contoh 1.Max Ernst Two Children Are Threatened by a Nightingale (1924). 2.Joan Miro Harlequins Carnival (1925). 3.Salvador Dali The Persistence of Memory (1931) 4.Rene Magritte The Human Condition (1934). 5.Alberto Giacometti The Invisible object (1934). Rujukan 1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985 2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.

Abstrak-Ekspressionisme Aliran ini bermula di Amerika Syarikat dalam tahun 1940an dan ia dianggap sebagai stail catan Peperangan Dunia Kedua menyebabkan ramai pelukis-pelukis Eropah berhijrah ke Amerika dan ini menyebabkan pusat seni Barat bertukar ke Amerika Syarikat. Abstrak Ekspressionisme merupakan aliran seni abstrak non-geometrik yang bermula di New York selepasa Peperangan Dunia Kedua. Ia kemudianny menjadi ekspresi internasional. Karyakarya Abstrak Ekspressionisme dianggap sebgai catan non-figuratif, anti-formal, pengucapan tanpa perancangan, dinamik, bertenaga dan berteknik bebas. Ia lebih bersifat meransang penglihatan daripada memperkenalkan imej-imej biasa yang menarik. Abstrak Ekspressionme juga disebut New York School atau Action Painting Akar-umbi Abstrak Ekspressionisme dapat dirujuk kepada karya-karya Kandinsky (1910-1914) dan berkembang menerusi karya-karya pelukis Amerika seperti Arshile Gorky (1904-1948), Jackson Pollock, Hans Hofmann, Willem de Kooning dan Gottlieb (Kumpulan pelukis-pelukis di New York). Karya-karya mereka dianggap bersifat baru. Aliran ini juga dihubungkan dengan Tachisme di Eropah (akhir 1950an dan 60an). Penyokong kuat Abstrak Ekspressionisme ialah pengkritik seni Clement Greenberg yang menyebut bahwa masa depan seni Barat bergantung kepada aliran ini (1948). Pada akhri 1950an, Abstrak Ekspressionisme menjadi agak longgar dengan kelahiran aliranaliran seni yang baru seperti Abstract Impressionisme, Neo-Dada dan pengembalian kepada Imej bergambar pada awal dekad enam puluhan. Kaeda h berkarya Abstrak Ekspressionisme bertentangan dengan cara-cara karya tradisi. Ia melihatkan nilai-nilai agresif, kespontanan serta kebebasan ekspresi. Ia telah bersifat keindividuan, bagaikan aktiviti untuk meluah dan menyelesaikan dilemma dalam diri terhadap perkembangan semasa yang kompleks, yang berkaitan dengan kebudayaan dan peradaban. Mereka memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti fizikal, iaitu keseluruhan aspek ke atas catan, serta penglibatan terhadap pergerakan tangan (gestural) dan pemikiran dan sapuan-sapuan berus kasar, spontan dank eras. Selain berus, mereka juga menggunakan kayu, sabut dan lain-lain. Walaupun dianggap bersifat eksperimentasi, dan kurang perhubungan dengan stail tertentu, ia dianggap membawa unsur estetik dan cara pengamatan yang baru. Pollock misalnya, berkarya tanpa lakaran awal, mengembangkan karya dengan Improvisatory Acts; menaburkan cat-cat enamel di ats kanvas. Contoh 1.Jackson Pollock Lucifer (1947) 2.Arshile Gorky Golden Brown Painting (1947) 3.Willem de Kooning Women I (1950-52) 4.Hns Hofmann The Gate (1960) 5.Franz Kline Mahoning (1956) 6.Clyford Still Painting (1951)

7. Mark Rothko Earth and Green (1955) Rujukan 1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985 2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.

Pop Art Pop Art berkisar kepada hasil kebudayaan popular yang bersifat komersil dan materialistic. Kalau sebelumnya terdapat tanggapan yang membezakan seni gunaan, seni dagangan dengan seni tulen yang dipamerkan di galeri, Pop Art memihak kepada seni yang dianggap rendah. Lantas lahirlah karya seni berdasarkan imajan-imajan biasa seperti komik, kartun dan iklan. Jelasnya, subjek Pop Art bukan berdasarkan imajan-imajan biasa seperti komik, kartun dan iklan. Jelasnya, subjek Pop Art berdasarkan idea klasik atau agama, sejarah atau keindahan alam, tetapi sesuatu yang biasa dalam kehidupan masyarakat sekarang. Misalnya imajan-imajan tin sup, botol, keratan komik yang diperbesarkan, barang makanan, pakaian potret bintang filem. Aliran yang bermula di England pada pertengahan 1950an itu menular ke Amerika Syarikat dan berkembang pesat dalam dekad enam puluhan. Pop Art merangkumi kepentingan sekeliling serta keadaan semulajadi karya seni yang telah dihasilkan. Ia mencerminkan keadaan sekeliling pengguna dan kawasanny. Jurucakap pergerakan, David Sylvester memetik huraian Roy Lichtenstein bahawa Pop Art adalah unsurunsur dalam budaya, sesuatu yang kita benci, tetapi mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kita (Osborne, Harold. 1979;894). Istilah Pop Art telah dicipta oleh pengkritik Inggeris Lawrence Alloway untuk satu pergerakan atau kumpulan yang menggelar diri mereka independenc Group (1954-1955 (English Pop Art). Di Amerika Syarikat, Pop Art lahir di New York sekitar 1959 dan berkembang ke seluruh Amerika dan Eropah, Robert Rauschenberg dan Jasper Johns dianggap sebagai pelukis PopArt pertama di Amerika. Di Amerika juga, Pop Art dianggap sebagai reaksi kepada Abstrak Ekspressionisme bila ia menggunakan imej bergambar serta teknik-teknik hard-edged dan fotografi. Ini disebut sebagi kembali kepada imej bergambar. Pop Art juga dianggap sebagai Neo-Dadaists bila menggunakan subjek-subjek biasa seperti komik, tin sup, penanda lebuhraya yang mana punya persamaan dengan karya-karya Marcel Duchmp (Ready-mades as works or art 1915-1920-keadaan semulajadi karya seni yang telah dihasilkan). Diantara pelukis-pelukis Pop Art Amerika ialah Jasper Johns, Robert Rauschenberg, Andy Warhol Roy Lichtenstein dan Tom Wesselmann. Sementara pelukis Pop Art British seperti Richard Hamilton, David Hockney, Peter Blakd dan Allen Jones. Pelbagai kaedah berkarya telah diambil oleh para pelukis Pop Art. Jasper Johns menghasilkan

catan dengan imej bendera, arca daripada tin-tin bird an mentol lampu. Robert Rauschenberg mengunakan kolaj serta gabungan dengan botol-botol coke, gambar-gambar dari akhbar dan majalah. Pelukis Pop juga memasukkan teknik-teknik konvensional yang lebih diminati dari teknik-teknik catan Jasper John dan Rauschenberg. Misalnya Andy Warhol menggunakan sutera saring terhadap imej-imej tin sup, kerusi elektrik, potret Marilyn Monroe serta bunga-bunga. Roy Lichtenstein menggunakan petikan-petikan dari komik, sementara Tom Wesselmann terkenal dengan karya-karya alam benda serta Great American Nudes. James Rosenquist, Robert Indiana, Jim Dine dan Larry Rivers menyatukan subjek biasa dengan teknik-teknik catan. Pengarca Pop Art seperti Claes Oldenburg menggunakan subjek seperti kun ais krim dan Hamburger. Georges Segal juga tergolong sebagai pengarca Pop Art. Contoh 1.Jasper Johns Target With Four Faces (1955) 2.Larry River Europe II (1956) 3.Andy Warhol Marilyn Monroe (1962) 4.Roy Lichtenstein Balm (1962) 5.Robert Rausehenberg Trapeze (1964) 6.James Rosenquest FO111 (1965) 7.Claes Oldenburg Model (Ghost) Typewriter (1963) Rujukan 1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985 2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.

Op Art Op Art adalah stail seni abstrak abad ke-20 yang cuba menggambarkan pergerakan ilusi dengan menggunakan kesan-kesan penglihatan. Op Art ialah singkatan Optical Art. Pengetahuan dalam bidang sains, falsafah psikologi memainkan peranan penting dalam membentuk aliran ini. Op Art yang lahir dan berkembang di Amerika sekitaran 1960an itu juga dianggap sebagai reaksi kepada action painting. Pameran yang mempopularkan aliran ini ialah The Responsive Eye, anjuran William G. Seitz di Muzium of Modern Art, New York (1965). Pelukis terkenal Op Art ialah Victor Vasrely. Pada prinsipnya, pelukis-pelukis Op berpegang kepada ciri-ciri sains serta merujuk kepada kerjakerja para saintis dalam bidang psikologi persepsi. Mereka turut merujuk para psikologis dan pensejarah seni seperti Rudolf Arnheim dengan bukunya Art and Visual Perception : A Psychology of the Creative Eye (1954). Pengkajian terhadap sifat subjek yang mempunyai pertalian dengan kimia warna, matematik, penglihatan dan tenaga (Optic dan Kinetic), tenunan

dan catan-catan Hard-edged. Op Art juga mementingkan interaksi ilusi, satah-satah gambar, kefahaman dan penglihatan yang melibatkan pergerakan mata ke atas permukaan gambar. Penglihatan ini terlibat dengan corakcorak bentuk kecil atau garisan yang banyak. Misalnya corak-corak Vasarely dan Bridget Riley sebenarnya static, tapi kelihatan bergerak. Ia memberi kesan penglihatan yang mendorong penonton melihat ilusi tampak. Lapisan perspek berwarna cerah oleh Eric Olsen dan Francisco Sobrino membentuk ilusi dalam ruang dan kedalaman. Karya-karya Gunther Uecker dan Sue Fuller dengan komposisi-komposisi tali mempunyai persamaan dengan arca Constructivist Gabo yang membentuk kesan optical dengan cahaya dan bayang di antara permukaan-permukaan yang kompleks. Op Art Berjaya di seni teknik. Kesan-kesan tersebut bergantung kepada kontras di antara ruparupa yang mudah serta kesan pengamatan ganjil yang mereka bentuk. Contoh 1.Bridget Riley Canto II (1967) 2.Yaacov Agam Double Metamorphosis II(1964) 3.Victor Vasarely Orion Mc (1963) Rujukan 1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985 2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.

Anda mungkin juga menyukai