Anda di halaman 1dari 18

Topik 1

Apresiasi dan Kritikan Seni 1

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. Mampu menerangkan apa itu apresiasi dan kritikan seni; Berkebolehan mengenal pasti seni visual dan seni sentuh; Menyatakan kesan apresiasi dan kritikan seni kepada masyarakat; dan Membahaskan tentang sikap terbuka dalam kritikan seni.

PENGENALAN

Di dalam dunia ini terlalu banyak karya-karya seni telah dihasilkan secara individu atau berkumpulan. Karya seni yang dihasilkan biasanya mempunyai tujuan yang tersirat dan tersurat. Sebagai contoh, karya seni yang dihasilkan pada zaman Pra Sejarah lebih menggambarkan situasi dan aktiviti mereka sendiri.

TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

Seni tampak atau seni visual telah lama bertapak di negara ini. Kita mengagungi karya-karya seni daripada tokoh-tokoh terkenal tanah air seperti Dato Syed Ahmad Jamal, Hossein Enas, Mazli Mat Som dan Chuah Tian Theng. Karya mereka memberikan gambaran secara realiti mengenai Malaysia dari tahun 1930an sehinggalah ke hari ini. Perasaan dan ekspresi mereka diluahkan dalam coretan-coretan di atas kanvas mahupun di media-media lain. Namun mampukah kita menilai sesebuah hasil seni itu dengan baik? Kita kurang memberikan perhatian terhadap kritikan dan apresiasi seni walaupun ia merupakan salah satu daripada cabang seni. Rajah 1.1 memaparkan dua karya seni catan yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis terkenal di Malaysia. Mari kita amati.

Rajah 1.1:

Karya seni catan yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis terkenal di Malaysia daritahun 1960an sehingga 1980an. Apakah apresiasi dan kritikan seni yang dapatanda hasilkan apabila melihat karya seperti ini?

Sumber Karya Seni Catan : Modern Malaysian Art from the pioneering era to pluralist era (19430s -1990s Muliyadi Mahmood Utuisan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2007

AKTIVITI 1.1
Tuliskan satu esei pendek mengenai apresiasi dan kritikan seni mengikut persepsi anda sendiri

TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

1.1
1.1.1

PENGENALAN KEPADA APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1


Pengertian Apresiasi dan Kritikan Seni

Tahukah kita apa itu apresiasi dan kritikan seni? Menurut Zakaria Ali (1989), apresiasi seni merupakan satu latihan yang melibatkan deria pandang dan deria sentuh kita. Beliau juga memberikan contoh bahawa objek-objek seni seperti seni catan dan cetakan cuma boleh dipandang manakala objek-objek seni yang berupa arca dan binaan boleh disentuh. Kedua-dua deria ini saling berkaitan agar dapat membantu kita menikmati karya seni dengan lebih baik. Objek seni itu bertindak sebagai alat penyampai idea daripada seseorang seniman.

Rajah 1.2: Hauser

Kita perlu memahami objek seni itu sendiri dengan baik. Menurut Hauser:

A work of art is a challenge: we do not explain it, we adjust ourselves to it.


Peranan kita adalah sebagai pemerhati. Kita perhatikan teknik dan penghasilan karya, tema dan permasalahannya, sebab dan penyebabnya serta bentuk cabaran yang dihadapi pada sesebuah karya seni. Kritikan seni perlu direalisasikan agar masyarakat dapat menerima kritikan dan apresiasi seni. Menurut T.S.Elliot (terjemahan Wong Seng Tong (1991) ) Kritikan ialah mengupas dan menghuraikan karya-karya seni dengan menggunakan tulisan atau tujuan dasarnya adalah menjelaskan karya-karya seni sementara mengawal selera pembaca. Menghayati dan mengkritik sesuatu karya seni memerlukan satu disiplin yang khusus. Untuk menilai, kita perlu mempunyai kriteria-kriteria tertentu. Kriteria asas dalam mengkritik dan menghayati karya seni dipamerkan pada rajah di bawah.

TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

Rajah 1.3: Gambar rajah menunjukkan kriteria asas yang perlu diambil kira dalam menghayati dan mengkritik karya seni.

Menurut Encyclopaedia Britannica, kritikan seni ialah satu perbincangan ilmiah yang beralasan dan bersistem untuk menghuraikan atau menilai gaya, teknik dan cara penghasilan karya seni itu. Manakala Pepper, Stephen C. (1996) pula menyatakan bahawa kritikan seni merupakan satu bidang ilmu yang perlu diketengahkan. Apresiasi seni adalah hubungjalin dalam bentuk penghargaan di antara pengkritik dan seniman. Karya atau objek seni pula merupakan pernyataan seniman. Pengkritik seni perlu memberi ulasan dengan jujur. Tahukah kamu, sesuatu apresiasi seni dikhuatiri tidak dapat dihasilkan dengan baik kerana akan menyinggung seniman yang menghasilkan karya? Untuk menegaskan pendapatnya, pengkritik perlu menyelami dasar jiwa seniman itu sendiri. Ungkapan Karya seni ini cantik atau karya seni ini terlalu abstrak tidak boleh diterima lagi di dalam kamus penghayatan seni.

TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

1.1.2 Perkembangan Apresiasi dan Kritikan Seni Pendapat Tokoh


Kritikan seni telah berkembangan di Eropah sejak zaman Greek lagi malahan dikatakan telah berkembang pesat sejak zaman sebelum masihi lagi.

Rajah 1.4: Socrates

Berdasarkan Teori Idea oleh Socrates (469 399 SM) menjelaskan bahawa seniman mestilah menghasilkan karya seni berdasarkan idea.

Idea hanyalah sebahagian dari fikiran. Tanpa idea tidak ada apa yang membolehkan fikiran menetapkannya. Dalam keadaan yang demikian, seluruh kekuatan pemikiran itu akan musnah.
Seorang lagi pengkritik seni dan ahli falsafah klasik unggul, Plato melalui bukunya Timaeus, penghasilan seni itu datangnya dari jiwa dan jiwa merupakan perantaraan di antara perasaan dan minda manusia. Di dalam karya bertajuk Symposium, Plato telah mengemukakan teori estetika di mana ia telah menyatakan ciri-ciri kritikan seni dan menjelaskan bahawa penghayatan akan memberikan pengalaman estetik kepada pengkritik seni. Ahli falsafah Greek, Aristotle pula menjelaskan perkara yang sama di dalam bukunya berjudul Poetics yang melihat seni sebagai satu elemen yang mendekatkan manusia dengan alam.

TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

Mari kita lihat pula pendapat tokoh-tohoh falsafah moden di Eropah.

Rajah 1.5: Giorgio Vasari (1511 1574)

Giorgio Vasari (1511 1574) menjelaskan bahawa perkembangan seni kritikan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat awal, peringkat pertengahan dan peringkat matang seperti yang dilakar di dalam gambar rajah di bawah.

Rajah 1.6: 3 tahap perkembangan seni kritikan menurut Giorgio Vasari (1511 1574).

Joachim Winklemann (1717 1768) menjelaskan bahawa kritikan atau penganalisaan sesebuah karya seni mengandungi nilai estetik dan karya seni adalah satu bentuk peniruan keindahan. Menurut Winklemann, konsep peniruan terbahagi kepada tiga perkara iaitu: i. ii. iii. Seniman meniru alam Seniman meniru bahan Seniman meniru keindahan

TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

Rajah 1.7: Tiga konsep peniruan karya seni.

Wincklemann mengatakan bahawa kebolehan mengkritik dan menilai keindahan adalah berbeza-beza. Seseorang pengkritik mampu menikmati keindahan jika melatih pancaindera melalui daya intelektual. Kita lihat pendapat Winckelmann mengenai kritikan seni seperti di bawah.

Rajah 1.8: Wincklemann menyatakan Keindahan itu mesti dinikmati oleh deria dan difahami oleh intelek. Perasaan luaran dan dalaman penting untuk mengenal dan menikmati keindahan.

Kritikan seni di Malaysia dikatakan telah bermula sejak 1920an lagi. Antara tokoh kritikan seni yang termasyhur ialah Syed Sheikh Al-Hadi.

TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

Rajah 1.9: Syed Sheikh Al-Hadi (1867- 1934)

Beliau merupakan seorang ulama yang telah menulis di dalam Al-Ikhwan mengenai kesusasteraan dan keagamaan di samping mengkritik mengenai peranan lukisan dan gambar. Selain daripada Syed Sheikh Al-Hadi, seorang lagi pengkritik ialah Abdul Gani Hamid. Melalui Seni lukis dari Kongres ke Kongres yang disiarkan dalam Majalah Mastika edisi Mac 1958, beliau mengkritik mengenai kedudukan seni lukis di Malaysia yang jauh ketinggalan berbanding bidang seni lain terutamanya kesusasteraan Melayu.

AKTIVITI 1.2
Senaraikan tujuan kritikan dan apresiasi seni dalam penghasilan karya yang anda faham

TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

1.2
1.2.1

TUJUAN PENGENALAN KEPADA APRESIASI DAN KRITIKAN SENI


Pengetahuan tentang Perkembangan Pendekatan Apresiasi dan Kritikan Seni

Setujukah kamu jika dikatakan seni itu indah dan unik? Drs. Sidi Gazalba, dalam , bukunya Pandangan Islam tentang Seni menerangkan, seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesekelompok manusia melalui pancaindera kelima ekoran fitrah semula jadi yang cinta kepada seni. Manusia memerlukan satu media perantaraan untuk meluahkan perasaan dan emosi untuk dikongsi bersama manusia lain. Menurut para ilmuan, seni akan menjadi lebih bermakna jika seiring dengan kritikannya. Sejarah kritikan seni telah wujud kira-kira dua ratus tahun yang lalu. Kajian para sarjana klasik merealisasikan teori kritikan ini dan telah menjadi perbahasan para seniman. Kita perlu tahu bahawa, apreasiasi seni adalah sebahagian daripada kritikan seni. Menurut Zakaria Ali, apresiasi seni adalah latihan yang melibatkan deria pandang dan sentuh yang mampu membantu kita menikmati karya dengan lebih seronok lagi.

Maksud: Deria pandang objek-objek seni seperti catan dan cetakan Deria sentuh objek-objek seni seperti arca dan binaan
Sumber: Zakaria Ali

Kaedah kritikan seni memerlukan teori yang berkaitan dengan sejarahwan seni dan seniman itu sendiri. Pengkritik seni perlu untuk: i. Mengulas ii. Menganalisa iii. Mengkritik iv. Membina idea yang lebih mantap.

10

TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

Karya ini bukan bertujuan memburukkan karya paling terkenal ini, tetapi tujuannya adalah untuk menyedarkan masyarakat ketika itu agar meninggalkan corak hidup tradisi kepada satu perubahan yang lebih moden. Apakah apresiasi dan kritikan seni anda pada karya seperti ini? Rajah 1.10: Karya Marcel Duchamp. Replica of L.H.O.O.Q Pencil in reproduction of Leonardos Monalisa. 7 X 4 . 1919.

Kritikan dan apresiasi seni berkait rapat dengan sejarah. Berdasarkan Encylopaedia Britannica, kritikan seni adalah satu perbincangan ilmiah yang beralasan dan bersistem untuk menghuraikan atau menilai gaya, teknik dan cara penghasilan sesebuah karya seni. Bagi menghasilkan satu apresiasi dan kritikan seni, penghayat perlu memahami objek seni sebaik mungkin. Kita akan lebih menghargai rasa dan perasaan seseorang seniman dan karya seninya, dengan mendalami konsep apresiasi seni melalui penerangan seterusnya.

1.2.2

Pendekatan Apresiasi dan Kritikan Seni

Kita sedia maklum bahawa, apresiasi atau menghargai seni adalah sebahagian daripada kritikan seni. Menghayati seni adalah satu bidang yang perlu diberikan perhatian. Penghayatan karya seni memerlukan bahasa seni iaitu bahasa lisan dan tulisan. Penerapan bahasa dalam penghayatan seni adalah dalam bahasa visual atau seni tampak. Bahasa yang menjurus kepada objek-objek seni terhasil daripada pelbagai media dan teknik. Objek-objek seni ini merupakan media penghubung antara seniman dan penghayat seni dan bertindak sebagai penyampai maklumat, pengertian, penerangan dan komentar seniman.

TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

11

Menurut Hamidah Abdul Hamid (1993), penilaian yang dibuat tidak hanya berkait rapat dengan kepekaan penghayat terhadap karya seni yang dinilai tetapi melibatkan pengiktirafan karya tersebut. Penilaian dan penelitian yang diucapkan oleh pengkritik merupakan reaksinya selepas mengenal pasti unsurunsur yang membolehkan penghayat menilai. Herbert Read (1951) dalam bukunya The Meaning of Art menerangkan, seni adalah bersifat harmoni yang dihasilkan daripada pengamatan atau penilaian.

1.2.3

Kesan Terhadap Individu dan Masyarakat

Guru seni seperti anda, harus membentuk pemikiran kreatif dan kritis kepada para pelajar dalam menilai sesuatu karya seni. Anda perlu menjelaskan kepada pelajar bahawa anggapan stereotaip seperti: seni memberikan kesan negatif, tidak menjamin masa depan atau merupakan subjek bagi pelajar yang lemah adalah tidak benar sama sekali. Seni merupakan satu wadah penyataan emosi. Sebagai contoh, penyataan emosi tentang kepincangan dalam masyarakat boleh digambarkan dalam bentuk seni, tidak kira dalam bentuk seni lukis, seni lakon dan sebagainya. Menurut R.G. Collingwood (1958) dalam The Principles of Art, seseorang seniman itu tidak dapat meluahkan emosi dan perasaannya selagi beliau tidak mengeluarkannya. Seni tidak terbatas pada seni lukis sahaja tetapi merangkumi penulisan, lakonan mahupun nyanyian. Segalanya diluahkan tanpa had atau batasan. Pernahkan anda membaca puisi Perjuangan Yang Belum Selesai? Puisi ini dideklamasikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-4, Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1990. Beliau telah meluahkan emosi beliau dari setiap bait-bait kata dengan titisan airmata tentang perjuangan rakyat belum lagi selesai untuk membangunkan negara ke martabat dunia.

12

TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

Rajah 1.11: Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mantan Perdana Menteri Malaysia ke - 4 Sumber : heliconia.wordpress.com/2008/04/ Perjuangan Belum Selesai P Tugas kita belum selesai rupanya Bagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku Kerana masa depan belum menjanjikan syurga Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa Perjuangan kita belum selesai Kerana hanya yang cekal dan tabah Dapat membina mercu tanda Bangsanya yang berjaya. Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996) Sebahagian dari Puisi Perjuangan Belum Selesai yang dibaca oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat Melayu berusaha untuk mencapai kejayaan.

Sumber : http://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/08/30/perjuangan-belum-selesai/

Contoh tersebut merupakan perluahan emosi dalam bentuk sajak. Bagaimana pula jika seni dilihat dalam bentuk lukisan? Anda sebagai seorang guru perlu

TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

13

menjelaskan kepada pelajar bahawa lukisan umpama seribu wajah dan mampu meluahkan emosi. Buku The Meaning of Meaning oleh I.A. Richard dan Principle of Literacy Criticism karya C.K. Ogden menyatakan, penyampaian makna dan isi dalam penyataan emosi berbeza mengikut setiap individu. Penyampaian sesuatu karya seni juga punya makna tersendiri. Penghasilan lukisan yang terhasil akan kelihatan menarik dalam bentuk seni visual berbanding dengan prosa kata.

Rajah 1.12: Karya Awang Damit Ahmad . Poskad Kepada Dunia. 1981. Perluahan perasaan pelukis tentang peperangan di Republik Balkan

Sumber Karya Seni Catan : Modern Malaysian Art from the pioneering era to pluralist era (19430s -1990s Muliyadi Mahmood Utuisan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2007

Awang Damit Ahmad, seorang pelukis terkenal telah merakamkan luahan hati beliau dalam karyanya yang bertajuk Poskad Untuk Dunia (1990) Sila rujuk Gambar 1.8 di atas. Dalam karya tersebut, beliau menggambarkan pergolakkan perasaan tentang peristiwa masyarakat di Palestine, Bosnia Herzegovina yang telah dizalimi oleh tentera Yahudi. Peristiwa tersebut menyentuh hati beliau apabila masyarakat di sana disembelih, dirogol dan dibunuh di hadapan keluarga sendiri. Satu bentuk karya yang mudah difahami dan pemilihan poskad sebagai medium penyebaran sebagai luahan seni beliau dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Bagaimana dengan karya Zakaria Yusof yang bertajuk Dont Play During Maghrib? Berdasarkan gambar 1.9, apakah persepsi anda mengenai karya seni tersebut? Melihatkan tajuknya sahaja kita pasti terfikir akan kanak-kanak yang bermain ketika waktu senja. Masyarakat Melayu percaya, waktu senja adalah

14

TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

waktu larangan untuk bersukaria kerana ketika itu iblis, syaitan atau makhluk halus sedang berkeliaran mencari mangsa. Hakikatnya, karya ini memberikan perhatian mengenai keutamaan masa bersama keluarga dan peringatan untuk beribadat ketika Maghrib.

Rajah 1.13: Karya Zulkifli Yusof,. Dont Play During Maghrib. 1996

Sumber : Falsafah dan Kritikan Seni.Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malim. Mohd Johari Ab.Hamid (2004

Tanjong

AKTIVITI 1.3
a) Anda dikehendaki mencari satu karya seni Barat dan satu karya seni tempatan. Hasilkan satu apresiasi dan kritikan seni. Bincangkan dengan rakan anda dan perdengarkan hasil apresiasi dan kritikan anda tadi.

b)

1.3
1.3.1

TUJUAN PENGENALAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI KEPADA GURU


Peranan dan Sumbangan Tokoh Seni

Peranan guru seni amat penting dalam melihat perkembangan sosial pelajar dalam meluahkan perasaan. Menurut Charlotte Wolff (1970) dalam buku beliau bertajuk Psychology of Gesture menekankan bahawa kritikan dan apresiasi seni ini adalah satu perlakuan manusia dalam menyatakan perasaan. Tambah beliau lagi, manusia meluahkan perasaan dan emosi di bawah sedar.

TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

15

Apresiasi dan kritikan seni memerlukan penghayat seni yang berani dan bertanggungjawab. Penghayat seni adalah orang yang dapat mengenal pasti kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam karya seni. Karya Hossein Enas yang bertajuk Di Musim Puja Pantai memberikan gambaran dua wanita yang berada di tepi pantai berlatarbelakangkan pantai dan perahu. Mohd Johari (2004) dalam buku beliau bertajuk Falsafah dan Kritikan Seni menyatakan, pengkritik meletakkan karya Hussein Enas sebagai karya yang sempurna. Gambaran seorang wanita muda bersama seorang wanita tua berlatarkan perkampungan nelayan berkemungkinan mempunyai talian kekeluargaan. Pakaian dan selendang yang dipakai pula memberikan nilai estetika tekstil masyarakat setempat yang dihasilkan daripada pengalaman seniman itu sendiri. Warna biru yang dipilih telah memberikan kesan yang baik terhadap karya tersebut. Sila rujuk gambar1.14 di bawah.

Rajah 1.14: Karya Hossein Enas .Di Musim Puja Pantai(1990)

Sumber: Falsafah dan Kritikan Seni.Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Mohd Johari Ab.Hamid (2004)

Penilaian ataupun kritikan melibatkan teori keindahan, seperti diperkatakan oleh Plato (428 348SM) dalam tulisan beliau seperti Laws, Republic, Ion, Symposium dan sebagainya. Menurut Plato, kanak-kanak perlu diketengahkan dengan nilai keindahan diperingkat rohani dan jasmani supaya kepentingan mencintai nilai keindahan, menghargai seni serta memahami nilai estetika akan menjadi sebati dengan diri kanak-kanak.

16

TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

1.3.2

Peranan dan Sumbangan Pengkritik Seni

Dunia seni itu sendiri adalah kritis. Pengkritik seni diibaratkan sebagai jambatan yang menghubungkan antara masyarakat dengan seniman. Tugas seorang pengkritik seni adalah mengupas sesuatu karya dari sudut yang berlainan, menceritakan luahan emosi seniman serta mampu menaikkan nilai yang terdapat dalam sesuatu karya seni. Namun begitu, pengkritik seni perlu jujur dalam kritikannya. Seorang seniman pula harus menerima kritikan yang dibuat oleh pengkritik seni dengan fikiran yang terbuka, tidak kira kritikan itu bersifat positif atau negatif. Kritikan sebenarnya merupakan satu proses membina semula daya intelektual seseorang seniman, di mana ia akan mematangkan lagi minda seniman untuk mengorak langkah dengan lebih jauh. Sifat keterbukaan perlu ada diantara pengkritik dan seniman. Ianya akan membantu penghasilan karya seni yang lebih berkualiti, setara itu, meninggikan martabat seni tanah air.

1.3.3

Fungsi Apresiasi dan Kritikan Seni

Apresiasi dan kritikan seni turut melibatkan bidang seni visual, seni lakon, seni nyanyian, penulisan dan sebagainya. Di antara fungsi-fungsinya diterangkan dalam rajah berikut:

Rajah 1.15: Fungsi Apresiasi dan Kritikan Seni.

TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

17

AKTIVITI 1.4
(a) Hasilkan sebuah lukisan atau sebuah sajak. Tunjuk atau perdengarkan kepada rakan-rakan anda. Catatkan setiap kritikan mereka dan bincangkan keperluan yang perlu dilakukan dalam penambahbaikkan karya seni yang dihasilkan.

RUMUSAN
Terdapat pelbagai fahaman tentang apresiasi dan kritikan seni. Walau berapa ramai tokoh sekalipun yang memberikan pendapat (seperti Hauser, Socrates, Plato, Vasari dan lain-lain), namun, apresiasi seni boleh dihuraikan sebagai ekspresi menghargai karya seni. Penghayatan terhadap karya seni pula melibatkan kedua-dua deria pandang dan deria sentuh kita. Apabila kita menghayati sesebuah karya itu, ia kebiasaannya akan dituruti dengan keinginan untuk memberikan pendapat. Ini diklasifikasikan sebagai kritikan seni. Kritikan seni boleh menjadi positif ataupun negatif. Konsep apresiasi dan kritikan seni menghubungkan seniman dengan penghayat seni. Kedua-dua pihak perlu bersikap terbuka ketika proses apresiasi dan kritikan seni berlaku. Impak konsep apresiasi dan kritikan seni membolehkan karya-karya seni dihasilkan dengan lebih berkualiti. Karya seni kebiasaannya terbahagi kepada seni visual dan seni sentuh. Seni visual terdiri daripada hasil-hasil lukisan atau karya tulisan. Ia hanya boleh dinikmati melalui pandangan mata sahaja. Manakala, seni sentuh pula merujuk kepada sesuatu yang boleh dipegang seperti arca dan ukiran. Sifat menghayati dan kritis ada pada diri kita semua. Kesan apresiasi dan kritikan seni berbeza mengikut individu. Namun, secara amnya, apresiasi membentuk masyarakat yang lebih menghargai karya seni. Nilai ini perlu diterapkan dari zaman kanak-kanak lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Konsep kritikan seni pula membentuk masyarakat yang berfikiran jauh dan kritis. Dari sudut seniman pula, konsep apresiasi dan kritikan seni, mampu membentuk karya seni yang lebih berkualiti. Kritikan terhadap karya seni melibatkan dua individu iaitu penghayat seni dan juga seniman. Ketika proses kritikan berlaku, kedua-dua pihak harus bersikap terbuka. Kritikan boleh menjadi sesuatu yang positif juga sesuatu

18

TOPIK 1 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI 1

yang negatif. Penghayat seni harus jujur dalam memberi kritikan dan mengenepikan soal peribadi. Kesimpulannya, kritikan harus bersifat umum. Manakala, seniman perlu menerima kritikan dengan fikiran terbuka dan memahami bahawa, setiap individu mempunyai pendapat yang berbeza. Begitu juga dengan karya seni mereka. Seniman mungkin mempunyai persepsi yang berbeza dengan penghayat seni. Penerimaan terhadap kritikan membolehkan seniman melahirkan karya yang lebih bermutu di masa hadapan. Konsep apresiasi harus diterima sebagai salah satu cabang ilmu oleh semua

Apresiasi Kritikan Seni Penghayat seni Seniman Perbincangan ilmiah Emosi

Kejujuran Daya intelektual

RUJUKAN
Mohd Johari Ab.Hamid (2004). Falsafah dan Kritikan Seni.Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman; Esei Seni Halus. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur Md Nasir Ibrahim. & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni untuk Maktab & Universiti. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Muliyadi Mahmood. (2007). Modern Malaysian Art from the Pioneering Era to Pluralist Era (19430s -1990s). Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 2007