Anda di halaman 1dari 4

CETAKAN

2.1 Konsep Asas Cetakan


Cetakan merupakan kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan
melalui proses terapan blok atau plat. Untuk menghasilkan cetakan, biasanya permukaan blok
diukir atau diguris sehingga imej terbentuk pada blok atau plat tersebut sebelum dapat
dipindahkan ke atas kertas, kain, linoleum, Styrofoam, logam, kadbod atau bahan-bahan lain.
Blok yang sama dapat menghasilkan beberapa keping karya yang serupa. Ini disebut edisi.
Semua karya cetakan dalam sesuatu edisi dianggap karya asli. Blok atau plat cetakan boleh
disediakan dengan memotong, mengguris, etching, atau melukis. Kemudian dakwat diletakkan
ke atas blok atau plat tersebut dengan pelbagai teknik. Kertas diceak dengan cara menekap ke
atas blok melalui gosokan tangan atau menggunakan mesin cetak. Cetakan terbahagi kepada
beberapa

jenis

iaitu

cetakan

datar(planagraphy/lithography),

timbul

cetakan

(relief),

stensil/sutera

cetakan

benam(intaglio),

saring(serigraphy),

cetakan

cetakan

kayu,

cetakan lino dan cetakan gurisan asid. Cetakan komputer pula merupakan karya-karya yang
dihasilkan dengan menggunakan komputer. Penerokaan media elektronik bagi pengkaryaan
yang penting ini telah membawa kepada kesan-kesan proses globalisasi ke atas konteks era
informasi masa kini. Berbalik kepada karya cetakan tradisional lazimnya bersifat dua dimensi
dan berkonsepkan, framed andhung on the wall behind glass. Perkembangan seni cetak
kontemporari global sejak 1950-an menyaksikan ramai pelukis seni cetak antarabangsa mula
berganjak kepada penghasilan karya cetakan tiga dimensi. Pelukis tanahair juga tidak
ketinggalan apabila beberapa pelukis yang lazimnya dikenali dengan karya cetakan tradisi mula
meneroka elemen-elemen tiga dimensi menerusi penerokaan terhadap bahan, teknik dan juga
gaya persembahan secara lebih mendalam.

2.2 Sejarah Perkembangan Cetakan

Sejarah cetakan bermula pada tahun 3000 SM apabila cetakan timbul telah dihasilkan oleh
orang Sumeria dengan salinan imej kulit kerang di atas tanah liat yang berbentuk empat segi.
Teknik cetakan blok kayu buatan tangan yang paling awal dan pertama kali muncul di negara
China pada kurun ke-7 Masihi. Industri cetakan mono kayu buatan tangan pula muncul dan
berkembang di Negara Barat pada abad ke-14 masihi. Pada masa itu , kemahiran mencetak
digunakan untuk mencetak bahan-bahan keagamaan, ilustrasi buku, poster dan bahan
pendidikan. Penggunaan warna dalam cetakan diperkembangkan pada pertengahan abad ke15. Sejarah cetakan di Malaysia telah dibawa dari China ke Singapura pada tahun 1940-an.
Teknik cetakan telah dibawa masuk ke Singapura melalui Nanyang Akademi. Rakyat Malaysia
yang belajar di institute seni di Singapura telah mempelopori teknik seni cetakan dan diperluas
di Semenanjung Malaysia. Seni cetakan kurang berkembang kerana kurang individu yang
berkemahiran dan peralatan yang diperlukan. Pada akhir tahun 1950-an, beberapa individu
yang pulang dari pengajian seni di England telah pulang dan membawa balik teknik
penghasilan seni cetakan , contohnya teknik cetakan gurisan asid dan cetakan kayu. Pada
tahun awal 1960-an, teknik cetakan telah dimasukkan ke dalam sukatan mata pelajaran seni
lukis secara rasmi di institusi perguruan contohnya , Institut Perguruan Ilmu Khas. Seterusnya
diperluas ke sekolahv-sekolah dan individu-indivdu yang bergiat aktif dalam menghasilkan
pelbagai karya seni cetakan menggunakan pelbagai teknik. Di Malaysia, cetakan kayu
digunakan untuk mencetak kain sarung ( kain terap hitam ) sebelum kaedah lilin dari Jawa.
Cetakan kemudian muncul menjadi salah satu cabang seni halus yang unik. Cetakan
mempunyai keistimewaan iaitu dapat menghasilkan beberapa keping hasilan yang sama
disebut edisi. Cetakan juga semakin popular dan digemari ramai ialah harganya tidak mahal
seperti hasil seni yang lain. Saiznya yang sederhana membolehkannya menjadi koleksi orang
ramai. Kini industri cetakan menggabungkan teknik canggih melalui pembantuan perisian
komputer serta kemahiran grafik yang bermutu tinggi telah Berjaya menjadikannya satu saliran
seni yang sangat unik. Seni cetakan di Malaysia ini terus berkembang dengan terhasilnya
karya-karya agung dari tokoh-tokoh cetakan negara seperti Redza Piyadasa dan Juhari
Muhammad Said.
Jenis cetakan yang terdapat adalah antaranya cetakan timbul (relief) , cetakan benam
(intaglio) , cetakan datar ( planography/lithography ) , cetakan stensil ( serigraphy )

2.3 Mengenal Alat, Bahan, Proses dan Teknik Menghasilkan Cetakan


Cetakan stensil sutera saring ialah cetakan stensil yang menggunakan sutera saring
(skrin) sebagai stensil untuk mencetak.
Tiga jenis cetakan sutera saring, iaitu ;
a) Cetakan potongan kertas pendua
b) Cetakan profilem (filem leker )
c) Cetakan skrin jenis foto
Alat & bahan fungsi
pemidang sutera saring (organdi) sebagai stensil
sekuji untuk menyapu warna semasa mencetak
dakwat atau pewarna pewarna cetakan
emulsi foto dan sensitizer campuran ke22nya disapu di atas permukaan skrin dan
didedah kepada cahaya. Kawasan yang dihalang dan sensitizer oleh cahaya akan
menghasilkan corak yang akan dapat ditembusi oleh warna apabila dicetak
filem lut sinar (filem surih) dilukis dengan corak, yang menjadi penghalang kepada
cahaya ke atas skrin yang disapu dengan campuran emulsi foto dan sensitizer dalam
proses dedahan cahaya
dakwat india digunakan untuk melukis corak di atas filem lut sinar
jam randik mengambil masa semasa proses dedahan cahaya dijalankan
alat pengering rambut mengeringkan campuran emulsi foto dan sensitizer
kotak lampu digunakan untuk proses dedahan cahaya
bilik gelap untuk mencampur dan menyapu campuran emulsi foto dan sensitizer ke
atas skrin, serta untuk proses dedahan cahaya

proses cetakan stensil kaedah saring sutera jenis foto dapat dibahagikan kepada 5
bahagian ;
a)
b)
c)
d)
e)

Menyediakan filem positif


Menyediakan sutera saring
Menyediakan campuran emulsi foto dan sensitizer
Dedahan cahaya
Mengecap kain

Anda mungkin juga menyukai