Anda di halaman 1dari 8

Analisis Kepentingan dan Peranan Asas Seni Digital serta Komunikasi Visual dalam

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Seni Visual (PSV)

1.0 Pengenalan

Dalam era globalisasi ini, masyarakat negara kita telah didedahkan dengan teknologi
yang kian canggih sebagai bukti wujudnya bidang seni yang baharu iaitu seni digital. Sabah
Creative Economy & Innovation Centre (SCEIC), 2021 menyatakan bahawa seni digital
terhasil daripada penggunaan teknologi komputer sebagai contoh, perisian grafik vektor
digunakan untuk melukis dan mengimbas gambar dengan bantuan papan grafik (graphics
tablet) atau tetikus. Dengan bantuan teknologi seni digital masa kini, penggunaan seni reka
grafik atau disebut juga sebagai graphic design kian meluas di negara kita. Haslan Tamjehi
dan Maziah Salleh (2016) menyatakan bahawa definisi bagi seni reka grafik ialah segala
prinsip dan elemen yang melibatkan reka bentuk yang digunakan dalam seni bertujuan
untuk meninggalkan impak dan kesan serta menyalurkan info dan maklumat.

1
2.0 Pengaplikasian Asas Seni Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Pendidikan Seni Visual (PSV) dan Kepentingan serta Peranannya

Di zaman yang serba canggih ini, terdapat pelbagai inovasi dalam memastikan teknik
PdP semakin berkesan dari masa ke semasa dengan menerapkan asas seni digital seperti
penggunaan animasi grafik. Animasi didefinisikan sebagai siri perubahan pada paparan
monitor atau skrin komputer (ilustrasi pergerakan) (Rizal Madar, 2009, seperti yang dirujuk
dalam Reiber & Hannafin, 1998). Animasi dihasilkan bertujuan sebagai hiburan kepada para
penonton dan ia juga boleh dijadikan sebagai teknik untuk menyalurkan info atau maklumat.
Dalam Rizal Madar (2009, seperti yang dirujuk dalam Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir,
2000) pula menyatakan bahawa animasi bermaksud imej yang statik ditambah dengan
pergerakan dengan menggunakan teknik yang bervariasi. Selain itu, animasi juga
dikategorikan sebagai satu set grafik yang ditayangkan dengan laju dan pantas dalam
bentuk aksara, siri atau objek. Animasi daripada komputer mempunyai perkaitan dengan
multimedia. Multimedia merupakan satu istilah yang berhubungkait dengan dunia teknologi
maklumat dan komunikasi serta animasi. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat
gabungan pelbagai unsur dalam multimedia seperti unsur video, animasi, audio, teks dan
grafik (Rizal Madar, 2009, seperti yang dirujuk dalam Abdul Hadi et al., 2005; Ismail Zain,
2002).

Cooper (1998) menyatakan bahawa kemampuan menyimpan dan mengingati semula


maklumat dari memori jangka panjang oleh seseorang pelajar adalah kemahiran kognitif
menurut teori kognitif. Penyimpanan sementara di memori sensori dan memori kerja perlu
dilalui oleh info atau maklumat yang hendak didaftarkan ke dalam memori jangka panjang
tetapi disebabkan oleh kemampuan memori kerja yang sangat terhad dimana tidak semua
maklumat yang melalui memori itu dapat dialihkan ke memori jangka panjang. Persembahan
maklumat dalam bentuk multimedia dapat membantu meningkatkan kemampuan memori
kerja merujuk kepada teori ‘dual coding” (Rizal Madar, 2009, seperti yang dirujuk dalam
Rakes, 1999). Oleh hal yang demikian, penggunaan animasi grafik dalam sesi PdP PSV
adalah amat tepat sekali dan bersesuaian memandangkan subjek PSV mempunyai banyak
teori yang perlu dihafal oleh pelajar jadi dengan adanya animasi, iainya dapat meningkatkan
lagi tahap kefahaman pelajar bagi sesuatu topik. Animasi komputer mempunyai kekuatan
jika dibandingkan dengan elemen multimedia yang lain dimana ianya mampu untuk
menyampaikan maklumat secara abstrak dengan jelas kepada pelajar (Rizal Madar, 2009,
seperti yang dirujuk dalam Norton & Sprague, 2001; Hays, 1996; Hofstetter, 1994; Rieber,
1991). Banyak kajian yang membuktikan bahawa animasi daripada komputer merupakan
2

kaedah atau teknik yang sesuai serta berkesan untuk menyampaikan maklumat yang
pelbagai dalam satu masa, menarik tumpuan, menerangkan berkaitan konsep yang abstrak
dan meningkatkan motivasi serta minat (Rizal Madar, 2009, seperti yang dirujuk dalam Lin &
Dwyer, 2004; Doyle, 2001; Chan Lin, 2000; Horton & William, 1995; Nielsen, 1995; Reiber,
1990). Oleh itu pengaplikasian animasi dalam sesi PdP merupakan satu jalan yang terbaik
baik seorang guru untuk meningkatkan daya ingatan dan kefahaman para pelajarnya.

Penerapan enam prinsip asas reka letak atau dikenali juga sebagai CASPER dapat
menghasilkan persembahan slaid pembentangan yang cemerlang bagi meningkatkan
keberkesanan sesi PdP PSV kepada pelajar. Prinsip ini bertujuan sebagai panduan kepada
penyusunan media contohnya grafik, teks, video dan animasi pada sesebuah persembahan
seperti pembentangan di dalam kelas bagi menarik dan merangsang minat pelajar.
CASPER merupakan akronim bagi perkataan contrast, alignment, simplicity, proximity,
emphasis dan repetition. Contrast ialah perbezaan yang jelas terlihat atau disebut juga
sebagai kontra bertujuan untuk membezakan antara dua objek. Kontra boleh ditonjolkan
melalui banyak aspek seperti kontra dari segi warna, saiz tipografi dan tekstur. Selain itu,
alignment yang bermaksud susunan sejajar. Item-item yang hendak dipersembahkan
perlulah disusun secara Simbang agar tidak kelihatan janggal. Seterusnya, simplicity yang
bermaksud mudah dimana animasi atau visual yang dihasilkan haruslah ringkas dan tidak
kompleks agar maksud yang ingin disampaikan jelas. Di samping itu, proximity yang
bermaksud berhampiran dimana item-item yang ingin ditonjolkan haruslah berada dalam
satu kawasan agar penonton dapat melihat perkaitan antara item tersebut. Selain daripada
itu, emphasis yang bermaksud penekanan dimana setiap perkara yang penting perlu diberi
perhatian lebih dan ditekankan tetapi penggunaan elemen sampingan yang melampau
untuk menarik perhatian dapat menyebabkan penonton hilang fokus pada perkara utama.
Akhir sekali, repetition yang bermaksud pengulangan dimana ianya dapat membantu
kepada pemahaman penonton dan mentafsirnya dengan mudah. Pengulangan dapat
dilakukan melalui media grafik, video, teks mahupun audio untuk memberikan penerangan
yang serupa.
3

3.0 Pengaplikasian Komunikasi Visual dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)


Pendidikan Seni Visual (PSV) dan Kepentingan serta Peranannya

Banyak pihak mempunyai tanggapan yang salah dan mempunyai pemikiran yang
sempit tentang konsep komunikasi dimana ianya hanya dianggap sebagai koumikasi antara
dua pihak sedangkan komunikasi mempunyai maksud yang lebih meluas seperti
penyampaian maklumat tidak kira kepada individu mahupun secara berkumpulan dalam
bentuk yang efektif dan bersesesuaian. Selain itu, komunikasi boleh dijalankan dalam
bentuk penggunaan imej sebagai contoh jadual, carta alir, ilustrasi, gambar rajah dan
diagram (Shahir Ghani & Azean Atan, 2013, seperti yang dirujuk dalam Smaldino, 2005).

Gambar 1: Contoh Gambar Rajah

Gambar 2: Contoh Jadual


4

Penggunaan visual dalam menyampaikan sesuatu maklumat adalah sangat penting dan
tidak dihadkan kepada sesuatu bidang sahaja bagi memastikan maklumat tersebut dapat
difahami dengan jelas dalam masa yang singkat selain menjadikan sesebuah komunikasi itu
lebih teratur dan berkesan (Shahir Ghani & Azean Atan, 2013, seperti yang dirujuk dalam
Grabe & Grabe, 2007). Para pelajar dapat meningkatkan kualiti komunikasi visual mereka
dengan dibantu oleh pengalikasian visual dalam sesi PdP (Shahir Ghani & Azean Atan,
2013, seperti yang dirujuk dalam Yehezkel et al., 2004; Yehezkel, 2002; White, 2001a;
White, 2001b). Imej bervisual dilihat dapat membantu para pelajar untuk memahami sesuatu
konsep dalam jangka masa yang pendek walaupun konsep tersebut kelihatan kompleks
(Shahir Ghani & Azean Atan, 2013, seperti yang dirujuk dalam McLoughlin, 1997; Carney &
Levin, 2002). Maklumat yang sukar untuk disampaikan dapat diatasi dengan penggunaan
multimedia sebagai contoh video, audio, animasi dan grafik (Shahir Ghani & Azean Atan,
2013, seperti yang dirujuk dalam Chang & Quintana, 2006).

Komunikasi visual mempunyai banyak prinsip penting antaranya termasuklah muka


taip, visual, warna, simbol, animasi, audio, kesatuan dan keseimbangan. Yang pertama iaitu
muka taip, penggunaan jenis muka taip akan mempengaruhi kecepatan sesuatu maklumat
itu dapat disampaikan kepada pelajar. Hal ini demikian kerana penggunaan muka taip yang
tidak bersesuaian dalam aktiviti PdP seperti muka taip yang terlalu ‘fancy’ dapat
menimbulkan kekeliruan ketika pelajar membaca sesuatu petikan. Sebagai contoh,
Blackkader ITC, Algerian, Chiller dan Curlz MT. Penggunaan muka taip sans serif adalah
yang terbaik kerana ianya berbentuk formal yang tidak mempunyai sebarang unsur
tambahan seperti ekor yang dapat memudahkan para pelajar untuk membaca sesuatu
petikan.

Gambar 3: Contoh Muka Taip


5

Yang kedua iaitu visual, penggunaan visual dalam menerangkan sesuatu perkara dapat
meningkatkan daya kefahaman pelajar mengenai topik yang diajarkan. Yang ketiga iaitu
warna. Penggunaan warna muka taip dan latar belakang haruslah bersesuaian kerana ianya
dapat mempengaruhi tahap kemudahan pelajar untuk membaca dan memahami sesuatu
teks. Yang keempat, simbol. Penggunaan simbol juga dapat memudahkan pelajar untuk
memahami maksud yang hendak disampaikan tanpa perlu membaca dalam bentuk ayat
yang panjang. Yang kelima dan keenam, animasi serta audio. Penggunaan animasi dalam
PdP dapat menguatkan lagi tahap ingatan seseorang pelajar ditambah lagi dengan audio
daripada animasi tersebut yang dapat meningkatkan lagi kecekapan dan kemahiran pelajar
untuk memahami tentang sesuatu tajuk khususnya dalam subjek PSV kerana terdapat juga
teori selain daripada aktiviti penghasilan karya. Pelajar dapat memahami dengan lebih jelas
dan terperinci berkaitan dengan subtopik yang diajarkan oleh guru hanya dengan menonton
animasi berilmiah tanpa perlu membaca nota yang panjang yang dapat mengelirukan
mereka terutamanya kepada pelajar berkeperluan khas. Yang ketujuh ialah kesatuan
dimana ia merupakan prinsip yang penting melibatkan perhubungan unsur-unsur seperti
bentuk, garisan dan ruang dan lain-lain. Kesatuan dapat dicapai jika beberapa unsur rupa
mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Yang terakhir ialah keseimbangan dimana
prinsip ini berfungsi untuk mewujudkan ketenangan dan kenyamanan kepada penonton.
6

4.0 Kesimpulan

Secara totalnya, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat hubungkait antara


kepentingan dan peranan asas seni digital serta komunikasi visual dalam PdP PSV.
Kepentingan dan peranan yang utama bagi kedua-dua bidang ini adalah untuk mewujudkan
satu teknik PdP yang berkesan kepada para pelajar tidak kira sekolah rendah mahupun
sekolah menengah dan sekolah biasa mahupun sekolah pendidikan khas khususnya bagi
mata pelajaran PSV. Peningkatan tahap kefahaman sesuatu topik dalam subjek ini melalui
grafik adalah objektif bagi kaedah atau teknik PdP yang baharu ini. Kejelasan tentang
sesuatu tajuk adalah penting bagi melahirkan pelajar yang berpengetahuan tinggi. Asas seni
digital dan komunikasi visual dapat memudahkan pelajar mengingati sesuatu yang diajarkan
dengan lebih berkesan, jelas dan senang untuk difahami melalui penggunaan teknologi
digital seperti animasi komputer. Akhir sekali, asas seni digital dan komunikasi visual ini
berfungsi sebagai alat bantu mengajar yang efektif di samping mewujudkan suasana
pembelajaran yang menarik di dalam kelas. Pengaplikasian teknik konvensional PdP seperti
pembacaan nota dan teks semata-mata bagi subjek PSV perlu dikurangkan dalam
menelusuri era pendidikan berteraskan digital.
7

Anda mungkin juga menyukai