Anda di halaman 1dari 5

 

MSP 3093 ( KUMPULAN B ) 


KAJIAN AWAL ( DIGITAL ART ) 
ENCIK AMIR BIN HASHIM 
AMIRUL HAZIM BIN MOHD RASHIDI 

1. MAKNA
Definisi Seni Digital adalah istilah umum untuk berbagai karya seni yang menggunakan
teknologi digital sebagai bahagian penting dari kreatif dan / atau proses presentasi (Eizzatiey
Hassim, t.t). Seni digital ​ialah seni yang dicipta dengan menggunakan komputer di dalam bentuk
digital. Seni digital boleh sepenuhnya dihasilkan menerusi komputer seperti gambar diimbas atau
dilukis menggunakan perisian grafik vektor menggunakan tetikus atau papan grafik (​graphics
tablet​). Istilah ini biasanya dikhaskan bagi seni yang sebahagian besarnya disunting melalui
komputer.

Seni Digital merupakan sebuah karya seni digital yang banyak di pertunjukan kepada
penonton. Banyak disiplin ilmu lama yang sekarang telah menggunakan teknologi digital dan
komputer sehingga garis batas antara karya seni tradisional dan karya seni hasil olahan media
komputer menjadi sukar untuk dikenal pasti. Terdapat ramai pengkarya yang telah
menggabungkan cara melukis tradisional dengan menggunakan pemprosesan gambar digital atau
penyuntingan gambar digital.

Kekuatan dalam seni digital ini adalah melalui cetusan idea dan rekaan adalah melalui
pengumpulan maklumat serta perkongsian rakan dan juga para pensyarah yang banyak memberi
cadangan dan penambahbaikan. Selain itu, penerokaan dan kajian yang dilakukan beberapa kali
untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik dan lebih berkualiti. Mural di bawah hampir
menepati reka bentuk yang dikehendaki. Ciri-ciri tambahan daripada segi warna, pemilihan jenis

 

 

 
 

tulisan dan saiz, serta grafik yang berkaitan. Ia lebih menjurus kepada pergerakan yang
menunjukkan berlakunya peredaran masa.

2. FUNGSI 
Fungsi seni digital ialah mampu melahirkan pengguna atau pengkarya seni yang lebih kreatif dan
inovatif dalam menghasilkan seni digital. Dengan adanya pelbagai jenis media dan bahan,
mampu menjadikan pengguna atau pengkarya seni itu berfikiran kreatif dan inovatif dalam
mereka seni digital dengan cara yang terkini. Seperti yang kita tahu, masyarakat era 90-an masih
kurang pengetahuan berkaitan teknologi maklumat. Hal ini kerana, teknologi pada waktu
tersebut digunakan secara minimum iaini secara tidak menyeluruh. Oleh itu, mereka berkarya
secara realiti iaitu menghasilkan karya seperti arca 2d atau 3d, catan, kraf dan sebagainya.
Berbeza dengan masyarakat kini yang boleh menghasilkan karya yang pelbagai dengan
menerapkan kesemua elemen seni teknologi, seni kraf dan sebagainya.

3. MEDIA 
Terdapat beberapa media yang boleh digunakan dalam menghasilkan seni digital dengan
menggunakan tablet, telefon pintar, komputer atau komputer riba. Kebanyakan media-media ini
mudah didapati dengan hanya memuat turun secara percuma atau berbayar. Dengan adanya
media ini mampu membantu pengkarya atau sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu seni
digital dengan mudah. Antaranya ialah :

● Art game ● Digital ● Dynamic


● Animations illustrations Painting
● Computer art ● Digital imaging ● Evolutionary art
scene ● Digital painting ● Generative art
● Computer ● Digital ● Interactive art
graphics photography
● Cyberarts ● Digital poetry

 

 

 
 

● Music visualization ● Systems art


● Photo manipulation ● Software art
● Pixel art
● Motion graph
● Render art

4. IDEA 

Seperti yang dapat dilihat pada imej tersebut, bagaimana perkembangan idea dari satu rupa
organik mampu menghasilkan rekaan yang menarik. Dengan hanya gabungan warna, garisan,
rupa, ruang dan jalinan yang diterapkan dalam proses perkembangan idea tersebut.

 
5. TREND SEMASA 

Trend semasa yang dapat kita lihat ialah perkembangan teknologi kini yang semakin pesat
membangun selaras dengan kemajuan yang dikecapi dunia teknologi ini. Seperti yang diketahui
bahawa sebelum kemajuan dalam bidang teknologi, masyarakat menggunakan fotografi dalam

 

 

 
 

berkarya, tertapi kini masyarakat menggunakan media yang pelbagai bagi menghasilkan karya
yang lebih kreatif seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini.

Selain itu juga, dengan adanya teknologi juga mampu menjana pendapatan yang lebih
tinggi dalam menghasilkan produk yang menggunakan seni digital ini berbanding pengusaha
yang menghasilkan produk secara tradisional. Pengeluaran yang tinggi mampu dicapai dengan
adanya teknologi serta mampu menampung permintaan yang banyak dengan masa yang singkat.
Sebagai contoh, pengusaha percetakan baju mampu meraih keuntungan berlipat kali ganda.
Dengan menggunakan seni digital mampu menghasilkan rekaan pada baju dengan lebih menarik,
mudah dan pantas. Kemudian dengan menggunakan teknologi pencetakan baju, pengusaha
bukan sahaja mampu menjimatkan masa malah mampu mencetak baju dalam kuantiti yang
banyak.

6. CONTOH KARYA

i. Pengiklanan ii. Karya

 

 

 
 

iii. Produk

 

Anda mungkin juga menyukai