Anda di halaman 1dari 2

Peringkat Scribbling (contengan) (2-4 tahun)

Contengan kanak-kanak berusia 2 tahun.

Umairah faqihah binti hairol (2 tahun)

Berdasarkan gambar di atas menunjukkan contoh hasil seni daripada kanak-kanak yang berusia
2 tahun. Menurut teori perkembangan artistik Al Hurwitz dan Day, pada peringkat ini kanak-
kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda.
Lukisan ini selalunya dihasil di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan pelbagai bahan
seperti pen krayon, pensel warna dan lain-lain. Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat
realistic dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Contoh di
atas menunjukkan adik umairah ingin melukis gunung. Pada peringkat ini, kanak-kanak lebih gemar
untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai
media. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang alatan untuk
melukis. Hal ini kerana, pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang
disukai oleh mereka. Ini yang dinamakan contengan rupa mengikut teori perkembangan artistik Al Hurwitz selain
itu, lukisan diatas juga merupakan contengan rupa terkawal. Mengikut teori al hurwitz,kebolehan kanak-kanak ini
yang berusia 2 tahun mula melukis rupa dan ulang mengikut kehendak mereka. Apa yang saya perhatikan, adik
umairah ialah salah satu kanak-kanak yang mampu berdikari apabila beliau bermain. Apabila diminta melukis dia
mengambil warna pensel dan terus membuat lukisan. Pada pendapat saya, hasil lukisan diatas bermaksud
pemandangan iaitu 2 buah gunung dan tanah dibawahnya. Karya yang dihasilkan berkemungkinan terhasil akibat
daripada pengalaman mereka yang pernah melihat sesuatu objek mahupun benda. Kesimupulannya, hasil karya
yang di hasilkan oleh kanak-kanak yang berusia 2 tahun ini adalah contengan yang tidak terkawal yang terlintas di
fikiran mereka. Karya itu kebiasaannya terbentuk daripada pengalaman keadaan sekeliling mereka yang
kemudian dihasilkan di atas permukaan ke atas bagi menunjukkan imaginasi mereka

Anda mungkin juga menyukai