Anda di halaman 1dari 3

Topik 6: Tugasan1(individu)

Sila jawab soalan esei pendek yang disediakan di bawah ini [20 markah].

Mengikut Frank Cizek, setiap kanak-kanak mempunyai kreativiti yang tersendiri dan patut
diberi peluang untuk meluahkan pengutaraan tampak atau ekspresi diri melalui penghasilan karya
seperti lukisan. Dalam pada itu, kanak-kanak akan lebih cenderung untuk melukis berdasarkan
apa yang mereka lihat daripada menggunakan imaginasi sendiri.

Melalui hasil seni-lukisan di atas, kita dapat menghayati keberkesanan rangsangan yang
diutarakan melalui tema, hal benda dan kandungan oleh kanak-kanak. Terlebih dahulu, pada
pandangan saya, tema lukisan tersebut adalah ‘Kampung Saya’ dan kanak-kanak tersebut
adalah berumur 7-8 tahun. Beliau telah dapat memberi maksud tersirat di tepi imej yang ingin
disampaikan. Sebagai contohnya, terdapat pelbagai jenis pokok iaitu pokok ubi, pokok tebu dan
buah-buahan tembikai di depan rumah. Bukan itu sahaja, beliau juga membuat penerangan bagi
rumah, kenderaan serta keadaan jalan raya. Ini telah membuktikan hasil lukisan adalah melalui
permerhatian dan pengalaman beliau. Dalam lukisan tersebut, matahari yang dilukis di atas dan
tengah langit menunjukkan waktu ketika itu ialah tengah hari. Kanak-kanak tersebut tahu bilangan
kereta pada masa itu masih tidak banyak lagi. Jelaslah, kanak-kanak pada peringkat umur ini
memang sangat peka terhadap benda-benda di sekelilingnya.

Seterusnya, menurut Viktor Lowenfeld, pada peringkat Skematik (7-9 tahun), penekanan
lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej. Secara keseluruhannya, hal-hal benda
di dalam lukisan terutamanya awan-awan, rumah-rumah dan pokok-pokok telah dilukis secara
teratur dan tersusun. Konsep ruang telah dibahagikan dengan adil kepada arah tertentu mengikut
cara kanak-kanak tersebut. Perkara ini telah menunjukkan kekemasan lukisan dan secara
langsung tidak akan membawa kekeliruan kepada penonton. Mengikut Herbert Read pula, pada
peringkat Realisme Tersirat (7-8 tahun), kanak-kanak dapat melukis dengan lebih terperinci dan
benda yang halus dan kecil mula dilukis dalam karya mereka. Penyataan ini adalah betul.
Contohnya, kaki rumah, bentuk buah tembikai, pokok-pokok tebu dan ubi serta daun-daun pokok
kelapa dilukis dengan garisan-garisan harus. Hal ini berlaku sempena teori Laura H.Chapman
yang berpendapat bahawa kawalan yang seimbang dari segi pergerakan tangan sudah berlaku
pada peringkat Membuat Simbol-Simbolisme Kedua (7-8 tahun). Oleh itu, hasil seni-lukisan
kanak-kanak boleh membawa makna dengan jelas. Pada masa yang sama, penggunaan
pelbagai warna ke atas imej telah diperlihatkan. Semua hal benda dilukis dengan warna yang
betul.

Jika kita berbincang dari sudut yang lain, kandungan dalam sesebuah seni-lukisan berkait
rapat dengan teori-teori perkembangan krativiti kanak-kanak. Mengikut Teori Psiko-analitik yang
dikemukan oleh Sigmund Freud, faktor yang paling mempengaruhi hasil karya kanak-kanak ialah
psikologi. Hakikatnya, psikologi juga terpengaruhi dengan latar belakang, agama dan budaya
seseorang. Kita dapat memahami perasaan dan mengetahui pemikiran bawah sedar kanak-
kanak melalui hasil lukisan mereka. Namun, setiap lukisan yang dihasilkan adalah bersifat
peribadi kerana lukisan tersebut merupakan luahan perasaan ekspresif kendiri. Lantaran itu, hasil
seni-lukisan di atas memberi mesej kanak-kanak tersebut ingin berkongsi suasana di
kampungnya. Bukti menunjukkan keinginan tersebut melalui hal benda telah dilabel dengan
maksud tersirat yang jelas dan teliti. Di samping itu, kemungkinan kanak-kanak tersebut juga
rindu akan rumah di kampung pada dahulu masa. Mungkin kanak-kanak dan keluarganya sudah
berpindah ke bandar atau tempat-tempat lain atas sebab-sebab tertentu. Jadi, beliau melukis
pemandangan dan suasana yang pernah mengalami sebagai kenangan. Pada waktu ketika itu,
kanak-kanak tersebut pasti seseorang budak yang ceria dan aktif.
Secara ringkasnya, setiap hasil seni-lukisan kanak-kanak adalah unik dan istimewa. Kita
haruslah menghayati dan memahami karya-karya tersebut dari pelbagai sudut. Yang penting,
kanak-kanak menikmati proses melukis. Itulah tujuan seni!

Anda mungkin juga menyukai