Anda di halaman 1dari 44

Bidang Kegiatan Pendidikan Seni Visual – Menggambar

1.0 Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual

Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah disusun


dalam empat bidang kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan,
Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional. Setiap bidang ini
menegaskan empat aspek utama iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis
dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik.
Pengajaran pula akan dijalankan secara bersepadu.

2.0 Pengertian Menggamabar Menurut Para Ahli

Sumanto (2006, hlm.13) menjelaskan bahawa, menggambar adalah proses


menciptakan gambar dengan cara menggoreskan benda-benda tajam seperti pensil atau
pen pada bidang datar misalnya permukaaan papan tulis, kertas, atau dinding. Selain
itu, menurut Affandi (dalam Saiful Haq, 2008, hlm.2), menggambar dan melukis
merupakan perwujudan bayangan angan-angan ataupun suatu pernyataan perasaan
atau ekspresi dan fikiran yang diinginkan. Perwujudan tersebut dapat berupa tiruan
objek ataupun fantasi yang lengkap dengan garis, bidang, warna, dan tekstur dengan
sederhana. Seterusnya, Tarja Sudjana, dkk. (2001, hlm.1) menyatakan bahawa
menggambar dikenal juga dengan istilah menggambar alam benda. Menggambar
seakan-akan memindahkan benda tersebut ke dalam sebuah bidang gambar tanpa
adanya suatu perubahan. Di samping itu, Muharam E. dan Warti Sudaryati (1992,
hlm.95) berpendapat pada hakikatnya menggambar adalah penyajian ilusi optik atau
manipulasi ruang dalam bidang datar dua dimensi.

3.0 Bidang Menggambar

Bidang menggambar menekankan perkemangan persepsi dan kemahiran serta


kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan
pelbagai media dan teknik yang memfokuskan aspek ruang, struktur, imbangan dan
komposisi.
Teknik-teknik dalam bidang Menggambar ialah:

3.1 Lukisan
3.2 Catan
3.3 Kolaj
3.4 Montaj
3.5 Cetakan
3.6 Resis
3.7 Gosokan
3.8 Stensilan
3.9 Percikan
3.10 Gurisan
3.11 Capan
3.12 Mozek
3.13 Poster

2.1 Teknik Lukisan

2.1.1 Definisi Lukisan

Lukisan adalah hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu


permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan
menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling
sedikit. Lukisan juga mendefinisikan lanjutan beberapa lakaran ringkas
bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti
catan, kolaj, montaj dan cetakan.

Selain itu, penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada


media kering seperti pensel, pen, pensel warna, pastel, arang dan
dakwat. Lukisan juga mengaplikasi garisan, rupa,
bentuk, saiz, warna dan juga jalinan.
2.1.2 Alat, Media dan Bahan
2.1.3 Gambar Media kering Ciri-ciri

Pensel H Sejenis pensel jenis keras

Pensel B Sejenis pensel lembut


(2B-8B)

Pensel warna Terdiri daripada berbagai


jenis warna

Pen dan Mempunyai kesan garisan


dakwat yang lebih halus

Oil pastel Lembut dan mempunyai


kesan lilin

Soft pastel Didapati dalam pelbagai


warna dan mempunyai
kesan lembut

Pen marker Menghasilkan kesan


garisan tebal

Arang Dapat memberi kesan


legap dan mudah
mendapat kesan

Kapur Kesan garisan yang tebal


dan mudah tanggal

Jenis-jenis Kertas Lukisan


Gambar Kertas lukisan Ciri-ciri

2.1.4 Kertas lukisan Sesuai untuk pensel, pen,


biasa arang dan oil pastel

Kertas cat air Tebal dan bermutu tinggi,


mahal tetapi baik untuk
digunakan

Bod bristol Merupakan kertas bod


putih yang keras dan licin
yang dicipta untuk pen

Kertas ingres  Mempunyai permukaan


Teknik Gambar
yang halus dan
berbulu.
Contengan  Ia terdapat dalam
pelbagai warna cerah.
 Biasanya digunakan
untuk lukisan pastel

Teknik Lukisan Garisan kontur

Titik

Pangkah silang

Garisan selari
2.1.5 Menentukan Tema atau Subjek

i. Lukisan figura
 Imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan
ii. Lukisan alam benda
 Objek kaku atau tidak bernyawa
iii. Lukisan lanskap
 Pemandangan di luar studio atau di dalam studio

Beberapa aspek untuk menghasiljan lukisan yang bermutu, seperti:

i. Asas seni reka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan


ii. Perspektif (1titik lenyap, 2 titik lenyap & 3 titik lenyap)
iii. Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
iv. Kesan cahaya pada imej
v. Pembentukan baying-bayang
vi. Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dan
sebagainya)
vii. Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
viii. Teknik mengukur objek mengikut kadar banding

2.1.6 Proses Menghasilkan Teknik Lukisan

Proses 1: Memunculkan Gagasan


 Untuk memunculkan gagasan kreatif, dapat ditempuh dengan
cara:
i. Mempelajari atau membaca buku
ii. Melihat film-film dokumenter tentang lukisan
iii. Mengunjungi kegiatan pameran atau museum
iv. Melihat objek secara langsung dan
v. Mengembangan imajinasi

Proses 2: Memilih Bahan


 Setelah terbentuk atau muncul gagasan kreatif tersebut, langkah
selanjutnya adalah memilih bahan yang akan digunakan, misalnya:

i. Menggunakan kertas gambar/karton dan pastel


ii. Menggunakan kertas gambar/karton dan spidol
iii. Menggunakan kertas gambar dan warna pencil

Proses 3: Menentukan Teknik

 Ada beberapa teknik yang dapat digunakan dalam melukis,


diantaranya:

i. Teknik contengan
ii. Teknik garisan kontur
iii. Teknik titik
iv. Teknik pangkah silang
v. Teknik garis selari

Proses 4: Membuat Sketsa

 Setelah bahan dapat ditentukan, langkah selanjutnya adalah


membuat sketsa gambar. Yang dimaksud sketsa adalah gambar
awal yang akan dibuat lukisan. Sketsa inilah yang nantinya
diselesaikan menjadi sebuah lukisan yang sempurna.

Proses 5: Menyempurnakan Lukisan

 Tahap melukis yang terakhir adalah menyempurnakan atau


menyelesaikan sketsa yang telah dibuat yaitu dengan cara :

i. Mewarnai sketsa dengan goresan tipis pada objek pokok


(positif) dan latar belakangnya (negatif)
ii. Menyempurnakan lukisan dengan kontur, penyinaran (spot
light), penegasan, dan penentuan gelap terang.

2.1.7 Hasil Penerokaan Saya (Teknik Lukisan)


 Teknik: Lukisan
perspektif 1 titik lenyap
 Media: Pensil

 Teknik: Lukisan
perspektif 2 titik lenyap
 Media: Pensil

2.2 Teknik Catan

2.2.1 Definisi Catan

Catan adalah suatu proses menyapu warna atau cat ke atas


sesuuatu permukaan rata. Ia dihasilkan melalui sapuan warna ke atas
permukaan rata dengan menggunakan berus. Catan juga mewakili
gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau
abstrak.

2.2.2 Alat, Media, Bahan dan Jenis-jenis Kertas

Gambar Jenis media Bahantara Teknik Kesesuaian Kesan sapuan


catan permukaan
Warna air Air  Basah atas basah Kertas Lut sinar dan
 Basah atas kering khusus legap

 Kering atas kering untuk catan


cat air
Cat minyak Turpentine  Titik/ pontilisme Kain kanvas Legap,
/ minyak  Sapuan tebal/ berkilat, kasar
linsid impaste mengikut
 Cat tepat/ hard edge teknik

 Melembut/ scumbling
 Kilauan/ glazing
Cat poster Air  Campuran warna Kertas Legap
tebal/ nipis kanvas
 Warna mudah
merekah jika sapuan
warna terlalu tebal
 Boleh mendapatkan
kesan seperti teknik
cat minya
Cat akrilik Air  Campuran warna Kain Legap
tebal/ nipis kanvas,
 Boleh mendapatkan kain kapas,
kesan seperti teknik kertas
cat minyak
Cat Air  Campuran warna Kain Lut sinar dan
tempera tebal/ nipis kanvas, lembut
 Boleh mendapatkan kertas,
kesan seperti teknik papan lapis
minyak
Cat Air  Campuran warna Kertas Legap
gouache tebal/ nipis
 Boleh mendapatkan
kesan seperti teknik
cat minyak
2.2.3 Teknik Catan
Teknik Gambar

Basah atas basah

Catan cat air

Catan cat minyak

Kering atas basah

Impasto

Sapuan tepat/ hard edge

Teknik titik/ pointilisme

Teknik kilat/ glazing

Melembut/ scumbling
2.2.4 Proses Menghasilkan Teknik Catan

Proses bagi teknik basah atas kering


i. Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering.
ii. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-
peringkat dengan ton yang semakin gelap.
iii. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan
celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan.
Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

Proses bagi teknik basah atas basah


i. Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair.
ii. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika
menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam
garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu.
iii. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.
iv. Teknik Berus Kering

Proses bagi teknik campuran warna

i. Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas
lukisan.
ii. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang
pertama tanpa menunggu warna itu kering.
iii. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.

2.2.5 Hasil penerokaan (Teknik Catan)

 Teknik: Catan
 Media: Akrilik
2.3 Teknik Kolaj

2.3.1 Definisi Kolaj

Kolaj adalah salah satu teknik tertua yang menggunaka teknik


tampalan untuk menghasilkan pelbagai karya lukisan, gambar atau
rekaan. Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak,
menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.

2.3.2 Alat, Media dan Bahan

Bahantara yang digunakan bagi menghasilkan kolaj adalah dari


bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.

2.3.3 Menentukan Tema

Fikirkan tema terlebih dahulu sebelum mengaplikasikan alatan dan


media pada kolaj.

Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap murid.

2.3.4 Jenis Kolaj


Gambar Jenis kolaj Ciri-ciri

Kolaj kertas  Diperbuat


menggunakan kertas
warna yang digunting
secara bebas
 Menggunakan teknik
tekanan pada mata pen
dan pensel atau
menggunakan alat
penebuk kertas
Kolaj bahan  Menggunakan perca
jahitan kain, manik, butang
baju, kapas dan kekabu
 Menyusun bahan
menerusi guntingan
perca kain atau
menyusun manik atas
butang baju
Kolaj bijirin  Menggunakan bahan
bijirin yang disusun dan
dilekat menggunakan
gam berkualiti pada kad
boart tebal
 Bijirin yang digunakan
ialah beras pulut, beras
bali, kacang hijau,
jagung dan bijisaga
Kolaj bahan  Menggunakan bahan
terbuang terbuang (penutup
botol, batang aiskrim,
lidi sate, tali, plastick
sampah)
 Disusun dan dilekat
menggunakan gam
serta dibalut
menggunakan plastik lut
sinar supaya tahan
lama
2.3.5 Proses Menghasilkan Teknik Kolaj

Proses 1
 Sediakan bahan-bahan utama seperti gam, kertas warna, gunting,
kad manila, pisau, marker dan kertas warna yang telah dilakar
bentuk.
Proses 2
 Dengan menggunakan pensel lukis lakaran objek di atas kertas
lukisan.

Proses 3
 Lukisan yang telah siap, kemudian akan ditampal dengan
menggunakan bahan-bahan seperti majalah terpakai, tisu,
kekacang, daun kering dan sebagainya.

2.3.6 Hasil Penerokaan Saya (Teknik Kolaj)

 Teknik: Kolaj
 Media: Kertas warna,
benang & kulit kacang

2.4 Teknik Montaj

2.4.1 Definisi Montaj


Montaj ialah suatu aktiviti seni menggambar dengan menggunakan
potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama. Aktiviti
montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum.
Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan
dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan
satu imej baru.

2.4.2 Alat, Media dan Bahan

Setiap pelukisa mempunyai cara dan gaya yang tersendiri apabila


mengahasilkan karya seni. dalam penggunaan alatan dan media untuk
menghasilkan suatu karya seni, pelukis perlu mengenalpasti bahan yang
sesuai dan senang untuk didapati supaya kerja-kerja dijalankan secara
lancar.

Berikut adalah contoh alat dan bahan yang boleh digunakan dalam
penghasilan aktiviti montaj:

 Gambar foto sebenar seperti gambar keluarga, alam semulajadi,


haiwan dana lam benda
 Gambar atau ilustrasi dari majalah/surat khabar seperti figura,
lanskap, tumbuh-tumbuhan, situasi
 Gunting, pisau pemotong kertas, berbagai jenis gam

Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj


untuk menarik perhatian pemerhati.

2.4.3 Teknik

Teknik superimpose, image editing photography digunakan dengan


menggunakan computer dalam menghasilkan montaj.

2.4.4 Menentukan Tema


Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan
kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf.

2.4.5 Proses Menghasilkan Teknik Montaj

i. Menampal dan meletakan gambar-gambar pada sesuatu permukaan


untuk menimbulkan mesej, pengajaran, kecintaan, kecuaian,
peperangan serta alam sekitar.
ii. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-
mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.
iii. Satu corak tidak semestinya bererti kerja seni alus dibuat melalui
proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain.
iv. Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk
menjadi satu komposisi ilustrasi.
v. Imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imej majalah, surat
khabar supaya bercantuman bertindih dan berubahsuai untuk
menghasilkan satu imej.
vi. Komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose
dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang
kreatif untuk menghasilkan satu karya montaj.
vii. Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun
secara bertindih di antara satu sama lain.
viii. Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fotografi daripada
sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto.
ix. Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu
komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu
hasil kerja seni.

2.4.6 Hasil penerokaan (Teknik Montaj)

 Teknik: Montaj
 Media: Gambar foto
2.5 Teknik Cetakan

2.5.1 Definisi Cetakan

Cetakan adalah suatu proses penerapan blok ke atas permukaan


rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan
dawat.

2.5.2 Jenis-jenis Cetakan


Gambar Jenis Huraian
Cetakan
2.5.3
Cetakan  Hasil imej berdasarkan kesan
timbulan garisan di atas permukaan blok
atau plat yang terlebih dahulu
disapu dengan dakwat atau
pewarna. Kaedah cetakan timbul
ialah kolaj, lino, potongan kayu,
kad bod bergelugor dan sayur-
sayuran.
Cetakan  Imej terhasil berdasarkan
benam garisan di dalam blok atau plat.
 Teknik yang digunakan ialah
garisan asid, turisan, akuatin dan
mesotin.
 Kaedah yang berlawanan
dengan cetakan timbul.
Cetakan  Dihasilkan melalui permukaan
planograf cetakan yang mendatar.
 Dikenali juga sebagai litografi.
 Ia adalah teknik sifat penolakan
minyak dengan air.
 Menggunakan blok batu kapur.
 Ia kelihatan seolah-olah lukisan
pensel.
Cetakan  Menggunakan kain sutera yang
stencil diregang pada kayu pemidang.
(sarigrafi)  Imej terhasil melalui potongan
kertas pendua, filem laker atau
skrin foto emulsi.
 Sekuji digunakan untuk menyapu
dakwat di atas skrin pemidang.

Teknik Cetakan

Teknik cetakan timbul


 Cetakan timbuk ialah proses mengukir ke dalam dan meninggalkan
bahagian yang timbul untuk diletakan dakwat dan dicetak.
 Antara jenis-jenis cetakan timbul ialah
i. cetakan lino
ii. cetakan blok kayu
iii. cetakan timbul/kolograf/kolaj

 Bahan-bahan yang digunakan dalam seni cetakan timbulan dan kegunaannya:


Gambar Bahan- Kegunaan
bahan

Ke
pingan
linolium

Blok kayu Untuk letakan blok cetakan untuk


proses cetak ke atas kertas

Set alat Mengukir imej yang dikehendaki


ukiran (lino & blok kayu)

Penggelek Meratakan warna pada blok yang


warna / hendak dicetak
roller

Dakwat Untuk mendapatkan imej yang


cetakan dikehendaki
lino atau
blok kayu

Minyak Untuk mencairkan dakwat cetakan


linsid

2.5.3.1 Proses penghasilan cetakan blok kayu


I. Selepas melakar di atas sekeping blok kayu, alat
pengukir digunakan untuk mengukir corak atas lakaran
pada blok tersebut.
II. Bahagian yang dibuang atau diukir tidak akan
menerima dakwat. Ia akan meninggalkan kesan putih
pada permukaan cetakan. Bahagian blok yang timbul
pula akan disapu dakwat cetak dengan menggunakan
penggelek.
III. Dakwat akan digelek dipermukaan cermin sehingga
tiada kesan 'bubble' dan kemudian penggelek
berdakwat itu akan digelek ke atas permukaan blok
kayu yang siap diukir.
IV. Sehelai kertas akan diletak di atas permukaan blok
kayu dan digosok dengan belakang lengkungan sudu
untuk meratakan dakwat. Kertas diangkat daripada
blok kayu. Kesan cetakan terhasil. Bahagian yang
timbul pada blok kayu dicetak secara terbalik dan
bahagian yang tenggelam kekal kosong. Jika
menggunakan lebih daripada satu warna, blok yang
berasingan akan digunakan untuk setiap warna.

2.5.3.2 Proses cetakan timbulan menggunakan blok kayu


Proses 1

Proses menggukir imej pada


permukaan blok kayu.

Proses 2

Menggelek dakwat ke atas


permukaan blok kayu yang
telah diukir.

Proses 3

Proses 4

Mengosok belakang kertas


cetakan menggunakan
lengkungan sudu
Proses 5

Imej cetakan yang terhasil.

Proses 6

Beberapa siri cetakan asli


yang dipanggil 'Edisi'.

2.6 Teknik Resis

2.6.1 Definisi Resis

Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang


menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Lilin yang
digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindungi kepada warna asal atau
terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas. Lilin dalam aktiviti resis
bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan
kertas.Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat
kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik
tekanan garisan. Resis dengan menggunakan kain menggunakan
canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik. Sodium silikat
digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang
terdapat pada kain tersebut. Rendaman soda ash dalam air panas
bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain
tersebut.
2.6.2 Alat, Media dan Bahan
Gambar Alat, media dan bahan

Pensel H
 Sejenis pensel jenis keras

Pensel B (2B-8B)
 Digunakan seperti melukis atau
memadam sesuatu untuk
mewujudkan imej atau jalinan
apabila warna air disapukan di
atasnya

Lilin
 Digunakan seperti melukis atau
memadam sesuatu untuk
mewujudkan imej atau jalinan
apabila warna air disapukan di
atasnya

Krayon lilin

Oil pastel
 Lembut dan mempunyai kesan lilin

Cat air

Kertas lukisan

Berus warna
2.6.3 Teknik-teknik resis
 Krayon resis dengan warna air
 Krayon resis dengan warna poster
 Krayon resis dengan warna tempera
 Krayon resis dengan dakwat basah
 Krayon resis
 Kertas lilin resis
 Resis dengan kain
 Krayon resis batik
 Resis dari warna air dan perekat getah (campuran)
 Resis dari warna air dan lilin biasa
 Resis dari kapur dan lilin (cara positif)
 Resis dari kapur dan lilin (cara negatif)

2.6.3.1 Teknik Resis


Gambar Teknik resis Bahan

Resis dengan Lilin, canting, kain putih,


kain pensel, warna air (untuk
batik) dan berus mewarna

Resis dari Lilin, kertas lukisan, berus,


warna air warna air dan bekas air

Krayon resis Kertas lukisan, krayon,


batik warna air, pensel, berus
dan bekas air dan tisu

Krayon resis Kertas lukisan, krayon lilin


dengan warna warna, warna air, pensel,
air berus dan bekas air

Krayon resis Kertas lukisan, krayon lilin,


batik warna air, berus mewarna
dan bekas air.

Resis dengan Kertas lukisan, warna


warna poster poster, lilin biasa, pensel,
berus mewarna

Resis dengan Lilin biasa, warna air,


warna air kertas lukisan, berus
mewarna dan bekas air

Resis dari Warna air, lilin biasa,


warna air dan kertas lukisan, berus dan
lilin biasa bekas air
2.6.4 Proses Menghasilkan Teknik Resis

i. Aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna


basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang
disapu lilin.
ii. Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi
warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena
warna baru.
iii. Teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk
membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan
permukaannya.
iv. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak
akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal.
v. Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-
tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke
peringkat warna gelap.

2.6.5 Hasil penerokaan saya

 Teknik: Krayon Resis


Batik
 Media: Oil pastel & cat air

2.7 Teknik Gosokan

2.7.1 Definisi Gosokan

Gosokan adalah suatu proses pemindahan reka bentuk atau corak


sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di
atas permukaan yang hendak dipindahkan. Menurut Kamus Dewan,
gosokkan mendefinikasikan menggesel, di atas permukaan, dengan
menggunakan sesuatu untuk menggosok. Suatu eksplorasi permukaan
supaya dapat mengambangkan kefahaman dalam penggunaan jalinan
dan ton. Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat
terhadapalam sekitar, meluahkan berbagai perasaan danmenghasilkan
berbagai jalinan. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di
antara satu sama lain, makagosokan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat
dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang
diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. Satu representasi
yang mengandungi salinandibuat dengan meletakkan sekeping kertas di
atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan
tertentu.

2.7.2 Alat, Media dan Bahan


Gambar Media kering Ciri-ciri

Pensel H Memberikan jalinan yang


2.7.3
halus

Pensel B Memberikan jalinan yang


(2B-8B) halus

Pensel warna Memberikan jalinan yang


halus
Oil pastel Memberikan kesan tebal
dan nyata

Arang Menghasilkan jalinan


yang mudah rosak

Teknik Gosokan
 Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
 Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara
berulang kali
 Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
 Gosokan secara pusingan
 Gosokan menggunakan berbagaibagai warna
 Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitamsahaja.
 Gosokan potongan kertas

2.7.4 Hasil Penerokaan Saya (Teknik Gosokan)

 Teknik: Gosokan
 Media: Pensel

2.8 Teknik Stensilan

2.8.1 Definisi Stensilan

Stensilan menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari


alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di
atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil
yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong
atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada
lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang
dihasilkan.

2.8.2 Alat, Media dan Bahan


Gambar Alat, media, bahan

Pensel warna

Warna air

Krayon

Oil pastel

Warna poster

Gunting

Pisau

2.1.1 Proses Cetakan Stensil


i. Lakarkan bentuk-bentuk corak yang diingini pada sekeping kertas
dan potong.
ii. Letak bentuk yang telah dipotong pada kertas lukisan kemudian
larikkan warna pastel dari kad manila ke kertas lukisan.
iii. Teruskan langkah kedua sehingga memenuhi keseluruhan
permukaan kertas lukisan (langkah ketiga memerlukan kesabaran
supaya corak hiasan yang dibentuk cantik).

2.1.2 Hasil Penerokaan (Teknik Stensilan)


 Teknik: Stensilan
 Media: Oil pastel

2.9 Teknik Percikan

2.9.1 Definisi Percikan

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka percikan ialah titik-


titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau
warna itu terhempas ke suatu permukaan. Percikan juga bermaksud
menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. Makna
yang seterusnya ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan
berpercikan, merenjisi. Percikan adalah satu teknik mengaplikasikan
sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih.
Percikan seolah-olah memberi kesan seperti permukaan batu atau
marble. Cat emulsi paling senang dimulakan kerana cepat kering dan
tidak rosak di antara satu sama lain.

2.9.2 Alat, media, bahan


Gambar Alat, media, bahan

Warna air

Warna poster

Gunting

Pisau

Kertas lukisan

Berus gigi
2.9.3 Teknik percikan
 Teknik hiasan catan dengan mengetuk atau menjentik bahagian bulu
berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite
 Berbagai jenis berus boleh digunakan untuk menghasilkan percikan.
Di sekolah biasanya murid menggunakan berus gigi terpakai dan
berus lukisan yang keras.
 Teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukanatau jentikan
menggunakan berus lukisan yangmengandungi warna ke atas
permukaan yang rata.

2.9.4 Proses Menghasilkan Teknik Percikan

Langkah 1
 Bancuhkan warna air atau tempera alam palet.
 Buat bancuhan warna primer dan sekunder.
 Sediakan sekeping kertas lukisan.
 Sediakan motif seperti yang diinginkan (daun)

Langkah 2
 Susun daun di atas kertas lukisan.
Langkah 3
 Sapukan warna pada berus gigi dan percikan warna pada
permukaan kertas dengan menggunakan sikat atau jari.

Langkah 4
 Ulangi langkah 3 menggunakan warna yang berbeza.
Langkah 5
 Setelah siap alihkan daun daripada kertas lukisan dan jemur
hingga kering.

2.9.5 Hasil Penerokaan Saya (Teknik Percikan)


 Teknik: Percikan
 Media: Warna poster

2.10 Teknik Gurisan

2.10.1 Definisi Gurisan

Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik


gurisan dengan menggunakan sesuatu objek atau alat yang tajam untuk
mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.
Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-
lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas.

2.10.2 Alat, media, bahan

Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh
digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan
gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi
berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

2.10.3 Proses
Langkah pertama

 Sediakan alat dan bahan seperti di atas

Langkah kedua

 Mulakan mewarna lapisan warna yang pertama dengan


menggunakan krayon. Digalakkan menggunakan kreativiti
masing-masing dalam pemilihan unsur seni warna.Warnakan
sehinnga kertas lukisan penuh.

Langkah ketiga

 Kemudian, setelah siap mewarna lapisan krayon yang pertama,


lakukan kemasan pertama iaitu bersihkan lebihan krayon pada
kertas lukisan.
Langkah keempat

 Setelah itu, dengan menggunakan krayon berwarna hitam,


warnakan lapisan kedua sepenuhnya menggunakan warna
hitam.

Langkah kelima

 Hasil lapisan krayon yang kedua adalah seperti diatas. Lakukan


kemasan yang kedua iaitu membersihkan serpihan krayon yang
tertinggal pada kertas lukisan.

Langkah keenam

 Dengan menggunakan pensel mekanikal (bahagian hujung yang


tajam tanpa ubat pensel) mula melukis objek-objek seperti ikan
paus dengan menggunakan teknik gurisan.
 Hasilnya, anda akan melihat ikan paus anda bewarna-warni

2.10.4 Hasil Penerokaan Saya (Teknik Gurisan)

 Teknik: Gurisan
 Media: Oil pastel

2.11 Teknik Capan

2.11.1 Definisi Capan

Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah


kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya
dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau poster)
dan dicatkan ke atas sesuatu permukaan. Capan boleh dihasilkan
dengan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis
bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan
alam semulajadi (sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan
memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.

2.11.2 Alat, media, bahan

Contoh bahan-bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk membuat


teknik capab ialah:

 Kentang
 Bawang
 Cap jari
 Daun
 Bendi
 Kulit kerang
 Pelepa pisang
 Cat tangan

Alat dan Bahan:

 Cat emulsi - bahan yang paling senang dimulakan kerana cepat


kering dan tidak rosak di antara satu sama lain.
 Gam, gunting, kertas lukisan, kertas warna, warna pensil, krayon,
marker dan warna air

2.11.3 Teknik Capan

Teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan


menggunakan berus lukisan yang mengandungi warna ke atas
permukaan yang rata. Ia adalah kegiatan menyembur bahan cair diatas
permukaan

Hasil daripada bendi,


dahan betik dan lain-lain

Hasil daripada tapak


tangan
Hasil daripada bendi dan
kacang panjang

Hasil daripada ukiran


pada kentang dan lobak

2.12 Teknik Mozek

2.12.1 Definisi Mozek

Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh


didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada
serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Mengikut sejarah
lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada asalnya mereka
mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Kini teknik
mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktivtiti seni di
sekolah. Di peringkat sekolah rendah aktiviti mozek diperkenalkan dalam
subjek pendidikan seni. Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan secara
berkumpulan di dalam kelas dimana berlainan kumpulan menghasilkan
tema yang sama tetapi menggunakan teknik yang berlainan.
2.12.2 Alat, Media dan Bahan

i. Kertas warna yang dipotong kecil


ii. Gunting dan gam

2.12.3 Proses Teknik Mozek

i. Melakar gambar pada kertas lukisan.


ii. Melakukan proses mengoyak kertas warna.
iii. Menampal kertas warna yang telah koyak pada gamabar dengan
menggunakan gam.
iv. Mempamerkan hasil karya.

2.12.4 Hasil Penerokaan Saya (Teknik Mozek)

 Teknik: Mozek
 Media: Kertas warna
4.0 Rumusan

Bidang menggambar menegaskan perkembangan imaginasi, kreativiti dan


ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta
mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan
memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran
melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan
ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni
reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Hal ini akan membolehkan murid
menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan.
Rujukan

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Definisi Teknik Percikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia.

Kamus Glosari Seni Lukis. (1993). Definisi Teknik Mozek. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia.

Muharam E. & Warti Sudaryati. (1992). Pendidikan Kesenian II Seni Rupa. Jakarta:
Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Direktorat Jenderal Pendidikan
Tinggi.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Sukatan


Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Saiful Haq. (2008). Jurus-jurus Menggambar & Mewarnai dari Nol. Yogyakarta: Mitra
Barokah Abadi Press.

Sumanto. (2006). Pengembangan Kreativitas Senirupa Anak SD. Jakarta:


Departemen Pendidikan Nasional, Direktorat Jenderal Pendidikan Tinggi,
Direktorat Ketenagaan Perguruan Tinggi.

Tarja Sudjana, Irin Tambrin, Tity Soegiarty, & Maman Tocharman. (2001). Seni Rupa
untuk SLTP Kelas I. Bandung: Penerbit Grafindo Media Pratama.

Anda mungkin juga menyukai