Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR Definisi Menggambar Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan

di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

Alat, Media dan Teknik Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll.

Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.

Tujuan Menggambar Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.

(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar.

Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi

(b) Aras Aplikasi dan Analisa Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan perasaan gembira Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif

(c) Aras Sintesis dan Penilaian Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak isukai Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif

LUKISAN (a) Definisi Lukisan Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.

Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.

(b) Alat, Media dan Bahan Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal Marker pelukisan (rendering marker) Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal

(c) Jenis-jenis Kertas Lukisan Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut. Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan. Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen. Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.

(d) Teknik i. Coreng / conteng ii. Garisan kontur iii. Titik iv. Pangkah silang

v. Garisan selari.

Menentukan Tema atau Subjek (i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan (ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa (iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio

Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut: (i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan) (ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap) (iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan (iv) Kesan cahaya pada imej (v) Pembentukan bayang-bayang (vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll) (vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan (viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding

Anda mungkin juga menyukai