Anda di halaman 1dari 5

LUKISAN

Definisi lukisan Hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan. Karya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan. Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan lukisan. Lukisan bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresif dan nyata.

Alat, Media dan Bahan

Pensil H: Adalah sejenis pensel jenis keras Pensil B (2B-8B) : Adalah sejenis pensel lembut Pensil warna : Terdiri daripada berbagai jenis warna Arang : Dapat memberi kesan legap dan mudah untuk mendapatkan kesan Pen dan dakwat : Mempunyai kesan garisan yang lebih halus dan jelas Soft Pastel : Didapati dalam pelbagai warna dan mempunyai kesan lembut Krayon : Juga lembut dan mempunyai kesan lilin Pen marker : Menghasilkan kesan garisan yang tebal Kapur : Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal

Jenis-jenis Kertas Lukisan Kertas lukisan biasa mempunyai permukaan yang sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut. Bod bristol -merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.

Kertas Ledger Bond kertas lukisan yang mempunyai beraneka jenis permukaan iaitu licin, sederhana kasar dan kasar. Kerta Ingres Ia terdapat

kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu.

dalam pelbagai warna yang cerah seperti kelabu, merah jambu, biru

dan sebagainya. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.

Teknik-teknik Melukis Hatching Cross-Hatching Titik-titik Gosokan Goresan Kontur Berombak Campuran Conteng

Kaedah-kaedah Melukis

a)Kaedah Tetingkap b)Kaedah Tenang c)Kaedah Grid d)Kaedah Pemerhatian e)Kaedah Peniruan/ Tekap

JENIS LUKISAN

1. Lukisan Figuratif Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar bandingan adalah perkara yang menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.

2. Lukisan Fantasi Lukisan imaginasi di alam nyata atau khayalan

3. Lukisan Ilustrasi Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam seni grafik. Lukisan ini dijadikan bahan untuk penerbitan, kartun dan animasi. Pelukis memerlukan kemahiran tertentu untuk melukis ilustrasi terutama dalam kemahiran melukis figuratif. Lukisan yang mempunyai tema atau keterangan tertentu yang ingin disampaikan kepada audiens.

4. Lukisan Kajian Dilukis untuk mengkaji sesuatu benda. Misalnya kajian terhadap tumbuhtumbuhan maka pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai bahan kajian. Kebiasaannya lukisan kajian lebih tertumpu kepada objek alam seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan.Merakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji. Contoh,memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci

5. Lukisan Kontour lukisan yang menerapkan garisan kontur dalam karyanya

6. Lukisan Gesture a. Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan tangan. b. Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik.

c. Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja mata, minda dan tangan pada objek yang dilukis.

7. Lukisan Teknikal Menggunakan skala tertentu untuk memastikan sudut pandangan dan kadar banding yang tepat.

8. Lukisan Kartun a. Menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk menggambarkan watak-watak kartun b. Digambarkan melalui tema jenaka

9. Lukisan Informasi Adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada pelanggan, kebiasannya dalam bentuk ilustrasi atau peta. Lukisan ini memerlukan kemahiran yang khusus dan melukis dengan cermat dan bersih Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan saintifik.

10. Lukisan Artistik Ia hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan. Pelukis melukis hanya sekadar untuk mempamerkan karyanya sebagai sesebuah karya seni. Lukisan artistik juga dibuat dalam bentuk thamnil untuk mendapatkan idea karya-karya seni yang lain seperti arca, catan, percetakan dan sebagainya 11. Lukisan Konseptual Jarang sekali kedengaran. Pelukis memerlukan imaginasi yang kuat untuk melukis sesuatu konsep yang baru. Misalnya sesebuah filem seram memerlukan lukisan satu watak seram untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, maka pelukis perlu melukis konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi.

Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut:

(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan) (ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap) (iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan (iv) Kesan cahaya pada imej (v) Pembentukan bayang-bayang (vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll) (vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan (viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding

Anda mungkin juga menyukai