Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR

Definisi Menggambar
•Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.
•Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan
rata.
•Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
•Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
•Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi
•Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej
atau objek

Alat, Media dan Teknik


Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai
tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas
tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll.

Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat
berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.

Tujuan Menggambar
• Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis
dan membuat gambar
• Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
• Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan
berbantukan komputer.

(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman


• Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari
• Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar.
• Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi

(b) Aras Aplikasi dan Analisa


• Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan
mencuba secara spontan
• Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan
perasaan gembira
• Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif

(c) Aras Sintesis dan Penilaian


• Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang disukai dan
yang tidak isukai
• Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual
• Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna
• Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan
serta mengutamakan keselamatan
• Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea yang
kreatif

LUKISAN
(a) Definisi Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk
meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan
warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan
informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.
Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel
warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna
dan jalinan.

(b) Alat, Media dan Bahan


Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras
Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut
Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
Marker pelukisan (rendering marker)
Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal

(c) Jenis-jenis Kertas Lukisan


• Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
• Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
• Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
• Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam
pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel
• Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas
fotokopi, kertas suratkhabar.

(d) Teknik
i. Coreng / conteng
ii. Garisan kontur
iii. Titik
iv. Pangkah silang
v. Garisan selari.

Menentukan Tema atau Subjek


(i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan
(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa
(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio

Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti
berikut:
(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)
(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
(iv) Kesan cahaya pada imej
(v) Pembentukan bayang-bayang
(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)
(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding

CATAN
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Dihasilkan
melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ia mewakili
gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak

Jenis Warna
1. Warna Poster
2. Warna Air
3. Cat Akrilik
4. Cat Minyak
5. Cat Tempera
6. Cat Gouache
7. Fresko - Kapur plaster

KOLAJ
Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-
bahan di atas permukaan rata.
Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahanbahan terbuang, jenis
kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.
Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj
perlu fikirkan tema terlebih dahulu. Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan
tahap umur murid.

MONTAJ
Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai
sumber atau sumber yang sama.
Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan
(kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-
gambar akan menghasilkan satu imej baru.

Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer
dalam menghasilkan montaj.
Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda,
figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj
untuk menarik perhatianpemerhati.

CETAKAN
Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam
bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Cetakan juga boleh terjadi melalui proses
menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong
permukaan plat dengan dakwat
Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik
cetakan yang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu.

GOSOKAN
Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke
permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan
berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.

Teknik gosokan
• Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
• Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama
secara berulang kali
• Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
• Gosokan secara pusingan
• Gosokan menggunakan berbagaibagai warna
• Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja.
• Gosokan potongan kertas

RESIS
Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah
dan contengan lilin.
Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu
yang terdapat pada permukaan kertas.
Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan
kertas
Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan
kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan.
Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak
batik.
Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada
kain tersebut.
Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada
permukaan kain tersebut.

PERCIKAN
Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah
warna tersebut jatuh ke atas permukaan.
Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik.
Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis,
warna-warna basah dan kertas.
Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik.
Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan,
corak, kad ucapan, setem dan catan.

MOZEK
Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di
atas permukaan rata.
Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih
meninggalkan ruang latar.
Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi atau buatan manusia mengikut
kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.
Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan
pada bangunan- bangunan di luar sekolah.

RUMUSAN
• Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan
kemahiran murid.
• Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis
dan membuatgambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
• Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid
• Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid.
• Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental
seseorang.
• Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja
seni bermutu dan menarik perhatian ramai.
• Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian.
• Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui 4 cara iaitu peringkat penerangan,
analisis, intepritasi dan penilaian.
• Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan
orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik
BIDANG : MEMBENTUK & MEMBUAT BINAAN
Pengenalan Membentuk dan membuat binaan merupakan satu proses penghasilan objek
tiga dimensi bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi, kiri, kanan, atas dan
bawah. Objek ini berupa objek semula jadi, objek buatan manusia atau bentuk ilusi.
Kegiatan membentuk boleh dilakukan sama ada daripada bentuk dua dimensi seperti dari
tanah liat kepada pasu bunga atau bentuk tiga dimensi iaitu daripada kota mancis kepada
lori.
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid-murid terhadap aspek
seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek
tersebut murid-murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan
membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga
mendedahkan murid-murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik
penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid-murid berinteraksi secara kreatif dengan
alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan
membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:
3.1 Arca timbul 3.2 Asemblaj 3.3 Mobail 3.4 Stabail 3.5 Model 3.6 Diorama 3.7 Boneka

PENDIDIKAN SENI VISUAL KPLI-SR PRA SEKOLAH 3.8 Topeng 3.9 Origami
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid-murid
membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran
bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja
diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai
cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
1. Pengenalan
Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya
berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti
yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan
pelbagai jenis kraf.

2. Kandungan
Tajuk ini disediakan untuk mengetahui dan memperoleh pengetahuan dan kemahiran mengenai
media, proses dan teknik membentuk dan membuat binaan. Semua hasil karya dalam unit ini
adalah berbentuk tiga dimensi.

Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan
persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan
kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin,
tanah liat, tepung dan papier mache.

3. Alat dan Bahan


Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya
Membentuk dan Membuat Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti
tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang sesuai untuk origami, kayu,
tanah liat, sabun dan sebagainya. Pilihlah alat dan bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti.

4. Teknik-Teknik Membentuk dan Membuat Binaan


Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat
binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan,
guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan
kesesuaian bahan yang digunakan.

4.1 Teknik Picitan


4.2 Teknik Lipatan
4.3 Teknik Potongan
4.4 Teknik Cantuman
4.5 Teknik Pembungkusan
4.6 Teknik Guntingan
4.7 Teknik Luakan

5. Jenis Aktiviti Membentuk dan Membuat Binaan


Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan
Membuat Binaan adalah seperti arca timbul, arca mobail, arca stabail, asemblaj, model, diorama,
boneka, topeng dan origami.

Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat
perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran
berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada
menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana tema
tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.
5.1 Arca Timbul
Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat
keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan,
tampalan, binaan atau asemblaj.
5.2 Arca Mobail
Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan
objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca
mobail adalah kimpalan, gam, skru dan lipatan.
5.3 Arca Stabail
Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang
stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan,
acuan atau binaan.
5.4 Asemblaj
Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek
membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan,
cantuman skru/paku atau gam.

5.5 Model
Bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buah-
buahan. Antara teknik yang digunakan adalah gam, kimpalan, skru dan acuan.
5.6 Diorama
Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau
peristiwa. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam
dan kimpalan.

5.7 Boneka
Model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lain-lain. Teknik
untuk penghasilan boneka adalah jalitan, gam, kimpalan dan skru.
5.8 Topeng
Mewatakkan semula imej manusia, binatang, atau unggas dalam konteks menampilkan semula
kerangka yang boleh dipakai atau diserkup. Teknik yang digunakan adalah gam, cantuman atau
kimpalan.
5.9 Origami
Objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik yang digunakan adalah
lupatan dan guntingan.

Anda mungkin juga menyukai