Anda di halaman 1dari 15

1.

11 Capan
Pengenalan Capan adalah satu teknik menghasil karya dari imej yang sedia ada. Teknik capan juga boleh digolongkan di bawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapu warna dan dicap ke atas sesuatu permukaan. Berbagai-bagai rupa bentuk boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan. Contohnya, bahan buangan dan bahan alam semula jadi. Jalinan pelbagai bahan itu akan memberikan berbagai-bagai kesan jalinan pada hasil capan.

Alat yang digunakan:

Gam

Gunting

Kertas Warna

Marker

Pencil Warna

Warna Air

Karyon

Berus

Bahan semula jadi yang digunakan:

Kentang

Kulit Siput

Kacang Bendi

Daun

Bawang

Langkah-langkah membuat capan:

1. Membacuh warna air mengikut warna yang disukai.

2. Gunakan berus untuk mewarna pada permukaan daun pelepah pisang yang telah dipotong dan capkan atas kertas.

3. Cap atas kertas sehingga terjadinya hasil seperti gambar di atas.

Contoh hasil karya capan:

1.12 Mozek
Pengenalan: Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

Alat dan bahan yang digunakan: Kertas warna, serpihan kain, kepingan pecahan keramik, potongan kaca, potongan kertas , potongan daun, dan sebagainya Gunting, pisau, glu, pelekat dan sebagainya

Alatan:

Gam

Gunting

Kertas Warna

Serpihan Kain

Kepingan Kaca

Daun-daun

Langkah-langkah membuat mozek: 1. 2. 3. 4. Pilihlah tema atau topik mozek sebelum memulakan. Buat rancangan, gambar pada kertas yang disediakan. Sediakan bahan yang akan ditempelkan. Tampalkan bahan-bahan yang sudah disediakan itu pada tempat yang sudah dirancang. Perlu diingat bahawa ukuran dari bahan yang ditampalkan umumnya sama. Pada satu hasil karya mozek, mungkin saja ada beberapa kelompok ukuran.

Contoh hasil karya mozek:

1.13 Poster
Pengenalan: Poster ialah reka bentuk grafik yang bertujuan untuk memberi maklumat, berkomunikasi, memberi peringatan dan promosi barangan Ia merupakan media desain grafis yang memuat komposisi gambar dan huruf di atas kertas berukuran besar seperti A2, A1,dan A0. Poster berupaya menarik perhatian orang ramai untuk membaca dan mengetahui maklumat lanjut, menyampaikan mesej dengan cepat dan berkesan. Huruf atau muka taip dan ilustrasi berkaitan dengan maklumat utama yang ingin disampaikan, dinyatakan dalam bentuk yang ringkas dan jelas dalam poster. Maklumat yang biasa terdapat dalam sesuatu poster ialah tajuk utama, penerangan yang ringkas atau cogan kata, ilustrasi atau gambar dan sebagainya. Poster ini boleh dihasilkan dengan menggunakan perisian komputer atau secara melukis. Alat dan bahan yang digunakan: Perisian komputer seperti photoshop.

Langkah-langkah membuat poster: 1. Pilihlah tema atau topik poster sebelum membuat poster. 2. Tentukan pesan pokok yang akan dituangkan dalam poster. 3. Gambarlah sketsa gambar dan tulisan menggunakan pensil untuk mewakili tema poster. 4. Pesan pokok dibuat mencolok atau kontras dengan background poster, tulisan jelas dengan font besar yang sesuai dengan bidang, dan diperkirakan dapat dibaca dalam jarak 6 meter.

Contoh hasil karya poster:

2.1.1 Pualaman
Pengenalan: Pualaman dikenali sebagai permarmaran kerana teknik ini merupakan satu proses untuk mendapatkan kesan corak marmar. Pualaman merupakan satu penghasilan corak teknik cetakan mono di mana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit. Dalam teknik pualaman kertas, corak yang dihasilkan mempunyai persamaan dengan marble atau batu. Corak tersebut membentuk warna yang terapung di atas sama ada pada permukaan air biasa atau cecair yang mempunyai pelbagai kepekatan. Kemudiannya dipindahkan dengan cermat ke atas permukaan kertas atau kain. Corak pualaman yang dekoratif ini digunakan untuk hiasan dalam penulisan kaligrafi, penjilidan buku dan kertas pembungkusan.

Alat dan bahan yang digunakan:

Minyak Tanah

Cat

Kayu

Air

Kertas

Langkah-langkah membuat pualaman:

1. Campur gaul beberapa jenis warna cat minyak dengan turpentine dalam bekas botol. Sediakan besen barisi air lebih kurang 1/3 tinggi besen. 2. Tuang sedikit minyak tanah supaya terapung di permukaan air. Mula-mula masukkan cat minyak yang agak cair setitik demi setitik. Gunakan kombinasi warna yang menarik. 3. Gunakan lidi atau sikat untuk menarik tompok warna supaya bercantum dengan warna lain sehingga wujudnya corak yang menarik dan sempurna.

4. Letak kertas lembut di atas permukaan air dan kemudian biarkan sebentar. Tarik kertas bercorak perlahan-perlahan dan kemudian biarkan kering. 5. Baki warna di atas perlu dibersihkan (diresap) dengan jalut suratkhabar yang dipotong. 6. Air yang bersih di dalam besen boleh digunakan semula untuk cetakan yang berikut.

Contoh hasil karya pualaman:

Maklumat Tambahan: Sejarah Pualaman Pualaman terawal ditemui di Chuna dalam bentuk kompilasi yang bertajuk Wen Fang Si Pour. Kompilasi ini mengandungi maklumat tentang batang dakwat, batu dakwat, berus dakwat dan kertas di China. Ia menjelaskan maklumat tentang jenis kertas dekoratif yang dipanggil sha jian yang bermaksud drifting-sand. Kertas ini dihasilkan melalui tindakan menarik kertas di dialam tepung yang telah melalui proses penapaian yang telah dicampur dengan pelbagai warna. Is menghasilkan corak yang bebas mempunyai corak kemarmaran,

2.1.2 Tiupan
Pengenalan Teknik Tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin. Teknik ini senang dan menarik kerana selain membuat corak (tidak terancang) dan boleh menjadikan teknik ini sebagai menggambar. Bagi menghasilkan teknik ini, straw atau bahan yang lain digunakan asalnya dapat digunakan untuk meniup. Kemudian warna yang diletakkan di atas sekeping kertas ditiup ke arah yang dikehendaki. Dengan munggunakan straw, meniup warna air yang terdapat pada permukaan kertas untuk membuat corak dan rekaan.

Alat dan bahan yang digunakan:

Kertas

Warna Poster

Warna Air

Straw

Langkah-langkah membuat tiupan:

1. Bacuhkan warna air di dalam bekas pembancuh air. 2. Dengan menggunakan straw minuman, tiup warna air itu untuk menghasilkan corak ranting kayu. 3. Titiskan warna hitam di atas kertas lukisan menggunakan straw minuman. 4. Celupkan ibu jari tangan ke dalam warna merah, kuning atas biru dan capkan pada hujung corak ranting untuk menghasilkan corak bunga sakura.

Contoh hasil karya tiupan:

Anda mungkin juga menyukai