Anda di halaman 1dari 2

RASIONAL GAMBAR

Ini merupakan gambar yang telah dipilih oleh saya untuk melukis
catan. Saya lebih cenderung untuk melukis permandangan berbanding dengan
melukis bangunan. Gambar yang telah saya lukis ini ialah keadaan pokok
semasa musim salji. Tujuan saya memilih gambar ini ialah kerana di Malaysia
tidak mempunyai musim salji. Tambahan pula, saya juga tidak berpeluang untuk
menikmati musim salji di Malaysia. Oleh itu, musim salji merupakan satu musim
yang amat menarik perhatian saya. Saya amat suka dengan musim salji kerana
cuaca adalah dingin dan sejuk kerana saya tidak begitu suka kepada cuaca
panas.
Gambar tersebut telah menunjukkan kegagahan pokok-pokok untuk
mengharungi cabaran musim salji. Selain itu, saya lebih suka melukis gambar
yang hidup dan bersifat nyawa kerana ini dapat menjadikan gambar yang dilukis
lebih bernyawa dan memberi harapan bagi saya. Gambar yang ditunjukkan ini
adalah sangat sunyi dan senyap serta tidak terdapat kemunculan orang dan
binatang. Ini telah menunjukkan saya ialah seorang yang lebih suka kepada
suasana yang senyap berbanding dengan suasana yang bising. Ini kerana
keadaan yang senyap dan sunyi dapat melegakan hati saya dan tidak terasa

terbeban kerana saya berada di bandar dan kehidupan saya adalah sangat sibuk
dan tidak berpeluang menikmati suasana yang senyap dan tenteram ini.
Sehubungan dengan itu, saya berasa gambar tersebut mudah untuk
dilukis kerana tidak mempunyai bahagian yang rumit dan susah.

Pada

pandangan saya, gambar tersebut tidak menyusahkan saya dan amat sesuai
dengan kemampuan saya. Selain itu, gambar tersebut juga hanya memerlukan
beberapa jenis warna sahaja iaitu warna hitam, putih, biru, dan merah. Ini telah
menjimatkan kos perbelanjaan saya untuk melukis gambar tersebut.
Oleh itu, saya akan cuba sedaya upaya untuk melukis gambar
tersebut sebaik mungkin. Saya akan meluangkan masa untuk melukis dan
mewarna gambar tersebut supaya menjadikan gambar itu kelihatan sebaik
mungkin.

Anda mungkin juga menyukai