Anda di halaman 1dari 2

KARYA SENI : CATAN

TAJUK : TENANG

ALIRAN : NATURALISME

PELUKIS : DAYANG AQILAH FATINI BINTI ABDUL AZIZ

UKURAN : 66 cm x 47 cm

BAHAN : CAT AKRILIK DENGAN AKRILIK ‘GLOW IN THE DARK’

TAHUN : 2018

Hasil karya ini mengisahkan seekor rusa yang dapat menemui dan meminum air
daripada air terjun dengan bantuan cahaya bulan. Menurut Plato (227-347SM) dalam konsep
Mimesis, seni ialah satu kegiatan peniruan alam. Saya telah mencari dan menggunakan dua
keping lukisan rusa yang sebenar dan mengolah sendiri agar gambar rusa tersebut dapat
dilukis dan diwarna seakan-akan meniru rupa sebenar rusa di dalam dunia sebenar serta
lukisan rusa tersebut dapat diserlahkan di dalam lukisan ini.

Setiap orang mempunyai apresiasi seni dan persepsi masing-masing untuk karya
lukisan diri masing-masing. Bagi lukisan saya, secara peribadi, saya mempunyai sebab
tersendiri untuk memilih untuk menghasilkan karya ini.. Di dalam penceritaan karya saya,
walaupun karya berada di dalam bilik yang bercahaya mahupun di dalam keadaan yang gelap,
penonton boleh melihat sinar cahaya di dalam karya ini. Saya menggunakan cat akrilik Glow
in the dark” untuk menampakkan cahaya walaupun di dalam kawasan yang gelap.

Penceritaan di dalam karya saya ialah kain kanvas itu merupakan hati manusia dan
rusa tersebut diumpamakan seperti kita sendiri. Secara keseluruhan kain kanvas tersebut
dicat hitam. Bulan pula umpama cahaya yang menerangi hati manusia. Ini memberi maksud
hati kita diterangi dengan kasih sayang daripada sang maha pencipta kita. Pada pendapat
saya, bulan merupakan sinar iman, Islam dan ihsan. Air terjun diumpamakan sebagai masa
yang tidak pernah putus dan terus mengalir. Ada tempat air mengalir deras dan menghempas
batu dan ada tempat air tersebut mengalir tenang. Begituah kehidupan, ada pasang surutnya.
Batu-batu yang berada disitu bermaksud segala cobaan dan rintangan serta memberi kesan
kepada jalan kehidupan manusia tersebut. Maksudnya, segala cobaan dan rintangan
mengajar erti kehidupan kepada kita dan secara tidak langsung, cobaan dan rintangan
memberi pengaruh dan membentuk kepada jalan cerita hidup kita.

Hasil karya saya ini mengajak semua untuk mengambil masa untuk menyedari
bahawa begitu indahnya ciptaan tuhan dan begitu “TENANG”nya perasaan apabila kita
menikmati keindahan alam tersebut dengan pancaindera kita yang sedia ada. Terdapat
banyak gerak rasa yang menyentuh hati dan perassan apabila melihat karya ini. Oleh sebab
itu, saya memberikan tajuk karya saya dengan nama TENANG.

Saya menggunakan kombinasi warna harmoni dan di dalam karya ini, saya banyak
menggunakan warna yang sejuk. Warna ini memberi perasaan ruang yang berbeza kepada
penonton untuk berhenti melihat dan berfikir sebentar apabila melihat lukisan ini. Campuran
warna sejuk pada biru pada air terjun dan hijau pada dedaunan di pokok juga memberikan
rasa kepada penonton tentang ruang yang berada di dalam situasi gambar tersebut.

Di dalam karya ini juga, saya banyak menggunakan garisan yang banyak untuk
menimbulkan perasaan-perasaan penonton semasa melihat karya ini. Saya telah sedaya
upaya mungkin untuk melukis dan mewarna dengan menerapkan nilai estetika yang tinggi di
dalam karya ini.

Garisan-garisan di dalam karya ini membantu untuk menampakkan keadaan dan


tanduk, badan dan bulu-bulu yang ada pada badan rusa. Saya mengambil masa selama tiga
jam setengah hanya untuk seekor rusa untuk mewarna rusa dan cuba menggunakan aliran
realistik pada rusa tersebut. Garisan pada batu, batang pokok aliran air juga menggunakan
gabungan garisan. Sekian sahaja apresiasi seni daripada saya. Semoga karya ini
memberikan penonton untuk memberikan ruang kepada dirinya untuk berhenti dan berehat
sebentar untuk menikmati ciptaan alam yang Allah kurniakan kepada kita. Allah yang bagi
rasa, kita hanya penyampainya saja.

Anda mungkin juga menyukai