Anda di halaman 1dari 16

Elemen Asas Lukisan

ELEMEN ASAS LUKIS


Kualiti Garisan

Kualiti garisan sangat penting dalam menghasilkan sesebuah lukisan. Garisan dapat
membentuk imej. Kualiti garisan memberi kesan ilusi, penegasan kepada objek yang
dilukis dan boleh membentuk mod sesuatu karya. Unsur garisan amat penting dalam
karya lukisan yang merupakan kerja peringkat awal untuk menghasilkan catan, arca,
ataupun mural.

Perspektif
Perspektif dalam bahasa latin disebut perspicere bermaksud melihat terus,
merupakan representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas
permukaan rata dalam seni grafik seperti lukisan. Perspektif merupakan asas
kepada membentuk karya yang sempurna. Perspektif boleh terdapat 1 titik lenyap, 2
titik lenyap, 3 titik lenyap dan perspektif pelbagai titik lenyap dalam sesebuah karya.
Perspektif adalah salah satu lukisan berbentuk 3 dimensi. Berbeza dengan lukisan 2
dimensi, lukisan 3D lebih mudah difahami. Di dalam lukisan persembahan senibina,
lukisan perspektif merupakan suatu kaedah kita melihat objek dalam bentuk 3
dimensi.
Kesan Pencahayaan

Karya akan lebih menarik sekiranya pengkarya dapat memanfaatkan kesan cahaya
pada karyanya. Ini dapat memberi mood pada karya tersebut.

Jalinan
-dibentuk melalui garisan & kesan warna
-dibentuk melalui garisan silang, bintik, garisan bergoris dan sebagainya.
-juga dapat membentuk kedalaman intensiti ton
5. Ruang
-ruang perlu dibahagi dengan sempurna
-3 jenis ruang; ruang dalam, ruang cetek & ruang datar adalah bergantung
kepada susun atur objek yg akan dilukis.

6. Struktur
-perlu ditentukan sebelum menghasilkan sesebuah lukisan
-harus membentuk struktur yang betul agar lorekan untuk membentuk imej
menjadi lebih menarik. Lukisan terkini banyak menggunakan struktur.
7. Bentuk
-kajian bentuk digabungkan antara perspektif, ton, jalinan & struktur
-bentuk-bentuk asas seperti ulat, segiempat, kun dan sebagainya
8. Corak & reka bentuk
-umumnya adalah menjurus kepada pengadunan pengkarya dalam
lukisannya , dominasi keseluruhannya.

TEKNIK LUKISAN
1.

HATCHING -melukis guna garisan selari


2. CROSSHATCHING siri garisan yang selari arah tetapi ditindan dengan
siri lain pada arah berlainan /berbagai arah
3.

SGRAFFITTO - teknik mengikis 1 warna menggunakan objek keras seperti

pallete knife untuk mendedahkan warna di bawahnya. Teknik ini sangat sesuai
dengan penggunaan oil pastel yang mana sesuatu lukisan akan dilukis dengan
warna bertindan-tindan & berkeadaan lembab untuk dikikis dengan objek tajam

4.

BLENDING akan menghasilkan lukisan yang mempunyai perubahan tona & warna
yang lembut, bukan sapuan yang jelas kelihatan. -satukan warna guna jari/kertas
gulung

5. BURNISHING lanjutan drpd kaedah Blending. Tanda pensel/pastel ditekan ke dlm


kertas & mghasilkn kesan yg pantul /bkilat.Selalu diguna pd peringkat akhir.
Pemadam juga boleh diguna.
6. FROTTAGE teknik ini juga dikenali sbg teknik gosokkan.
-kertas diletakkan di atas permukaan yg berjalinan sentuh yg rata
dandigosokkan dgn pensel utk mdptkn jalinan ojek tsebut.
7. BLOT DRAWING menggunakan tompokkan dakwat yg tjadi secara
spontan.kemudian tompokan itu diolah mjadi sesuatu lukisan dgn tambahan unsur
garisan/gubahan
8. SCRAPERBOARD papan putih yg disapu dgn dakwat hitam yg mbolehkkan
papan itu dikikis dgn alatan tajam.
9. VIGNETTING -sering digunakan dlm mlukis potret menggunakan pastel. Mbawa
maksud gambar atau motif yg tidak mpunyai sempadan, juga tidak punyai latar.
Warna kertas sendiri jadi latar/ support.

MEDIA
Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa
dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.

Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan
melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel dan warna air.
Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya
adalah secara terhad dan minimum.
Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan
penggunaan pelbagai jenis garisan.

TUJUAN PENGHASILAN

Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan
prinsip seni reka. Contohnya, memasukkan jalinan dan imbangan pada bentuk yang
dilukis. Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir. Contohnya,
lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan. Menerusi
lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah
masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia. Contohnya, lukisan kartun yang
menyindir sistem sosial dalam sesebuah masyarakat.
Lukisan juga dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui tema
yang disampaikan melalui imej-mej tertentu.

Jenis
Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan lukisan. Tetapi ini tidak
bermakna bahan dan media yang mahal sahaja mampu menghasilkan lukisan yang bermutu
dan menarik. Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan menggunakan
bahan yang biasa sahaja. Tidak dinafikan juga, penggunaan bahan yan gmahal dan
berkualiti merupakan satu rangsangan dalam penghasilkan lukisan.
PENSEL
Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan untuk
menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Pensel digolongkan mengikut nilai
kekerasannya. Pensel 6H ( paling keras ) hingga H; kemudian HB; seterusnya B, 1B hingga
8B (paling lembut). Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk lukisan biasa. Jika
pensel HB atau B digunakan secara tajam, ia akan menghasilkan garisan yang tajam dan
jika ditekan garisan yang terbentuk akan lebih tinggi nilai kepekatannya. Pensel HB atau
pensel yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal berbanding pensel yang keras.

Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut boleh dicomotkan dengan kaedah gosokan
dengan tangan atau pemadam. Jika terlalu banyak bahagian sesebuah lukisan itu
dicomotkan, lukisan itu akan kelihatan samar samar.
ARANG

sebuah karya menggunakan pensil arang

Pensil arang

Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan secara
spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan dengan tangan atau
pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang.
Manakala kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang
dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap mestilah disemburkan
dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi
mengelakkan comotan.
PEN DAKWAT

Imej menggunakan pen dakwat

Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan. Pen seperti
Rapidograph, Rotring dan Faber Castle mempunyai mata pen yang pelbagai saiz. Dakwat
kalis air akan menghasilkan kesan warna yang legap. Dakwat biasa adalah kurang legap
jika digunakan dan akan memberi beberapa nilai warna jika digunakan secara terkawal. Air
boleh dicampurkan kepada dakwat jika warna yang lebih terang diperlukan.

Pen dakwat

PEN MATA BOLA


Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau contengan, tetapi sukar
untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai warna dengan menggunakan pen yang
sama.

Pen mata bola

Contoh karya menggunakan pen mata bola

PEN FELT
Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan.

CONTE CRAYON
Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan conte crayon
adalah sama seperti menggunakan menggunakan arang.
KRAYON LILIN
Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. Salah satu ciri istimewa
crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk menimbulkan kesan yang
menarik.
PASTEL
Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak warna.

BERUS
Berus telah lama digunakan oleh pelukis pelukis Cina dan Jepun sebagai alatan melukis
mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh menghasilkan garisan yang nipis jika dikawal
dengan betul. Berus yang kecil pula mampu menghasilkan garisan yang tebal daripada
garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar.

sEjaRAH LUKisAn MeNeRUSi peLbaGaI


tAmAdUn...
Posted by nowrafae at 10:10 AM 0 comments

Lukisan Tamadun Melayu


Seni tampak atau seni visual telah lama berkembang di Malaysia. Adalah
dipercayai lebih dari 200 tahun dulu. Namun kewujudan seni ini hanya
menjadi satu kepentingan pada negara mulai tahun 1930-an saja.
Lukisan Tamadun Islam
Dalam budaya islam, penghasilan hasil seni yang bermotifkan haiwan
atau sebarang motif lain adalah dibenarkan. Tetapi hasil seni yang
bermotifkan agama adalah amat dilarang. Gambaran yang melibatkan
penghasilan lakaran berunsur geometri yang abstrak atau motif bungabungaan sering digunakan. Penghasilan motif ini digunakan dalam bidang
pembinaan dan kaligrafi yang terdapat pada binaan masjid dan bukubuku agama termasuk kitab suci al-Quran. Lakaran-lakaran abstrak ini
bukanlah suatu yang dianggap baru, tetapi ianya sudah lama digunapakai
sejak zaman Pra-Klasik dan juga zaman Barbarian. Seorang illustrator, M.
C. Escher telah memperkenalkan lukisan geogmetri islam ini ke dalam
dunia barat yang bermotifkan bunga-bungaan.
Seni lukis pada zaman ini turut dikenali sebagai seni halus. Seni lukis
bermula pada zaman Khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya
tertera pada helaian safhah al-Quran ygn dihisai dgn corak lukisan bunga
dan gambar berbentuk Arabesque dgn pilihan warna emas. Dalam seni
islam, pelukis diharamkan membentuk dan melukis makhluk yang
bernyawa, namun lukisan ini dibolehkan hanya dengan bertujuan kerana
keperluan yang diiktiraf seperti untuk kegunaan pendidikan. Seni lukis ula
bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasnya tertera
pada helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan
bunga dan gambar berbentuk araesque dengan pilihan warna emas,
buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang
cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial

dan buku-buku cerita. Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan
keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yan boleh
menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.
Di tengah pro dan kontra itu seni lukis berkembang di dunia Islam. Meski
begitu, para arkeolog dan sejarawan tak menemukan adanya bukti
adanya sisa peninggalan lukisan Islam asli di atas kanvas serta panel
kayu. Hasil penggalian yang dilakukan arkeolog justru menemukan
adanya lukisan dinding, lukisan kecil di atas kertas yang berfungsi
sebagai gambar ilustrasi pada buku.
Salah satu bukti bahwa umat Islam mulai terbiasa dengan gambar
makhluk hidup paling tidak terjadi pada masa pemerintahan Dinasti
Umayyah (661 M -750 M) di Damaskus, Suriah. Hal itu dapat disaksikan
dalam lukisan yang terdapat pada Istana keci Qusair Amrah yang
dibangun pada 724 M hingga 748 M.
Selain itu, serambi istana Musyatta yang dibangun penguasa Umayyah di
akhir kekuasaannya tahun 750 M, juga dipenuhi lukisan manusia dan
binatang. Pada era kekuasaan Abbasiyah, penggunaan gambar makhluk
hidup dalam lukisan dinding juga digunakan pada istana Juasaq AlKharqani yang dibangun oleh Khalifah Al-Mu'tasim pada 836 M-839 M.
Makhluk hidup juga menjadi objek lukisan di istana Dinasti Abbasiyah di
era pemerintahan Al-Muqtadir (908 M-932 M). Dalam dinding istana itu,
tergambar lima belas penunggang kuda. Lukisan ini dipengaruhi gaya
Mesopotamia. Lukisan manusia juga terdapat dalam dinding istana Sultan
Mahmud Gazna (wafat 1030 M).
Gambar prajurit serta perburuan gajah yang terlukis di dinding istana
Sultan itu lebih banyak dipengaruhi seni dari India. Lukisan manusia dan
makhluk hidup mulai berkembang pesat di era Dinasti Fatimiyah dan
Seljuk antara abad ke-12 dan 13 M. Seabad kemudian, seni lukis miniatur
berkembang pesat di era kekuasaan Dinasti Il-Khans--dinasti keturunan
Hulagu Khan yang sudah masuk Islam.
Penguasa Il-Khans, seperti Mahmud Ghazan (1295 M-1304 M),
Muhammad Khodabandeh (Oljeitu) (1304 M-1316 M), dan Abu Sa'id
Bahadur (1316 M-1335 M) sangat menaruh perhatian pada

perkembangan seni. Mereka memperbaiki kerusakan-kerusakan yang


diakibatkan oleh invasi yang dilakukan leluhurnya terhadap dunia Islam.
Dinasti ini pun memperkenalkan gaya lukis Cina terhadap seni lukis
miniatur Persia di zaman itu. Seni lukis miniatur Persia berkembang
makin pesat di era kekuasaan Dinasti Timurid di wilayah Iran.
Dipengaruhi gaya lukis Cina dan India, seni lukis miniatur Persia itu
tampil dengan gaya yang unik. Seni lukis tradisi berkualitas tinggi juga
berlangsung di era kekuasaan Dinasti Safawiyah.
Lantaran negara-negara Islam saat itu berbentuk monarki, seni lukis di
setiap kota Islam sangat ditentukan pemimpinnya. Para penguasa Dinasti
Safawiyah sebenarnya sangat mendukung para seniman. Salah seorang
pemimpin Safawiyah yang mendukung kegiatan para seniman itu adalah
Shah Ismail I Safav. Bahkan, dia mengangkat Kamaludin Behzad--pelukis
kenamaan Persia--sebagai direktur studio lukis istana.
Lukisan Persia memiliki ciri khas tersendiri. Kebanyakan berisi sanjungan
kepada raja dan penguasa. Selain itu, ada pula lukisan keagamaan yang
menggambarkan interpretasi orang Persia terhadap Islam-- agama yang
mereka anut. Lukisan Persia pun sangat termasyhur dengan penggunaan
geometri dan warna-warna penuh semangat.
Yang lebih penting lagi, lukisan Persia dikenal mata ilustratif. Lukisannya
mampu memadukan antara puisi dengan seni lukis. Bila kita melihat
lukisan Persia, seakan-akan kita diajak untuk membaca sebuah kisah
puitis yang mampu menumbuhkan rasa kepahlawanan. Hal itu terjadi,
karena lukisan-lukisan itu diciptakan dan terinspirasi oleh syair-syair yang
begitu luar biasa.
Penguasa Safawiyah mulai mencabut dukungannya kepada para seniman
di era kekuasaan Shah Tahmasp I tahun 1540-an. Akibatnya, para
seniman yang bekerja di istana Shah pergi meninggalkan Tabriz, Iran.
Mereka ada yang hijrah ke Bukhara kawasan utara India. Tak heran, jika
seni lukis berkembang di Kesultanan Mughal, India. Di wilayah ini, seni
lukis dikembangkan oleh para seniman imigran.
Salah satu ciri khas seni lukis Mughal adalah lebih bernilai humanistik
dibandingkan hiasan. Gambar yang dilukiskan lebih ke dalam bentuk
realistik, dibandingkan dalam bentuk fantasi. Pada era kekuasaan Turki

Usmani, seni lukis juga berkembang pesat dengan sokongan dari istana
Sultan. Para penguasa Usmani memerintahkan para senimannya
menggambar beragam bentuk peristiwa tentang kiprah Sultan, seperti
pertempuran dan festival.
Di era kepemimpinan Sultan Sulaeman Al-Qanuni ada pelukis miniatur
terkemuka bernama Nasuh Al-Matraki. Hampir semua karya lukis pada
zaman ini tersimpan di Perpustakaan Istana di Istanbul. Begitulah seni
lukis berkembang dari masa ke masa di era kejayaan Islam. Seni lukis
yang khas dari setiap dinasti membuktikan bahwa umat Islam pada waktu
itu mampu mencapai peradaban yang sangat tinggi di dunia.
Lukisan Tamadun China
Fahaman Daoisme mempunyai pengaruh kuat terhadap bentuk-bentuk
seni Cina terutama seni catan dan kaligrafi dan ia menentukan sifat-sifat
yang dianggap penting dalam kesenian tersebut.Ini jelas kerana seorang
seniman Cina bertujuan menyelaraskan kegiatan penghasilan sesebuah
hasil seni catan dengan prinsip-prinsip atau proses alam semesta.
Menurut fahaman ini, manusia boleh melakukan perbuatan dan kegiatan
yang bersifat semulajadi dan spontan melalui proses pelukisan gambar
kerana ianya satu cara bagi mengharmonikan diri dengan proses alam
semesta.
Dalam catan lanskap Cina tradisional, elemen-elemen yang dilukis untuk
mewakili alam semesta seperti gunung tinggi yang dipenuhi pokok-pokok ,
bukit-bukit dan air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun ,air sungai dan
tasik dan lain-lain lagi.
Manusia boleh timbul dalam catan lanskap tersebut tetapi merupakan
bentuk-bentuk yang kecil kerana menurut Daoisme, manusia cuma
sebagai elemen yang kecil dalam dunia alam semesta yang amat luas dan
besar ini.
Manakala kemahiran-kemahiran yang digunakan dalam tulisan kaligrafi
atau huruf Cina, diaplikasikan oleh seniman-seniman Cina kepada
penghasilan gerakan -gerakan berus yang terdapat dalam kaligrafi atau
huruf Cina yang terdapat dalam sebuah lukisan ( catan) yang berjaya.

Kebolehan untuk menghasilkan imej-imej yang mempunyai imbangan,


gerakan dan bentuk-bentuk yang betul boleh diperolehi melalui latihanlatihan kaligrafi atau tulisan huruf Cina.
Lukisan dilukis pada kain sutera, tembikar dan sampang. Ia biasanya
terdiri daripada potret manusia, gambar-gambar yang
berlatarbelakangkan cerita-cerita metos dan peristiwa-peristiwa yang
benar-benar berlaku. Seni lukis yang mula-mula sekali dihasilkan adalah
dari orang-orang Buddha yang kemudian berkembang ke arah keduniaan.
Pada zaman Dinasti Tang muncul pelukis teragung iaitu Wu Tao Yuan
yang juga merupakan seorang sami Buddha. Dengan beberapa garis, dia
telah dapat meletakkan satu lukisan yang bermutu tinggi di kanvas
lukisannya.
Seni lukis mencapai kemajuan sebenar pada zaman Sung. Dua orang
pelukis terkenal zaman ini ialah Kuo His dan Mi Fei. Pada zaman Dinasti
Han, banyak lukisan potret dihasilkan. Tembok dihiasi dengan catan
fresco menggambarkan tokoh terkemuka seperti ahli falsafah, raja-raja,
negarawan. Kedatangan agama Buddha memberi motif baru dalam seni
lukis. Corak lukisan lebih kepada gambar pemandangan seperti sungai,
gunung ganang. Batu-batu dan salji.

Lukisan Tamadun Jepun


Jepun merupakan sebuah negara kepulauan yang mempunyai keadaan
semula jadi yang amat sesuai untuk perkembangan sebuah tamadun
sehingga mampu dikenali sebagai suatu bangsa yang kuat dan negara
yang hebat sama ada dari aspek politik, ekonomi, kebudayaan dan sosial.
Masyarakat Jepun amat menyedari kepentingan warisan tinggalan nenek
moyang mereka dan ikatan atau hubungan mereka dengan tanah besar
Asia walaupun secara realitinya mereka menjalani kehidupan yang
berasingan iaitu sebagai masyarakat kepulauan.
Selain itu, aspek lain yang amat penting dengan masyarakat awal Jepun
ialah kepekaan mereka terhadap sifat-sifat kedewaan. Misalnya,

keindahan alam semula jadi yang terdapat di Jepun dianggap sebagai


satu anugerah daripada dewa kepada kepulauan Jepun. Hal ini demikian
kerana secara lagendanya, masyarakat Jepun mempercayai mereka
berasal daripada Dewi Matahari iaitu bukan sahaja keturunan, tetapi
meliputi asal-usul tanah dan negara Jepun itu sendiri. Kepercayaan asalusul ini juga boleh dibuktikan melalui makna Nihon (Nippon) dalam
bahasa Jepun yang membawa maksud asal matahari iaitu matahari terbit.
Hiroshige yang terlahir bernama Ando Juemon adalah dari keluarga biasa
yang hidup dalam bersederhana. Namun pada umur 13 tahun, ia bersama
kedua adiknya telah menjadi yatim-piatu dan harus menghadapi dunia
fana yang tiada menentu.
Setelah mengalami kegagalan akhirnya ia diterima disebuah sanggar seni
seorang seniman ternama bernama Toyohiro, waktu itu ia berumur 15
tahun. Gurunya dapat mengetahui bakat si anak yang luar biasa dan
wataknya yang lurus, sehingga ia diberi gelaran sebuah nama iaitu
Hiroshige. Hiroshige yang terdiri dari dua huruf Kanji (aksara Han
Tiongkok), huruf pertamanya diambil dari namanya sendiri dan yang
kedua dari nama si anak. Tak lama kemudian, si anak menerbitkan hasil
karya seni perdananya. Waktu itu ia baru berumur 16 tahun.
Dari tahun 1780 sampai dengan tahun 1800 merupakan zaman keemasan
kesenian Ukiyo-e dimana banyak seniman terkenal seperti Hokusai,
Utamaro dan gurunya sendiri saling bersaing menyempurnakan seni
aliran ini. Seni lukisan Ukiyo-e (genre paintings) adalah lukisan
berdasarkan kejadian sehari-hari. Namun seperti yang terjadi di negara
Eropah, seni hanya disajikan untuk dan dinikmati oleh kalangan elit dari
masyarakat Edo. Oleh kerana itu, tema lukisan berkisar kehidupan para
bangsawan atau figure wanita selebriti sedangkan lukisan pemandangan
dengan kehidupan rakyat kurang diminati.
Namun di zaman Edo berikutnya yang disebut zaman kemunduran terjadi
populerisasi-an seni ke masyarakat luas sehingga terjadi lonjakan
permintaan atas barang seni. zaman kemunduran yang berkaitan dengan
kejatuhan ekonomi menyebabkan segala percetakan harus dilakukan
dalam jumlah besar untuk mencapai "economic of scale". Sehingga satu-

satunya cara adalah memasarkan hasil seni kepada masyarakat luas


dengan harga tinggi.
Hiroshige yang berkarya di zaman ini mendapat keuntungan tambahan
kerana bukan saja ia berbakat lebih dari itu tema lukisannya mengenai
rakyatt. Dalam lukisan-lukisan 53-Tahapan Tokaido misalnya ia
menggambarkan aktiviti masyarakat Edo yang gemar mengembara
mengunjungi tempat-tempat termasyhur dan tempat suci untuk
beribadah walaupun harus menempuh perjalanan yang jauh. Oleh karena
itu, Hiroshige juga dikenang sebagai seniman yang banyak berpenat lelah
dalam merakyatkan seni ke masyarakat Jepun.
Menurut perputaran kehidupan kosmik yang menggariskan kehidupan
manusia atas dasar perputaran 60 tahun (sexagenary cycle), mencapai
umur 60 tahun adalah waktu bagi seseorang memikirkan apa yang telah
ia capai dan menatap kehidupan berikutnya. Dan kiranya itupun yang
mungkin terlewat dalam benak si anak genius. Setelah berkarya seni
sepenuhnya, Hiroshige meninggal dengan tenang di umur 62. Ia
dikebumikan di vihara Togakuji yang terkenal di kota Edo (sekarang
Tokyo).
Lukisan Tamadun India
Sekitar 40 tahun lalu, lukisan 'maniture' telah menjadi popular di India
dan Barat iaitu dikalangan pengumpul lukisan dan artis. Ini berdasarkan
mutu dan hasil kerja yang bagus dimana adunan warna yang menarik
selain dari aspek kepelbagaian gaya dan tema yang unik. Sebahagian
kecil pakar seni lukisan 'maniture' ini telah menjadi ikutan dan telah
berjaya menghasilkan lakaran yang bermutu. Antara penggiat seni India
yang terkenal sekitar awal 1900 iaitu Coomaraswamy yang menghasilkan
seni monograf diantara tahun 1910 hingga 1912 yang diharapkan dapat
memberi pendedahan tentang nilai keindahan seni. Pada awal 1950,
lukisan maniture ini semakin tenggelam kerana tiada penggiat seni yang
berminat untuk meneruskannya.
Lewat 1950-an, dua orang pakar seni iaitu Ramgopal Vijaiwargiya dari

Jaipur dan P.R Kapoor dari Delhi berjaya menjumpai ribuan lakaran dan
ada diantaranya dihasilkan dengan kualiti yang amat mengkagumkan.
Vijaiwargiya telah membeli hasil seni daripada Rajasthan di Kotah dan
Jaipur. Manakala, Kapoor berjaya mengembalikan semula karya seni yang
dikumpul kepada waris pelukis di Guler, Sangra dan Basohli. Hasil seni
yang dimiliki oleh Vijaimargiya dan Kapoor juga merupakan antara karya
yang dihasilkan oleh orang-orang Chamba di Himachal Pradesh. Ianya
telah dipamerkankan pada 1976 oleh Stuart Cary Weich di Asia House
Galeri di New York. Pameran ini telah mendapat sambutan yang amat
menggalakkan.
Lukisan atau lakaran dapat menggambarkan keperibadian pelukis dan
boleh menterjemahkan apa yang terdapat didalam minda dan imaginasi
pelukis. Lukisan India tidak menggambarkan emosi pelukis melalui
lukisan wajah atau muka, tetapi ia amat menitik beratkan postur dan
gestur subjek tersebut..

Anda mungkin juga menyukai