Anda di halaman 1dari 5

KEPELBAGAIAN MEDIA DAN TEKNIK DALAM LUKISAN

TEKNIK LUKISAN
1. HATCHING - melukis guna garisan selari
2. CROSSHATCHING – siri garisan yang selari arah tetapi ditindan dengan siri lain pada
arah berlainan /berbagai arah
3. SGRAFFITTO - teknik mengikis 1 warna menggunakan objek keras seperti pallete
knife untuk mendedahkan warna di bawahnya. Teknik ini sangat sesuai dengan
penggunaan oil pastel yang mana sesuatu lukisan akan dilukis dengan warna
bertindan-tindan & berkeadaan lembab untuk dikikis dengan objek tajam.
4. BLENDING – akan menghasilkan lukisan yang mempunyai perubahan tona & warna
yang lembut, bukan sapuan yang jelas kelihatan. Ia satukan warna guna jari/kertas
gulung
5. BURNISHING – lanjutan daripada kaedah Blending. Tanda pensel/pastel ditekan ke
dalam kertas & menghasilkan kesan yang pantul /berkilat. Selalu diguna pada peringkat
akhir. Pemadam juga boleh diguna.
6. FROTTAGE
 teknik ini juga dikenali sbg teknik gosokkan.
 kertas diletakkan di atas permukaan yg berjalinan sentuh yang rata dan digosokkan
dengan pensel utk mendapatkan jalinan ojek tersebut.
7. BLOT DRAWING – menggunakan tompokkan dakwat yg terjadi secara spontan.
Kemudian tompokan itu diolah menjadi sesuatu lukisan dengan tambahan unsur
garisan/gubahan
8. SCRAPERBOARD – papan putih yang disapu dgn dakwat hitam yg mbolehkkan papan
itu dikikis dgn alatan tajam.
9. VIGNETTING - sering digunakan dlm mlukis potret menggunakan pastel. Membawa
maksud gambar atau motif yg tidak mpunyai sempadan, juga tidak punyai latar. Warna
kertas sendiri jadi latar/ support.
MEDIA
Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan
rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.
Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh
dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel dan
warna air.
Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya
adalah secara terhad dan minimum.
Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan
penggunaan pelbagai jenis garisan.

TUJUAN PENGHASILAN
Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan
prinsip seni reka. Contohnya, memasukkan jalinan dan imbangan pada bentuk yang
dilukis. Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir. Contohnya,
lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan. Menerusi
lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah
masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia. Contohnya, lukisan kartun
yang menyindir sistem sosial dalam sesebuah masyarakat.

Lukisan juga dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui tema
yang disampaikan melalui imej-mej tertentu.

Jenis
Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan lukisan. Tetapi ini tidak
bermakna bahan dan media yang mahal sahaja mampu menghasilkan lukisan yang
bermutu dan menarik. Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan
menggunakan bahan yang biasa sahaja. Tidak dinafikan juga, penggunaan bahan yang
mahal dan berkualiti merupakan satu rangsangan dalam penghasilkan lukisan.
PENSEL
Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan untuk
menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Pensel digolongkan mengikut nilai
kekerasannya. Pensel 6H ( paling keras ) hingga H; kemudian HB; seterusnya B, 1B hingga
8B (paling lembut). Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk lukisan biasa.
Jika pensel HB atau B digunakan secara tajam, ia akan menghasilkan garisan yang tajam
dan jika ditekan garisan yang terbentuk akan lebih tinggi nilai kepekatannya. Pensel HB
atau pensel yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal berbanding pensel yang keras.
Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut boleh dicomotkan dengan kaedah gosokan
dengan tangan atau pemadam. Jika terlalu banyak bahagian sesebuah lukisan itu
dicomotkan, lukisan itu akan kelihatan samar – samar.

ARANG

sebuah karya menggunakan


pensil arang
Pensil arang

Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan secara
spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan dengan tangan
atau pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang.
Manakala kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang
dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap mestilah
disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi
mengelakkan comotan.

PEN DAKWAT
Pen dakwat adalah
salah satu alat
melukis yang senang
untuk digunakan. Pen
seperti Rapidograph,
Rotring dan Faber
Pen dakwat
Imej menggunakan pen Castle mempunyai
dakwat mata pen yang pelbagai saiz. Dakwat kalis air akan
menghasilkan kesan warna yang legap. Dakwat biasa
adalah kurang legap jika digunakan dan akan memberi beberapa nilai warna jika digunakan
secara terkawal. Air boleh dicampurkan kepada dakwat jika warna yang lebih terang
diperlukan.

PEN MATA BOLA


Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau contengan, tetapi sukar
untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai warna dengan menggunakan pen yang
sama.

Pen mata bola Contoh karya menggunakan


pen mata bola

PEN FELT
Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan.
CONTE CRAYON
Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan conte crayon
adalah sama seperti menggunakan menggunakan arang.

KRAYON LILIN
Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. Salah satu ciri istimewa
crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk menimbulkan kesan yang
menarik.

PASTEL
Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak warna.

BERUS
Berus telah lama digunakan oleh pelukis – pelukis Cina dan Jepun sebagai alatan melukis
mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh menghasilkan garisan yang nipis jika dikawal
dengan betul. Berus yang kecil pula mampu menghasilkan garisan yang tebal daripada
garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar.

Anda mungkin juga menyukai