Anda di halaman 1dari 68

batik

Labels: batik
Pengenalan

Batik ialah sejenis produk kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan
mencelup kain. Batik terkenal di Gugusan kepulauan Melayu iaitu Indonesia, Singapura,
Brunei dan Malaysia. Negeri yang popular dengan batik adalah Kelantan dan
Terengganu. Berikut adalah sejarah kraf batik;
2000 tahun dahulu - Telah wujud di Mesir dan Parsi
Abad ke 7 - Digunakan di Jepun dan China
Abad lke 15 - Diperkenalkan di T.Melayu pada zaman pemeerintahan Parameswara di
Melaka
Abad ke18 - Batik pelangi memulakan perusahaan di Trengganu
1910an - Perusahaan batik di K.Baharu, Kelantan
1920an - Teknik terap hitam digunakan utntuk mengecap kain. Blok kayu berukir
dengan gaya ukiran timbul dicelup dengan pewarna hitam sebelum diterap pada kain
putih. Pewarna kimia dari Eropah diperkenalkan pada tahun 1926
1930an - Perusahaan batik menggunakan teknik terapan lilin bermula di Terengganu
dan Kelantan.Batik skrin diperkenalkan di Kelantan
Selepas perang dunia ke2 - Perusahaan batik berkembang dengan pesat dan menjadi
industri kampung yang utama
Sekarang - Industri batik berkembang secara besar-besaran dan pengeluaranya telah
menenbusi pasaran dunia
Motif batik
1.Motif flora bunga kenangan , cempaka, Daun Siti Fatimah , daun keladi dan lainlain yang biasanya dijadikan motif pada badan kain. Manakala motif pucuk rebung
biasanya dijadikan motif pada kepala kain batik sarong
2.Motif fauna burung,ayam, siput, kupu-kupu
3.Motif geometri banji, ceplok, parang rusak, kawung , swastika, pilin berganda s dll
4.Motif benda wau, wayang kulit dll

5.Motif abstrak
Isen
Motif pengisian yang melatari dan bertabur di sekeliling motif utama. Motif pengisi untuk
memenuhi kain batik tradisional ataiu sebagai latar belakang kepada sesuatu pola
corak Contoh : ada-ada, antel. Poleng, galangan dll
Jenis-jenis Kain
Cotton, sutera, lawn, crepe satin, jacquard, rayon/ fuji
Jenis-jenis Batik
1. Batik tulis / lukis/ conteng/ canting
2. Batik terap / blok /cap
3. Batik skrin
4. Batik pelangi ( tanpa penggunaan lilin)

BATIK TULIS/ CONTENG


Alatan
Canting/ tjanting - Alat yang diperbuat daripada tembaga yang menjadi bekas lilin yang
digunakan untuk melakar corak pada kain
Pemidang - Digunakan untuk meregang kain supaya kain tidak melendut semasa
mencanting
Berus lembut - Digunakan untuk menyapu bahan pewarna pada kain dan lilin cair
Periuk - Untuk memasak bahan campuran lilin
Kuali atau bekas - Untuk mencelup, merendam dan merebus kain
Dapur - Tempat meletakkan periuk dan memanaskan campuran lilin

Bahan
Kain putih - Jenis sutera dan cotton
Campuran lilin - Lilin putih (paraffin)
Lilin lebah - supaya lilin kenyal dan tidak mudah patah
Damar - supaya lilin cepat lekat pada kain
Minyak kelapa/ masak- supaya lilin cepat cair dan licin pada kain
Bahan pewarna - Remazol atau primazin
Bahan fixer - Pemati warna sodium / natrium silikat : untuk mengekalkan warna pada
kain
Debu soda /soda ash - Untuk menanggalkan lilin

Proses Batik Canting


1. Kain dasar dibersihkan terlebih dahulu untuk menghilangkan kanji dan dikeringkan
2. Kain ditegangkan pada pemidang kayu
3. Motif dan corak dilakarkan dengan menggunakan pensel (tidak perlu jika pembatik
telah mahir)
4. Panaskan campuran lilin sehingga cair
5. Cedukkan lilin cair tersebut dengan, menggunakan canting kemudian lakarkan pada
kain mengikut motif yang telah
dibuat dengan menggunakan pensel tadi.Buat begitu sehingga habis lakaran corak
pada kain tersebut
6. Mewarnakan motif yang telah siap dicanting / lilin
7. Apabila kain telah siap diwarnakan , biarkan pewarna dan kain kering kemudian
rendamkan kain tersebut ke dalam bahan fixer supaya warna akan kekal pada kain
tersebut. Biarkan kain tersebut selama8 12 jam

Ciri-ciri khas batik


tulis/conteng/lukis
1. warna yang segar dan eksklusif serta motif yang dihasilkan adalah bebas

2. setiap helaian batik adalah ciptaan individu serta eksklusif


3. setiap hasilan memaparkan unsur-unsur sezaman yang unik
4. harganya tinggi kerana kain dan bahan pewarnanya mahal serta mempunyai corak
yang tersendiri
Kekemasan dan persembahan
1. garisan lilin yang kemas dan tidak putus-putus
2. aliran corak yang seimbang dan berharmoni
3. sambungan garisan tidak ketara
4. warna yang tidak bertelar-telar
5. tidak ada kesan lilin
6. corak dan warna motif bersesuaian dengan warna tanah

Pemeliharaan dan penjagaan


1. Tidak boleh direndam terlalu lama semasa membasuh
2. Tidak boleh didedahkan kepada cahaya matahari yang terik
BATIK TERAP/ BATIK BLOK/ BATIK CAP
Batik ini berbeza dengan batik tulis/ lukis kerana batik ini mempunyai corak yang sama.
Corak dibuat secara perulangan pada kain putih kerana corak yang diterap itu adalah
berasaskan blok kayu / tembaga yang sama
Tumpuan penghasilan batik ini lebih kepada kain sarung atau kain untuk pakaian
seragam
Jenis kain batik blok/terap
(i) Kain batik lepas- kain ini lebih panjang daripada kain batik sarung, digunakan dalam
upacara pengkebumian masyarakat Melayu kerana saiznya yang panjang dan tidak
perlu dijahit.Coraknya seragam dan tidak mempunyai corak kepala kain.Ia juga dikenali
sebagai kain batik solo, batik belit atau batik panjang
(ii) Batik ela dihasilkan dalam bentuk yang panjang dan dijual dalam ukuran meter
mengikut kehendak pembeli.Batik ini menjadi pilihan pertubuhan dan badan tertentu
untuk dijadikan pakaian seragam atau pakaian untuk majlis formal
Alatan dan Fungsi
Sarang / blok bunga - diperbuat daripada logam / tembaga yang dibentuk dan dipateri
mengikut rekaan corak.Digunakan untuk mengecap corak di atas kain dengan
menggunakan lilin

Meja pengecap - meja ini dilapisi dengan span, kain guni dan kelopak batang pisang
yang telah direndam di dalam air garam selama 12 jam, untuk mengecap kain. Tujuan
kelopak batang pisang digunakan untuk mempercepatkan penyejukan lilin
Kuali leper - Digunakan untuik memasak bahan campuran lilin
Kuali kawah - Digunakan untuk mendiidihkan air bagi proses menanggalkan lilin melalui
cara merebus kain
Bahan
1. kain putih bergantung kepada kesesuaian jenis cotton / kapas
2. campuran lilin
a. lilin putih (paraffin)
b. campuran rosin(damar)
c. lemak binatang
d. minyak kelapa
3. bahan pewarna napthol
4. debu soda (soda ash)
5. kanji untuk mengilatkan kain batik
Proses
1. basuh kain untuk menghilangkan kanji kemudian keringkan
2. bentang kain di atas meja pengecap, pastikan kain rata dan tegang untuk
membolehkan proses penerapan lancar dan kemas
3. panaskan campuran lilin di dalam kuali leper sehingga cair
4. celup blok / sarang ke dalam lilin dan terapkan lilin ke atas permukaan kain.Pastilkan
blok yang digunakan adalah betul mengikut corak kerana untuk sehelai kain batik
sarung, corak badan kain dan kepala dan bahagian kain berbeza.untuk menghasilkan
sehelai kain
5. Celup kain dalam pewarna napthol. Warna yang berbeza digunakan dimulai dengan
warna cerah diikuti dengan warna gelap
6. proses menerap dan mencelup warna dilakukan berulangkali untruk mendapatkan
beraneka corak dan warna
7. untuk mendapatkan kesan retak seribu lilin hendaklah disapu pada seluruh
permukaan kain kemudian direnyukkan
8. kemudian masukkan kain ke dalam air panas dicampurkan debu soda
9. basuh dan jemurkan kain
10. kadang kala kain dikanji terutama kain batik sarung supaya kain kelihatan lebih
berkilat dan berseri
Ciri-ciri khas batik blok
1. kain yang lembut kerana direbus banyak kali
2. mempunyai corak retak seribu
3. dapat menghasilkan kain dalam bentuk bandela
Kekemasan dan persembahan
1. capan lilin sama jelas,sambungan corak tidak kelihatan
2. warna tidak bertelar-telar dan tidak luntur walaupun banyak kali dibasuh
3. susunan motif utama dan isen berharmoni
4. bentuk kain sarung yang lengkap,kaki dan gigi kainnya kemas
Pemeliharaan dan penjagaan
1. petua membasuh:

-campurkan air dengan cuka


-cucian dengan air the untuk mengelakkan luntur warna
2. tidak boleh direndam terlalu lama masa mencuci
3. elakkan daripada jemuran di bawah matahari terik
BATIK SKRIN / BATIK SUTERA SARING / BATIK CETAK
Pengenalan
ia di bawa dari negeri Thai dan diperkenalkan di Kelantan pada awal kurun ke 20
ia giat berkembang kerana mempunyai pasaran yang luas dan teknik pembuatannya
yang lebih ringkas
teknik ini mirip kepada kaedah cetakan sutera saring hanya corak yang digunakan
adalah corak tradisional
Alatan
1. Skrin
diperbuat daripada bingkai kayu yang biasanya berukuran sebesar kain batik sarung
kain nipis yang dikenali sebagai sutera saring / organdi digunakan sebagai kain
pemidang
setiap skrin digunakan untuk menyapu satu warna sahaja
2. sekuji (squeegee)
diperbuat daripada kayu pada bahagian atas dan getah di bahagian bawahnya
-- panjang sekuji biasanya sama dengan lebar pemidang
digunakan untuk menyapu bahan pewarna dengan rata di atas permukaan skrin
3. kelongsong stensil (funnel pen)
alat yang berfungsi sebagai pen yang berbentuk kelongsong
diisi dengan bahan lacquer / laker yang bertindak sebagai lilin
digunakan untuk melukis corak dan motif di atas permukaan skrin
4. meja pengecap meja yang cukup memuatkan pemidang skrin untuk proses
mencetak
5. kuali dan bekas untuk merendam dan membersihkan kain
6. pengukus untuk proses pengewapan bagi mengekalkan warna pada kain
Bahan
1. kain putih- jenis kapas yang berukuran sama dengan saiz pemidang
2. bahan pewarna jenis reactive dan pigmen dye
3. bahan lacquer / laker
sejenis campuran bahan tinner dan emulsion yang dimasukkan ke dalam kelongsong
stensil untuk melukis corak pada skrin
bertindak sebagai lilin yang menghalang bahan pewarna daripada meresap ke
bahagian-bahagian yang telah ditutup
dengan lacquer
Proses
1. Merancang dan menyediakan corak pada kertas termasuk merancang warna yang
perlu digunakan .Bilangan
pemidang skrin yang akan digunakan bergantung pada bilangan warna
2. Lukis corak di atas skrin yang telah dipasang dengan sutera saring dengan
menggunakan kelongsong stensil yang berisi lacquer
3. kain putih yang hendak dicetak mestilah direbus , dibilas dan dijemur sehingga kering

4. kain tersebut diregang dan diletakkan di atas meja pengecap.Letakkan pemidang


skrin di atas permukaan kain
5. tuang warna di bahagian hujung skrin dan sapukan warna dengan rata menggunakan
sekuji. Ulang semula proses ini mengikut bilangan warna dan corak yang ditetapkan
neggunakan pemidang skrin yang berbeza
6. kain dijemur sehingga kering sebelum dikukus dalam proses pengewapan.
Pengewapan ini dilakukan untuk memastikan warna kain tidak luntur
7. Rendam kain dalam air suam yang dicampur dengan bahan pelembut bagi
melembutkan kain serta membuang lebihan pewarna
8. kain dijemur sehingga kering
Ciri-ciri batik skrin
1. amat popular kerana harganya yang sederhana dan coraknya yang menarik
2. proses pembuatannya menjimatkan masa dan memberikan hasil sepuluh kali ganda
lebih cepat daripada teknik blok
3. warnanya juga lebih tahan lama dan tidak mudah luntur
Kekemasan dan persembahan
1. ketepatan dalam reka bentuk imejnya
2. kejituan pembuatan yang tinggi dengan sambungan garisan yang tidak ketara dan
petak-petak warna yang kemas
3. warna yang tidak bertelar-telar dan tidak luntur
BATIK PELANGI
Batik pelangi ialah batik yang dihasilkan tanpa penggunaan lilin dan diperkenalkan
oleh Che Minah Pelangi dari
Terengganu ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin II (1793 1808)
Ia disebut juga sebagai kain rawa
Digunakan sebagai tudung / selendang serta menjadi pelengkap atau eksesori
pakaian terutama inang dan dayang di istana
Ia dihasilkan dengan menggunakan teknik ikat dan celup
Kain diikat beberapa kali dengan menggunakan lilin atau apa sahaja untuk
menghalang penyerapan warna. Bilangan ikatan dan celupan warna menentukan corak
dan warna pada kain
Batik pelbagai jenis
1. Batik lasem kelantan batik yang direbus dua kali dan menggunakan motif pucuk
rebung pada bahagian kepala kain
2. Batik perkalongan Kelantan bercirikan motif bunga pada kepala kain dan badan
kain .Warna motif tidak dicelupkan sebaliknya mencalit warna menggunakan berus
halus
3. batik selapis- menggunakan satu warna sahaja dengan menggunakan ragam hias
yang bebas
4. Batik solo kelantan dikenali juga batik belit, batik lepas, dan batik
panjang.Penggunaan warnanya terhad pada tiga warna sahaja iaitu hitam, biru dan
kuning
TOKOH BATIK

1. Hajah Cik Su Bt Haji Ishak (kelantan)


2. Hj. Mohd.Yusof kelantan
3. Hj.Ali, En.Awang bin Long, En Long Bin Abdullah dari Terengganu
4. Tunku Zubeidah dan Azman Sutan Aman dari Kuala Lumpur
PELUKIS BATIK TANAHAIR
1. Chuah Thean Teng- karyanya:Musim Buah dan Mengejar ayam
2. Tay Mo Leong karyanya : Fishing Village
3. Khalil Ibrahim Karyanya; Pantai Timur
4. Syed Shaharuddin Bakeri Karyanya: Fabrik Marah, Biru, Hijau
Perbezaan Batik tulen dan Batik tiruan
Tulen - Dihasilkan dengan tangan.contohnya batik lukis dan batik blok
Tiruan - Dihasilkan dengan menggunakan mesin atau skrin contohnya batik skrin
Tulen - Warnanya hidup dan segar di dua-dua belah kain
Tiruan - Warna di sebelah luar kelihatan berseri tetapi di sebelah dalam kusam
Tulen - Coraknya mempunyai ciri-ciri batik asli kerana mempunyai kesan lilin
Tiruan - Corak kurang hidup kerana tidak mempunyai kesan lilin
Tulen - Tidak kecut kerana telah direbus beberapa kali sewaktu proses pembuatannya
Tiruan - Pewarna jenis pigmen yang digunakan tidak begitu lut sinar dan berseri
sebagaimana bahan pewarna yang digunakan untuk batik tulen
Tulen - Jalinan coraknya lebih hidup dan penuh gaya kerana dikawal dengan tangan
terutama pada batik tulis
Tiruan - Jalinan coraknya statik dan seragam kerana telah ditetapkan pada skrin

Dimensi baru dalam batik

Bahan tambahan yang sesuai digunakan untuk mencantum dan menggabungkan hasil
ciptaan baru seperti rotan, anyaman , fabrik, span, kulit ,tali, tembikar dan sebagainya.
Diantara hasil ciptaan dimensi baru ialah kelengkapan rumah(langsir,kusyen,
pengadang ruang dan hiasan dinding), kelengkapan bilik tidur(cadar, sarung bantal,
selipar),aksesori (bekas tisu, bekas serbaguna) dan perhiasan diri (tas tangan, skaf,
pakaian dan kasut)
PERBEZAAN BATIK MALAYSIA DAN INDONESIA
Sejarah
Malaysia - Perusahaan batik hanya bermula di Kelantan awal tahun 1911 dan kini
bertumpu di Pantai timur
sahaja
Indonesia - Telah bermula sejak kurun ke12
Motif dan corak
Malaysia - Motif flora lebih diutamakan berbanding dengan motif geometri dan fauna.
Motif fauna terhad kepada serangga, unggas dan kehidupan marin sahaja. Motif figura
tidak dibenarkan.Kurang penggunaan morif isen
Indonesia - Unsur motif tidak terhad, pengisian / isen sangat popular
Peralatan dan bahan
Malaysia - Penggunaan canting yang mempunyai satu mata sahaja, menggunakan
pemidang untuk mencanting
Indonesia - Penggunaan canting pelbagai mata, melakukan proses mencanting secara
duduk dengan meletakkan kain di atas tapak tangan
Fungsi
Malaysia - Kegunaan pakaian dan perhiasan
Indonesia - Kegunaan adapt istiadat perkahwinan
Warna
Malaysia - Menggunakan pewarna import
Indonesia - Pewarna asli banyak digunakan selain dari pewarna kimia

Peranan institusi
Kompleks Kraf - Menyediakan maklumat mengenai kraf termasuk batik
Muzium Negara - Institusi yang menyimpan, menjaga dan mengekalkan hasilan kraf
lama yang akan menjadi sumber rujukan dan penyelidikan
Balai seni Lukis Negara - Menjadi pusat pameran,pusat sumber berkaitan kraf dan
hasialn seni
PKKM ( Perbadanan Kemajuan Kraf tangan Malaysia - Bertanggungjawab
membangunkan industri kraf melalui promosi dan pusat kraf
Universiti tempatan - Institusi yang melatih dan melahirkan tokoh atau pengusaha kraf
dan seni tempatan

Batik Lukis
Batik Lukis

Batik lukis menggunakan


canting dan lilin. Warna sama
seri di kedua-dua belah kain.
Jalinan dan warna adalah
penuh gaya serta mempunyai
identiti corak tersendiri kerana
dilukis oleh pandai tukang. batik
lukis juga dikenali sebagai batik

canting atau batik conteng


Alat
1. Canting
2. Pemidang
3. Berus
4. Periuk
5. Kuali atau bekas
6. Dapur
Bahan
1. Kain putih (jenis kain kapas)
2. Campuran lilin
3. Bahan pewarna

4. Bahan pemati warna (fixer)


5. Debu soda

peralatan dan bahan yang


diperlukan

canting digunakan untuk


melukis lilin panas ke
permukaan kain sebelum
diwarnakan
Teknik dan Proses

1. Kain dibersih dan dikeringkan


2. Kain ditegangkan pada
pemidang kayu

3. Motif dan corak dilakarkan


dengan pensel di atas
permukaan kain

4. Bahan campuran lilin


dipanaskan sehingga cair

5. Canting digunakan untuk


mengisi lilin cair dan
melakarkan corak pada kain

6. Berus digunakan untuk untuk


menyapu warna mengikut
gubahan warna yang telah
ditetapkan

7. Kain yang telah siap


diwarnakan dibiarkan kering
8. Kain direndam atau disapu
dengan sodium silikat selama 8
12 jam untuk mematikan
warna

9. Kain direbus dalam campuran


air dan debu soda

10. Kain dicuci, dibilas


kemudian dijemur ditempat
redup atau digosok sehingga
kering
Kekemasan dan Persembahan

1. Garisan lilin kemas dan tidak


putus-putus
2. Sambungan garisan tidak
ketara
3. Tiada kesan lilin
4. Warna tidak bertelau-telau

5. Warna motif dan latar


bersesuaian
6. Aliran corak harmoni dan
seimbang
7. Mempunyai nilai dan identiti
sendiri

BATIK BUATAN
MALAYSIA
Kuala Lumpur, 8 Mac 2005 Asal usul batik masih menjadi
tanda tanya sehingga ke hari ini.
Ada pendapat yang
mengatakan batik berasal dari
India dan ada pula mengatakan
ia dari Parsi. Pakar arkeologi

pula pernah menjumpai cebisan


kain berupa batik di Mesir
menghiasi pakaian mereka
dengan teknik menyerupai batik
pada tahun 70 masehi lagi.

Namun para pengkaji


mempercayai ia berasal dari
kepulauan Melayu dan bahawa
terdapat pemikiran di antara
Asia Tenggara dan India pada
zaman dahulu yang membawa
batik menjelajah ke benua lain.

Terdapat juga kemungkinan


bahawa batik tiba di Mesir dari
kepulauan Melayu melalui India
memandangkan seni mengecap
lilin ke atas kain kain adalah
seni warisan Melayu
berdasarkan rumusan
pengkajian sejarahwan Winstedt
dan Skeat.
Seni begini tidak pernah
terdapat dalam tradisi budaya
India.Teori ini diperkuatkan
dengan perkataan batik itu
sendiri berunsurkan Melayu dan
Jawa iaitu titik dan amba (tulis).

Pendapat mengenai asal-usul


batik bukan sahaja berdasarkan
nama tetapi juga berdasarkan
kepelbagaian teknik. Batik
Pelagi misalnya, menggunakan
teknik ikat celup dikenali di
Malaysia dan di Indonesia
sebagai pelangi atau titik yang
mengambil kira kepelbagaian
warna pelangi.
Definisi batik dipercayai berasal
daripada Indonesia yang mana
diambil daripada perkataan
Melayu untuk titik dan Jawa
'mba' ertinya menulis. Oleh itu
batik bererti menulis titik-titik

yang dimaksudkan di sini sama


ada berupa titik-titik dalam
ertikata sebenar atau berupa
bunga-bunga dan lain-lain motif
kecil di atas permukaan kain.
Kemudian, teknik untuk
mewujudkan motif-motif itu
bergantung pada zaman dan
ruang.

Perusahaan
batik di Malaysia dikategorikan
kepada beberapa jenis iaitu

Batik Blok, Batik Tulis, Batik


Skrin serta Batik Pewarnaan
Asli, dan setiap satunya
mempunyai keistimewaan dan
keunikan yang tersendiri.
Melihatkan kepada ciri-ciri
versatile pada tekstil ini, batik
ditampilkan dalam pelbagai
guna seperti fesyen tradisional
dan kontemporari mahupun
aksesori tambahan serta hiasan
dalaman. Batik melihatkan
kelainan mengikut pilihan kain
yang digunakan seperti kain

kapas, kain sutera, campuran


kain sutera dan kain kapas, kain
rayon, kain voile, kain organza
mahupun kain chiffon.
Kehalusan jahitan sulaman
serta jahitan manik yang
disuaipadankan pada batik
menyerlahkan lagi keanggunan
pemakai.
2. JENIS-JENIS BATIK
Batik adalah seni kraf tekstil
tradisi Melayu yang masih
unggul hingga ke saat ini, dan
ianya berpotensi menembusi

pasaran antarabangsa. Corak


dan kombinasi warnanya yang
tidak lekang dek peredaran
fesyen antarabangsa tanpa
meninggalkan ciri tradisi tetap
menjadi pilihan.
Terdapat beberapa teknik
menghasilkan batik. Antara
teknik utama ialah Batik Blok,
Batik Tulis, Batik Skrin dan Batik
Perwarnaan Asli.
2.1 BATIK BLOK

Batik Blok dikenali juga sebagai


Batik Terap atau Batik Pukul
merupakan salah satu daripada
seni kraf buatan tangan
tradisional yang terkenal di
Malaysia.Ia dihasilkan melalui
proses penerapan lilin dan
penerapan warna. Sejarah
perkembangan batik di Malaysia
dipercayai bermula pada abad
ke-15 Masihi dan ianya terus
berkembang terutama selepas
tamat Perang Dunia Kedua.

Pengusaha batik di Kelantan


dan Terengganu merupakan
perintis kepada perkembangan
batik di negara ini. Hasil hasil
batik tempatan tinggi mutu
ciptaan dan rekacoraknya dan
ianya melambangkan kerja
tangan masyarakat tempatan.
Di Malaysia, teknik terawal yang
diperkenalkan ialah Batik Blok.
Proses awal dalam
perkembangan membuat Batik

Blok adalah menggunakan


ukiran sarang acuan kayu
dengan menerap sejenis
pewarna hitam dan teknik awal
ini dikenali sebagai 'terap
hitam'.Pada tahun 1930 an,
penggunaan lilin dalam proses
penerapan mula diperkenalkan
oleh pembuat batik di pantai
Timur. Sejajar dengan itu, acuan
yang diperbuat daripada
kepingan keluli mula digantikan
dengan acuan kayu
sebelumnya.

Corak-corak acuan ini lebih


kemas dan halus
buatannya.Acuan khas
disediakan untuk menerap lilin
pada sarung di bahagian kepala
kain, kapit kain, badan kain dan
kaki kain.
Batik Blok adalah adaptasi
daripada unsur alam
semulajadi. Kebanyakannya
berdasarkan kepada flora dan
fauna. Corak flora dipilih

daripada bahagian-bahagian
tumbuhan yang ditiru
berasaskan bentuk bunga.
Gubahan motif dan corak direka
secara realistik, abstrak dan
stilisasi dalam bentuk geometrik
atau organik.
Antara motif flora yang
digunakan untuk mencorak batik
ialah pucuk rebung, pohon ara,
bunga tampuk manggis, bunga
mangga, bunga cempaka,
bunga buluh, bunga maman,

bunga kerak nasi, bunga


berbaling, bunga raya, daun
keladi, bunga kenaga dan
beberapa lain lagi. Manakala
bagi motif fauna yang popular
ialah seperti jaring ikan dan
ayam.
2.2 BATIK TULIS
Pengeluaran komersil Batik
Tulis di Malaysia hanya bermula
sekitar tahun 1960 an dan
memuncak pada awal tahun

1990 an. Pengeluarannya tidak


lagi tertumpu kepada Kelantan
dan Terengganu, malah telah
berkembang ke bandar-bandar
seperti Kuala Lumpur, Johor
Bahru, Pulau Pinang, Melaka,
Pekan di Pahang dan Sabah.

Batik Tulis dipercayai warisan


dari batik Kraton, Jawa.
Sungguhpun dihasilkan
menggunakan kaedah yang
sama iaitu lakaran canting,
wujud perbezaan dari segi ciriciri rekaan malah juga estetik
dan teknik pengeluran antara
kedua-duanya.
Batik Tulis juga dikenali sebagai
Batik Canting. Ianya diperbuat
daripada pelbagai jenis kain
termasuk kapas, rayon, voile

dan sutera. Ragam hiasnya


terdiri daripada motif tumbuhtumbuhan serta corak
geomatrik. Reka coraknya juga
mempunyai pelbagai susunan
mengikut permintaan semasa.
Pengeluaran Batik Tulis dibuat
dengan menggunakan canting.
Canting merupakan bekas
tembaga kecil bagi menakung
lilin cair yang panas didalamnya
serta mempunyai saluran kecil
yang dapat mengeluarkan lilin

cair. Ia mempunyai pemegang


supaya mudah digunakan.
Canting disikan dengan lilin
panas dan dilukiskan melalui
hujung saluran canting ke atas
kain yang telah diregangkan di
atas pemidang mengikut
rekacorak yang dikehendaki.
Kain yang telah dicanting
diwarnakan, dikeringkan,
dimatikan warna dan direbus
bagi mengeluarkan lilin sebelum
dikeringkan sekali lagi.

Terdapat lima jenis canting iaitu


canting burung, canting kasut,
canting periuk, canting bola dan
canting pelbagai mata.
Pengenalan teknologi dalam
pengeluaran Batik Tulis ialah
I.C.A.T.S. Ia merupakan nama
singkatan dari Sistem Tjanting
Bersepadu Berbantukan
Komputer - Integrated Computer
Aided Tjanting System. Ia satu
sistem peralatan yang
menjalankan proses tjanting
secara automatik. I.C.A.T.S
terbahagi kepada dua sistem
komputer iaitu Sistem Komputer

Rekaan dan Sistem Komputer


Kawalan I.C.A.T.S.

Ia membolehkan
lukisan bebas digunakan, yakni
sesuai untuk mereka corakcorak seperti bunga, daun dan
sebagainya. Lukisan dan simbol
boleh dilukis dan disimpan di
dalam komputer untuk tujuan
membangunkan satu khazanah
corak-corak.
Antara ciri-ciri yang terdapat

pada perisian ini adalah


kemudahan potong dan tampal
sesuatu corak yang sedang
dibuat.
2.3 BATIK SKRIN
Batik Skrin dibuat dengan
mengunakan blok skrin. Blok
skrin disediakan berasaskan
rekacorak yang dikehendaki.
Bilangan blok yang disediakan
bergantung kepada bilangan
warna kain yang dikehendaki di
mana setiap blok skrin boleh
dicetak satu warna.

Di dalam proses penyediaan


blok skrin secara manual,
rekaan diambil gambar,filem
dicuci, dibuat pengasiangan
warna dengan memotong dan
menampalkan filem di atas
plastik.
Ia seterusnya didedahkan
kepada cahaya di atas kain
sutera saring yang diregangkan
di atas bingkai dan telah
disapukan dengan photo
emulsion di atasnya.
Kemudian blok skrin itu
dibersihkan bagi menghasilkan

rekaan di atasnya. Blok skrin


yang telah disediakan,
digunakan untuk mencetak kain
dengan pewarna yang
dikehendaki di atas meja skrin.
Kain yang telah dicetak
dikeringkan dan dimatikan
warnanya sebelum dibasuh dan
akhirnya dikeringkan semula.
Percetakan kain boleh diulang
beberapa kali bergantung
kepada bilangan warna yang
dikehendaki.
Satu pendekatan baru yang
berkonsep teknologi maklumat
yang dirancang oleh Kraftangan

Malaysia, khasnya di
Kraftangan Malaysia Cawangan
di Kelantan dengan
memperkenalkan System Atex
Design iaitu proses perisian
menghasilkan rekacorak batik
secara pengendalian komputer
yang dijangka akan
mempercepat proses
pengeluaran dan menjimatkan
kos dalam jangka masa
panjang.
Kelebihan proses Atex Design
berbanding proses rekaan skrin
secara manual. Cara ini dapat
menghasilkan rekaan dengan

baik dan cepat. Proses grafik


juga dapat dilakukan dengan
cepat dan mudah.
2.4 BATIK PEWARNAAN ASLI
Pengenalan semula
penggunaan warna asli
daripada tumbuh-tumbuhan
tempatan merupakan satu
alternatif dan berkonsep mesra
alam.Pengembalian semula
kaedah ini wujud atas
kesedaran masyarakat
tempatan tentang budaya sihat
dan mesra alam.

Batik Pewarnaan Asli turut


mengaplikasikan pelbagai teknik
untuk menghasilkan kreativiti
batik yang berlainan ragam iaitu
kombinasi teknik ikat iaitu
gabungan tie and dye dengan
blok dan batik lukis & tie and
dye dengan skrin.
3. PENJAGAAN BATIK
Batik memerlukan penjagaan
yang mudah. Kaedahnya, bagi
cucian pertama batik,adalah
digalakkan supaya digunakan
cara cucian kering (dryclean)
dengan kos kurang RM10 bagi

sepasang baju. Tujuannya ialah


untuk menjaga kilatan
pada batik. Pilihan lain, batik
boleh dicuci terus tetapi cucilah
berasingan dengan cucian yang
lain dan hendaklah dijemur di
tempat redup dan tidak
terdedah kepada matahari bagi
menjaga ketahanan batik.
Manakala untuk memudahkan
batik digosok, penggunaan
semburan pelembut pada batik
adalah baik untuk diamalkan.
4. SERAMAI 320 USAHAWAN

BATIK BERDAFTAR DENGAN


KRAFTANGAN MALAYSIA
Di Malaysia terdapat seramai
320 usahawan batik yang
berdaftar dengan Kraftangan
Malaysia yang bergiat aktif
dalam pengeluaran batik.
Secara keseluruhannya, Negeri
Kelantan dan Terengganu
adalah antara negeri yang
mempunyai jumlah pengusaha
tertinggi dalam pengeluaran
batik. Namun
begitu,perusahaan batik turut
juga berkembang di setiap
negeri di Semenanjung juga di

Sabah.
Sumber : Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia

Kain Pelangi (Ikat


Celup/Batik
Pelangi)
Kain Pelangi

Di Malaysia, kain yang

mempunyai motif berwarna


cerah atau warna muda seperti
warna pelangi ini lazimnya
digunakan sebagai kain
selendang, jarang dibuat baju
atau kain.

Cara membuat kain pelangi ini tidak serumit membuat kain limar.

PERNAHKAH anda mendengar


tekstil tradisional yang dikenali
kain pelangi? Kain ini pernah
dipakai oleh kaum wanita

Melayu zaman dahulu tetapi


telah lenyap setelah tercetusnya
Perang Dunia Kedua.
Tekstil ini menggunakan teknik
ikat celup seperti kain limar.
Bezanya kain pelangi mengikat
pada kain kosong yang telah
siap, manakala kain limar dibuat
dengan mengikat benang pakan
sebelum benang itu ditenun.
Tujuan teknik mengikat ini
adalah untuk menghasilkan
corak pada kain.
Di Malaysia, lazimnya kain
pelangi digunakan sebagai kain

selendang, jarang dibuat baju


atau kain. Tetapi di Palembang
dan di India, kain ini digunakan
lebih meluas.

Antara corak yang menghiasi kain pelangi.

Kain pelangi yang dimaksudkan


di sini adalah kain yang
mempunyai motif-motif yang
berwarna cerah atau warna

muda seperti warna pelangi.


Misalnya, merah jambu, kuning,
putih, hijau muda dengan warna
latarnya yang gelap contohnya
biru tua, hijau tua dan merah
tua. Teknik asal membuat kain
pelangi, besar kemungkinan
datang dari Gujerat, India. Ini
kerana di India, masih ada kain
ikat-celup seperti kain pelangi
yang dibuat secara komesial
dan dikenali dengan nama
Bandhni maksudnya mengikat
dalam bahasa India.
Ikat-celup kain pelangi adalah
teknik di dalam kategori tekstil

resis. Proses membuat sehelai


kain selendang berukuran satu
setengah meter memerlukan
kain sutera atau kain kapas
halus, supaya kain ini senang
diserap pewarna. Terlebih
dahulu corak dan motif perlu
dirancang dan dilukis ke atas
kain. Kemudian kain ini dijahit
jelujur secara halus mengikut
rekaan yang terdapat di kain
tersebut. Setiap jahitan ke atas
motif ditarik kemas dan diikat
mati supaya menghalang
perwarna menyerap di bahagian
ikatan ini semasa mencelupkan
pewarna. Biji saga atau biji

kacang hijau boleh juga diikat


untuk mendapatkan motif
bulatan. Seterusnya kain yang
telah diikat, dicelupkan ke
dalam pewarna sebagai warna
latar. Setelah kering, kain ini
akan dibuka kesemua ikatan
pada motif dan diperkemaskan.
Proses seterusnya mewarnakan
motif-motif yang dibuka
ikatannya dengan warna yang
biasa digunakan seperti warna
merah jambu dan kuning atau
dibiarkan putih iaitu warna asal
kain. Cara mewarna perlu
berhati-hati supaya warna itu
tidak merebak ke tempat lain.

Mewarna kain pelangi ini perlu


mempunyai kesabaran dan
ketelitian. Jika menggunakan
warna asli alam perlulah
mematikan warna dengan asam
limau. Kain ini juga boleh
menggunakan pewarna sintetik.
Seterusnya kain pelangi ini
dibilas dengan air bersih dan
dijemur hingga kering. Kain
pelangi ini, kemudiannya
digosok dengan seterika panas
dan boleh dipakai sebagai
selendang.
Pewarna pada zaman dahulu
diperoleh daripada alam sekitar

dan dibuat daripada rebusan


kulit buah-buahan, daun-daun,
batang dan akar kayu. Ada juga
dicampur dengan kesumba asli
dari India. Orang dahulu
mewarnakan benang atau kain
dengan pewarna asli daripada
tumbuh-tumbuhan yang sedia
ada di Malaysia. Contohnya
akar kayu mengkudu (morinda
citrifolia) dan daun engkerbai
(psychotria viridiflora) yang
dapat menghasilkan variasi
warna merah, kunyit warna
kuning dan daun
tarum(indigofera) warna biru
gelap. Dengan teknologi baru,

kain pelangi ikat-celup ini boleh


dihasilkan dengan
menggunakan pewarna sintetik.

Kain ini juga boleh menggunakan pewarna sintetik.

Di Palembang, Sumatera, masih


juga terdapat pembuat kain
pelangi dan dibuat secara
komersial. Malangnya di
Malaysia tiada lagi yang
berminat untuk membuat kain

tersebut. Mungkin hanya


segelintir yang masih berminat
membuatnya sebagai hobi, atau
sekadar untuk projek seni di
sekolah-sekolah atau sebagai
salah satu daripada projek di
institusi tinggi dalam senireka
tekstil. Teknik ikat-celup di
Malaysia dipercayai telah
muncul sebelum kedatangan
teknik membatik.
Pelajar-pelajar Jabatan Seni
Reka Tekstil, Universiti
Teknologi Mara (UiTM), telah

banyak menghasilkan kajian


mengenai kain pelangi atau kain
ikat-celup sebagai salah satu
teknik dalam pelajaran Resis
Tekstil. Teknik ini dapat
dihasilkan dengan beberapa
cara. Ada yang buat secara kain
dilipat dahulu sebelum ia diikat
dan dicelup ke dalam pewarna.
Daripada pelbagai
ekperimentasi ikat-celup,
pelajar-pelajar ini dapat
menghasilkan pelbagai corak
menarik yang boleh diterapkan
pada kain pelangi sebagai kain

selendang empat persegi


mahupun selendang panjang.
Kain selendang pelangi ini boleh
diketengahkan dengan cara
dipakai dengan baju tradisional
seperti baju kurung dan kebaya
atau baju berfesyen masa kini
yang sesuai dengan warna dan
coraknya.
Sekiranya teknik ikat-celup ini
dapat dipelajari oleh kaum ibu
dan penggiat kraftangan di
kawasan perkampungan, ia
boleh dijadikan sebagai salah

satu aktiviti yang mendatangkan


pendapatan yang lumayan.
Kerja-kerja ini juga boleh dibuat
sebagai kerja sampingan atau
pun satu industri kecil-kecilan di
kampung selain daripada
membuat batik. Selain baju
batik, kain pelangi boleh juga
dijadikan baju kasual. Jika kena
dengan warna dan corak yang
bersesuaian, kain pelangi boleh
setanding dengan kain batik di
pasaran.

Proses Ikat Celup

contoh corak ikat celup

Jenis ikatan
1. Jahitan
2. Ikatan yang diisikan dengan
pelbagai objek
3. Lipatan dan ikatan

4. Simpulan
Bahan-bahan yang selalu
digunakan untuk
menghasilkan teknik ikat
celup ialah:
1. Kain sebaiknya kain kapas
yang telah dibersih dan
dikeringkan
2. Tali (tali rafia), benang,
gelang getah
3. Batu, guli, duit syiling, kayu,
biji saga dan sebagainya
4. Warna, dye (jenis remazol,
dylon, primazine)

5. Bekas untuk pewarnaan


(baldi)
6. Sodium silikat (pemati warna)
7. Sarung tangan

Contoh pewarna fabrik (dye)

Proses
1. Bancuh warna dengan sedikit
garam
2. Ikat kain, jahit atau simpul
kain mengikut rekaan
3. Celup kain beberapa kali bagi
mendapatkan kesan yang baik

4. Kain dikeringkan
5. Rendam/sapu dengan
sodium silikat/pemati warna (jika
perlu untuk mengekalkan
warna)
6. Buka ikatan/jahitan atau
simpulan
7. Basuh kain dan keringkan
*Bagi mendapatkan warna yang
beraneka, kain perlu diulang ikat
dan celup dengan warna-warna
lain. Mulakan dengan warna
yang cerah. Kaedah menyapu
warna dengan berus atau
menitis warna juga boleh
digunakan.

warna yang dibancuh dengan air

ikatan mestilah kuat agar warna tidak


menyerap ke dalam ikatan

contoh hasil ikat celup pada kemeja T

contoh beg ikat celup

contoh sarung kaki ikat celup

Anda mungkin juga menyukai