Anda di halaman 1dari 36

Ruang

Kesatuan
Media & Teknik

RACHEL ROBBECCA PIUS

RACHELIANA OTHILIA ROBINSON


RUANG

– PENGGUNAAN UNSUR SENI DAN


PRINSIP REKAAN DALAM HASIL KARYA
DIOLAH UNTUK MENYELESAIKAN ISU
RUANG.
– RUANG IALAH JARAK DI ANTARA
SESUATU OBJEK.
Ruang terdiri daripada :

Ruang ilusi
Berbentuk dua dimensi. Kita tidak dapat merasai kedalaman ruang ilusi
tetapi hanya dapat melihat pada permukaan 180°. Contohnya , ruang ilusi
terdapat pada catan cat air dan fotografi.
Ruang konkrit
Terdapat dalam ruang sebenar. Kita boleh merasai kedalaman ruang
konkrit . Contohnya, ruang dalam bangunan , perabot dan arca. Ruang ini
berbentuk tiga dimensi.
Pengolahan Ruang Dalam Karya
Dimensi
Terdapat tiga cara pengolahan ruang dalam penghasilan karya seni visual berbentuk dua dimensi, iaitu:
1. Ruang rata – jarak antara objek adalah tidak ketara atau rata. Biasanya diwujudkan menggunakan
perbezaan warna. Contohnya, warna panas lebih menonjol ke depan manakala warna sejuk ke
belakang.
2. Ruang cetek – jarak antara objek yang digambarkan adalah berdekatan.
3. Ruang dalam – jarak antara objek yang digambarkan adalah ketara dan berjauhan. Ruang dalam
melibatkan ruang perspektif, iaitu ruang yang menggambarkan jarak antara objek yang berubah dari
segi saiz, ketinggian dan kelebaran mengikut jarak tertentu.
Dzulkifli Buyong Marhanim A Razak
Kapal Kertas Behor Inai
1965 2014
Pastel Atas Kertas Akrilik
RUANG
PERSPEKTIF
 Ruang perspektif ialah teknik gambaran yang bertujuan menunjukkan kesan ilusi tiga dimensi.
 Ruang ini digambarkan di atas permukaan rata atau dua dimensi, ia dapat menghasilkan ruang ilusi.
 Untuk menggambarkan ruang perspektif , kita mestilah mahir dalam pemerhatian terhadap objek di
persekitaran.
 Pengetahuan dan pemahaman terhadap aras mata, titik lenyap dan ruang perspektif adalah sangat
penting untuk menimbulkan ruang yang lebih menarik.
 Apabila menggambarkan ruang perspektif, saiz objek, jarak antara benda serta warna pada objek
akan kelihatan berbeza mengikut jarak.
 Objek yang paling dekat atau paling hampir dengan mata pemerhati, warnanya akan kelihatan
terang dan segar, manakala semakin jauh sesuatu objek dari mata pemerhati, maka warna akan
kelihatan semakin pudar dan saiz objek kelihatan semakin mengecil.
Kedudukan aras mata ialah faktor penting dalam menentukan ruang perspektif.
Aras mata ialah kedudukan mata seseorang apabila melihat sesuatu benda.
Perbezaan aras mata mewujudkan perbezaan sudut pandangan.
Aras mata menentukan kedudukan kaki langit pemisah antara awan dan bumi atau
dua bahagian atas dan bawah.
Jika dicantumkan , garisan perspektif pada sesuatu objek atau persekitaran akan
kelihatan seolah-olah bertemu pada satu titik yang dinamakan titik lenyap.
 terdapat tiga jenis perspektif , iaitu :
a) Perspektif satu titik lenyap
b) Perspektif dua titik lenyap
c) Perspektif tiga titik lenyap
Perspektif satu titik lenyap

Lukisan yang dihasilkan dengan menggunakan garisan


grid yang selari dan bertemu di satu titik lenyap di paras
pandangan aras mata.
Perspektif satu titik lenyap digambarkan dengan kedua-
dua ketinggian dan lebar objek adalah sama dan bertemu
di satu titik lenyap.
Perspektif dua titik lenyap

Perspektif dua titk lenyap ialah


lukisan yang dihasilkan
dengan menggunakan dua
garisan grid yang selari yang
bertemu di dua titik lenyap.
Perspektif dua titik lenyap
menggambarkan dua satah
yang berlainan arah bertemu
pada dua titik lenyap.
Perspektif Tiga Titik Lenyap

Perspektif tiga titik lenyap terhasil apabila objek


dilihat dari pandangan atas aras mata atau bawah
aras mata.
Contoh terbaik apabila membuat lakaran bangunan
dari pandangan atas.
Ruang Maya
 Ruang maya ( virtual ) wujud dalam bentuk ilusi dua dimensi atau ilusi tiga dimensi.
 Ia merupakan ruang khayalan yang diolah menyerupai dunia realiti.
 Ruang maya sering digunakan di dalam simulasi komputer yang digambarkan seolah-olah membentuk
ruang sebenar,
 Ruang maya sering kali memaparkan imej visual yang digabungkan dengan audio. Ia dihasilkan oleh
bantuan teknologi computer.
 Aplikasi ruang maya banyak digunakan dalam simulasi penerbangan dan perubatan. Contohnya,
paparan imej melalui simulasi dalam ruang maya membantu juruterbang atau doktor mengadakan
latihan atau gerak kerja sebelum menjalankan kerja sebenar.
 Ruang maya juga banyak digunakan di dalam media elektronik seperti permainan video, wayang dan
filem. Imej, audio dan multimedia digunakan oleh pengarah grafik untuk memaparkan sesuatu situasi
yang tidak dapat dilakukan dalam dunia realiti penggambaran seperti gambaran manusia
terbang,kehidupan manusia pada zaman futuristic, kewujudan makhluk asing dan kewujudan dinosaur
pada zaman Neolitik.
Kesatuan

– Kesatuan membawa maksud pengolahan karya seni visual yang


mengaplikasikan unsur-unsur seni reka prinsip rekaan yang
bersesuaian dengan idea/imej secara keseluruhan karya tersebut.
– Kesatuan mewujudkan karya yang lebih lengkap,sempurna dan teratur.
– Karya yang mempunyai kesatuan juga boleh menimbulkan suasana
selesa.
– Kesatuan wujud apabila unsur seni dan perekaan diolah secara
bersesuaian di dalam sesebuah karya.
Bahasa seni visual
 Gambar rajah di bawah menunjukkan penggunaan Bahasa seni visual yang digunakan dalam aspek
formalistik sesuatu karya.
 Unsur seni reka ialah garisan , rupa , bentuk , warna , dan jalinan. Unsur seni merupakan asas bagi
pembentukan sesebuah karya. Unsur seni digunakan secara bersesuaian dalam sesebuah karya dan
diorganisasikan dengan menggunakan prinsip rekaan.
 Prinsip rekaan ialah satu proses pengorganisasian bagi mewujudkan harmoni dan kepelbagaian.
Harmoni diwujudkan menerusi perulangan atau irama manakala kepelbagaian dibentuk menerusi faktor
yang berbeza. Prinsip rekaan yang membentuk harmoni dan kepelbagaian ialah keseimbangan , kadar
banding, penegasan, pergerakan dan ekonomi.
 Penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan dalam hasil karya diolah untuk menyelesaikan isu ruang.
 Penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan yang diolah secara bersesuaian dalam sesebuah karya akan
mewujudkan kesatuan.
Media dan Teknik
Media
1) Media ialah bahan perantara antara pengkarya dan hasil
seni.
2) Media merujuk kepada bahan yang digunakan untuk
penghasilan karya. Contohnya, bagi arca yang diperbuat
daripada besi. Besi tersebut berperanan sebagai media
bagi penghasilan arca tersebut.
3) Media terdiri daripada media konvensional dan media
baharu.
Media konvensional

i. Media konvensional bermaksud bahantara yang


menjadi kebiasaan pada pengkarya.
ii. Media konvensional digunakan sejak dahulu atau
secara tradisi. Contoh media konvensional bagi
anyaman tikar ialah daun mengkuang dan daun
pandan minyak manakala media konvensional bagi
catan ialah cat minyak atau cat air.
Media baharu
1. Media baharu dalam penghasilan karya merujuk kepada media
alternative bagi media yang biasa digunakan oleh pengkarya.
2. Media baharu merujuk kepada bahan yang baru diguna pakai dan
berbeza daripada media tradisi.
3. Contoh media baharu ialah penghasilan catan dengan menggunakan
aplikasi media grafik computer, seperti menggunakan perisian
Adope Photoshop dan Corel Draw dan dicetak menggunakan media
pencetak digital.
4. Contoh media baharu bagi anyaman rotan ialah anyaman
menggunakan bilah plastic.
TEKNIK
 Teknik dalam penghasilan karya seni merujuk kepada
kaedah, gaya dan cara pengolahan dalam proses penghasilan
karya seni visual.
 Teknik digunakan supaya sesuatu karya seni dapat berfungsi
dalam membentuk hal benda dan kandungan sesebuah karya.
 Teknik ialah cara atau kaedah bagi sesuatu perbuatan
penghasilan.
 Terdapat dua cara teknik diaplikasikan dalam penghasilan
sesuatu karya, iaitu teknik konvensional dan teknik baharu.
Teknik konvensional

Kaedah penghasilan karya merujuk kepada


kaedah atau cara yang biasa digunakan dalam
penghasilan karya.
Teknik konvensional telah digunakan sejak
sekian lama dahulu. Contohnya, teknik
penghasilan catan cat minyak ialah teknik
impasto dan teknik glazing.
Teknik baharu
1. Teknik baharu merujuk kepada cara atau kaedah penghasilan yang
baharu dan tidak termasuk teknik penghasilan cara lama atau cara
biasa.
2. Contoh teknik baharu bagi kraf batik ialah menggunakan teknik
cetakan skrin. Teknik cetakan skrin dapat menghasilkan reka corak
yang hampir sama dengan batik canting.
3. Teknik impasto dalam penghasilan catan cat minyak diaplikasikan
teknik yang sama menerusi perisian Photoshop. Teknik ini juga
dapat menghasilkan kesan tampak yang hamper sama.

Anda mungkin juga menyukai