Anda di halaman 1dari 4

Karya diatas merupakan karya yang telah dihasilkan oleh Mohd Hossein Enas.

Beliau menghasilkan karya


ini berdasarkan pengaplikasi asas seni reka. Beliau menggunakan media cat minyak di atas kanvas yang
berukuran 55cm x 45cm dengan menggunakan tema figuratif sebagai subjek utama iaitu figura seorang
gadis. Karya ini merakamkan gambar seorang gadis yang mempunyai raut wajah gadis melayu yang
berambut hitam, bersanggu, bibir yang tebal, beranting-anting, memandang ke arah satu tempat dan
memakai baju kemeja. Dalam karya ini beliau menggunakan pengolahan imitasi dimana pengkarya
melakukan peniruan dari subjek asal secara naturalisme iaitu peniruan imej figura seorang gadis dalam
keadaan sebenarnya. Dalam karya ini pengkarya mempamerkan gaya penampilan realistik iaitu karya
yang menggambarkan sepertimana objek atau situasi asal melibatkan imitasi, peniruan daripada bentuk
asal iaitu gambaran yang sebenar mengenai “gadis melayu” tersebut. Aliran yang dapat dilihat
dalam karya ialah aliran realisme iaitu rakaman semula jadi wajah gadis melayu.

Dalam karya ini, pelukis menggunakan garisan yang lembut untuk menampakkan kelembutan pada
rambut, bulu kening, bulu mata dan bibir gadis. Garisan tebal juga terdapat pada kolar baju kemeja
untuk menampakkan elemen bayang-bayang.Pelukis juga menggunakan unsur jalinan dalam karya iaitu
jalinan tampak oleh sebab karya ini dalam bentuk dua dimensi dapat dilihat tetapi tidak dapat disentuh
dan dikesan keadaan permukaannya dengan deria sentuhan. Jalinan dalam karya ini lebih kepada jalinan
sebenar kerana mengekalkan sifat-sifat daripada jalinan asal pada benda yang ditiru. T erdapat garis
halus yang digunakan oleh Hossein Enas bagi menampakkan rambut gadis tersebut tampak lebat, sihat
dan menimbulkan pergerakan pada rambut gadis didalam karya ini. Didalam karya ini, pengkarya
menggunakan rupa organik iaitu sempadan yang bebas pada waj ah gadis tersebut dan terdapat bentuk
pada hidung, mata dan kolar baju gadis tersebut bagi menampakkan bentuk 3 dimensi pada karya ini.
Warna yang digunakan juga menunjukkan kematangan pada raut wajah gadis tersebut
dan menggambarkan ciri-ciri gadis melayu yang berkulit sawo matang. Penggunaan ton warna yang
bersesuaian dapat menghasilkan kawasan yang terang dan gelap dengan baik,neutral dan semula jadi.
Beliau juga menggunakan warna sekunder iaitu hijau, oren dan ungu yang dicampur halus
dan menimbulkan kesan ruang pada karya dan menampakkan gadis tersebut berada di hadapan dan
dibelakangnya terdapat satu ruang yang boleh ditakrifkan sebagai dinding ataupun pemandangan yang
dikaburkan.

PRINSIP REKAAN :
Penegasan - Penegasan pada warna yang terang di bahagian tertentu. Penegasan warna penang kulit
menunjukkan perbezaan diantara latar belakang dan objek.

Kepelbagaian - Kepelbagaian prinsip rekaan dan unsur seni yang digunakan menimbulkan kepelbagaian
dalam karyanya. Kepelbagaian dari segi garisan, penggunaan warna cerah dan gelap, ruang dalam dan
belakang dan pelbagai lagi. Penggunaan prinsip rekaan seperti penegasan warna, kontra, imbangan
kesatuan.
UNSUR SENI :
- Warna = Penggunaan warna yang perang yang menunjukkan kulit yang sedikit gelap. Sinonim
dengan kulit orang melayu iaitu warna sawo matang. Warna ini juga menunjukkan kematangan
pada si gadis melayu. warna yang melambangkan kematangan ialah seperti warna jingga,
perang pada kulit.
- Rupa = Penggunaan rupa organik pada muka dan hidung gadis melayu serta menimbulkan  rupa
3 dimensi pada wajah dan kolar baju yang dipakainya.
- Bentuk = Bentuk 3 dimensi dalam catan 2 dimensi ditimbulkan melalui pengunnan ton warna.
Menghasilkan bentuk ilusi yang hanya boleh dilihat tetapi tidak dapat disentuh. Bentuk manusia
juga terdapat dalam catan ini iaitu figuratif yang menfokuskan bahagian kepala dan sedikit
dibahagian badan. Menggunakan 1 unit kepala dan 1 unit untuk bahagian badan.

ANALISIS
Hoessein Enas merupakan pengkarya yang banyak menghasilkan karya figuratif yang bersifat realistik
dan bijak dalam menggunakan warna. Warna yang digunakan beliau dalam karya ini menunjukkan
kelembutan pada gadis tersebut walaupun gadis tersebut berpakaian kemeja yang moden pada
zamannya. Manakala mata yang agak besar dan bibir yang sedikit terbuka menimbulkan mood yang
tenang dan selesa. Gabungan elemen - elemen ini menimbulkan perasaan harmoni dengan kesan warna
yang digunakan berjaya diolah dengan begitu baik. Walaupun pada karya tersebut, terdapat
pemberatan ruang kosong disebelah kanan karya, tetapi tidak menampakkan kecacatan pada karya
tersebut. Disamping itu, kelihatan kadar banding warna yang digunakan menampakkan keseimbangan
dan tidak kelihatan bosan kerana terdapat ciri kemodenan pada karya tersebut. Beliau juga
menggunakan cat minyak yang bersifat legap dan menggunakan teknik sapuan berus yang pelbagai lalu
menjadikan karya tersebut kelihatan hidup dan menarik.Dalam karya yang dihasilkan ini, unsur harmoni
jelas dapat dilihat pada penggunaan warna yang dihasilkan. Pengkarya pandai memainkan warna agar
kelihatan bersahaja dan santai. Dari segi penegasan dapat dilihat dari segi warna iaitu di mana terdapat
warna yang agak terang dan ada bahagian tertentu dalam karya ini dapat menimbulkan satu suasana
kontra pada imej figura manusia dan menjadikan karya yang dihasilkan lebih menarik. Dalam karya ini,
Hossein memberikan makna ekspresif iaitu beliau telah melahirkan rasa bangga dan kagum beliau
terhadap identiti gadis - gadis melayu dengan fesyennya pada masa itu dan mengabadikan di dalam
potret agar boleh dilihat dan terus kekal selagi hasil karyanya ini masih ada.

KESAN :
Jika dilihat dengan teliti, karya Hossein Enas ini, teknik yang digunakan begitu teliti sehinggakan
perasaan gadis tersebut dapat dirasai oleh orang lain. Teknik sapuan lembut menghasilkan struktur
warna yang sangat berkesan dan menampakkan keaslian gadis melayu terutama pada bahagian
wajahnya. Gambar potret seorang gadis yang berambut hitam, bersanggul, bibir yang tebal, beranting-
anting memandang ke satu tempat dengan pandangan mata yang galak dan memakai baju kemeja
bukannya sekadar potret kosong tetapi memberi makna yang mendalam dan pandangannya begitu
tajam. Karya Hossein Enas bijak menggunakan teknik sapuan berus dengan baik dan berhasil
menimbulkan pandangan fokus audio kepada wajah gadis tersebut. Riak wajah gadis tersebut juga
menimbulkan pelbagai takrifan yang tersirat dan tersurat. Karya potret ini secara keseluruhannya dapat
dinilai membawa makna seorang “Gadis Melayu” yang menjaga kemelayuannya di dunia serba moden.
Pemakaian kemeja juga merupakan fesyen “Gadis Melayu” pada zaman tersebut. Disini beliau cuba
menimbulkan identiti kebangsaan dengan imej figura rakyat tempatan yang digambarkan secara natural.
Setiap garisan-garisan yang ada pada karya juga disampaikan dengan baik bagi menimbulkan unsur
pergerakan terutama pada wajah gadis tersebut walaupun figuratif tersebut hanya menampakkan
separuh badannya tetapi tidak menampakkan ketidakkakuan dalam potret tersebut. Jelaslah bahawa
karya seni hasil Mohd Hossein Enas bertajuk “gadis melayu”.

KESIMPULAN :
Karya ini merupakan kajian tentang kebudayaan dalam karya itu yang menceritakan tentang
kebudayaan. Pengkaji mendapati bahawa kajian ini meceritakan tentang seorang gadis melayu yang
amat mempersonakan yang hidup dalam serba kemodenan. Walaupun hidup dalam suasana yang lebih
serba moden dan canggih gadis ini tidak melupakan asal usul beliau yang asalnya dari seorang gadis
biasa.

MEDIA : cat minyak atas kanvas Saiz: 55cm X 45cm Karya diatas merupakan karya yang telah dihasilkan
oleh Mohd Hossein Enas. Beliau menghasilkan karya ini berdasarkan pengaplikasi asas seni reka. Beliau
menggunakan media cat minyak di atas kanvas yang berukuran 55cm x 45cm dengan menggunakan
tema figuratif sebagai subjek utama iaitu figura seorang gadis. Karya ini merakamkan gambar seorang
gadis yang mempunyai raut wajah gadis melayu yang berambut hitam, bersanggul, bibir yang tebal,
beranting-anting, memandang ke arah satu tempat dan memakai baju kemeja. Dalam karya ini beliau
menggunakan pengolahan imitasi dimana pengkarya melakukan peniruan dari subjek asal secara
naturalisme iaitu peniruan imej figura seorang gadis dalam keadaan sebenarnya. Dalam karya ini
pengkarya mempamerkan gaya penampilan realistik iaitu karya yang menggambarkan sepertimana
objek atau situasi asal melibatkan imitasi, peniruan daripada bentuk asal iaitu gambaran yang sebenar
mengernai " gadis melayu " tersebut. Aliran yang dapat dilihat dalam karya ialah aliran realisme iaitu
rakaman semulajadi wajah gadis melayu. Dalam karya ini, pelukis menggunakan garisan yang lembut
untuk menampakkan kelembutan pada rambut, bulu kening, bulu mata dan bibir gadis. Garisan tebal
juga terdapat pada kolar baju kemeja untuk menampakkan elemen bayang-bayang. Pelukis juga
menggunakan unsur jalinan dalam karya iaitu jalinan tampak oleh sebab karya ini dalam bentuk dua
dimensi dapat dilihat tetapi tidak dapat disentuh dan dikesan keadaan permukaannya dengan deria
sentuhan. Jalinan dalam karya ini lebih kepada jalinan

Anda mungkin juga menyukai