Anda di halaman 1dari 6

ASRU LAKMAL BIN WALI

BC21110009

TUGASAN ART CRITIQUE (B)

Zaimie Sahibil “ Pollution Series 2

Dalam karya zaimie Sahibil ini yang bertajuk Pollution Series 2 objek yang pertama
saya lihat adalah ikan berwarna merah yang berada di tengah-tengah karya tersebut. Selain
itu, unsur seni dalam karya ini terdapat 6 unsur seni iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan,
ruang, dan warna. Pertama garisan, garisan yang jelas dalam karya ini ialah terdapat
garisan menegak di sebelah kiri dan kanan karya yang menjadi pembahagi antara kiri,
kanan, dan tengah karya dan terdapat juga garisan yang membentuk ikan merah yang
berada di tengah karya. Kedua rupa iaitu rupa ikan yang menjadi bentuk utama di dalam
karya ini. Ketiga jalinan iaitu terdapat bitnik-bintik yang menjadi latar belakang karya dan
jalinan ini adalah jalinan tampak dan jalinan tersebut terjadi kerana adanya pengulangan
dan warna jalinan tersebut berwarna warni dan jalinan tersebut terbentuk menggunakan
spry. Keempat iaitu ruang di mana terdapat ruang yang jelas di dalam karya ini terdapat 3
ruang utama dalam karya ini iaitiu ruang tengah, kanan, dan kiri, selain itu ruang tengah
terdapat ikan merah yang berada di ruang atas karya. Kelima iaitu warna dalam karya ini
mempunyai warna yang harmoni kerana pelbagai warna yang di gunakan seperti merah,
putih, kuning, biru, hitam secara ringkas unsur warna seperti warna sekunder dan tertier
terdapat di dalam karya ini. Kita lihat pula dari sudut prinsip rekaan, terdapat 6 prinsip
rekaan dalam karya ini iaitu harmoni, kontra, penegasan, imbangan, pergerakan, dan
keperlagaian. Pertama harmoni terdapat penggunaan warna yang harmoni dalam karya ini
seperti warna kuning, biru, merah, dan putih iaitu warna merah dan putih di gunakan untuk
mewarna ikan dan warna kuning di gunakan sebagai penegasan di antara bahagian kiri dan
kanan karya, dan warna-warna harmoni yang lain di gunankan sebagai latar belang karya
seperti bitnik-bintik dalam karya tersebut mempunyai pelbagai warna yang harmoni. Kedua
kontra iaitu terlihat sangat jelas penggunaan warna yang kontra diantara latar belakang
berwarna warni dan bahagian kiri dan kanan karya berwarna kuning manakala bahagian
tengah karya menjadi kontra utama dalam karya tersebut. Ketiga penegasan utama dalam
karya ini adalah haiwan laut iaitu ikan merah yang berada di tengah atas karya tersebut.
Keempat imbangan semetri diantara bahagian kiri dan kanan karya lalu ikan tersebut berada
di tengan ini membentuk imbangan yang simetri di dalam karya tersebut. Kelima pergerakan
di mana terlihat pergerakan ikan di dalam karya tersebut iaitu ikan tersebut seperti bergerak
dari kanan kebahagian kiri karya. Keenam kepelbahagian dapat di lihat dari warna yang
pelbagai dan objek yang digunakan oleh pengkarya. Bahan yang di gunakan dalam karya ini
ialah dari sudut warna terdapat penggunaan warna akrilik dan warna spry di mana objek
utama iaitu ikan di warnai menggunakan cat akrilik dan warna kuning yang terdapt di
bahagian kiri dan kanan karya menggunakan cat akrilik juga dan bitnik-bintik yang menjadi
latar belakang karya menggunakan warna spry di sembur menggunakan spry. Dan karya ini
ialah catan media basah. Karya ini adalah karya yang hidup kerana menunjukkan kehidupan
seperti di dalam dasar laut dan gaya seni yang digunakan oleh pengkarya ialah separa
abstrak kerana ikan terlihat dengan jelas sebagai ikan manakalah latar belakang iaitu bitnik-
bintik terlihat seperti lautan yang abstrak.

Analisis secara formal pula iaitu dari segi perbaduan melalui penggulangan iaitu
perpaduan warna yang berulang membentuk jalinan tampak dalam karya ini seperti latar
belakang bitnik-bintik di dalam karya. Keperbagaian dari sudur unsur seni dan prinsip rekaan
sudah di jelaskan di perengan pertama. Dalam karya ini focus mata saya yang utama ialah
objek ikan merah yang terdapat di tengah atas karya dan warna kuning yang berada di
bahagian kiri dan kanan karya.

Tafsiran saya dalam karya ini ialah pertama kita dapat lihat ikan merah sebagai
onjek utama di mana pengkarya ingin menunjukkan karya ini ialah karya dasar laut dan
kedua terdapat warna kuning gelap di bahagian kanan dan kiri karya ini bertujuan untuk
melambangkan tumpahan minyak di lautan pengkarya menggunakan warna kuning gelap
seperti warna minyak pada umumnya. Dalam karya ini pengkarya ingin memperlihatkan
suasana air laut yang tercemar oleh tumpahan minyak di lautan pengkarya menyampaikan
mesej secara lukisan kepada masyarakat pengkarya ingin menyedarkan bahawa lautan kita
sekarang tercemar dan karya ini adalah kempen untuk menjaga kebersihan laut agar
hidupan marin dapat di jaga dan selamat dari pelbagai pencemaran kyususnya tumpahan
minyak. Selain itu, bitnik-bintik dalam karya tersebut menunjukkan dasar laut yang tercemar
oleh sampah-sampah yang di buang oleh manusia kedalam air laut. Oleh itu marilah kita
sama-sama menjaga kebersihan laut kita suapay hidupan dalam laut selamat dari
pencemaran yang berterusan.

Karya Zaimie Sahibil “Pollution Series 2” ini bagi saya sangat berkualiti kerana karya
ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar menjaga kebersihan
lautan. Di samping itu, pengkarya berjaya dalam memberi kesedaran melaui karya ini
kerana karya ini dapat di fahami walupun karya ini separa abstrak akan tetapi mesej yang
ingin di sampaikan oleh pengkarya dapat di fahami.
Artist: Hassan Majin
Title: 2 in 1
Year: 2001 Size: 40cm x 50cm
Di dalam karya Hassan Majin ini objek yang terlihat ialah wajah perempuan yang sedang
marah dan wajah kambing seperti mana tajuk karya ialah dua dalam satu dan saiz karya ini
ialah 40cm x 50cm dan terlihat juga wajah lelaki tua yang berada di sebelah kiri karya
berwarna putih dan merah. Unsur seni yang terdapat dalam karya ini ialah garisan, rupa,
bentuk, jalinan, ruang, dan warna. Pertama garisan yang terdapat dalam karya ini ialah
garisan selari, lurus, dan beralun seperti jangut kambing yang terdapat di tengah-tengah
karya tersebut dan garisan yang membentuk wajah kambing dan wajah perempuan serta
tanduk kambing pada karya tersebut. Kedua rupa dalam karya ini ialah wajah manusia dan
haiwan iaitu wajah perempuan dan wajah kambing serta wajah orang tua. Ketiga jalinan
seperti jalinan tampak pada jangut kambing yang terdapat di tengah-tengah karya. Keempat
ruang yang terdapat dalam karya ini ialah ruang rata pada karya dan ruang kedudukan
objek utama yang berada di sebelah kiri atas karya. Kelima warna dalam sanagt harmoni
kerana penggunaan warna seperti merah, oren, hijau, putih, biru, ungu, kuning, pink dan
hitam, penggunaan warna asas sangat jelas dalam karya ini seperti merah, biru, dan kuning
serta penggunaan warna seperti warna sekunder dan tertier juga ada dalam karya ini. Selain
itu kita lihat pada prinsip seni pula ialah harmoni, kontra, penegasan, imbangan, dan
kepelbagaian. Pertama harmoni dalam karya ini ialah penggunaan warna yang harmoni
pelbagai jenis warna dan Teknik di gunakan oleh pengkarya. Kedua kontra seperti
penggunaan warna yang kontra dalam membezakan wajah manusia dan haiwan dalam
karya ini. Ketiga penegasan dalam karya ini seperti wajah manusia yang sedang marah
terlihat sangat jelas yang berada di bahagian kiri karya. Keembat imbangan yang terdapat
dalam karya ini ialah keseimbangan dari sudut warna kerana penggunaan warna pasan dan
sejuk yang sangat ketara dalam karya ini seperti warna oren dan hijau pada wajah
perempuan yang sedang marah dalam karya ini. Keenam kepelbagaian ialah penggunaan
warna yang pelbagai dan terdapat 3 wajah yang pelbagai seperti wajah haiwan iaitu
kambing, wajah manusiaa pula seperti perempuan yang sedang marah dan wajah orang tua
yang terdapat di bahagian kiri karya. Genre karya ini ialah potret wajah manusia dan haiwan
di mana manusia ialah perempuan yang sedang marah mana kalah haiwan merujuk kepada
kambing. Gaya karya ini ialah lukisan abstrak kerana karya ini tidak begitu jelas dari segi
bentuk.

Analisis secara formal pula ialah perpaduan melalui pengulangan seperti


penggunaan warna yang berulang sangat jelad dalam karya ini di mana pengkarya ingin
mewujudkan suasana yang harmoni dari segi warna. Kepelbagaian melaui kontra seperti
wajah manusia dan haiwan tersebut terlihat sangat jelas dalam karya ini dan bentuk pula
pengkarya mengabungkan bentuk wajah manusia dan haiwan dalam satu bahagian di mana
terlihat wajah perempuan yang sedang marah digabungkan dengan bentuk wajah kambing
akan tetapi lukisan ini sangat abstrak dan kejelasan wajah tidak terlalu menonjol dan yang
tersembunyi wajah orang tua yang berada di bahagian kiri karya. Garisan pula pengkarya
meggunakan garisan untuk membuntuk wajah manusia dan haiwan serta tanjuk kambing
yang terdapat di sebelah kiri dan kanan pada karya tersebut. Dalam karya ini focus mata
saya sangat tertumpu pada bentuk wajah haiwan dan manusia dalam karya ini seperti
wajah kambing yang begitu abstra serta wajah perempuan juga sama sangat abstrak akan
tetapi dapat di bezakan melalui warna yang digunakan dan tanduk, mata serta jangut ini
merujuk pada kambing mana kalah wajah perempuan pada karya dapat di bezakan melalui
hidung, mulut dan bentuk kepada seperti manusia pada karya tersebut.
Tafsiran saya dalam karya ini pengkarya bertujuan untuk menyampaikan seorang
perempuan yang sedang marah atau pun tegas dalam menjaga haiwan ternakan iaitu
kambing hal ini kerana kelihatan wajah perempuan tersebut melaui hidung mulut dan
bentuk wajah dalam karya tersebut dan kambing pula dapat dilihat melaui mata, jangut,
dan tanduk kambing itu sendiri. Selain itu, terlihat juga wajah orng tua di bahagian kiri
karya yang kecil tidak terlalu jelas di sini pengkarya bertujuan untuk membezakan
tanggungjawab perempuan dan lelaki dalam sesebuah pekerjaan di mana wajah perempuan
tersebut sangat besar dan jelas berbanding wajah lelaki tua tersebut merujuk kepada
perempuan sangat penting dalam banyak hal kerana perempuan adalah tulang belakang
negara mahupun dalam sesebuah keluarga pengorbanan Wanita itu sangat besar.

Bagi saya karya ini sangat berkualiti kerana kepelbagaian dalam karya ini sangar unik
dan berharga dari sudut seni pengkarya berani menggunakan Teknik yang sangat abstrak
dalam menghasilkan karya ini. Oleh itu karya ini sangat menarik dan unik bagi saya dan
kualiti karya ini sangat tinggi dalam penggunaan warna dan maksud karya itu sendiri. Selain
itu, pengkarya Berjaya untuk memberi mesej walupun karya ini sangat abstrak akan tetapi
masi boleh di fahami jika diteliti dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai