Anda di halaman 1dari 10

SENI BARAT Eropah pada zaman pertengahan awal atau dikenali juga sebagai zaman gelap (500-1000M) merupakan

satu era yang tidak menampakkan perkembangan tamadun kerana masa itu Eropah mengalami zaman kucar kacir dan pencerobohan (diserang oleh orang gasar dari Asia Tengah), hidup tanpa pelajaran, sistem kerajaan yang tidak teratur, kebuntuan ekonomi dan tiada sistem perbandaran. Kesusasteraan Latin tidak mengalami apa-apa perkembangan. Tiada pembacaan atau penghasilan karya-karya baru. Pada zaman Pertengahan Lanjutan (10001500M) masyarakat Eropah mula bangkit dari zaman kegelapan. Mereka mula menyedari kepincangan mereka dari pelbagai aspek. Pada zaman ini mula berlaku pembaharuan dalam bidang kesenian. Wujud satu seni baru iaitu Gothic dan Romanesque. Gereja dan istana dibina berdasarkan bentuk ini. Corak Gothic ini banyak terdapat di England, Jerman dan Itali dan sedikit di Rom.

Perkembangan kesenian di Eropah menampakkan kemajuannya pada zaman Renaisans/Rennaisanse (Rennaisanse merupakan zaman yang berlaku antara zaman pertengahan dengan zaman moden. Renaisans adalah suatu gerakan intelektual yang berkembang di selatan Eropah iaitu di Itali dari abad ke-14 hingga abad ke-16. Ia juga dianggap sebagai kelahiran semula yang bermaksud bahawa masyarakat Eropah ingin kembali ke zaman kegemilangan Greek dan Rom. Renaisans kemudian berkembang ke utara Eropah iaitu ke negeri-negeri England, Belanda, Jerman dan Perancis ). Pada zaman inilah timbul minat dan kecenderungan baru untuk memulihkan semula bidang kesenian dan ilmu pengetahuan tamadun purba Yunani dan Rom. Pada zaman ini orang Eropah mula menghasilkan kesenian dan kesusasteraan baru. Pada kurun ke-13 Perancis telah menampakkan perkembangan dalam bidang seni bina apabila bangunan-bangunan yang besar-besar yang dibina pada kurun ke11 telah digantikan dengan pembinaan dewan yang indah dan hebat. Begitu juga dengan penghasilan lukisan kaca dan ukiran serambi yang rumit. Gereja yang besar-besar juga dibina seperti di Chartres, Bourges, Rheims dan Amiens.

Penghasilan karya oleh golongan humanis pada zaman Renaisans telah berjaya memulihkan semula kesenian Yunani dan Rom. Seni bina pada zaman pertengahan lebih mementingkan ciri-ciri agama dan kerohanian. Pelukis-pelukis pada awal kurun ke-15 mula melukis dan mengukir mengikut pemikiran mereka secara bebas. Hasil-hasil lukisan mereka adalah berbentuk benda-benda hidup. Tumpuan mereka adalah kepada bentuk badan manusia. Pada zaman Renaisans, bandar Florence menjadi pusat seni bina yang pertama. Pakar seni bina yang pertama di Florence ialah Fillipo Brunelleschi. Beliau berjaya membina bangunan yang mempunyai ciri-ciri zaman Renaisans yang pertama di Rom. Brunelleschi dianggap sebagai pengasas pembinaan bangunan zaman Renaisans. Bangunan tersebut dikenali sebagai Innocent Hospital. Pengukir-pengukir Florence yang mengikut jejak langkah beliau ialah Lorenzo Ghiberti dan Donatello. Pada kurun ke16 Rom telah muncul sebagai pusat kesenian dan pembinaan.

Dalam bidang seni lukis, muncul pelukis-pelukis terkenal seperti Leonardo da Vinci (1452-1519) dengan lukisannya yang sangat terkenal iaitu Mona Lisa. Menerusi karya monalisa yang merupakan karya agung dunia. Banyak kritikan yang dijalankan menerusi kajian yang dilakukan. Ada pelukis dan penulis berpendapat, potret Monalisa tidak mampu disaingi mana-mana potret sehingga kini. Senyuman, lirikan mata dan raut wajahnya menyembunyikan pelbagai perkara yang banyak pengertian.

Karya : Monalisa oleh Leonardo Da Vinci

Demikianlah tingginya pujian diberikan kepada Monalisa yang dihasilkan oleh pelukis Leonardo Da Vinci, pelukis Itali yang hidup dalam kurun ke-15 Masihi. Pelukis Leonardo da Vinci mengambil masa 5 tahun untuk menyiapkan potret tersebut, dari tahun 1500-1504 dengan tujuan untuk merakamkan konsep kejelitaan yang dikongsi oleh masyarakat Itali pada zaman Renaissance. Ada ahli sejarah seni atau art historian menafsir potret itu sebagai usaha Leonardo untuk mengimbas wajah ibu yang dia tidak kenal. Sebagai anak luar nikah Leonardo telah dipisahkan dari ibunya sejak dia kecil lagi.

Semua watak-watak wanita yang dilukisnya mempunyai ciri keayuan ini sebagai tanda betapa rindunya Leonardo kepada ibu kandungnya itu. Ramai pelukis dan penulis mengatakan bahawa senyum Monalisa yang cantik dan menawan, lebih-lebih lagi apabila dipandang dan ditenung lama-lama. Kata mereka senyuman Monalisa bagaikan senyuman orang hidup. Lirik matanya bagaikan hidup dan menawan kalbu. Jika ada orang yang menidakkan kecantikan potret Monalisa, maka dikatakan orang itu buta seni, tidak tahu menilai seni lukis. Demikian pujian yang sering diberikan peminat seni lukis dan penulis terhadap potret Monalisa sejak beratus-ratus tahun lalu. Pujian itu tidak kurang juga diberikan penulis dan pelukis tanah air kita ini. Bahkan ada pelukis dan penulis kita yang menganggap potret Monalisa sebagai karya seni yang agung, bermutu tinggi dan tiada bandingannya. Oleh kerana potret itu begitu terkenal, ada orang mengambil kesempatan mencetak dengan banyak dan acapkali dijual sebagai barang hiasan. Mereka menjadikan potret Monalisa sebagai barang dagangan. Begitu juga oleh kerana begitu taksub dan kagum, ada yang meletakkan potret Monalisa dalam bingkai gambar yang cantik dan mahal untuk dijadikan hiasan dalam rumah, sama ada di dalam bilik tetamu ataupun di bilik tidur. Ada yang sanggup membelinya dengan harga yang mahal walaupun mereka tahu lukisan itu tiruan atau fotokopi, bukan yang asal. Potret Monalisa kini diletakkan di dalam muzium di negara kelahiran pelukisnya sendiri di Itali. Ia dijaga rapi dan diinsurankan pula dengan jutaan ringgit. Oleh sebab itulah harga potret Monalisa kian hari kian tinggi, mungkin mencecah hingga berpuluh-puluh juta ringgit. Beliau juga menghasilkan lukisan lain yang juga terkenal seperti The Madona And The Child, St. John dan Madona and The St. Anne. Di samping melukis potret, beliau juga banyak menghasilkan lukisan pemandangan atau keindahan alam. Beliau telah memperkenalkan tulisan cermin yang masyhur yang mengandungi huruf-huruf songsang.

Karya St John

Karya Madonna and The Child

Karya Madonna and The St Anne

Selain itu terdapat Raphael (1483-1520) dan Michaelangelo (1475-1564). Michaelangelo lebih menumpukan kepada pengkajian keindahan tubuh badan manusia. Ukiran-ukiran beliau bersaiz besar. Antara penghasilan beliau yang terkenal ialah ukiran patung David. Beliau juga telah mengukir patung Nabi Musa, Night, Dawn dan Day . Patung-patung ini menjadi tugu peringatan Medici. Beliau juga telah menghiasi Gereja Sistine dengan lukisan dinding seperti pemandangan yang terdapat dalam kitab Injil. Beliau telah menyiapkan lukisan pada gereja besar St. Peter di Rom ketika berumur 71 tahun. Para pelukis dan pengukir ini telah menyebabkan munculnya era baru dalam bidang lukisan dan seni bina dalam sejarah Eropah.

Ukiran Patung David

Aspek Perbezaan Sejarah

Tamadun Barat mulai membuat gambar pada dinding-dinding gua untuk mencitrakan bahagianbahagian penting dari kehidupan mereka

Tamadun India lukisan dihasilkan untuk golongan pemerintah dan pembesar. lukisan miniatur paling sering dilakukan. lukisan menggambarkan keperibadian pelukisa dan apa yang tergambar di fikiran.

Tamaduan China lukisan dihasilkan untuk tujuan keagamaan berdasarkan beberapa prinsip dan proses alam semesta. corak lukisan lebih kepada gambar pemandangan seperti gunungganang, batubatuan dan salji.

Aliran

aliran lukisan dalam tiga zaman terdiri daripada aliran surealisme, kubisme, realisme, naturalisme dan favisme.

perkembangan lukisan mengikut empayar pemerintahan.

daripada fahaman Daoisme dengan melakukan seni melalui proses alam semesta

aliran lukisan seperti lukisan Mughal, dan Lukisan Pahari, lukisan Rajpur.

Dikembangkan oleh orang Buddha. Pelukis terkenal muncul dalam Dinasti Han.

Motif dan Subjek

motif lukisan berdasarkan situasi sekeliling.

elemen-elemen yang dilukis untuk mewakili alam semesta seperti gunung tinggi yang dipenuhi

motif asal biasanya banyak berkaitan dengan figura manusia dan berkaitan dengan pengaruh

Biasanya seperti burung, pokok,haiwan, dan

potret pembesar, serta apa sahaja yang terlintas di fikiran

pokok-pokok , bukit-bukit dan air terjun, pokokpokok kecil yang rimbun ,air sungai dan tasik

keagamaan. amat mengagungkan manusia dalam seni

Penggunaan Alatan

Penggunaan alat agak meluas. Merangkumi semua alatan dalam media kering seperti pen, krayon, arang, dan pensel.

masyarakat awal lebih selesa menggunakan mata pena dan pen daripada buluh.

lukisan menggunakan berus sepenuhnya.

berus buluh dicelup kedalam dakwat cina yang cair untuk melukis

lukisan dilakar dengan menggunakan batu atau kapur terlebih dahulu.

penggunaan berus, diperbuat daripada bulu ekor tupai.

Media

Lukisan dibuat di atas kertas atau kanvas.

lukisan dilukis atas kertas dan biasanya menggunakan kedua-dua belah kertas kerana kekurangan kertas.

Lukisan dilukis pada kain sutera, tembikar dan sampang

Selain pada dinding dan lantai, gereja sebagai mural.

Makna Lukisan

Lukisan berbeza mengikut aliran. Ianya bersifat luahan dan

makna dan ekspresi lukisan tidak ditonjolkan melalui ekspresi

penelitian dilakukan dalam lukisan. Setiap maksud

ekspresionisme

pada wajah subjek. Tapi penceritaan adalah melalui pergerakan dan aksi subjek dalam lukisan

digambarkan dengan jelas melalui lukisan yang dilukis. lukisan juga berkaitan dengan cerita-cerita metos atau tentang dewadewa.

Perkembangan

lukisan pada awalnya, hanya untuk golongan pembesar.

lukisan pada awalnya, hanya untuk golongan pembesar.

Seni lukis yang mula-mula sekali dihasilkan adalah dari orang-orang Buddha yang kemudian berkembang ke arah keduniaan.

pelukis dijemput untuk melukis potre pembesar.

pelukis dijemput untuk melukis potre pembesar.

kemudian berkembang bila muncul sekolahsekolah yang mengajar lukisan.

kemudian berkembang bila muncul sekolahsekolah yang mengajar lukisan

Anda mungkin juga menyukai