Anda di halaman 1dari 10

MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS

Disediakan oleh: Muhammad Syahir Bin Mohd Adnan Muhammad Izzat Afif Bin Hasim Nor Atiqah Binti Amiruddin Wan Noryazmeen Binti Nordin

MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS


Berasaskan 4 premis asas teori sosial Adler : Manusia adalah makhluk sosial dan motivasi asas mereka ialah ingin dimiliki / menjadi ahli sesuatu kelompok Kesemua tingkah laku adalah bersebab manusia adalah organisma yang berupaya membuat keputusan Realiti dipersepsikan oleh manusia.

Fokus utama Dreikurs mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik

Menurut beliau, masalah tingkah laku dalam bilik darjah terdorong oleh motif-motif murid seperti : inginkan perhatian menggunakan kuasa membalas dendam memaparkan kekurangan

INGINKAN PERHATIAN
Motif :- sengaja membangkitkan kemarahan guru Teknik yang disyorkan : minimumkan taraf perhatian Alihkan perhatian murid berkenaan Ubah kedudukan murid yang berkenaan

MENGGUNAKAN KUASA
Motif :- Pergelutan kuasa antara guru dan murid yang ditunjukkan melalui sifat seperti enggan bermula atau menyempurnakan tugas
Teknik yang disyorkan : Cuba kekalkan persekitaran pembelajaran yang positif Bertenang dan tangani masalah dengan menunjukkan sifat prihatin

MEMBALAS DENDAM
Motif :- murid terasa tidak diberikan layanan yang adil yang ditunjukkan melalui cara seperti mencuri, berlawan dan sebagainya.

Teknik yang disyorkan : Cuba kekalkan persekitaran pembelajaran yang positif Bertenang dan tangani masalah dengan menunjukkan sifat prihatin

MENUNJUKKAN KEKURANGAN
Motif :- tindakan yang terakhir apabila gagal mencapai ketiga-tiga motif di atas Teknik yang disyorkan : Ubahsuai kaedah mengajar Gunakan bahan pembelajaran berbentuk maujud atau berbantukan komputer Mengajar satu kemahiran sahaja pada satu masa

APLIKASI MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS DALAM BILIK DARJAH


Lantaran itu, Dreikurs mencadangkan supaya guru menggunakan akibat logikal bertujuan membetulkan tingkah laku bermasalah Prinsipnya bahawa murid harus diberikan pilihan untuk membetulkan tingkah lakunya serta tidak dipaksakan

SITUASI YANG DIPERIHALKAN OLEH, DREIKURS UNTUK MENUNJUKKAN APLIKASI AKIBAT LOGIKAL
Situasi 1 : Seorang murid menolak rakan sambil mereka bersama-sama turun tangga Tindakan guru : berikan murid yang berkenaan pilihan SAMA ADA tidak lagi menolak rakan pada masa depan ATAU tunggu sehingga semua orang sudah turun, barulah sampai kepada giliran dia

PENILAIAN TERHADAP MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS


Kekuatan : memupuk autonomi di mana murid bertanggungjawab atas tindakan dan pilihan mereka Kekurangan : agak sukar untuk guru permulaan mengenal pasti serta memahami motif murid-murid melakukan salah laku

Anda mungkin juga menyukai