Anda di halaman 1dari 18

o PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

Kursus ini merupakan lanjutan kursus KPD3016. Bagi Semester KHAS 2013/2014
kursus ini adalah untuk pelajar Kohort 2, Kohort 4 dan pelajar mengulang (mendapat
C- dan ke bawah) di semua pusat pembelajaran.
Kursus ini bertujuan mengukuhkan lagi kemahiran pelajar merancang dan
melaksanakan pengajaran melalui pembentangan mikro- dan makropengajaran
dalam aspek utama pengajaran berikut:
(a) menyatakan hasil pembelajaran,
(b) memilih dan merancang bahan dan urutan pengajaran,
(c) memilih dan melaksana kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai,
(d) menyedia dan mengguna media dan teknologi pengajaran yang sesuai, dan (e)
menyedia, memilih dan mengguna alat dan kaedah penaksiran yang sesuai untuk
menilai hasil pembelajaran.

HASIL PEMBELAJARAN:
1. Menjelaskan pelan pengajaran, penggunaan teknologi dan
pentaksiran (K6).
2. Menyusun atur perlakuan selaras dengan pelan pengajaran,
penggunaan teknologi dan penaksiran yang dirancang (P3)
3. Mempertahankan pelan pengajaran, penggunaan teknologi
dan pentaksiran yang dirancang. (A3)
4. Berkebolehan mengenalpasti masalah dalam pelan
pengajaran, penggunaan teknologi dan penaksiran, serta
mencari penyelesaian alternatif (KBKM)
Pensyarah-pensyarah yang mengendalikan kursus ini adalah:
Dr. Azidah bt. Abu Ziden (azidah@usm.my ) [Penyelaras Kursus]
Kota Kinabalu
Dr. Amelia bt. Abdullah (amelia@usm.my ) - Pulau Pinang
Dr. Fadzilah Amzah (fadzilahamzah@usm.my) - Kota Bharu
Dr. Ahmad Zamri Khairani (ahmadzamri@usm.my) - Kuching
~ Sekiranya anda mempunyai masalah tentang tugasan dan sebagainya sila rujuk
kepada pensyarah yang betul sebagaimana tertera di atas.

SILA RUJUK PADA SETIAP TOPIK DI BAWAH UNTUK MENDAPATKAN MODUL
BAGI TOPIK BERKENAAN.
PERJUMPAAN BERSEMUKA BAGI SEMESTER KHAS ADALAH PADA
6/7/2013 DAN 27/7/2013 DI SEMUA PUSAT PEMBELAJARAN

o
Bahan-bahan am untuk kursus KPD3026 boleh anda dapatkan di sini. Untuk bahan-bahan
spesifik untuk topik-topik pada setiap minggu, sila rujuk di bawah topik-topik yang berkenaan.
o MODUL KPD3026File
Muka Depan, Penulis Modul dan Isi Kandungan Modul
o News forum
--->> Sila rujuk di sini dari masa ke semasa untuk PENGUMUMAN dan BERITA-BERITA
TERKINI kursus KPD3026

o RANCANGAN PENGAJARAN SEMESTER KHAS 2013/2014File
Sila rujuk rancangan pengajaran ini untuk mengetahui secara khusus rancangan pengajaran bagi
KPD3026 dan penerangan tentang tugasan-tugasan yang perlu dilakukan pada semester khas
ini.
o

TOPIK 1
Unit Pengajaran Dan Rancangan Pengajaran Harian
Unit ini menghuraikan maksud Unit Pengajaran dan Rancangan Mengajar Harian dan
bagaimana menulisnya dengan mengambil kira beberapa teori pembelajaran supaya dapat
menghasilkan satu perancangan mengajar yang baik.
o
o MODUL TOPIK 1File
TOPIK 1 - UNIT PENGAJARAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN
o POWERPOINT TOPIK 1File
o Nota Tambahan Topik 1File
o This week

TOPIK 2
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Unit ini menghuraikan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah dengan menunjukkan langkah
demi langkah pelaksanaannya bagi membolehkan anda melaksanakannya di bilikdarjah. PBM
didasari Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Pembelajaran Inkuiri.
o MODUL KPD3026URL
Modul Topik 2
o
Rujuk di bawah untuk bahan Pembelajaran untuk minggu ini
o Tugasan 1: RANCANGAN PENGAJARAN HARIANAssignment
>> TUGASAN INI PERLU ANDA SIAPKAN DARI 19/6/2013 HINGGA 10/7/2013<<
Nyatakan dengan ringkas, apa itu Rancangan Pengajaran Harian dan 5 perkara yang perlu
ada dalam RPH dalam bentuk point ringkas. Untuk penghantaran tugasan sila klik
'Tugasan 1' dan add submission. Isi kotak submission dan 'save changes'. Ini adalah
tugasan atas talian (online) dan perlu dilakukan di sini.
o Topik 2File
POWERPOINT UNTUK TOPIK 2 YANG BOLEH ANDA MUAT TURUN.
o FORUM TOPIK 2
Sila bincangkan untuk situasi apakah Pembelajaran Berasaskan Masalah sesuai digunakan.
o

TOPIK 3
Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Unit ini membincangkan prinsip-prinsip komunikasi visual dalam memilih elemen-elemen yang
sesuai untuk reka bentuk pengajaran yang berkesan. Turut dibincangkan ialah kelas-kelas media
serta kelebihannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Unit ini juga membincangkan konsep
dan definisi teknologi dan media serta kepentingan media dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia juga menjelaskan kepentingan komunikasi visual dalam menyediakan bahan
bantu mengajar, membincangkan Model ASSURE dan pemilihan media pengajaran.
o MODUL TOPIK 3URL
Sila klik link yang diberikan untuk memuat turun modul bagi topik ini
o Topik 3File
Powerpoint Unit 3
o KUIZ 1Quiz
KUIZ INI DIBUKA PADA 22/6/2013 hingga 12/7/2013. Kuiz ini adalah berkaitan dengan topik 1
dan topik 2 (Rancangan Pengajaran Harian dan Pengajaran Berasaskan Masalah) - sila baca
modul. Anda mempunyai masa 20 minit untuk menjawab 7 soalan. Anda mempunyai 2
percubaan untuk menjawab kuiz ini, walaubagaimanapun sekiranya anda mencuba sebanyak 2
kali, markah yang diberikan adalah markah purata bagi kedua-dua percubaan tersebut.
o

TOPIK 4
Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Unit ini membincangkan maksud teknologi maklumat dan komunikasi, peranannya dalam
pendidikan dan kemahiran-kemahiran yang perlu untuk mengintegrasi teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
o MODUL TOPIK 4URL
Sila klik link di atas untuk memuat turun modul bagi topik ini.
o Topik 4File
Powerpoint Topik 4
o

TOPIK 5
Pembelajaran Berasaskan Projek
Unit ini membincangkan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek yang menunjukkan banyak
persamaan dengan Pembelajaran Berasaskan Masalah. Contoh khusus ditunjukkan supaya
anda dapat mengaplikasinya dalam pengajaran di bilik darjah anda.
Berikut merupakan idea-idea yang dikemukakan oleh pelajar-pelajar lepas tentang
bagaimanakah pembelajaran berasaskan projek ini boleh digunakan dalam kelas masing-
masing.
Pelajar 1
Pelajar 2
Pelajar 3




o Topik 5File
Powerpoint Topik 5
o MODUL TOPIK 5File
Sila klik untuk memuat turun modul bagi topik ini.
o

TOPIK 6

Pembelajaran Berasaskan Kes
Unit ini mendedahkan kaedah Pembelajaran Berasaskan Kes yang jarang digunakan di sekolah.
Pembelajaran Berasaskan Kes juga merupakan salah satu kaedah yang menyokong Teori
Pembelajaran Konstruktivisme yang mementingkan penglibatan aktif pelajar.
Persamaan dan perbezaaan antara ketiga-tiga kaedah pembelajaran Unit 2, 3, dan 4 dihuraikan
dalam unit ini.
o Topik 6File
Powerpoint Topik 6
o CONTOH POWERPOINT INTERAKTIFFile
Ini adalah contoh powerpoint interaktif sebagai rujukan untuk tugasan individu.
o MODUL TOPIK 6URL
Sila klik link di atas untuk memuat turun modul bagi topik 6
o

TOPIK 7
Pembelajaran Kooperatif: Pendekatan Berstruktur
Unit ini menghuraikan Pembelajaran Kooperatif melalui pendekatan berstruktur. Prinsip utama
pendekatan berstruktur dan beberapa struktur Kagan dihuraikan termasuklah Numbered Heads
Together, RoundRobin, RoundTable, Think-Pair-Share, Three Step Interview, dan Corners.
o Topik 7File
Powerpoint Unit 7
o MODUL TOPIK 7File
Sila klik link untuk memuat turun fail modul bagi topik 7
o

TOPIK 8
Pembelajaran Kooperatif: Pendekatan Kurikulum
Unit ini menghuraikan Pembelajaran Kooperatif melalui pendekatan kurikulum. Pendekatan
kurikulum yang dihuraikan termasuklah Bahagian Pencapaian Pasukan Murid atau Student
Teams Achievement Divisions (STAD), Pertandingan-Permainan-Pasukan atau Teams-
Games- Tournaments (TGT), dan Jigsaw.
o MODUL TOPIK 8File
Sila klik untuk memuat turun fail modul bagi Topik 8
o Topik 8File
Powerpoint Topik 8
o

TOPIK 9
Teknik Merangsang Dan Membina Kemahiran Analitikal Dan Kreatif
Unit ini membincangkan beberapa teori pemikiran serta teknik merangsang dan membina
kemahiran analitikal dan kreatif. Beberapa teknik yang dihuraikan termasuklah Peta Minda,
Pengurusan Grafik, Peta Konsep, Analogi, Pemikiran Lateral, dan Kecerdasan Pelbagai.
o MODUL TOPIK 9URL
Sila klik link di atas untuk memuat turun modul bagi topik 9
o TOPIK 9File
Powerpoint Topik 7
o KUIZ 2Quiz
KUIZ INI DIBUKA PADA 20/7/2013 hingga 10/8/2013. Kuiz ini adalah berkaitan dengan topik 3
(Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran) - sila baca modul.
Anda mempunyai masa 20 minit untuk menjawab soalan. Anda mempunyai 2 percubaan untuk
menjawab kuiz ini, Markah yang akan diberikan adalah amrkah tertinggi dari kedua2 percubaan
o

TOPIK 10
Kajian Tindakan
Unit ini membincangkan teori-teori dan kaedah bagi menjalankan kajian tindakan dalam
pendidikan. Secara spesifik, pelajar akan didedahkan dengan asas teori kajian tindakan, prinsip,
prosedur dan proses kajian tindakan, perlaksanaan kajian tindakan serta menulis laporan kajian.
o MODUL KAJIAN TINDAKANFile
Sila Muat turun fail modul Kajian TIndakan di sini.






Topik 2 ( Unit 2)
TUGASAN INI PERLU ANDA SIAPKAN DARI 19/6/2013 HINGGA 10/7/2013<<
Nyatakan dengan ringkas, apa itu Rancangan Pengajaran Harian dan 5 perkara yang perlu
ada dalam RPH dalam bentuk point ringkas. Untuk penghantaran tugasan sila klik
'Tugasan 1' dan add submission. Isi kotak submission dan 'save changes'. Ini adalah
tugasan atas talian (online) dan perlu dilakukan di sini.
Available from: Wednesday, 19 June 2013, 09:25 AM
Due date: Wednesday, 10 July 2013, 11:25 PM
You have not submitted anything yet
Add submission


















P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 122
UNIT 8
PENGGUNAAN TEKNOLOGI DAN MEDIA DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN 1
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menjelaskan konsep dan definisi teknologi dan media.
2. Menjelaskan kepentingan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. Menjelaskan pemilihan media instruksional berlandaskan Model ASSURE.
PENGENALAN
Teknologi pendidikan tidak dapat dipisahkan daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Kenyataan ini adalah merujuk kepada teknologi yang membawa pengertian iaitu pertama
teknologi sebagai produk yang berguna membantu guru mengajar dan membantu murid belajar
dengan lebih berkesan. Kedua, teknologi sebagai proses yang juga membantu guru merancang
pengajaran dan pembelajaran secara sistematik supaya murid mendapat urutan maklumat yang
tersusun bagi memudahkan pemahaman mereka. Melihat kepada senario ini, teknologi amat
berpengaruh dalam pendidikan. Guru pada masa ini seharusnya responsif kepada persekitaran
teknologi baru yang banyak mempengaruhi kehidupan murid dan guru sendiri. Guru harus
menggunakan kekuatan teknologi baru, teknologi digital atau media baru untuk kepentingan
pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada faktor menghurai serta mempermudahkan isi kandungan mata pelajaran untuk
disampaikan kepada murid, sokongan media dan teknologi pengajaran-pembelajaran merupakan
komponen penting yang mempengaruhi pembelajaran murid. Perkembangan teknologi dan dunia
pendidikan yang pesat pada masa kini tidak lagi meletakkan guru dan buku teks sebagai sumber ilmu
pengetahuan. Pengajaran guru akan lebih berkesan kepada murid sekiranya guru dapat menguasai
dan mempunyai kemahiran menggunakan teknologi serta menguasai pengetahuan terkini tentang
bagaimana manusia belajar yang disokong dengan media.

TP e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 123
ISI KANDUNGAN
Apa itu teknologi?
ering kali perkataan teknologi diertikan sebagai alat atau mesin seperti komputer, pemain
CD/VCD/DVD, radio atau set TV. Pengertian ini membawa maksud teknologi sebagai produk.
Seperkara lagi tentang pengertian teknologi adalah teknologi sebagai proses. Pengertian ini
merujuk kepada aktiviti pembelajaran bagi memenuhi objektif pembelajaran seperti pembelajaran
koperatif, simulasi dan tutorial.
Apa itu teknologi instruksional?
Secara umumnya, teknologi instruksional merupakan satu bidang yang berusaha ke arah
meningkatkan kualiti dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pada peringkat
awal, teknologi instruksional memberi tumpuan kepada penggunaan bahan pandang seperti
gambar, model, bahan sebenar, kemudian bertukar kepada bahan pandang-dengar. Selepas daripada
ini, teknologi instruksional mula diguna pakai dengan berbagai definisi. Finn (1960), misalnya,
mempunyai pandangan bahawa Instructional technology should be viewed as a way of looking at
instructional problems and examining feasibility solutions to those problems.Tickton, 1970 dalam
Yusup (2005), mendefinisikan teknologi instruksional sebagai (1) alat atau bahanmedia hasil daripada
revolusi komunikasi, dan (2) satu proses sistematik mereka bentuk, melaksana dan menilai seluruh
proses pembelajaran dan pengajaran mengikut objektif spesifik, berpandukankajian terhadap
pembelajaran manusia dan komunikasi dan penggabungan sumber manusia dan bukan manusia bagi
menghasilkan instruksi yang berkesan.Manakala Seels dan Richey (1994), mendefinisikan teknologi
instruksional sebagai teori dan amalandalam reka bentuk, pengembangan, penggunaan, pengurusan
dan penilaian proses dan sumber untukpembelajaran. Selepas membaca maklumat di atas, apakah
persepsi anda tentang teknologi? Sulaiman Daud (1991), pernah menyatakan bahawa dalam konteks
pendidikan pada masa kini, proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku tanpa
penglibatan teknologi pendidikan. Bagaimana anda mengaitkan penyataan tersebut dengan
persekitaran pengajaran-pembelajaran di bilik darjah?Apa itu media? medium atau media
bermaksud saluran komunikasi dan sumber maklumat. Maksud asal media ini adalah daripada
perkataan Latin, iaitu di antara atau perantara. Makna tersebut merujuk kepada apa-apa sahaja
perantara yang membawa maklumat antara penyampai (sumber maklumat) dengan penerima. Ini
termasuklah media yang berada di persekitaran pembelajaran kita seperti bahan bercetak,
televisyen, gambar rajah, komputer, video dan guru! Heinich (2005) melihat contoh-contoh tersebut
sebagai media instruksional yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran.


MP e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 124
Sebaliknya Raiser dan Gagne (1983), mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang
memungkinkan maklumat pengajaran berjaya disampaikan kepada murid. Oleh sebab guru, bahan
bercetak atau siaran televisyen mempunyai maklumat untuk dikongsikan dengan murid, maka
komponen ini digolongkan sebagai media.Yusup (1997, 2001), mendefinisikan media sebagai
peralatan dan bahan yang dibina, dirancang dan dilaksanakan untuk tujuan menyampaikan
maklumat dan/atau menghasilkan pembelajaran. Manakala Percival dan Elington (1984),
membahagikan media kepada dua iaitu pelbagai alatan fizikal teknologi pendidikan atau kombinasi
pelbagai media seperti bahan bercetak, audio, video dan pelbagai saluran komunikasi massa seperti
akhbar, radio dan televisyen. Torkelson (1972), telah memberikan penjelasan yang menarik tentang
media. Beliau melihat media dari tiga perspektif, iaitu media mengandungi mesej, misalnya teks
(adunan teks yang membentuk perkataan dan ayat menimbulkan mesej). Kedua ialah bentuk mesej.
Bahagian ini membincangkan bagaimana mesej itu disimpan iaitu mungkin dalam bentuk perkataan
dan/atau lisan, gambar foto ataupun simbol seperti simbol + dalam matematik. Ketiga ialah saluran
mesej yang merupakan peralatan fizikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada murid
seperti set televisyen, set komputer, pemain CD, papan tulis dan lain-lain. Rajah 8.1 di bawah
menunjukkan saluran yang digunakan, misalnya media video menggunakan komputer dan LCD/skrin
sebagai sebagai saluran untuk memaparkan mesej kepada murid.

Rajah 8.1 Saluran mesejHeinich (2005), merumuskan bahawa terdapat enam kategori asas media
dalam pembelajaran dan pengajaran iaitu teks, audio, visual, video, bahan manipilatif dan manusia,
seperti yang digambarkan dalam Rajah 8.2 di bawah. Bahan-bahan dalam bentuk teks mudah
diperolehi melalui buku, poster, dipapan tulis, di skrin komputer dan seumpamanya. Bahan audio
adalah mengenai apa yang boleh kitadengari seperti suara guru, muzik, bunyi mesin, bunyi bising dan
sebagainya. Visual sebenarnya sering digunakan guru untuk meningkatkan kefahaman dan
pembelajaran seperti gambar rajah, lukisan pada papan tulis, gambar foto dan grafik dalam buku-
buku dan juga lukisan kartun. Sementara video merujuk kepada gambar gerak seperti di TV, VCD,
DVD dan animasi. Bahan manipulatif dan objek sebenar pula ialah bahan tiga dimensi yang boleh
disentuh dan dipegang murid. Kategori keenam ialah manusia,

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 125
iaitu guru, murid atau guru pakar kerana manusia saling berinteraksi bagi mempastikan
pembelajaran berlaku.
Rajah 8.2 Enam kategori asas media
Sumber : Sharon E. Smaldino, James D. Russel, Robert Heinich & Michael Molenda (2005),
Instructional technologi and media for learning, 8th ed.
Sekarang bolehkah anda memahami maksud media yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran? Apakah jelas kepada anda enam komponen asas media yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran? Pada fikiran anda, mengapa guru harus
menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah?
Apakah media instruksional?
menurut Heinich (2005), media instruksional ialah media yang membawa atau mengandungi
mesej untuk tujuan pengajaran. Tujuan media instruksional ialah untuk memudahkan
komunikasi guru, merangsang pemikiran, perasaan, perhatian, menarik minat agar berlakunya
pembelajaran oleh murid. Bagi mencapai hasrat tersebut, bertahun-tahun selama ini pengajaran
guru dibantu pelbagai jenis alat pandang-dengar. Sebagai guru yang sentiasa kreatif bagi membantu
murid masing-masing, guru juga harus terbuka untuk mengkaji dan menerima perkembangan
teknologi baru yang menampilkan pelbagai media baru seperti komputer, CD, DVD dan Internet yang
boleh disesuaikan dengan kurikulum masing-masing. Dalam hubungan ini, Yusup (1999, 2005)
menjelaskan bahawa kaedah dan media merupakan dua komponen penting dalam system
instruksional. Menurut Yusup, kaedah menerangkan proses pengajaran manakala media pula
menyokong proses pengajaran tersebut seperti kaedah kuliah yang dibantu dengan bahan
multimedia.
MP e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 126
Rajah 8.3 Saluran media
Rajah 8.3 di atas menjelaskan bahawa guru menyampaikan isi kandungan pengajaran kepada
muridnya yang disalurkan melalui media/medium tertentu. Di dalam media tersebut terkandung
mesej (isi kandungan pengajaran) seperti yang digambarkan melalui Rajah 8.4 di bawah. Reka bentuk
mesej yang ingin disampaikan itu bergantung kepada format media yang bersesuaian iaitu sama ada
media statik atau media bergerak. Guru mungkin menggunakan lebih dari satu media, misalnya
papan tulis bersama bahan multimedia dan Internet. Ianya bergantung kepada kreativiti guru dalam
mempastikan pembelajaran yang bermakna berlaku. Ini bermakna murid belajar dengan bantuan
guru dan media. Rajah 8.4 Kandungan mesej
Nampaknya tugas seorang guru adalah mempastikan pembelajaran yang bermakna berlaku.
Oleh itu, guru merancang pengajaran dan selalunya memikir dan menggunakan pelbagai
media. Berdasarkan rajah dan huraian yang dibincangkan di atas, cuba jelaskan kefahaman anda
tentang media instruksional.
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
Mengapa media instruksional penting?
roses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah sentiasa terbuka kepada suatu
kontinum konkrit-abstrak yang luas. Mengapa terjadi demikian? Cuba kita berada di dalam
sebuah bilik darjah dan sedang memerhatikan seorang guru mengajar. Biasanya, dalam
suasana seumpama itu kita akan melihat guru menyampaikan pengajaran, mungkin secara kuliah,
menggunakan papan tulis, menggunakan buku teks atau helaian nota atau latihan atau mungkin
mengunakan kad manila atau komputer dan skrin dan murid hanya duduk, mendengar dan menulis.
Sesekali mereka akan bertanya atau menjawab soalan guru. Ataupun murid sedang menghitung
PP e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 127
menggunakan biji guli. Atau mungkin murid berada dalam kumpulan kecil sedang melakar peta
minda. Senario tersebut memaklumkan kita bahawa media instruksional digunakan guru bagi
memudahkan murid mengintergasi pengalaman sedia ada mereka dengan pembelajaran konsep-
konsep yang abstrak. Dalam Kon Pengalaman Pembelajaran (Rajah 8.5 dan 8.6 diubahsuai) yang
diperkenalkan Edgar Dale pada tahun 1946, dari perspektif teknologi, pembelajaran bermula dengan
penglibatan murid secara langsung (pengalaman enaktif), kemudian bergerak kepada murid sebagai
pemerhati kepada peristiwa yang sedang berlaku (pengalaman ikonik), bergerak kepada murid
sebagai pemerhati kepada peristiwa yang dipertontonkan melalui suatu media dan terakhir ialah
murid sebagai pemerhati kepada peristiwa yang ditampilkan dalam bentuk simbol-simbol
(pengalaman abstrak). Dale berpendapat murid yang kita ajar akan mudah memahami instruksional
abstrak sekiranya mereka mempunyai pengalaman sebenar yang luas untuk berimaginasi bagi
melihat realiti.
Rajah 8.5 Kon pembelajaran pengalaman Dale dalam konteks media
Rajah 8.6 Kon pengalaman pembelajaran Dale dengan contoh media
P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 128
Secara umum kita boleh rumuskan bahawa kon pengalaman pembelajaran di atas menyatakan
bagaimana penggunaan media instruksional yang berkesan akan dapat mengurangkan masa untuk
murid memahami isi pelajaran di samping dapat menjimatkan masa dan kos pengurusan, misalnya,
pengalaman jual beli di kedai runcit boleh dirakam kamera video dan ditunjukkan kepada murid di
bilik darjah berbanding membawa murid ke kedai runcit sebenar. Jerome Bruner (1966), dalam
Heinich (2005), merumuskan bahawa aktiviti instruksional seharusnya bermula secara langsung
(pengalaman enaktif), kepada pengalaman yang diwakili (pengalaman ikonik) seperti melalui video,
kepada penyataan simbol-simbol (pengalaman abstrak) iaitu seperti menggunakan perkataan atau
sebutan sahaja. Cadangan pembelajaran Bruner ini selari dengan Kon Pengalaman Pembelajaran Dale
yang telah kita bicangkan di atas dan dikatakan sesuai dengan semua tingkat pembelajaran dan tidak
merujuk kepada pembelajaran kanak-kanak sahaja. Adakah anda bersetuju dengan hujah-hujah yang
dipetik daripada pendapat Dale dan Bruner di atas? Cuba bincangkan kelebihan kedua-dua pendapat
tersebut dalam persekitaran pengajaran-pembelajaran anda di sekolah.
Mengapa guru perlu menggunakan media?
Anda mungkin bertanya mengapa guru perlu menggunakan media dalam proses pengajaran
pembelajaran? Untuk membuatnya akan mengambil masa yang banyak. Untuk mencarinya juga
memerlukan masa dan kos. Untuk menggunakan yang sedia ada pula mungkin kurang sesuai dan
kurang tepat dengan isi kandungan. Malah menggunakannya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran juga akan menyebabkan anda tidak cukup masa untuk menghabiskan sukatan. Situasi
di atas merupakan dilema dalam kalangan sesetengah guru. Kalau begitu mengajar sajalah asal
kehendak sukatan pelajaran telah dipenuhi. Tetapi sejauh mana pembelajaran bermakna berlaku?
Rajah 8.7 Guna media?
Guru menggunakan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan instruksi
dan pembelajaran yang berkesan. Bagaimana perkara ini berlaku? Mari kita bincangkan persoalan ini.

AP e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 129
Mesej menjadi lebih jelas Ramai guru cepat rasa berpuas hati setelah menyampaikan pengajaran-
pembelajaran secara lisan. Ramai guru juga lupa bahawa tidak semua murid mempunyai
perbendaharaan kata yang sama dengan guru serta mampu memahami semua penyampaian guru
secara lisan. Inilah masalah komunikasi yang c uba dipadamkan oleh ramai guru dengan alasan-
alasan yang tersendiri. Guru yang prihatin akan menyediakan media tertentu, mungkin dalam bentuk
gambar, video, animasi, bunyi atau gambar rajah, bagi menjelaskan maksud yang disampaikan
kepada murid. Dengan berbuat demikian, murid lebih mudah dapat menangkap maksud isi
kandungan yang menjadikan pembelajaran bermakna. Menyelaraskan pengalaman dengan
imaginasi/persepsi Kurikulum standard yang disediakan dan disampaikan oleh guru kepada murid
belum tentu mendapat penerimaan yang selaras dalam kalangan murid. Guru faham bahawa di
hadapan mereka di dalam bilik darjah adalah murid yang mempunyai berbagai kecerdasan, latar
belakang, jantina, ras dan standard kehidupan. Sudah tentulah murid ini mempunyai pengalaman
kehidupan yang berbagai yang juga akan membawa kepada imaginasi dan persepsi yang berbeda
dengan maksud kurikulum. Kesulitan ini boleh diselaraskan oleh guru dengan bantuan pelbagai
media instruksional.
Mengatasi batasan waktu, ruang dan pancaindera
Dengan menggunakan media instruksional, suasana/kejadian masa lalu atau sesuatu yang berbentuk
futuristik boleh ditampilkan dalam bentuk filem atau gambar foto atau contoh spesimen. Sesuatu
proses yang panjang juga boleh ditunjukkan kepada murid secara keseluruhannya dalam masa yang
pendek, misalnya kejadian manusia yang mengambil masa 9 bulan 10 hari hanya ditayangkan dalam
tempoh dua jam tiga puluh minit (rujuk In the worm menerusi saluran National Geographic) yang
berguna untuk subjek biologi. Kemajuan peralatan teknologi telah membolehkan filem yang laju
diperlahankan dan begitu sebaliknya bagi membolehkan murid memerhati sesuatu dengan lebih
jelas. Serangga yang kecil boleh dibesarkan atau sebaliknya oleh kekuatan kamera. Konsep-konsep
seperti besar-kecil, tinggi-rendah, luas-sempit serta objek-objek yang kompleks dalam badan
manusia umpamanya boleh ditunjukkan kepada murid menggunakan gambar foto ataupun model.
Media instruksional memenuhi cara manusia belajar yang menggunakan semua pancaindera mereka.
Menyokong kepelbagaian Dengan memahami enam kategori asas media instruksional, seseorang
guru boleh mempelbagaikan penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mengikut kesesuaian isi kandungan, persekitaran pembelajaran yang mengizinkan serta peralatan
teknologi yang sedia untuk digunakan oleh guru kerana ada juga kedapatan alat-alat yang ada tetapi
rosak.
Memperkembangkan intelektual murid
Penggunaan media dalam proses pengajaran-pembelajaran boleh menyumbang kepada
memudahkan pengembangan intelektual murid kerana proses pemahaman mereka menjadi lebih
cepat, tepat dan tersedia pula suatu pengalaman baru yang belum dilalui sebelum ini. Misalnya,
video mencari makan oleh ikan-ikan besar di dasar laut bukan sahaja memperlihatkan murid jenis-
jenis ikan tetapi juga hidupan laut yang lain serta persekitaran yang menarik.
P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 130
Sekarang anda telah memahami apakah yang dibincangkan dalam media instruksional. Cuba
anda rumuskan perbincangan di atas dalam bentuk peta minda. Kemudian nyatakan
kelebihan menggunakan media dalam proses instruksional.
Reka bentuk instruksional
Sekiranya anda ingin menggunakan media dan teknologi instruksional dengan berkesan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, anda perlulah merancang penggunaannya dengan teliti.
Menurut Dick dan Reiser (1989), pengajaran yang berkesan akan membolehkan murid
memperolehi ilmu pengetahuan dan/atau kemahiran dan/atau perubahan sikap yang dijanjikan oleh
objektif pengajaran. Ini bersesuaian dengan pengertian pembelajaran oleh Heinich (2005), iaitu
pembinaan ilmu pengetahuan, kemahiran atau sikap baru setelah berlakunya interaksi dan/atau
komunikasi dengan maklumat dan persekitaran pembelajaran (yang dirujuk sebagai media
instruksional dan teknologi). Selagi seseorang individu itu hidup, pembelajaran tidak pernah
berhenti. Bagaimanapun, hanya pembelajaran yang merupakan tindak balas kepada reka bentuk
instruksional yang diperbincangkan di sini.
Pembelajaran berkait rapat dengan pemilihan, perancangan dan penyampaian maklumat secara
bersistematik dalam suatu persekitaran pembelajaran dan kesesuaian cara bagi murid berinteraksi
dengan maklumat yang disampai guru. Duffy dan Jonassen (1991), merumuskan bahawa reka bentuk
instruksional adalah andaian yang dibuat oleh guru tentang murid dan proses pembelajaran
muridnya, tentang pembinaan bahan pengajaran yang relavan dan tentang pemilihan pendekatan
untuk menyampaikan maklumat melalui bahan yang dihasilkan. Menurut pembahagian Gustafson,
1997 dalam Yusup (2005), Model pembelajaran secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga
tumpuan, iaitu tumpuan bilik darjah, sistem dan produk. Model ASSURE merupakan model tumpuan
bilik darjah yang menjadi panduan utama kepada guru bagi menyediakan perancangan instruksional
persekitaran bilik darjah yang memberi penekanan kepada pengunaan teknologi dan media
instruksional (Heinich,2005). Model ASSURE dari perspektif penggunaan teknologi dan media adalah
merujuk kepada 6 langkah proses instruksional yang digambarkan melalui Rajah 8.8 di bawah;
P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 131
Rajah 8.8 Model ASSURE
diubahsuai daripada Yusup (2005)
Huraian setiap langkah utama dalam Model ASSURE adalah seperti berikut:
Analisis murid (Analyse learner)
Sesuatu media yang hendak digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah
bersesuaian dengan ciri-ciri murid, isi kandungan, metod, media dan bahan pembelajaran. Langkah
pertama dalam Model ASSURE adalah menganalisis murid iaitu pelanggan anda di bilik darjah. Adalah
mustahil untuk anda menganalisis semua murid di dalam kelas yang ramai! Bagaimanapun, anda
boleh memberi tumpuan kepada tiga ciri kritikal berikut:
1. Ciri-ciri umum perwatakan murid
Hasil daripada analisis ciri-ciri umum perwatakan murid, guru boleh menemui metod dan media
yang bersesuaian untuk membantu instruksi berkesan. Murid yang lemah dalam bacaan
mungkin boleh disampaikan isi pelajaran dengan menggunakan media instruksi bukan cetak.
Begitu juga sekiranya murid terdiri daripada berbagai ras dan budaya, maka penggunaan video
lebih sesuai. Demikian juga sekiranya guru ingin menyampaikan sesuatu konsep baru buat
pertama kalinya, maka guru perlu menyampaikan secara terus, menyediakan pengalaman yang
konkrit seperti yang dibincangkan melalui Kon Pengalaman Pembelajaran Dale yang
dibincangkan sebelum ini.
2. Kompetensi khusus peringkat awal
Sering kali apabila menyediakan sesebuah reka bentuk instruksi, guru akan membuat andaian
bahawa murid yang akan menerima ilmu pengetahuan atau kemahiran berkenaan adalah lemah
dalam bidang berkenaan. Andaian sedemikian mungkin betul dan mungkin juga salah kerana
adalah biasa bagi guru mempunyai murid yang bercampur-campur kepayaan mereka di dalam
ssebuah kelas. Walau bagaimanapun, guru sedar bahawa pengetahuan sedia ada murid adalah
P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 132
penting dan mempengaruhi tentang bagaimana dan apa mereka boleh belajar berbanding
dengan trait-trait psikologi, Dick, Carey dan Carey (2001). Bagaimanapun, sekiranya analisis
mendapati murid-murid telah menguasai kemahiran dan pengetahuan berkenaan, maka guru
boleh menukar metod kepada pembelajaran yang memberi penekanan individu serta
menyediakan media instruksional kendiri yang membolehkan murid memenuhi kemampuan
masing-masing.
3. Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran merupakan kluster trait psikologi yang menerangkan bagaimana seseorang
itu menanggapi sesuatu, berinteraksi serta memberi respon kepada persekitaran pembelajaran
yang disedia guru. Agak jelas bagi diri kita sendiri sebagai individu yang mempunyai gaya
pembelajaran tertentu akan merasa tidak selesa dengan sesuatu metod atau media instruksi
yang digunakan. Adalah jelas bahawa ada trait-trait tertentu berubah kepada pembelajaran
bermakna guru menggunakan method serta media instruksional yang berbeza. Gardner (1999)
telah mengkelaskan lapan aspek kecerdasan iaitu (1) verbal/linguistik (bahasa), (2)
logical/matematik (saintifik/kuantitatif), (3) visual/spatial, (4) muzikal/rimatik, (5) bodily/kinestatik
(penari/atlet), (6) interpersonal (memahami orang lain), (7) intrapersonal (memahami diri
sendiri), dan (8) naturalis. Guru keseluruhannya perlu peka kepada kepelbagaian gaya
pembelajaran ini dengan menyediakan reka bentuk instruksional yang terbuka kepada
kepelbagaian kaedah dan media instruksional.
Nyatakan objektif (State objective)
Langkah kedua model ini menekankan apakah ilmu pengetahuan atau kemahiran atau sikap baru
yang akan dikuasai murid setelah tamat sesuatu proses pengajaran-pembelajaran? Penyataan
objektif hendaklah jelas dan spesifik. Misalnya, pada akhir pembelajaran murid dapat menyelesaikan
tujuh masalah matematik campur satu digit dengan tepat. Menyedari objektif yang spesifik ini
membolehkan guru menyediakan/merancang persekitaran pembelajaran yang bersesuaian dengan
tempoh masa pengajaran yang telah diperuntukan. Guru akan mengetahui sama ada murid telah
mencapai objektif pembelajaran atau sebaliknya adalah dengan melaksanakan penilaian
pembelajaran. Objektif pembelajaran tidak bermaksud untuk mengehadkan apa yang sepatutnya
dipelajari oleh murid tetapi meletakkan pencapaian minimum yang sepatutnya dicapai murid pada
satu-satu sesi pembelajaran tersebut. Murid yang berbagai kebolehan harus diberi peluang
memenuhi potensi masing-masing. Misalnya dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, murid boleh mencapai larian 100 meter walaupun dengan tempoh masa yang berbeza-
beza.
Pilih kaedah, media dan bahan (Select method, media and materials)
Terdapat tiga langkah pemilihan iaitu:
1. Menentukan kaedah yang sesuai dengan isi kandungan: Adalah suatu kesilapan sekiranya guru
mengandaikan bahawa hanya satu kaedah digunakan dalam satu-satu proses
pengajaranpembelajaran kerana mengikut Steven Farr (2010), proses pengajaran-pembelajaran yang
boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu (1) permulaan, (2) pertengahan (intipati
pengajaran/isi kandungan) dan (3) penutup. Terdapat tiga peringkat yang berbeza yang
seharusnya juga dikendalikan dengan kaedah yang berbeza. Misalnya peringkat pengenalan

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 133
atau set induksi dengan kaedah simulasi, diikuti oleh penyampaian isi kandungan melalui
kaedah demonstrasi dan penerangan diakhiri dengan penutup atau rumusan dengan kaedah
yang lain pula.
2. Memilih format media instruksional yang sesuai yang boleh menjelaskan isi kandungan: Format
media instruksional ini adalah merujuk kepada alat yang akan digandingkan untuk menampilkan
imej atau mesej. Misalnya set komputer multimedia (untuk menampilkan imej, grafik, teks, audio,
video), set TV (untuk video, siaran TV), papan tulis (grafik, teks), alat audio (suara dan muzik).
Pemilihan format media ini agak kritikal kerana guru perlu tahu media sedia ada dan sedia guna
di sekolah masing-masing. Pertimbangan juga harus diberikan kepada persekitaran
pembelajaran sama ada untuk kumpulan besar, sederhana, kecil atau individu, serta mengambil
kira gaya pembelajaran dan kemampuan murid.
3. Memilih (yang sedia ada), mengubahsuai (daripada yang sedia ada) atau mereka bentuk bahan
(baru): Ketiga-tiga tindakan ini berkait rapat dengan objektif pembelajaran yang telah dirancang.
Pemilihan bahan sedia ada hendaklah mengambil kira sama ada bahan tersebut;




glibatan murid
baik



Mengubahsuai bahan sedia ada adalah mencabar serta memerlukan kreativiti. Namun, tindakan
ini mungkin boleh menjimatkan masa dan kos. Sekiranya bahan tersebut dalam bentuk video,
guru boleh membuat suntingan dengan mengekalkan bahagian yang diperlukan sahaja. Atau
guru tidak memerlukan penerangan daripada video berkenaan, guru boleh membatalkan audio
dengan memilih mute atau off-kan bahagian audio dan guru memberi penerangan berdasarkan
video berkenaan.
Bagaimanapun, sekiranya kedua-dua tindakan di atas masih tidak sesuai dengan isi kandungan
pengajaran, maka guru perlulah mereka bentuk bahan baru. Dalam hubungan ini, pertimbangan
berikut perlu diberi perhatian:
- apa guru mahu murid pelajari?
- apa ciri-ciri mereka/tahap pengetahuan dan kemahiran?
- mempunyai baget?
ikal - kalau guru tidak pakar, siapa yang akan membantu?
- adakah mempunyai peralatan yang cukup?

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 134
- adakah fasiliti untuk menggunakan bahan yang disediakan?
- anda mempunyai masa melaksanakan tugasan ini?
Guna media dan bahan (Utilise media and materials)
Fasa ini agak kritikal kerana penyediaan bahan yang sempurna harus berakhir dengan penggunaan
yang sempurna dan berkesan dalam proses pengajaran-pembelajaran. Heinich (2005) mencadangkan
lima langkah penggunaan media instruksional yang berkesan:
1. Pratonton bahan: Adalah penting bagi seseorang guru untuk menonton terlebih dahulu
bahanbahan yang akan digunakan sebelum dipertontonkan kepada murid di dalam bilik darjah.
Dengan berbuat demikian guru dapat mempastikan bahawa bahan tersebut benar-benar sesuai
dengan isi kandungan di samping bersesuaian dengan budaya, kepercayaan dan nilai yang baik
serta tiada isu-isu sensitif.
2. Sediakan bahan: Pastikan semua bahan berkaitan dalam keadaan bersedia digunakan. Susun
ikut susunan penyampaian dengan mempastikan mana bahan guru dan mana bahan murid.
Sekiranya guru kurang mahir dengan peralatan tertentu, guru perlu praktik terlebih dahulu.
3. Sediakan persekitaran pembelajaran: Penyediaan ini perlu walau di mana juga pembelajaran
akan berlaku, sama ada di bilik darjah, makmal, pusat sumber atau di padang permainan, agar
media dan bahan yang disediakan guru dapat dimanfaatkan secara maksimum. Alatan yang
berfungsi, suasana yang selesa, media instruksional yang boleh dilihat atau/dan didengar
dengan mudah oleh semua murid, di samping murid dan guru dan murid dan murid boleh melihat
antara satu sama lain.
4. Sediakan murid: Menyediakan murid kepada suatu pembelajaran berbeza dengan menyediakan
penonton bagi persembahan muzik hiburan (misalnya muzik rock) kerana penonton yang
membuat pilihan dan datang menonton muzik rock adalah kerana mereka berminat! Keadaan
sebaliknya bagi menyediakan murid di bilik darjah. Oleh sebab guru perlu menarik murid supaya
berminat, maka permulaan pengajaran memerlukan set induksi atau pengenalan yang kreatif
dan mencabar. Anda mungkin boleh menggunakan salah satu daripada cadangan berikut;

eri isu yang rasional yang boleh dikaitkan dengan isi


5. Sediakan pengalaman pembelajaran: Guru perlu berani menyediakan pengalaman pembelajaran
murid dengan gaya yang profesional. Satu istilah yang boleh digunakan ialah showmanship!
Menguasai kemahiran ini bermakna guru boleh mengawal dan mengekalkan perhatian murid.
Untuk itu guru perlu bertindak sebagai pelakon profesional. Sekiranya guru perlu sebagai
pemudah cara dan murid menggunakan bahan-bahan yang dirancang guru, maka guru perlu

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 135
bertindak profesional dengan menguasai pengetahuan, kemahiran dan isi kandungan bagi
membantu murid.
Penglibatan murid (Require learner participation)
Teori kognitif mengatakan pembelajaran merupakan proses dalaman mental yang terjadi daripada
kegiatan manipulasi maklumat secara aktif oleh otak manusia. Sudut pandangan behavioris
mengatakan pembelajaran berlaku apabila murid melakukan sesuatu perubahan yang nyata pada
pandangan guru. Oleh yang demikian guru perlu merancang supaya murid melakukan sesuatu
pembelajaran. Ini bersesuaian dengan pandangan konstruktivis yang mengatakan pembelajaran ialah
suatu proses mental yang aktif. Sementara sudut pandangan kognitif pula mengatakan bahawa
pembelajaran berlaku apabila murid menggunakan sesuatu konsep baru. Ini bermakna guru perlu
merancang dan menyediakan suatu persekitaran pembelajaran yang membolehkan murid terlibat
sama secara aktif iaitu seperti pengalaman enaktif dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale.
Misalnya apabila menonton video, guru perlu mempastikan apa yang murid harus lakukan sebelum,
semasa dan selepas penontonan. Perbincangan, kuiz atau peluang membuat latihan hasil
pembelajaran adalah di antara contoh-contoh lain penglibatan murid dalam proses pengajaran-
pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa menonton siri kanak-kanak melalui siaran TV seperti
Sesame Street (termasuk saluran TVIQ Astro-penulis) bukan sahaja boleh merangsang perkembangan
intelektual malah turut membantu membentuk sikap positif dalam kalangan murid. Nilai dan semak
(Evaluate and revise) Langkah terakhir dalam Model ASSURE bagi menjadikan pembelajaran yang
bermakna adalah menilai dan menyemak semula. Proses menilai ini sebenarnya berlaku secara
berterusan semenjak merancang, melaksana dan menyelesaikan proses instruksional. Menilai ciri-ciri
murid, menilai kesesuaian murid dengan metod dan media yang dirancang. Semasa proses
pengajaran pula, guru menilai keupayaan murid menerima isi pengajaran, menilai respon murid,
menilai penglibatan atau menilai melalui kuiz atau penilaian kendiri murid. Penilaian semasa
pengajaran juga bertujuan mendiagnos, mengesan dan memperbaiki kesilapan ataupun
permasalahan instruksional.Selepas menggunakannya untuk kali pertama, guru harus menilai sama
ada media instruksional tersebut akan digunakan lagi pada masa akan datang, dengan
pengubahsuaian, atau tanpa perlu pengubahsuaian. Persoalan berikut perlu difikirkan: Apakah media
berkenaan membantu murid mencapai objektif pembelajaran? Apakah media tersebut berjaya
menarik minat murid? Apakah mediatersebut membawa kepada penglibatan murid secara
bermakna?

Penilaian terakhir adalah merujuk kepada guru sendiri melalui muhasabah diri. Guru yang berani
menilai serta mengkritik diri sendiri akan membawa kesan yang positif kepada kerjayanya. Secara
umumnya terdapat empat cara untuk menilai guru iaitu oleh (1) diri sendiri (membuat rakaman
video/audio), (2) murid (melalui borang penilaian yang mudah/respon oleh murid), (3) rakan sekerja
(membuat pemerhatian dari belakang bilik darjah dengan membuat penilaian terbuka melalui
catatan/kita menyediakan set penilaian yang akan dinilai oleh rakan guru kita, dan (4) pihak
pentadbir(meminta kehadiran Guru Besar atau Guru Penolong Kanan atau Ketua Bidang atau Guru
Pakar untuk menilai di samping memaklumkan juga kepada mereka aspek-aspek tambahan yang kita
juga mahu mereka menilai).

P e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 136
Semak semula adalah berkaitan dengan keseluruhan pusingan proses Model ASSURE. Menyemak
murid dengan merujuk kepada pencapaian objektif yang dirancang, reaksi murid kepada metod yang
kita gunakan dan keberkesanan media instruksional yang dipilih dan apakah kita sudah berpuas hati
dengan bahan yang telah dipilih itu bersesuaian dengan isi pelajaran? Berdasarkan kepada
perbincangan di atas, jelas bahawa guru yang memilih dan menerapkan Model ASSURE dalam
menyediakan reka bentuk instruksional membolehkan guru mempastikan pembelajaran berlaku.
Sekarang cuba fikirkan satu subtopik pengajaran untuk satu masa pengajaran. Sediakan
sebuah rancangan mengajar yang menggunakan Model ASSURE seperti yang dibincangkan
di atas.
Bagaimana memilih media instruksional?
esuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya dalam melaksanakan objektif
pembelajaran dengan berkesan (Yusup, 1998). Pemilihan media merupakan aspek yang kritikal
ke arah pembelajaran bermakna. Cuba kita fikir, mengapa sesetengah murid tidak dapat
mengikuti pengajaran kita dengan baik? Adakah mereka bodoh? Atau mereka sengaja tidak mahu
memberi tumpuan kepada pembelajaran? Tapi mengapa kita tidak bertanya kepada diri kita sendiri,
membuat muhasabah diri tentang mengapa murid tidak bersama-sama kita semasa proses
pengajaran-pembelajaran? Mudahkah murid faham dengan hanya mendengar penerangan lisan
daripada guru?
Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam Model ASSURE, kita perlu mengenal pasti dan jelas
tentang murid, isi pelajaran, objektif pembelajaran dan kaedah pengajaran sebelum membuat
pemilihan media. Kon Pengalaman Pembelajaran Dale juga boleh dijadikan rujukan pemilihan media
berasaskan objektif pembelajaran. Middlesex Commuity College, Tyler Junior College, Tyler, melalui
Tutor Trainers Manual, merumuskan tiga gaya pembelajaran murid dan media yang sepadan seperti
disenaraikan dalam Jadual 8.1. Guru mungkin boleh menjadikan jadual tersebut sebagai panduan
dalam menyediakan reka bentuk instruksional masing-masing. Jadual 8.1 Gaya pembelajaran murid
dan media Visual
Ciri Murid Kesesuaian Media
Perlu melihat apa yang sedang dipelajari
Peka terhadap warna
Menghadapi masalah dengan arahan lisan
Mempunyai masalah dengan syarahan
Kerap salah tafsir makna perkataan
Guna grafik, gambar, gambar rajah, lakaran,ilustrasi
Guna kod warna untuk menyusun nota dan bahan persendirian
Guna arahan bertulis
Guna carta alir dan gambar rajah dalam nota
Gunakan perkataan atau fakta yang ingin dihafal

SP e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 137
Auditori
Gemar mendapatkan maklumat dengan caramendengar
Perlu mendengar untuk memahami
Menghadapi masalah dengan arahan bertulis
Kesusahan dalam membaca
Bermasalah dalam menulis
Tidak berupaya membaca bahasa badan dan mimik muka
Gunakan alat rakaman audio
Gunakan perbincangan
Guna arahan lisan
Kinestatik
Lebih suka aktiviti hands-on
Mencantum bahagian-bahagian tanpa merujuk manual
Tidak boleh duduk diam
Belajar dengan lebih baik kalau disertai aktiviti fizikal
Guna cara pembelajaran aktif
Rehat dengan kerap semasa proses pembelajaran
Guna komputer untuk aktiviti pengukuhan
Sumber diubahsuai Tutor Trainers Manual, Tyler Junior College, Tyler
Bagaimana anda memilih media instruksional yang digunakan dalam proses pengajaranpembelajaran
anda di bilik darjah? Berikan ulasan anda dengan cadangan pemilihan media di atas.
RUMUSAN
Kehidupan kita sebagai seorang manusia mengalami persekitaran teknologi yang terus
berkembang dengan pesat di sekeliling kita. Asas penciptaan teknologi adalah untuk
keselesaan hidup manusia. Alangkah baik jika kita sebagai guru menggunakan asas tersebut
dan menggunakan teknologi sebagai wadah yang menselesakan tugas pengajaran dan pembelajaran.
Kelahiran dan perkembangan kehidupan murid kita penuh dengan persekitaran berwarna-warni dan
peralatan teknologi yang silih berganti menggerakkan guru untuk menerima ciptaan-ciptaan baru
dan membawanya ke dalam bilik darjah untuk menjadikan pembelajaran lebih bermakna. Ini amat
bersesuaian dengan kon pengalaman pembelajaran Dale yang sudah berabad-abad mencadangkan
penggunaan bahan bantu mengajar.
KATA KUNCI
1. Teknologi 6. Pengalaman enaktif
2. Media 7. Pelbagai kecerdasan
3. Instruksional 8. Kon pengalaman pembelajaran Dale
4. Pengalaman abstrak 9. Pilih media
5. Pengalaman ikonik 10.Guna media

KP e n g g u n a a n T e k n o l o g i d a n M e d i a 1 | 138
PENILAIAN KENDIRI
1. Jelaskan definisi reka bentuk instruksional dan model reka bentuk instruksional bilik darjah.
2. Nyatakan model reka bentuk instruksional mengikut tiga tumpuan.
3. Jelaskan model reka bentuk instruksional ASSURE (2005).
4. Apa yang anda faham dengan teori realisme?
5. Jelaskan kepentingan deria dalam proses belajar dan mengingat maklumat.
6. Jelaskan tujuan menggunakan media dalam instruksi dan pembelajaran.
7. Beri definisi media, instruksi, sistem instruksional, kaedah dan media dan strategi instruksional.
8. Jelaskan langkah-langkah yang terdapat dalam perancangan instruksional untuk menyediakan
satu rancangan mengajar.
RUJUKAN
Sharon E. Smaldino, S. E., Russell, J. D., Heinich, R. & Molenda, M. (2005). Instructional technology
and media for learning. 8th edition. New Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall.
Steven Farr (2010). Teaching as leadership; the highly effective teachers guide to closing the
achievement gap. San Francisco: Jossey-Bass.
Yusup Hashim, (2005). KPT2063 reka bentuk instruksional; bahan kuliah. Edisi lima. Tanjong Malim

Anda mungkin juga menyukai