Anda di halaman 1dari 36

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

UNIT 5
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengenalan
Unit ini menggariskan panduan kepada IPGK mengendalikan kursus induksi kepada pensyarah
untuk memberi pendedahan tentang pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam kurikulum
latihan perguruan agar mereka menjadi kompeten dalam pengajaran dan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran
Selepas mengikuti unit ini, pensyarah akan dapat:
i.

Memahami konsep dan proses reka bentuk kurikulum.

ii.

Mengaplikasi pendekatan, kaedah, strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran

iii.

Menguasai konsep dan pelaksanaan praktikum serta kokurikulum.

Pembahagian topik dan masa


Sub
Unit

Topik

Jam

4.1

Reka bentuk Kurikulum

2 Jam

4.2

Penyampaian Kurikulum

9 Jam

4.3

Bimbingan dan Penyeliaan

9 Jam
20 Jam

Jumlah

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG


FASA:

2012

TARIKH:
TAJUK:

5.1

MASA:

2 jam

Rekabentuk kurikulum

Objektif:
Setelah mengikuti Sub Unit 5.1 ini, pensyarah dapat:
1.

memahami konsep, model dan proses rekabentuk kurikulum.

2.

memahami semua jenis dan mod pelaksanaan program IPGM.

3.

memahami struktur kursus yang ditawarkan di IPGK.

Pengenalan
Kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi
strategi untuk mencapai matlamat yang dihajat (Ornstein dan Hunkin,1998). Kurikulum ialah
satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu.
(Mohd Daud, 1995). Kurikulum merupakan dokumentasi khas yang memberi tumpuan kepada
kaedah penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kurikulum Pendidikan Guru adalah suatu pelan pengalaman pembelajaran untuk belajar
dan pengalaman pembelajaran untuk mengajar bagi melahirkan insan guru yang profesional
dan bersepadu.
Reka bentuk kurikulum meliputi tujuan, objektif, hasil pembelajaran yang diharapkan,
sukatan pelajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

PERINCIAN AKTIVITI
LANGKAH/ MASA
Langkah 1

AKTIVITI
1. Fasilitator mengalu-alukan kehadiran

STRATEGI
Soalan pra

(5 minit)

peserta.

kepada peserta

diedarkan

2. Soalan pra diedarkan kepada peserta.


3. Perbincangan dengan peserta mengapa
Langkah 2
(15 minit)

soalan dikemukakan
1. Fasilitator menjelaskan aspek-aspek

penerangan

berikut sebagai input kepada peserta:

bahan input disertakan

Reka bentuk kurikulum


Prinsip rekabentuk kurikulum
Model rekabentuk kurikulum
Proses rekabentuk kurikulum

Langkah 3

1. Fasilitator memberi input tentang KSSR dan

penerangan

(15 minit)

membuat perbandingan dengan KBSR

perbincangan

Langkah 4

2. Soal jawab dengan peserta


Fasilitator menjelaskan aspek-aspek berikut

bahan input disertakan


Penerangan

(15 minit)

sebagai input kepada peserta:

bahan input disertakan

dan

Jenis program
Struktur kurikulum IPG
Jam kredit (PISMP)

Langkah 5

Peserta diminta mencari maklumat berhubung

(15 minit)

jam kredit proforma yang ada di IPG mengikut

mengumpul maklumat

program yang mereka ajar.


Langkah 6

Peserta

diminta

membuat

banding

beza latihan dan

(45 minit)

program dan struktur kurikulum di IPGK pembentangan


menggunakan proforma kursus yang ada
serta menjelaskan maksud jam kredit yang
terapat pada proforma yang telah dikumpul

Langkah 7

(3+1, 2+1, 1+2, 0+3, 0+1, dll)


1. Fasilitator merumuskan unit ini dan

(10 minit)

berbincang dengan semua peserta.


2. Peserta juga boleh diminta membuat
rumusan dari unit ini.

INPUT UNTUK PENSYARAH

perbincangan

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

1.

2012

Reka Bentuk Kurikulum

Kurikulum IPGM direka bentuk berdasarkan prinsip-prinsip seperti Rajah 1di bawah:

Berasaskan
Hasil
Pembelajaran

Holistik
REKA
BENTUK
KURIKULUM

Praktikal
&
Kontekstual

Spiral
&
Development
al

Koheren

Rajah 1 : Prinsip Reka Bentuk Kurikulum


i.

Berasaskan Hasil Pembelajaran

Menjurus ke arah pencapaian Hasil Pembelajaran Program dan Hasil


Pembelajaran Kursus / Bidang.
Mematuhi Panduan Standard Program Peringkat Sarjana Muda dan
Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework- MQF).

ii.

Koheren

iii.

Mempunyai pautan antara kursus dan pengalaman praktikal/klinikal.

Spiral and Developmental

iv.

Holistik

Pengalaman pembelajaran dirancang dengan rapi mengikut turutan,


lingkaran dan keselarasan berdasarkan pelbagai jenis pengalaman, tahap
kesukaran dan konteks dalam setiap kursus, dan antara kursus-kursus
yang ditawarkan.
Keseimbangan dan integrasi di antara ilmu pengetahuan, kemahiran,
nilai/disposisi.
Kemahiran Psikomotor (hard skills) dan Kemahiran Insaniah (soft skills)

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

v.

Perspektif global (UNESCO): Education For All (EFA), Education for


International Understanding (EIU), Education for Sustainable Development
(ESD)
Empat Tonggak Pendidikan UNESCO (Pillars of Education):
o Belajar untuk mengetahui (Learning to know)
o Belajar untuk melakukan (Learning to do)
o Belajar untuk hidup bermasyarakat (Learning to live together)
o Belajar untuk mencapai matlamat (Learning to be)
Kurikulum, aktiviti kokurikulum, dan Bina Insan Guru.

Praktikal dan Kontekstual

2.

2012

Berbentuk praktikal
Berasaskan kurikulum sekolah rendah
Pelaksanaan mengikut sekolah (kalendar akademik setiap semester).
Merujuk situasi sebenar/amalan bilik darjah di sekolah.
Melaksanakan amalan terbaik.

Model Reka Bentuk Kurikulum

Reka Bentuk Kurikulum untuk program PISMP adalah berasaskan Model Tyler. Model
ini adalah berasaskan empat prinsip /langkah iaitu
i.

ii.

iii.

iv.

Tujuan Sekolah/Institut:
Langkah pertama ialah mengenalpasti tujuan dan objektif sekolah/Institut.
Apakah tujuan pendidikan yang ingin dicapai oleh sekolah/Institut?
Pengalaman Pembelajaran:
Memilih/menyediakan pengalaman pembelajaran yang dapat mencapai
tujuannya. Pengalaman pembelajaran perlu mengambil kira pengalaman pelajar
yang lepas serta pandangan pelajar berkaitan dengan perkara yang ingin
dipelajari.
Apakah pengalaman pembelajaran dapat disediakan untuk membolehkan
sekolah/institut mencapai tujuannya?
Organisasi Pengalaman Pembelajaran
Pengalaman pembelajaran harus diorganisasikan dan disusun secara sistematik
dari mudah ke susah/kompleks dan dari umum ke spesifik.
Bagaimana pengalaman pembelajaran dapat diorganisasikan dengan berkesan?
Penilaian
Langkah terakhir ialah menilai keberkesanan proses perancangan dan
pelaksanaan kurikulum untuk menentukan sama ada kurikulum yang terhasil
berjaya mencapai tujuan dan objektif yang digariskan. Penilaian dapat
dijalankan melalui kajian, temubual graduan dan kaji semula /reviu program.
Bagaimana kita dapat menentukan sama ada tujuan/objektif kurikulum tercapai?

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG


3.

2012

Proses Reka Bentuk Kurikulum


Proses reka bentuk kurikulum merupakan satu proses yang bersistematik dan teratur

serta memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang spesifik. Berikut adalah langkah-langkah
dalam proses reka bentuk kurikulum seperti yang tercatat dalam prosedur kualiti IPGKPM PPK
PT04 (MS ISO 9001:2008)
Proses Reka Bentuk dan Penggubalan Kurikulum Latihan Guru
Mula
1. Merancang reka bentuk kurikulum setelah menerima
arahan daripada Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia

2.

4
Tidak
Ya

Mengadakan mesyuarat pre-council reka bentuk kurikulum latihan guru


untuk mendapat pandangan dan panduan daripada pakar Unit
Kurikulum, Institut Pendidikan Guru KPM, Bahagian-Bahagian
Kementerian Pelajaran, pihak Universiti dan wakil komuniti.
3. Menyediakan kertas kerja reka bentuk kurikulum dan
struktur kursus selepas menerima input mesyuarat
pre-council Reka Bentuk Kurikulum
4. Menggubal, semak dan pastikan sama ada reka bentuk
kurikulum yang disediakan mengikut keperluan yang
ditetapkan.
( Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Akademik,
Mesyuarat Pengurusan, KPM)
5. Mengadakan Mesyuarat Pre-council, Menggubal,
menyediakan dan memurnikan sukatan pelajaran / pro
forma kursus mengikut keperluan reka bentuk kurikulum

6. Memohon kelulusan kurikulum program dan sukatan


pelajaran / pro forma kursus daripada Senat IPGM.

6
Tidak
Ya

7. Menguruskan edaran sukatan pelajaran / pro forma kursus yang


telah dibuat pindaan ke Institut Pendidikan Guru Kampus pada masa
yang ditetapkan.

4.

8
8. Memberi induksi kurikulum baru kepada pensyarah.
Jenis Program dan Struktur

4.1

Jenis Program

9. Menjalankan pemantauan untuk mendapat maklum balas


reka bentuk dan kandungan kurikulum

6
Tamat

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

IPGM menawarkan program-program latihan perguruan seperti berikut:


Program
Pra Perkhidmatan
PPISMP
PISMP
DPLI
Program berkembar
KDC KDPM
KDC KPLI
KDC KEMAS/PERPADUAN
KDC SEDIDIK
J-QAF
SABK
Dalam Perkhidmatan
PGSR
PPG
PITO
(Program Intervensi Tambah
Opsyen)
INTERIM (kerjasama dengan
JPN)
4.2

Mod

Tempoh

sepenuh masa
sepenuh masa
sepenuh masa
sepenuh masa
kursus dalam cuti
kursus dalam cuti
kursus dalam cuti
kursus dalam cuti
Latihan Perguruan Berasakan Sekolah
Latihan Perguruan Berasakan Sekolah

3 semester
8 semester
3 semester
6 tahun
5 peringkat
3 semester
5 peringkat
5 peringkat
3 semester
5 peringkat

kursus dalam cuti


PJJ
kursus dalam cuti
(bergantung kepada mod 1, 2 atau 3)

8 semester
8 semester

untuk guru-guru baru


mendapat penempatan

yang

belum

Struktur Program
Struktur program merupakan kerangka dan komponen kurikulum yang menetapkan

kursus-kursus yang ditawarkan pada setiap semester serta jumlah kredit dan jumlah jam
interaksi serta kewajarannya. Berikut adalah contoh struktur program PISMP yang menunjukkan
kursus-kursus yang ditawarkan berserta dengan wajarannya:

BIL.
1.

KURSUS

KREDIT

KURSUS WAJIB
23 (17%)

2.

Kursus Wajib IPT


Kursus Wajib IPG
KURSUS TERAS

3.

Pengajian Profesional

Major

Amalan Profesional
KURSUS ELEKTIF

86 (65%)

24 (18%)

Pakej Elektif 1
Pakej Elektif 2

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012
JUMLAH

133 (100%)

Kursus Wajib
Kursus Wajib terdiri daripada Kursus Wajib Institusi Pengajian Tinggi (IPT), dan Kursus
Wajib Institut Pendidikan Guru (IPG).
Kursus Wajib ialah kursus yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar IPG yang mengikuti
PISMP. Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan pengetahuan asas, kemahiran generik, dan
kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh seseorang guru. Kursus Wajib diperuntukkan
sejumlah 23 kredit.
Kursus Teras
Kursus Teras terdiri daripada Pengajian Profesional, Major, dan Amalan Profesional.
Pengajian Profesional memberi pendedahan dalam bidang-bidang asas pendidikan yang
merangkumi aspek pengetahuan, nilai dan etika keguruan serta kemahiran profesional bagi
melahirkan guru yang mampu melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan. Pengajian
Profesional diperuntukkan sejumlah 27 kredit.
Kursus Major ditawarkan untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan kandungan
subjek dan pengetahuan kandungan pedagogi bagi membolehkan pelajar menguasai major
yang berkenaan. Penguasaan pengetahuan kandungan subjek adalah sehingga tahap ijazah.
Kursus Major diperuntukkan sejumlah 45 kredit.
Amalan Profesional membolehkan pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran
pengajaran dan pembelajaran dalam situasi sebenar di sekolah. Amalan Profesional
diperuntukkan sejumlah 14 kredit yang merupakan salah satu syarat penganugerahan ijazah.
Sepanjang mengikuti program, pelajar dikehendaki menjalani Amalan Profesional selama 32
minggu yang dilaksanakan melalui tiga bentuk iaitu:

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dijalankan selama 4 minggu tanpa kredit


menerusi kursus Pengajian Profesional, major dan elektif.

Praktikum dilaksanakan selama 24 minggu yang diagihkan kepada tiga fasa.

Internship dilaksanakan selama 4 minggu pada semester 8.

Kursus Elektif

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG


Kursus

Elektif

terdiri

daripada

dua

2012

Pakej

Elektif

yang

diitawarkan

bagi

membolehkan pelajar mengajar dua mata pelajaran lain selain daripada kursus major. Skop
kursus merangkumi aspek pengetahuan kandungan pedagogi dan pentaksiran yang
berasaskan Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah. Pakej Elektif diperuntukkan sejumlah 24
kredit. Setiap Pakej Elektif diagihkan sejumlah 12 kredit.
Berikut adalah jadual yang menunjukkan agihan jam seminggu/semester bagi
pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran daripada peruntukan jam kredit yang
diberikan diterjemahkan seperti berikut:
KREDIT
(jam/M)

KULIAH
(jam/M)

TUTORIAL
(jam/M)

AMALI
(jam/M)

ISL*
(jam/M)

JUMLAH
(jam/M)

JUMLAH
(jam/S)

SLT
LAIN
(jam/S)

JUMLAH
(jam/S)

3+0
0+3
2+1
1+2
2+0
0+2
1+1
1+0
0+1

2
1
1
1
1
1
-

1
1
1
-

6
2
4
4
2
2

2
1
1
-

5
6
5
5
3
4
3
1
2

75
90
75
75
45
60
45
15
30

45
30
45
45
35
20
35
25
10

120
120
120
120
80
80
80
40
40

Rujukan
Bahagian Pendidikan Guru. (2007). Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut
Pendidikan Guru Malaysia (PISMP IPGM). Induksi Pelaksanaan PISMP IPGM
Semester 3, 2008 (Tahun 2) Ambilan Januari 2007.
Bahagian Pendidikan Guru. (2007). Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut
Pendidikan Guru Malaysia (PISMP IPGM). Pelaksanaan Kursus Semester 1
Bahagian Pendidikan Guru. (2008). Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut
Pendidikan Guru Malaysia (PISMP IPGM). Taklimat Umum Pelaksanaan Kursus
Semester 1, Semester 3 dan Semester 5.
Bahagian Pendidikan Guru. (2008). Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Institut
Pendidikan Guru Malaysia (PISMP IPGM). Taklimat Umum Pelaksanaan Kursus
Semester 2 dan Semester 4 2008.
Bahagian Pendidikan Guru. (2009). Pelaksanaan Kurikulum PISMP Semester 3
Ambilan November 2008 (Kohort 1) dan Semester 1 Ambilan November 2009 (Kohort 2)
Bagi Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR).
Bahagian Pendidikan Guru. (2010). Pelaksanaan Kurikulum Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP) Semester 8 Sesi Jun 2010.
FASA:
2
TARIKH:

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG


TAJUK:

5.2

MASA:

10 jam

2012

Penyampaian Kurikulum

Objektif:
Setelah mengikuti Sub Unit 5.2 ini, pensyarah dapat:
1.

memahami tentang pedagogi dan andragogi.

2.

mengaplikasi

pendekatan,

kaedah,

strategi

dan

teknik

pengajaran

dan

pembelajaran.
3.

memahami prosedur kualiti IPG KPM PPK-PT05.

Pengenalan
Seorang pensyarah perlu menguasai pendekatan dan strategi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai selari dengan
kehendak proforma, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang boleh diaplikasikan dalam
proses p&p.
Perincian aktiviti dalam sub unit ini dibahagikan kepada dua aktiviti yang berasingan.
i.

Pengenalan pedagogi dan andragogi, kepelbagaian pendekatan, kaedah dan


aktiviti, kecerdasan pelbagai serta kreativiti dan inovatif. (4 jam)

ii.

Aplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran. (6 jam)

PERINCIAN AKTIVITI: Pengenalan Pedagogi Dan Andragogi, Kepelbagaian Pendekatan,


Kaedah Dan Aktiviti, Kecerdasan Pelbagai Serta Kreativiti Dan Inovatif. (4 Jam)

10

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG


LANGKAH/ MASA
Langkah 1
(20 minit)

AKTIVITI
Fasilitator menerangkan tentang konsep:

Pedagogi

2012
STRATEGI
penerangan
bahan input disertakan

Langkah 2

Andragogi
1. Fasilitator memberi pendedahan kepada

Bahan input disediakan

(40 minit)

peserta tentang

dalam aspek ini.

pendekatan

Selepas Fasilitator

strategi

memberi input, peserta

teknik

diminta mencari

aktiviti

maklumat aktiviti-aktiviti

2. Peserta diminta memilih aktiviti P&P (secara


cabut undi). Peserta diminta mencari maklumat
dan menyediakan contoh-contoh aplikasi
aktiviti dalam P&P.

P&P dan menyediakan


contoh aplikasi dalam
P&P (dalam kumpulan
bertiga / berempat)
*peserta dibenarkan
pergi ke Pusat Sumber

Langkah 3

1. Pembentangan oleh kumpulan peserta.

(30 minit)

2. Fasilitator memberi maklumbalas.

Langkah 4

1. Fasilitator menerangkan tentang kecerdasan

Menyediakan senarai

(30 minit)

pelbagai kepada peserta.

aktiviti P&P berdasarkan

2. Mereka diminta menyenaraikan aktiviti P&P

kecerdasan pelbagai.

berdasarkan kecerdasan pelbagai mengikut

Rujuk proforma kursus.

mata pelajaran yang diajar.

Rujuk power point yang

Tugasan:

disertakan.

Berdasarkan input tentang kecerdasan


pelbagai, anda diminta menyenaraikan
aktiviti P&P berdasarkan kecerdasan
pelbagai mengikut mata pelajaran yang
Langkah 5

diajar.
1. Peserta membentang hasil kerja kumpulan

(60 minit)

mereka.

Langkah 6

2. Fasilitator memberi maklumbalas.


Fasilitator menjelaskan aspek-aspek berikut Penerangan

(30 minit)

sebagai input kepada peserta:

kreativiti dan inovasi

11

bahan input disertakan

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

nilai-nilai murni yang diaplikasikan

dalam P&P
1. Pembentangan oleh wakil peserta

Langkah 7
(30 minit)

Kerja kumpulan

senarai aktiviti berdasarkan kecerdasan

pembentangan

pelbagai

rumusan oleh fasilitator

aktiviti kreativiti dan inovatif

2. Ulasan dan rumusan oleh fasilitator

INPUT
1.

Pedagogi
Pedagogi

melibatkan

kajian

mengenai

proses

pengajaran

dan

pembelajaran,

pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar. Ia merangkumi
pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
(Shahabuddin Hashim et.al, 2007).
Slavin (1997) melihat pedagogi sebagai penghubung antara perkara yang guru
mahukan pelajarnya belajar dengan hasil pembelajaran sebenar yang diperolehi pelajar
tersebut. Ia dianggap prinsip dan kaedah pembelajaran.
Pedagogi boleh dirumuskan sebagai sains pengajaran dan pembelajaran dalam
pendidikan formal.

Ianya merangkumi prinsip-prinsip pengajaran, kaedah pengajaran,

penilaian, pengurusan pelajar, pengurusan bilik darjah, perancangan pengajaran dan


kurikulum..
2.

Andragogi
Teori andragogi oleh Knowles (1984) adalah suatu percubaan untuk mengembangkan

satu teori yang khas tentang pembelajaran orang dewasa. Knowles menegaskan orang dewasa
adalah terarah diri dan dijangka bertanggungjawab atas keputusannya. Program pembelajaran
orang dewasa seharusnya menampung aspek asas ini.
Secara praktiknya, andragogi bermakna instruksi untuk orang dewasa perlu berfokuskan
lebih kepada proses daripada isi kandungan yang diajar. Strategi-strategi seperti kajian kes,
main peranan, simulasi, dan penilaian kendiri adalah paling berguna. Pengajar memainkan
peranan sebagai fasilitator atau kakitangan resos dan kurang sebagai pensyarah atau penilai.

2.1

Perbezaan Proses Elemen Pedagogi dan Andragogi

12

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

Elemen

Pedagogi

Andragogi

Iklim

mesra
kasih sayang
timbang rasa
mudah ubahsuai

motivasi
tiada tekanan
kerelaan
keikhlasan

Perancangan

berstruktur
berpusat

mudah ubahsuai
arah kendiri

Diagnosis Keperluan

ditentukan oleh fasilitator ditentukan oleh peserta/


sebelum pembelajaran
kendiri

Menentukan objektif

dirancang oleh organisasi

arah kendiri
peserta yang menentukan

pelan ikut strategi pembelajaran


ditentukan oleh guru

pembelajaran eksperiental
kendiri dan fasilitator

Membentuk
pembelajaran
Aktiviti pembelajaran

pelbagai
strategi
rangsangan

Penilaian

sumatif
formatif

3.

dan berasaskan pengalaman


eksperimen
interaksi
penilaian kendiri
rakan sebaya
fasilitator

Kecerdasan Pelbagai
Howard Gardner (1999) berpendapat setiap pelajar mempunyai jenis kecerdasan yang

berbeza. Kecerdasan boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk menyelesaikan masalah


atau untuk menghasilkan produk yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Para ahli
psikologi telah menjeniskan kecerdasan ini kepada lapan inventori seperti di bawah.

13

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

Verbal
linguistik
spiritual

Muzik

Visual Ruang

Interpersonal
Kecerdasan
Pelbagai

Logik
matematik

Kinestetik

Naturalis

Intrapersonal

Huraian Kecerdasan Pelbagai


Linguistik

Merangkumi pembacaan, penulisan dan perbualan dalam bahasa sendiri dan bahasa
asing.

Muzik
Melibatkan kepekaan kepada nada, rentak dan bunyi serta bertindak balas kepada
elemen yang melibatkan perasaan.
Kinestetik
Penggunaan tubuh untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu serta menyatakan
idea dan perasaan.

14

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

Interpersonal
Keupayaan untuk memahami niat orang lain dan mengenal pasti matlamat pendorong
orang lain untuk bekerja.
Intrapersonal
Dimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan tentang diri sendiri dan melibatkan
perasaan, niat dan matlamat hidup.
Visual-Spatial (ruang)
Keupayaan untuk menghasilkan ruang pandangan dunia dipindah ke dalam imej mental.
Logik
Mahir memanipulasi nombor dan pengiraan. Mampu menyatakan sesuatu secara
induktif dan deduktif. Menyelesaikan masalah secara sistematik.
Naturalistik
Menyintai alam semula jadi. Mudah mengenali dan mengerti tumbuhan dan haiwan.
Suka meneroka hutan.
Spiritual (kerohanian)
Berkeupayaan untuk menghayati kewujudan manusia dan kematian.

4.

Kreativiti dan Inovasi


Guru perlu kreatif dan inovatif untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan dalam memainkan peranan sebagai pemangkin atau tidak menjadi mangsa kepada
globalisasi.
kreativiti ialah idea yang original dan asli. Pemikiran kreatif memerlukan individu berfikir
dalam hal yang baharu; meninggalkan corak pemikiran yang sedia ada dan ke arah
corak yang baharu (Paul E. Plsek, 1997)

5.

Nilai-Nilai Murni
"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan
pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu
masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama,
untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"
(Wan Mohd. Zahid, 1988)

15

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

Nilai-nilai berikut perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


baik hati
berdikari
hemah tinggi
hormat menghormati
kasih sayang
keadilan
kebebasan
rasional

6.

keberanian
kebersihan fizikal dan mental
kejujuran
kerajinan
kerjasama
kesederhanaan
kesyukuran
semangat bermasyarakat

Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran


Prosedur pengajaran dan pembelajaran diterangkan secara terperinci dalam prosedur

kualiti IPG KPM-PPK-PT05 berserta dengan Arahan Kerja (AK) dan borang-borang yang perlu
digunakan (LAM-PT05). (rujuk dokumen MS-ISO versi 2008)
7.

Pengenalan KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mula diperkenalkan pada tahun 2011 di

sekolah rendah bagi menggantikan KBSR. KSSR melibatkan transformasi dari aspek bentuk,
bahan, organisasi kandungan, peruntukan masa, pedagogi, pentaksiran dan pengurusan
kurikulum. (rujuk lampiran KSSR)

PERINCIAN AKTIVITI: Aplikasi Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran (5 Jam).


LANGKAH/ MASA

AKTIVITI

STRATEGI

16

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

Langkah 1

Fasilitator memberi sedikit pendedahan

bahan input disediakan

(40 minit)

kepada pelbagai kaedah P&P.

dalam aspek ini. (rujuk

Beberapa contoh dibincangkan.

bahan input yang

Pembelajaran Aktif

disediakan)

Koperatif

*Fasilitator boleh

Inkuiri Penemuan

memilih mana-mana

Pembelajaran Luar Bilik Darjah

kaedah P&P yang perlu

Kajian Masa Depan

Konstruktivisme

didedahkan kepada
peserta.

Langkah 2

1. Peserta diberikan struktur

.
peserta secara

(60 minit)

pembelajaran koperatif.

kumpulan mengikut

2. Peserta diminta membuat amali

mata pelajaran/ kursus

berdasarkan struktur pembelajaran

yang diajar.

koperatif.

Fasilitator menyediakan

Pilih mana-mana struktur pembelajaran

bahan yang diperlukan.

koperatif dan aplikasikan dengan manamana tajuk proforma kursus (mengikut


Langkah 3

bidang peserta).
Pembentangan aplikasi struktur

(40 minit)

pembelajaran koperatif oleh peserta.


Rumusan oleh fasilitator.
Fasilitator mengaitkannya dengan
penyediaan Rancangan Pelajaran

Langkah 4

Harian.
Peserta diminta merancang satu contoh

Peserta dibahagikan

(60 minit)

RPH menggunakan mana-mana

kepada 5 kumpulan

kaedah berikut:

kecil.

Koperatif

Setiap kumpulan

Inkuiri Penemuan

merancang contoh P&P

Pembelajaran Luar Bilik Darjah

berdasarkan kaedah

Kajian Masa Depan

yang dipilih

Langkah 5

Konstruktivisme
Pembentangan perancangan untuk

Ketua kumpulan

(60 minit)

disemak dan untuk maklumbalas.

membentang

17

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

Langkah 6

Fasilitator memberi ulasan dan komen


Fasilitator menerangkan perkembangan

perancangan.
Perkongsian bersama

(10 minit)

kaedah pengajaran terkini kepada

dengan peserta. Tiada

peserta

input dibekalkan.

i. papan interaktif (Interactive White


Board )
ii. video conferencing
iii. penggunaan email, on line learning,
Langkah 7

you tube, facebook


Fasilitator menjelaskan lampiran-

Peserta didedahkan

(30 minit)

lampiran berkaitan P&P (MS ISO dan

tentang keperluan MS

MQA) serta keperluan dalam

ISO dan pembinaan folio

pembinaan portfolio pengajaran.

pembelajaran.

i. LAM PT05-02 Rancangan Semester


ii. LAM PT05 -03 Rancangan
Mingguan
iii.LAM PT05-04- Penilaian P&P oleh
Pelajar
iv. LAM PT05-06 Rekod Kehadiran
Pelajar

Bahan-bahan input
i.

Koperatif

ii. Inkuiri Penemuan


iii. Kontekstual
iv. Kajian Masa Depan
v. Konstruktivisme
vi. Pembelajaran Luar Bilik Darjah
vii. Pembelajaran Aktif

STRUKTUR/ STRATEGI PEMBELAJARAN KOPERATIF


1. Fan-N-Pick
Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilirgilir

18

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

Pelajar 1 : susun kad seperti kipas


Pelajar 2 : pilih kad dan bacakan soalan
Pelajar 3 : jawab soalan
Pelajar 4 : beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi

2. Inside-Outside Circle

Cari pasangan
Bentuk dua bulatan , satu di dalam (Bulatan 1) dan satu di luar (Bulatan 2). Berdiri
menghadapi pasangan
Guru beri soalan /tugasan kepada murid dalam Bulatan 1.
Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakanyna hanya mendengar
Beri pujian atau kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap.
Kemudian tukar peranan dengan soalan baru
Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan

3. Match Mine

Empat orang murid duduk dalam satu pasukan


Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut
Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka .
Pelajar 1 mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada
Pelajar 1 (Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh Pelajar 1 )
Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada
kefahamannya dari arahan atau mesej yang disampaikan oleh
Pelajar 1
Pelajar 1 melihat hasil yang dibuat oleh Pelajar 2 dan mereka saling kukuh
mengukuh
Kemudian kedua-duanya tukar peranan

4. Same Different

2 orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua
gambar yang ada pada setiap orang dari mereka
Kemudian mereka bandingkan jawapan
Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan

5. Rally Robin

Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang satu-satu


perkara secara lisan
6. Round Robin

7.

Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat

Rally Table

19

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan


masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen/pensil
yang sama

8. Round Table

9.

Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat

Simultaneous Round Table

Dalam pasukan pelajar menulis respon kepada masalah dalam kertas masingmasing.
Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap
ahli pasukan dapat menambah/membetulkan apa yang ditulis.

10. Spin-N-Think

Kadbod yang ada anak panah dan boleh dipusing digunakan untuk menentukan
giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji

11. Talking Chips

Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap
dan memberi pendapat
Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberi
peluang

12. Jigsaw Problem Solving

Dalam pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada masalah
dengan bergerak kepada kumpulan lain.

13. Mix-N-Match

Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan/perkara yang boleh dipadankan


dengan bahan yang ada pada dirinya

14. Trade-A-Problem

Pasukan membina masalah/soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk


dicari penyelesaian

15. Team Stand-N-Share

Ahli pasukan berdiri


Guru/rakan lain memberi soalan
Pasukan hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan/pendapat
dengan pasukan lain

20

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

16. Find the Fib/Guess the Fib

Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu yang
sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah salah
Ahli lain diminta mencari yang mana yang salah

17. Line Ups

Dalam pasukan berempat pelajar membuat barisan


Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi
Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak
setuju

18. Formations

Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untuk menunjukkan


kesepakatan

19. Window Pane


Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada carta/papan hitam
Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi
konsep/perkara tersebut
20. Showdown

Setiap ahli pasukan menulis satu jawapan /penyelesaian kepada masalah


Pada masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak
Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan

21. Lyrical Lessons

Pasukan tulis lirik /nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak

22. Timed Pair Share

Secara pasangan, Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian dalam masa


yang ditetapkan dengan Pelajar 2
Kemudian tukar peranan

23. Stir- the- Class

Pasukan duduk dalam bulatan


Membincangkan jawapan untuk menyelesai masalah
Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan
persetujuan
Bila loceng dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk
soalan yang berikutnya

21

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

24. Team Word-Web

Pelajar tulis topik di tengah-tengah kertas mahjong


Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang
berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka

25. Mendeklamasi sajak/ menyanyi lagu

Seorang pelajar mendeklamasikan baris pertama sajak atau menyanyi lagu


Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya
Akhirnyna bersama-sama mendeklamasi /menyanyi bersama-sama dalam harmoni

26. Paraphrase Passport

Pelajar hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang jawapan
kawan sebelumnya

27. Mix-Freeze Group

28.

Pelajar membentuk pasukan mengikut arahan guru


Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan,
diletakkan dalam Lost and Found

Think-Pair-Share

Guru kemukakan masalah kepada ahli pasukan


Setiap ahli diberi masa untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli
pasukan yang lain secara berpasangan
Semua ahli Pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah

29. Roam the Room

Dengan isyarat guru , murid secara individu bergerak untuk melihat hasil
perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan
Apabila guru beri isyarat kedua, semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam
pasukan apa yang dipelajari dari rakan/pasukan lain

30. Gallery Tour

Seperti di atas tetapi mereka bergerak secara pasukan


Hasil pasukan lain ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain
melihat/membacanya
Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya pasukan
yang datang melawat boleh beri komen atau pengukuhan hasil kerja mereka
Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk
melihat stesen lain pula
Setelah kembali semula ke pasukan asal, ceritakan/laporkan
pembelajaran/pengalaman yang diperolehi

22

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

31. Three Stray, One Stay

Tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain
Seorang tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain dan untuk menjelaskan
kedudukan /hasil kerja pasukannya
Bila selesai Murid 2 pula tinggal dan jalankan tugas di atas
Kemudian Murid 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya.

32. Rotating Review

Pasukan bincang topik


Buat carta/pengurusan grafik
Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri pendapat
tentang hasil perbincangan kumpulan itu
Buat carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu
Begitulah seterusnya

33. The Yarn Yarn

Setiap kali seorang ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk dililit di tangan
Akhirnya kumpulan dapat tahu siapa yang lebih memberi pendapat/idea

34. Kinesthetic Symbols

Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan
pelajaran

35. Team Statements

Pelajar berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan


individu
Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang
dipersetujui semua

36.. Who am I ?

Setiap orang pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di belakang
baju)
Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain
tentang identiti masing-masing.
Rakannya hanya boleh menjawab ya atau tidak
Apabila identiti diperolehi hasil dari klu jawapan yang diberi rakan, individu tersebut
boleh menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum mengenalpasti
identitinya

23

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

37. Stages Share

Pelajar buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan lebih
lanjut akan idea tersebut, mencatat initial mereka
Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang bijak (yg menulis initial
tadi) untuk kefahaman lebih lanjut tentang ideanya

38. Traveling File

Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya ada soalan, kes atau
masalah untuk dibincangkan
Selepas 10-15 minit soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail
dan diedarkan kepada pasukan lain
Setiap pasukan yang mendapat fail baru dari pasukan lain dikehendaki membaca
soalan dan jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah,
dihurai dan disunting.
Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3 Traveling File, soalan-soalan dan
jawapan-jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan.

39. Team Interview

Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan
maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi (sambil berdiri)

40. Team Project

Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan,


membentuk pasukan sorak ( team cheers), logo pasukan dan warna pasukan

41. Value Lines

Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga yang
terendah dalam aspek kehidupan seharian seperti keselamatan famili, keamanan
dunia, keseronokan hidup
Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murni berdasarkan
keutamaannya seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lainlain
Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk menilai hasil kerja mereka

42. Find-Someone-Who

Pelajar dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti


rancangan televisyen yang digemari, makanan kegemaran, ataupun pelajar diberi
lambaran kerja yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya
daripada rakan sekelasnya yang tahu

43. Rotating Review

24

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik , kemudian mencatatkannya di kertas


sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing
Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat
penilaian hasil kerja setiap pasukan
Setiap ahli pasukan boleh membuat komen,tambahan idea atau persoalan pada
kertas berkenaan dengan menggunakan warna pen yang berbeza

44. Three-Step Interview

Empat orang pelajar dalam satu pasukan


Langkah 1 : Secara berpasangan seorang pelajar menjadi penemuduga dan
seorang lagi yang ditemuduga
Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan di atas
Langkah 3 : Setiap pelajar secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilalui
semasa temuduga dengan ahli pasukan yang lain

45. Two-Box Induction

Diwujudkan 2 kategori iaitu contoh dan bukan contoh


Fasilitator beri ransangan
Ahli pasukan berbincang secara Round Table untuk wujudkan hipotesis
Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah
dipersetujui oleh semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut

RUJUKAN
Bandura, A. (1977). Self-efficacy: Toward a unifying theory of behavioral change.
Psychological Review, 84. 191-215.
Duun, R & Dunn, K. (1978), Teaching students through their individual learning
styles: A practical Approach. Reston, Virginia: Reston Publishing.
Johnson, D & Johnson, R (1985) Learning together and alone:
Cooperation, competition and individualization, Englewoods Cliffs, NJ : Prentice Hall
Howard Gardner. (1999). Intelligence reframed: Multiple intelligences for the 21st
century. New York:Basic Book publication.
Kagan, S. (1994). Cooperative learning. San Clemente, CA.1 (800) WEE CO-OP.
Kamus Dewan (1998). Edisi baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Knowles, M. (1984). Andragogy in Action. San Francisco: Jossey-Bass
Pusat Perkembangan Kurikulum. (1999). Buku pencapaian guru projek kajian
masa depan. Kementerian Pendidikan Malaysia.

25

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).


Kementerian Pendidikan Malaysia.
Slavin, Robert. (1970) Cooperative learning: Theory, research and practice,
Englewoods Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Shahabuddin Hashim, Shahabuddin bin Hashim, Rohizani binti Yaakub & Mohd.
Zohir bin Ahmad. (2007). Pedagogi: Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan.
Kuala Lumpur: PTS Professional.

FASA:

26

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

TARIKH:
TAJUK:

5.3 Bimbingan dan Penyeliaan

MASA:

9 jam

Objektif:
Setelah mengikuti Sub unit 5.3 ini, pensyarah dapat:
1.

memahami konsep dan proses pelaksanaan praktikum, kokurikulum dan Bina Insan
Guru.

2.

memahami struktur praktikum, kokurikulum dan Bina Insan Guru.

3.

memahami bentuk bimbingan dan penilaian bagi praktikum, kokurikulum serta Bina
Insan Guru.

Pengenalan
Tugas pensyarah merangkumi pelaksanaan P&P, praktikum, kokurikulum dan BIG. Kokurikulum
dan BIG merupakan kursus wajib yang perlu diikuti oleh semua pelajar IPGKPM manakala
praktikum (amalan profesional) merupakan kursus teras.
Perincian Aktiviti dalam sub unit ini dibahagikan kepada dua aktiviti yang berasingan.
i.

Bimbingan dan Penyeliaan Praktikum (4 jam)

ii.

Bimbingan dan Penyeliaan Kokurikulum dan Bina Insan Guru. (5 jam)

27

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

PERINCIAN AKTIVITI: Bimbingan dan Penyeliaan Praktikum (4 jam)


LANGKAH/ MASA
Langkah 1
(60 minit)

AKTIVITI
Fasilitator memberi input tentang

STRATEGI
Rujuk
nota
yang
dibekalkan
Praktikum (amalan Profesional) dari
(modul
praktikum
segi:
NKRA)

Matlamat

Objektif

Struktur praktikum

Penilaian

Penyeliaan bersama

Pencerapan klinikal

Prosedur pelaksanaan
praktikum

Langkah 2

Peserta diberi satu video pengajaran

(60 minit)

dan

pembelajaran.

Peserta

Video P&P

diminta

mengutip data untuk penilaian P&P Borang PR1


berdasarkan

prinsip

Pencerapan

Klinikal.

senarai semak
lakaran

(Aspek yang hendak dinilai bergantung


kepada fasilitator: contoh:
kawalan kelas, penyoalan, hubungan
Langkah 3

guru-murid.)
Pembentangan oleh peserta.

(60 minit)
Langkah 4

Fasilitator

(60 minit)

pembentangan peserta dan rumusan

wakil kumpulan
membuat

berhubung

praktikum

keseluruhannya.

1.

Pembentangan

Praktikum (Amalan Profesional)

28

rumusan
secara

oleh

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG


1.1

2012

Pengenalan
Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program

pendidikan guru. Latihan praktik di lapangan memberi peluang kepada pelajar untuk
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi
sebenar di bilik darjah atau sekolah. Program ini sebagai landasan untuk pelajar untuk
mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diterima semasa pengajian. Selain program ini
memberi tumpuan kepada proses P&P, ia juga merupakan perkongsian pintar dan
permuafakatan antara agensi-agensi dalam KPM seperti JPN, PPD, sekolah dan IPG KPM
untuk melahirkan guru permulaan yang profesional dan berkesan.

1.2

Matlamat
Praktikum (Amalan Profesional) membolehkan pelajar menguasai dan mengamalkan

segala konsep, prinsip, teori, kemahiran dan nilai yang diperlukan oleh seseorang insan guru
yang profesional. Ia juga membantu meningkatkan perkembangan potensi pelajar supaya
mempunyai daya ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah.

1.3

1.4

Objektif
1.3.1

Menyepadukan teori & amali p&p

1.3.2

Mengaplikasikan pelbagai strategi & kemahiran p&p

1.3.3.

Merancang & melaksanakan p&p secara berpasangan & individu dgn bimbingan

1.3.4

Mengenal pasti & menyelesaikan masalah p&p

1.3.5

Memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri serta menghayati & mengamalkan
nilai profesion keguruan

1.3.6

Memperkembangkan potensi diri sbg pendidik melalui pembinaan portfolio dgn


mengamalkan refleksi & penilaian kendiri dlm semua aspek tugas

1.3.7

Mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dlm pembestarian proses p&p

1.3.8

Menguasai kemahiran pemudahcaraan; dan

1.3.9

Menguasai pelbagai strategi, perancangan & pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

Struktur Praktikum

29

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

(rujuk Buku Panduan Praktikum / Garis Panduan Amalan Profesional PISMP)


1.5

Penilaian
Penilaian dalam praktikum dilaksanakan dalam bentuk:
Portfolio
Penulisan jurnal
Refleksi/ Pemikiran reflektif
Penilaian bersama (PR2)
Penilaian borang PR1 dan PR 2

1.6

Penyeliaan Bersama
Penyeliaan terakhir bersama guru pembimbing di mana markah terakhir ditentukan bagi

pelajar tersebut berdasarkan kepada penilaian dalam borang PR 1 dan PR 2.


1.7

Pencerapan Klinikal
Pencerapan klinikal merupakan proses penyeliaan yang merangkumi pra pemerhatian,

pemerhatian pengajaran secara langsung, pengumpulan data dari pemerhatian, penganalisisan


tingkah laku mengajar dan aktiviti untuk meningkatkan mutu pengajaran.
Pencerapan

klinikal

memperbaiki

kelemahan

pengajaran/pembelajaran

memperkembangkan potensi serta kemahiran.

Langkah-langkah dalam Pencerapan klinikal:

1.8

1.7.1

Sidang prapemerhatian

1.7.2

Pemerhatian

1.7.3

Analisis

1.7.4

Sidang pasca pemerhatian

1.7.5

Analisis sidang pasca pemerhatian

Prosedur pelaksanaan praktikum


(Sila rujuk Prosedur Kualiti IPG KPM-PPK-PT05 dan Lampiran MS ISO
9001:2008)

30

dan

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

PERINCIAN AKTIVITI: Bimbingan dan Penyeliaan Ko Kurikulum dan Bina Insan Guru (5
jam)
Langkah/ Masa
Langkah 1

Aktiviti
1. Peserta dibekalkan dengan

Strategi
Pendekatan

(40 minit)

maklumat tentang kokurikulum.

share

2. Peserta diminta membincangkan

penyediaan peta minda

think-pair-

konsep dan matlamat Kokurikulum


menggunakan pendekatan think-pairshare
3. Peserta diminta membentangkan
dapatan perbincangan kumpulan.
Langkah 2

4. Rumusan oleh fasilitator


1. Peserta diminta membincangkan

Perbincangan

(40 minit)

perbezaan strategi pelaksanaan

kumpulan.

kokurikulum di sekolah dan di IPG

gallery walk.

Matlamat

Objektif

strategi

dalam

2. Pembentangan oleh peserta


Langkah 3

3. Rumusan oleh fasiliator.


Peserta sekali lagi diberikan

(40 minit)

pendedahan tentang struktur dan

input oleh fasilitator

penilaian kokurikulum serta lampiranlampiran berkaitan pelaksanaan


Langkah 4

kokurikulum (MS ISO) LAM PT05-07


1. Peserta diberikan tugasan.

Hasil tugasan dibuat

(70 minit)

Mereka diminta merancang aktiviti yang

dalam bentuk power

sesuai berdasarkan Gerko (Sukan, Unit

point untuk dibentang

Beruniform/ Persatuan/ Permainan)

dan dibincangkan.

yang dipegang di IPG sekarang. Aktiviti


yang dirancang perlu merangkumi
semua aspek kemahiran yang
diperlukan dalam Gerko.
2. Pembentangan oleh peserta.
Langkah 5

3. Rumusan oleh fasilitator.


1. Fasilitator memberi input tentang

31

Nota

dibekalkan

dan

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG


(40 minit)

2012

Program Bina Insan Guru (BIG) dari

video pelaksanaan BIG

segi:

ditunjukkan

matlamat

domain kandungan

kepada

peserta.

Langkah 6

struktur pelaksanaan
1. Peserta diminta menyenaraikan

perbincangan kumpulan.

(50 minit)

aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan

Tugasan perlu dibuat

berdasarkan 6 domain kandungan BIG.

dalam bentuk peta

2. Peserta diminta membuat refleksi

minda

berdasarkan aktiviti yang dirancang dan


mengaitkannya dengan falsafah
Pendidikan Guru.
3. Pembentangan dibuat dan rumusan
Langkah 7

oleh fasilitator.
Fasilitator membuat rumusan

(20 minit)

keseluruhan tajuk yang dibincangkan

Ujian pos

Peserta diberi ujian pasca dan analisis


dijalankan.

2.

Kokurikulum

2.1

Pengenalan
Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, kegiatan

kokurikulum bermaksud segala aktiviti luar bilik darjah yang dilakukan oleh murid-murid
sekolah. Aktiviti ini merupakan lanjutan kegiatan kurikulum yang diajar dalam bilik darjah. Ini
memperkukuhkan lagi kefahaman murid dalam segala bidang ilmu pengetahuan, kemahiran,
nilai-nilai, dan norma yang diperoleh untuk melengkapkan diri mereka bagi menghadapi
cabaran hidup.
Kokurikulum mempunyai tiga komponen iaitu, Persatuan, Unit Beruniform dan Sukan.
Semua murid sekolah diwajibkan menyertai dalam sekurang-kurangnya satu jenis aktiviti dalam
setiap komponen (Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/85).

Matlamat dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk mewujudkan suatu bangsa


bercorak Malaysia yang bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini akan dapat dicapai jika
generasi muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna.

32

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

Pendidikan yang seimbang dan sempurna sentiasa memberi penekanan kepada keduadua aspek iaitu akademik dan gerak kerja kokurikulum. Ini bermakna seseorang pelajar
itu diberi pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal dan spiritual.
(YB Dato Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi, 1985)
Di peringkat IPGK, kokurikulum mempunyai sukatan pelajaran yang teratur dan
tersendiri untuk semua komponen. Penilaian dalam komponen-komponen kokurikulum
dikendalikan mengikut spesifikasi penilaian yang sedia ada untuk setiap komponen.

2.2

Matlamat Kokurikulum
Matlamat utama kokurikulum adalah untuk membentuk warganegara yang produktif,

patuh kepada perlembagaan negara dengan cara menyemai kesedaran dan kepatuhan kepada
negara serta meningkatkan kepercayaan kepada tuhan.

2.3

Objektif kokurikulum di IPGK:

Membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran


untuk mengendalikan aktiviti kokurikulum (Persatuan, Unit Beruniform dan Sukan di
sekolah;

Menguasai aspek pengurusan dan kepemimpinan untuk membolehkan pelajar


merancang, mengurus dan melaksanakan semua aktiviti kokurikulum;

Membentuk sahsiah bersepadu melalui penghayatan nilai-nilai murni;

Mewujudkan sifat kepimpinan dan membina daya pemikiran yang tajam, inovatif,
kreatif, serta daya tahan dalam menghadapi tugas, dan

Melahir dan mengembangkan bakat, potensi dan kepimpinan pelajar dalam


kegiatan sosial, kebudayaan dan khidmat masyarakat ke arah usaha mencapai
matlamat integrasi, perpaduan negara dan masyarakat penyayang

Adalah menjadi tanggungjawab semua pensyarah penasihat kokurikulum untuk menunjukkan


sikap positif dan mengambil initiatif untuk mengendalikan aktiviti kokurikulum secara kreatif bagi
memperluaskan pengetahuan, kemahiran, nilai dan potensi bakal guru.
2.4

Struktur kokurikulum
(Sila rujuk kepada Buku Panduan Kokurikulum).

2.5

Penilaian dalam kokurikulum

33

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

Penilaian dalam kokurikulum dijalankan dalam bentuk:

Ujian bertulis

Amali kemahiran

Amali - perkhemahan

Folio

(Sila rujuk spesifikasi penilaian kokurikulum untuk maklumat terperinci).

2.6

Prosedur pelaksanaan kokurikulum


(Sila rujuk Prosedur Kualiti IPG KPM-PPK-PT05 dan Lampiran MS ISO
9001:2008)

3.

Bina Insan Guru (BIG)

3.1

Pengenalan
Program Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar pra perkhidmatan ( PISMP, DPLI,

KDPM dll). Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus. Melalui
aktiviti yang dirancang pelajar dapat mengenal diri (real self) dan mampu mengaplikasikan
pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru
secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan
sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi agar sentiasa bersedia dan mampu menangani
pelbagai cabaran pendidikan serta arus globalisasi. Pelaksanaan BIG lebih menekankan
kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar
dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan.

3.2

Matlamat
Program ini bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan

akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi, serta aura
keguruan yang selaras dengan prinsip rukun negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

34

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG


3.3

2012

Domain Kandungan
Pembangunan ciri-ciri dan kualiti insan guru melalui BIG dilaksanakan berasaskan

kepada 6 domain seperti di bawah:


3.3.1

Kerohanian dan akhlak keguruan

3.3.2

Berilmu, beramal dan berbakti

3.3.3

Berakauntabiliti dan amanah

3.3.4

Berdayatahan yang tinggi

3.3.5

Berjiwa merdeka dan perkasa

3.3.6

Kreatif dan Inovatif

3.4

Struktur pelaksanaan

3.4.1

Program DPLI
Program BIG dilaksanakan pada awal pengajian (semester 1) dalam bentuk
perkhemahan 4 hari 3 malam.

3.4.2

PISMP
Program BIG dilaksanakan sepanjang tempoh pengajian Tahun 1 hingga Tahun 3

(semester 1 6). Struktur pelaksanaan keseluruhan kurikulum BIG adalah seperti dalam jadual
di bawah:

Jadual: Struktur pelaksanaan BIG PISMP


Bil.

PROGRAM / AKTIVITI

Tahun 1
S1
S2

Perkhemahan 1 (4H+3M)

Aktiviti Kemasyarakatan

Lawatan bench-marking

Kursus/Bengkel/Seminar

Perkhemahan 2 (3H+2M)

X
X

Tahun 2
S3
S4

Tahun 3
S5
S6

10j

10j

X
45j

10j

10j

35j

RUJUKAN
Bahagian Pendidikan Guru. (2007). Program Sarjana Muda Perguruan Dengan
Kepujian Institut Pendidikan Guru Malaysia: BINA INSAN GURU.

35

MODUL PROGRAM INDUKSI PENSYARAH IPG

2012

Bahagian Pendidikan Guru. (2009). Garis Panduan Amalan Profesional Program


Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian.
Bahagian Pendidikan Guru. (2010). Garis Panduan Praktikum: Latihan Perguruan
PraPerkhidmatan.
Bahagian Pendidikan Guru. (2010). Garis Panduan Internship: Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan.
Bahagian Pendidikan Guru. (2011). Modul Praktikum NKRA.
Majlis Kokurikulum IPBMM. (2008). Buku Panduan Kokurikulum.

SOALAN PRA DAN PASCA


Perhatian: Soalan ini dikemukakan kepada peserta pada awal dan akhir modul ini
dilaksanakan. Soalan 10 hanya diberikan pada akhir pelaksanaan modul.
1.

Terangkan apa yang anda faham tentang istilah pedagogi?

2.

Sila nyatakan dua pendekatan yang pernah anda gunakan dalam P&P dan terangkan
lima kelebihan bagi kedua-dua pendekatan tersebut?

3.

Apa yang anda faham tentang Reka bentuk kurikulum?

4.

Nyatakan makna kecerdasan pelbagai dan senaraikan jenis-jenis kecerdasan pelbagai


yang anda tahu.

5.

Huraikan tiga sebab mengapa pensyarah mesti memahami kecerdasan pelbagai.

6.

Apa yang anda faham tentang kreativiti dan Inovasi? Bagaimanakah aspek kreativiti
dan inovasi menjadikan P&P lebih berkesan?

7.

Nyatakan komponen-komponen dalam kokurikulum dan BIG.

8.

Pada pendapat anda, mengapakah bakal guru mesti tahu tentang konsep dan matlamat
kokurikulum?

9.

Apakah peranan pensyarah dalam bimbingan dan penyeliaan dalam praktikum?

10.

Apakah pendapat anda tentang keseluruhan (post)

kursus Induksi pensyarah

peringkat 2 ini? (dijawab pada akhir pelaksanaan modul ini)

36

Anda mungkin juga menyukai