Anda di halaman 1dari 26

1

Bab 1: Pengenalan

B
Baabb 11::
P
PEEN
NGGE
ENNA
ALLA
ANN

KANDUNGAN
Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Teori Pembelajaran
Bab 3: Reka bentuk dan Teori Instruksional
Bab 4: Kerangka e-Pembelajaran
Bab 5: Reka Bentuk Teknologi
Bab 6: Reka Bentuk Kandungan
Bab 7: Reka Bentuk Pembelajaran
Bab 8: Teknologi Audio-Visual & Digital dalam Bilik Darjah
Bab 9: Integrasi Teknologi di Sekolah
Bab 10: Teknologi di Sekolah Malaysia

Setelah selelsai Bab ini, anda boleh:


Menjelaskan maksud teknologi instruksional
Mengesan perubahan perkembangan konsep teknologi
instruksional
Mengenal pasti apa yang dilakukan oleh pakar teknologi
Mengesan sejarah perkembangan teknologi instruksional
Mengenal pasti beberapa perkembangan yang mempengaruhi
teknologi instruksional

1.1 Mukadimah 1.6 Teknologi instruksional 1900


1.2 Apakah teknologi hingga 1960
instrusksional? 1.7 Teknologi instruksional 160
1.3 Perubahan konsepsi hingga 1980
teknologi instruksional 1.8 Teknologi instruksional
1.4 Teknologi instruksional 1980 dan seterusnya
sebelum 1400 Perkataan Penting
1.5 Teknologi instruksional 1400 Ringkasan
hingga 1900 Rujukan
2
Bab 1: Pengenalan

1.1 MUKADIMAH

Bab ini membincangkan pengertian teknologi instruksional dengan memberi


tumpuan kepada definisi yang disediakan oleh The Association for Educational
Communication and Technology(AECT). Juga dibincangkan perubahan konsepsi
teknologi instruksional dalam empat zaman atau archetypes. Sejarah perkembangan
teknologi instruksional bermula dari zaman purba dan telah berkembang menjadi
satu displin yang mantap dengan kemasukan teknologi komputer dan Internet

1.2 APAKAH TEKNOLOGI INSTRUSTIONAL?

Mari kita mula dengan mendefiniskan dua perkataan


yang terkandung dalam teknologi instruksional.
Apakah instruksi?

Good (1959) mendefinisi instruksi sebagai


penyediaan aktiviti, bahan dan keadah untuk
memudahkan pembelajaran manakala

Moore (2002) mendefiniskan instruksi


sebagai langkah yang diambil oleh seseorang
untuk membantu seorang lain untuk membina
potensinya ke peringkat maksimum.

Heinich (2004) melihat instruksi sebagai satu organisasi maklumat dan


persekitaran (lokasi, media dan kaedah) yang disusun dengan tujuan
memudahkan pembelajaran

Apakah Teknologi? Galbraith (1967) mentakrifkan teknologi sebagai "the systematic


application of scientific or other organised knowledge to practical tasks (ms 12).

Kata kunci dalam takrifan ini ialah "aplikasi sistematik pengetahuan kepada tugas
praktikal" yang membayangkan bahawa teknologi tidak terhad kepada penggunaan
objek fisikal seperti mesin, perkakasan atau peralatan untuk "tugas-tugas praktikal"
tetapi juga termasuk aplikasi proses seperti teknik, kaedah dan prosedur untuk "tugas-
tugas praktikal" (Saettler, 1968). Dengan lain perkataan teknologi instruksional adalah
aplikasi teknologi (objek dan proses) untuk memudahkan proses pembelajaran.

Mari kita meneliti pula beberapa definisi teknologi instruksional dan bagaimana ia
telah berubah dan perkembang sejak beberapa tahun terkemudian. Sebelum itu, kita
harus jelas dengan istilah teknologi instruksional atau teknologi pengajaran dan
teknologi pendidikan yang digunakan secara bertindih. Apakah perbezaan antara
teknologi pendidikan dan teknologi instruksional/pengajaran? Untuk mengelakkan
kekeliruan, teknologi pendidikan teknologi pengajaran atau teknologi instruksional
3
Bab 1: Pengenalan

akan digunakan silih berganti dalam bab ini. Istilah tersebut membawa maksud yang
sama.

Encyclopaedia Teknologi Pendidikan (2008) mentakrifkan teknologi


pendidikan sebagai suatu proses yang sistematik dan berulang untuk mereka
bentuk instruksi atau latihan agar dapat meningkatkan prestasi. Ia bertujuan
untuk menggalakkan penggunaan sistem, persekitaran, alat, produk, dan
strategi yang bijak untuk meningkatkan pembelajaran dan kecekapan manusia

Gagne, Briggs & Walter (1988) mendefinisikan teknologi instruksional


sebagai satu bidang yang mengandungi dua komponen, iaitu perancangan dan
pembangunan instruksional yang sistematik. Ia adalah aplikasi teori dan lain-
lain ilmu dalam pembangunan dan pelaksanaan pengajaran.

Molenda, Pershing & Reigeluth (1996) mentakrifkan teknologi pengajaran


sebagai satu profesion di mana pengetahuan sains instruksional dan seni
pengajaran, yang diperoleh daripada kajian dan pengalaman, digunakan untuk
membangun dan mengurus, secara ekonomi dan berkualiti, bahan-bahan
pengajaran dan sistem yang menyumbang kepada penyediaan persekitaran
pembelajaran yang berkesan untuk memajukan pencapaian pelajar.

Pada tahun 1972, Jawatankuasa Definisi dan Istilah Persatuan Komunikasi


Pendidikan dan Teknologi (AECT) yang dipengerusikan oleh Donald P.
Ely, mentakrifkan teknologi pendidikan sebagai bidang yang terlibat dalam
memudahkan proses manusia belajar menerusi proses kenalpasti,
pegembangan, organisasi dan penggunaan pelbagai bahan pembelajaran serta
menguruskan proses tersebut.

Reka Bentuk

Pembangunan

TEKNOLOGI
INSTRUKSIONAL Penilaian

Penggunaan

Pengurusan

Rajah 1.1 Lima Domain Teknologi Instruksional dalam Definisi AECT


4
Bab 1: Pengenalan

Pada tahun 1994, Seels dan Richey bersama Jawatankuasa Istilah dan Definisi
Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan (AECT) mentakrifkan
teknologi pengajaran sebagai aplikasi teori pembelajaran dan teknologi baru
dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan prestasi. Elemen utama yang
terkandung dalam definisi adalah spesifikasi lima domain asas, yang
menerangkan pengetahuan asas dan fungsi yang dilakukan oleh golongan
profesional. Domain ini adalah reka bentuk, pembangunan, penggunaan,
pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk menghasilkan
pembelajaran. (Lihat Rajah 1.1).

REKABENTUK: Rekabentuk adalah proses menentukan syarat untuk pembelajaran.


Domain ini merupakan sumbangan terbesar teori teknologi pengajaran kepada
bidang pendidikan yang lebih besar. Tujuan reka bentuk adalah untuk menghasilkan
strategi dan produk bersekala besar seperti sesuatu program pengajian dan
kurikulum, serta yang berskala kecil, seperti satu unit pelajaran atau modul
pembelajaran. Sebagai contoh, aplikasi teori pengajaran dan pembelajaran untuk
reka bentuk kursus atau kurikulum sekolah, analisis ciri-ciri pelajar dan konteks
pembelajaran (Persekitaran fizikal, keperluan, tugasan), perancangan strategi
pengajaran, dan interaksi manusia-komputer /reka bentuk antara muka untuk
memudahkan pembelajaran.

PEMBANGUNAN: Pembangunan adalah proses menterjemahkan spesifikasi reka


bentuk ke dalam bentuk fizikal. Domain pembangunan merangkumi pelbagai
teknologi yang digunakan dalam pengajaran. Ia tidak terasing daripada teori dan
amalan yang berkaitan dengan pembelajaran dan reka bentuk. Ia juga berkaitan
dengan pengurusan, penilaian, atau penggunaan. Pada asasnya, domain
pembangunan mencakupi mesej yang terdapat dalam kandungan, strategi
pengajaran yang berasaskan teori P & P dan manifestasi fizikal teknologi seperti
perkakasan, perisian dan bahan-bahan pengajaran. Oleh yang demikian, teknologi
cetak, teknologi audiovisual, teknologi berasaskan komputer, dan teknologi
bersepadu (seperti multimedia interaktif), boleh dibangunkan untuk tujuan
pengajaran jika proses pembangunan adalah berasaskan teori dan reka bentuk
instruksional. Pembangunan teknologi instruksional mungkin tidak lengkap jika
proses itu tidak didasarkan kepada teori.

PENGGUNAAN: Penggunaan adalah tindakan menggunakan proses dan sumber


untuk pembelajaran. Mereka yang terlibat dalam penggunaan adalah
bertanggungjawab untuk menyesuaikan pelajar dengan bahan dan aktiviti
pembelajaran, menyediakan pelajar untuk berinteraksi dengan bahan-bahan terpilih
dan aktiviti, memberi bimbingan semasa pembelajaran, menyediakan penilaian
keputusan, dan menggabungkan domain penggunaan ini ke dalam prosedur
organisasi secara berterusan.

PENGURUSAN: Pengurusan melibatkan kawalan teknologi pengajaran melalui


perancangan, penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan. Individu dalam bidang ini
5
Bab 1: Pengenalan

kerap dipanggil untuk menyediakan pengurusan dalam pelbagai keadaan dan


persekitaran. Seorang pakar teknologi instruksional mungkin terlibat dengan usaha
seperti pengurusan projek pembangunan pengajaran atau pengurusan pusat sumber
sekolah. Matlamat sebenar untuk aktiviti pengurusan mungkin berbeza mengikut
keadaan, tetapi kemahiran asas pengurusan masih kekal tanpa mengira persekitaran.

PENILAIAN: Penilaian adalah proses menentukan keupayaan dan kejayaan


pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan penentuan kualiti, keberkesanan atau
nilai program, produk, projek, proses, objektif atau kurikulum. Sebagai contoh,
seorang pakar teknologi pengajaran mungkin bekerja sebagai perunding, mengenal
pasti jurang antara penilaian dan hasil pembelajaran sebenar untuk sesuatu program
atau produk dan mencadangkan perubahan dan penambahbaikan.

AKTIVITI
a) Jelaskan apakah yang dimaksud oleh Galbraith dalam
ungkapan teknologi "as the systematic application of
scientific or other organised knowledge to practical
tasks
b) Bandingkan ciri-ciri lima domain teknologi instruksional
dalam takrif yang disediakan oleh ACET 1994

1.3 PERUBAHAN KONSEPSI TEKNOLOGI PENGAJARAN /


PENDIDIKAN

Sebelum menjejaki sejarah teknologi pengajaran, marilah


kita mengkaji bagaimana penekanan dan fokus Archetype disebut
pengajaran telah berubah dalam 100 tahun yang lalu. sebagai arch-taip.
Tow dan Phillips (1982) mengesan perubahan konsep
teknologi pendidikan menggunakan pola atau archetypes yang telah dikenal pasti oleh
Davies (1978), pakar psikologi terkenal dan teknologi pengajaran. Davies (1997)
mengenal pasti tiga jenis archetypes manakala Phillips (2001) menambah satu lagi
archetype untuk menjelaskan perkembangan ini. Archetype adalah adalah pola asal
atau model di mana semua perkara adalah berdasarkan kepada jenis yang sama.

Teknologi Pendidikan 1 (ET1): Archetype atau Pola Pandang Dengar


ET1 memberi tumpuan kepada penggunaan mesin, peralatan dan lain-lain alat
bantuan mengajar. Pada dasarnya pendekatannya adalah kepada perkakasan untuk
pendidikan. Tumpuan pengajaran adalah tumpuan guru. "Teknologi dilihat sebagai
satu cara untuk menjenterakan atau mengautomasikan proses pengajaran
6
Bab 1: Pengenalan

menggunakan peralatan yang boleh menyampai,


mengukuh, mengedar dan merakam agar dapat
menghasilkan bahan rangsangan pengajaran
boleh meningkatkan impak guru serta
meluaskan potensi pelajar (Davies, 1978, ms.
13).

Davies mengaitkan model ET1 in sebagai


archetype pandang dengar yang dibangunkan
pada tahun 1930-an dan menjadi lebih ketara
selepas Perang Dunia II.

Ia melihat perkakasan pandang dengar sebagai membantu persembahan kelas,


meningkatkan demonstrasi dengan memberi akses kepada realiti atau simulasi realiti
yang guru sendiri tidak mampu untuk menyediakan atau menyelesaikan masalah
logistik. Sebagai contoh, penggunaan CCTV sebagai penyelesaian kepada masalah
bilangan pelajar yang besar. Pendekatan ET1diguna pakai sedikit demi sedikit dan
tidak selaras dan akibatnya sering tidak sepadan dengan amalan sistematik mengikut
takrif teknologi pendidikan yang diberikan sebelum ini.

Teknologi Pendidikan 3 (ET3): Archetype atau Pola Kejuruteraan


ET2 adalah berkaitan dengan aplikasi prinsip sains tingkah laku untuk meningkatkan
pembelajaran. Walaupun perkakasan digunakan, tumpuan adalah terhadap pelajar dan
pembelajaran supaya ia boleh
diistilahkan sebagai pendekatan
perisian. "Teknologi dilihat sebagai
satu cara untuk menyediakan
kemahiran untuk mereka bentuk
pengalaman baru atau
mengemaskini pengalaman
pembelajaran semasa. Mesin dan
mekanisme dilihat semata-mata
sebagai instrumen persembahan atau
transmisi" (Davies, 1978, ms 13).
Pendekatan ini mula dibangunkan
dalam program pengajaran
terancang di awal tahun 1960-an Rajah 1.2: Contoh Model Pendekatan Sistem
sebagai hasil kerja pelaziman operan
Dalam Archetype Kejuruteraan
oleh Skinner.

Ia pertama kali digunakan untuk proses mereka bentuk bahan yang mengandungi
urutan kandungan yang perlu dipelajari satu langkah pada satu masa (Rajah 1.2).
Kemudian aplikasi telah diperluas untuk meliputi kurikulum dan pembangunan kursus
(Kita akan membincangkan beberapa model bentuk sistem ini secara terperinci
dalam Bab 3)

Berdasarkan pendekatan kejuruteraan ia mengambil bentuk satu siri langkah-langkah


yang perlu diikuti yang bermula dengan mengenal pasti matlamat instruksi dan
7
Bab 1: Pengenalan

penentuan objektif pengajaran, dikuti dengan pemilihan strategi pengajaran dan


sumber dan penilaian pengajaran. Maklum balas adalah sebahagian daripada proses
tersebut.

Teknologi Pendidikan 3 (ET3): Archetype/Pola Penyelesian Masalah


ET3 menggabungkan ET1 dan ET2 tetapi tidak mengekalkan urutan tetap prosedur
ciri ET2. "Ia menolak pembangunan instruksional secara sistematik (iaitu prosedur
langkah-demi-langkah, mekanikal atau mekanistik) sebagai satu-satunya cara
membina bahan secara linear atau urutan, memihak pendekatan sistemik (iaitu
organik bukannya mekanistik) menetapkan prosedur dengan memberi tumpuan yang
lebih mendalam mengenai proses serta produk pengajaran dan pembelajaran. ET2
menggunakan konsep analisis sistem pendidikan,
dan bias terhadap keperluan individu serta agak
lebih berat ke arah kumpulan atau pasukan dalam
mana individu memainkan peranan"(Davies, 1978,
ms,14). Oleh itu, ET3 pada asasnya menekankan
pendekatan sistemik terhadap pendidikan.
Pendekatan sistemik digunakan sama ada di
peringkat perancangan pengajaran, membangunkan
kurikulum atau sesuatu program pengajian di
seluruh institusi, pendekatan ini cuba menentukan
sempadan bagi sistem yang dipertimbangkan dan
mengambil kira semua faktor-faktor yang terlibat.

Faktor-faktor ini melibatkan pelbagai aspek seperti pertimbangan etika nilai-nilai


yang dianggap penting untuk menyemai dasar dan keperluan masyarakat. Justru
pendekatan ini dikatakan menyeluruh, bersepadu dan humanisme. Namun ET3 masih
menggunakan perkakasan dan perisian yang berkaitan dengan ET1 dan ET2,
pendekatan adalah jelas lebih fleksibel dan menyeluruh daripada dua teknologi ini.
Oleh itu, pendekatan ini menyediakan satu lagi perkembangan dalam konsep
teknologi pendidikan konsep teknologi pendidikan (walaupun dalam keadaan tertentu
perbezaan antara ET2 dan ET3 mungkin tidak sentiasa menjadi clearcut).

Teknologi Pendidikan 4: (ET4): Archetype atau Pola Pembelajaran


Berasaskan Teknologi
ET4 dicadangkan oleh Phillips (2001), yang melihat
teknologi sebagai mewujudkan persekitaran
pembelajaran di mana teknologi bukan semata-mata alat
atau bantuan tetapi mewujudkan persekitaran di mana
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Pertumbuhan pesat teknologi terutama Internet yang
mempunyai ciri interaktiviti, keupayaan multimedia dan
anjakan dinamik bilik darjah ke arah pendekatan
berpusatkan pelajar menyediakan kemunculan ET4 atau
persekitaran pembelajaran berasaskan teknologi yang
mengamalkan banyak unsur ET1, ET2 dan ET3.
Penggunaan komputer yang hanya menyediakan
pelajaran elektronik yang dibangunkan menggunakan pendekatan sistem mungkin
tidak lagi mencukupi. Akses kepada rangkaian global, maklumat dalam format
8
Bab 1: Pengenalan

multimedia dan pembelajaran dalam talian merupakan konsep yang berbeza dalam
pembelajaran. Walaupun ET4 masih di peringkat awal, kajian awal menunjukkan
bahawa teknologi adalah paling berguna untuk tujuan strategik dalam pembelajaran
persekitaran, konteks dan bidang kandungan tertentu. Selain itu teknologi membantu
interaksi antara guru dan pelajar yang terlibat dalam proses pengajaran-pembelajaran.

Sejumlah besar maklumat yang terdapat dalam Internet mewujudkan peluang baru
untuk belajar secara global. Peningkatan kapasiti dan hubungan rangkaian dalam
Internet menjadikan pembelajaran melalui medium baru ini bukan sahaja
memudahkan akses kepada maklumat tetapi juga menjadi lebih berkuasa kerana
mempunyai banyak maklumat. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
membawa pakar kandungan dari luar dan ahli-ahli komuniti ke dalam bilik darjah.
Mereka menyediakan contoh dunia sebenar, model baru serta menawarkan peluang
pembelajaran yang tidak mungkin boleh dinikmati oleh pelajar tanpa bantuan
teknologi.

1.4 APAKAH YANG DILAKUKAN OLEH PAKAR TEKNOLOGI


INSTRUKSIONAL?

Profesional dalam dalam bidang teknologi instruksional bekerja dalam pelbagai


pekerjaan, seperti:
Guru kelas yang menggunakan teknologi instruksional secara berkesan
Juru bina multimedia interaktif
Pereka Pengajaran
Penyelaras Teknologi
Jurulatih Teknologi /Pembekal Latihan Profesional kakitangan

Keperluan latihan/pengajaran atau masalah prestasi mungkin wujud dalam mana-


mana organisasi atau persekitaran di mana kakitangan atau pejawat awam perlu
menunjukkan Indeks Prestasi Utama (KPI). Sebagai contoh, senario berkenaan
mungkin termasuk:
Mendedahkan ibu bapa tentang penggunaan teknologi instruksional yang
digunakan dalam sekolah
Latihan kepada pekerja atau pengguna menggunakan produk dan peralatan
teknologi baru
Kemahiran guru sekolah atau pelajar menggunakan komputer dan teknologi
mudalih
Menyediakan program untuk pelajar menggunakani teknologi pendidikan
jarak jauh

Setiap perniagaan, agensi, institusi dan sekolah perlu menunjukkan prestasi yang
boleh menyumbang kepada misi organisasi dan masyarakat. Pendidikan dan latihan
adalah dua institusi yang kuat untuk meningkatkan prestasi kerana ia dapat
memastikan bahawa orang ramai akan mempunyai kemahiran, kebolehan, dan sikap
yang diperlukan untuk melakukan kerja mereka. Para pekerja dalam bidang teknologi
9
Bab 1: Pengenalan

pengajaran menggunakan proses sistematik untuk memenuhi keperluan pendidikan


dan latihan. Hasilnya, teknologi pengajaran membantu masyarakat melaksanakan
kerja dengan lebih berkesan dalam persekitaran perkembangan teknologi dan sosial
yang pesat.

AKTIVITI
k. ET1 untuk ET4 menyediakan rangka rujukan yang
i.
g.
e.
c.
a.
a)
berguna untuk mengkaji peranan teknologi pendidikan
atau pengajaran di sekolah, universiti, kolej dan pusat
latihan atau institusi. Pola atau model manakah yang
sewajarnya menggambarkan institusi anda? Terangkan.

l. Selain pekerjaan yang dinyatakan di atas, fikirkan


j.
h.
f.
d.
b.
b)
apakah lain-lain jenis pekerjaan yang terlibat dalam
bidang ini?

1.5 SEJARAH TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL: SEBELUM


1600

Manusia purba menggunakan seni


sebagai satu cara untuk merakam cerita
dan idea berkomunikasi. Sebelum
amalan penulisan diketahui atau
dikenali, manusia mengukir dan
mengcat gambar di dalam gua batu.
Dinding dan gambar digunakan sebagai
medium komunikasi. Lukisan gua batu
wujud dari tahun 250,000 SM, iaitu
Zaman Paleolitik hingga 3500 SM iaitu
Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

Lukisan gua batu merupakan bentuk


seni terawal. Gambar binatang, burung, Rajah 1.3: Lukisan pada dinding gua
manusia, senjata, simbol dan peta di Afrika
adalah beberapa maklumat yang
direkodkan dalam bentuk seni gua (Rajah 1.3). Gambar ini menyampaikan maklumat
tertentu kepada manusia purba. Ia adalah satu-satunya bentuk medium yang
digunakan sebelum wujudnya tulisan dan bahasa. Lukisan dan seni zaman purba
adalah menarik untuk dijadikan bahan penyelidikan mengenai alat yang digunakan
untuk melukis gambar dan bagaimana manusia hidup kekal untuk seribu tahun. Seni
Gua boleh didapati di seluruh dunia seperti di China, Australia, Afrika, Eropah dan
juga di Malaysia.
10
Bab 1: Pengenalan

b) PENULISAN MESIR
Sambil tamadun berkembang, teknologi juga
berubah bersamanya. Maklumat yang diukir,
dilukis atau dicat telah dipindahkan dalam
bentuk tulisan di atas kertas. Di Mesir, manusia
menggunakan kaedah tulisan seperti satu patah
perkataan atau abjad untuk mewakili gambar
seperti haiwan, burung dan perkara-perkara lain.
Kaedah penulisan Mesir ini dipanggil hieroglif.
Ia adalah satu sistem penulisan formal yang
mengandungi gabungan logographs, glyphs
fonetik dan ideographs. Hieroglif boleh ditulis
dalam tiga arah: dari atas ke bawah, dari kiri ke
kanan dan dari kanan ke kiri. Skrip Hieratik
(keramat) dan skrip demoitik yang bersifat
rakyat adalah lain bentuk penulisan yang wujud
di zaman Mesir. Oleh kerana bentuk tulisan ini
dianggap "suci", dan juga disebabkan pengaruh
Rajah 1.4 Hieroglyphs Mesir
barat dan Yunani, tulisan Mesir hanya digunakan
di Mesir dan tidak digunakan di tempat lain.
Tambahan pula penulisan "glyphic" memerlukan kemahiran khas serta bergantung
pada penulis scribe untuk menyampaikan mesej dalam bentuk bertulis (Rajah 1.4).
Pelajar menggunakan serpihan tembikar atau kalam papan batu untuk menulis, kerana
bahan ini adalah lebih murah daripada papyrus, iaitu bahan mentah kertas.

c) SEMPOA KALKULATOR PERTAMA

Salah satu daripada alat bantuan pertama mekanikal digunakan untuk pengiraan
adalah abacus atau sempoa yang terdiri daripada bingkai kayu dengan manik
gelongsor pada wayar. Abacus telah digunakan berabad-abad sebelum penggunaan
sistem angka yang ditulis dalam bahasa Arab. Malah hingga sekarang terdapat
beberapa buah negara masih menggunakan sistem sempoa untuk mengajar asas
matematik. Ia membantu kanak-kanak untuk belajar mengira. Sempoa pertama adalah
begitu primitif kerana dapat mengira sehingga angka lima.

Sempoa Roman Sempoa Cina


11
Bab 1: Pengenalan

Salah satu daripada alat bantuan pertama mekanikal digunakan untuk pengiraan
adalah abacus atau sempoa yang terdiri daripada bingkai kayu dengan manik
gelongsor pada wayar. Abacus telah digunakan berabad-abad sebelum penggunaan
sistem angka yang ditulis dalam bahasa Arab. Malah hingga sekarang terdapat
beberapa buah negara masih menggunakan sistem sempoa untuk mengajar asas
matematik. Ia membantu kanak-kanak untuk belajar mengira. Sempoa pertama adalah
begitu primitif kerana dapat mengira sehingga angka lima.

d) MESIN PERCETAKAN
Johannes Gutenberg (1398 - 1468)
mencipta teknologi percetakan mudah alih
pada tahun 1447. Kaedah percetakan
mencipta revolusi bukan sahaja dalam
penerbitan buku tetapi juga menyumbang
kepada pembangunan pesat dalam bidang
lain seperti sains, seni, agama dan banyak
lagi melalui penghantaran teks.

Harga buku menjadi lebih murah dan


membolehkan orang ramai membaca.
Seperti World Wide Web yang yang
membawa letupan dalam perkongsian
maklumat, penciptaan mesin cetak juga
membawa letupan pengetahuan dalam Rajah 1.5 Mesin Perctakan Gutenberg
perkongsian maklumat dan menyebar
pengetahuan kepada khalayak ramai.

AKTIVITI
a) Apakah alat ciptaan dan inovasi sebelum 1600 yang
menjadi alat dan proses untuk memudahkan
pembelajaran?
b) "Penciptaan mesin cetak merupakan alat utama untuk
pembelajaran - buku ". Bincangkan.
12
Bab 1: Pengenalan

1.6 SEJARAH TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL: ANTARA


1600 HINGGA 1920

Dalam tempoh ini, halatuju perkembangan


dalam teknologi instruksional telah berubah
kepada pengajaran di dalam kelas serta
pengenalan beberapa alat yang memudahkan
pembelajaran. Sebagai contoh, Jon Amos
Comenius telah menghasilkan buku gambar
yang terulung berjodol Orbis Pictus yang
bermaksud " the world illustrated "yang telah
diterbitkan dalam bahasa Inggeris pada tahun
1659 (Rajah 1.6).
Rajah 1.6 Orbis Pictus

Dalam tempoh ini juga, pelbagai teknologi bantuan untuk pengajaran dan
pembelajaran telah diperkenalkan seperti braille, fotografi, telekomunikasi, telegraf,
mesin taip dan phonograf. Kemajuan teknologi telah membuka jalan kepada pelajar
khas untuk belajar seperti pelajar normal

TEKNOLOGI UNTUK ORANG BERMASALAH PENGLIHATAN


Louis Braille (1809-1852) telah mencipta satu
sistem penulisan(dipanggil Braille) untuk
membolehkan orang buta dan cacat penglihatan
membaca dan menulis melalui deria sentuhan. Ia
terdiri daripada corak titik timbul yang disusun
dalam sel-sel sehingga 6 titik dalam konfigurasi
3x2. Setiap sel mewakili tanda huruf, angka atau
tanda baca. Pada tahun 1952, pada ulang tahun
ke-100 pemergiannya, Helen Keller memberikan
ucapan yang mendapat tepukan gemuruh dari
beratus-ratus pembaca Braille yang hadir, bahawa
"Kami orang buta terhutang budi kepada Louis
Braille seperti juga manusia menghormati
Gutenberg ".

Braille berfungsi sebagai bahan pengajaran untuk


orang cacat penglihatan (Lihat Rajah 1.7).. Seperti
bahan cetak menyediakan satu pengalaman untuk
kanak-kanak melihat dan membaca, braille pula
menyediakan peluang dalam membangunkan
kemahiran literasi pelajar yang cacat penglihatan.
Rajah 1.7 Abjad Braille
13
Bab 1: Pengenalan

TEKNOLOGI UNTUK ORANG BERMASALAH PENDENGARAN


Dalam abad ke-18, seorang paderi bernama Charles Michel Del 'Epee (1712-1789),
melawat sebuah rumah dan mendapati dua kanak-kanak perempuan yang tidak boleh
bercakap (dan kerana mereka berdiam diri, dia fikir mereka biadap). Tidak lama
kemudian dia mendapati mereka tidak biadap, hanya pekak. Insiden in mendorong
beliau untuk mencipta bahasa isyarat dan mengajar kanak-kanak yang lemah dalam
bahasa. Untuk membangunkan bahasa isyarat, beliau memerhati dan belajar dari
sistem asas tanda yang telah digunakan oleh orang pekak Paris.

Sistem bahasa isyarat diintegrasikan dengan tanda-tanda asas ke dalam sistem tanda
yang lebih formal. Kejayaan beliau ialah membuka "kelas" sekurang-kurangnya 40
orang pelajar, dan pada tahun 1754 beliau menubuhkan sebuah sekolah awam pertama
untuk orang pekak di Perancis iaitu "Institusi Nationale des sounds-muets de
Paris"atau the National Deaf-Dumb Institute of Paris. dan sekolah ini dibiayai oleh
beliau sendiri.

Sistem isyarat rasmi membolehkan orang pekak di Perancis berkomunikasi perkataan


dan konsep, dan menjadi asas bagi bahasa isyarat Amerika dan juga dipengaruhi
bahasa isyarat Eropah yang lain. Di samping itu, Epee Del juga menerbitkan sebuah
buku, Instruction of Deaf and Dumb menggunakan methodical sign dan kamus bahasa
isyarat. Pada tahun 1960, buku pertama bahasa isyarat yang mengandungi abjad
manual telah diterbitkan oleh Juan Pablo de Bonet.

GAMBARFOTO DAN FILEM

Gambar pertama berjaya dihasilkan oleh Niepce pada tahun 1827. Fotografi
mengurangkan masalah mereka yang tidak pandai melukis semasa pengajaran.
Gambar keajaiban seni bina dan spesies biologi boleh ditangkap untuk memberikan
rasa realistik berbanding pensil dan rajah garis bercetak. Filem dan penerbitan filem
menjadi penting dan katalog pertama filem pengajaran telah diterbitkan pada tahun
1910 dan dalam tahun yang sama, sekolah awam di Rochester, New York adalah yang
pertama untuk melaksanakan penggunaan filem untuk pengajaran. Institusi latihan
guru menawarkan kursus instruksional visual, dan jurnal khusus untuk penggunaan
visual instruksional telah diterbitkan. Pada tahun 1913, Thomas Edison
mengisytiharkan bahawa " "Books will soon be obsolete in schools.It is possible to
teach every branch of human knowledge with the motion picture"

The illiterate of the future will be the person ignorant in


using the camera as well as of the pen. Laszlo Moholy-Nagy,
1936,
14
Bab 1: Pengenalan

MARIA MONTESSORI
Maria Montessori (1870-1952) membangunkan satu program pengajaran yang
memberi tumpuan untuk membolehkan kanak-kanak membaca dan menulis dalam
pendidikan pra-sekolah dan sekolah rendah.
Falsafah pendidikan Montessori adalah
berdasarkan teori perkembangan kognitif
kanak-kanak yang dikemukakan oleh Piaget.
Penekanan adalah kepada pendidikan deria.
Dalam sistem Montessori, setiap kanak-kanak
adalah unik. Kanak-kanak digalakkan untuk
membangunkan kemahiran sosial dan emosi,
di samping kemahiran intelektual. Beliau
menggunakan kaedah "Memandang sebagai
membaca; menyentuh sebagai menulis"
(Looking becomes reading; touching
becomes writing). Beliau mengambil
perhatian serius terhadap pandangan Socrates
Pendidikan itu menyemarakkan semangat
bukan sekadar mengisi bekas yang kosong
(Education is the kindling of a flame, not the
Maria Montessori filling of a vessel). Kanak-kanak
diperhatikan dan mengikut keperluan dalam
persekitaran pembelajaran mereka dan menggunakan bahan-bahan yang disediakan
untuk mereka; kemudian satu rancangan pengajaran atau atau kaedah pengajaran yang
sesuai akan dibangunkan.

JOHN WATSON
Dalam Era ini, John Watson, seorang ahli psikologi
bergiat mempromosikan pergerakan behavioris dan
kerana itu beliau telah dikenali sebagai "Bapa
behaviorisme". Beliau menubuhkan makmal
penyelidikan haiwan dan hasil kajian beliau
kemudiannya digunakan untuk menkaji tingkah laku
manusia. Karya beliau telah mempengaruhi karya ahli
psikologi behavioris terkenal iaitu B.F. Skinner pada
tahun 1960-an. Behaviorisme mempunyai kesan yang
ketara dalam reka bentuk pengajaran. Seperti yang
dibincangkan sebelum ini oleh Ivor Davies, ia
menguasai ET2 atau pola asas/archetype kejuruteraan
yang melihat instruksi sebagai satu siri langkah-
langkah atau turutan yang sistematik, tegar dan perlu
diikuti. John Watson
15
Bab 1: Pengenalan

EDWARD THORNDIKE
Seorang lagi ahli psikologi yang memberi impak terhadap teknologi instruksional
ialah Edward Thorndike. Beliau memperkenalkan teori connectionism yang
membentuk hubungan antara rangsangan (Stimulus) dan tindak balas (Response).
Hubungan atau "tabiat" ini akan menjadi kukuh atau lemah disebabkan oleh sifat dan
kekerapan pasangan S-R.

Paradigma untuk teori S-R adalah berasaskan kepada pembelajaran cuba-jaya (trial-
error) di mana jawapan tertentu ditentukan oleh ganjaran. Lambang connectionism
(seperti semua teori tingkah laku) adalah pembelajaran berlaku jika terdapat
perubahan dalam tingkah laku dan perubahan itu dapat diperhatikandan bukan satu
perlakuan dalaman.

FONOGRAF
Phonograph ialah alat merakam dan menghasilkan bunyi yang
dicipta oleh Thomas Edison pada tahun 1877. Tujuan
pengajaran menggunakan alat ini ialah ia boleh membantu
kemahiran menulis surat, tanda baca dan dan menyediakan
buku-buku Phonographic untuk orang buta. Alat ini dapat
menyediakan audio untuk membantu visual statik fotografi
yang digunakan untuk pengajaran. Alat audio ini juga
digunakan dalam pengajaran muzik

Fonograf

AKTIVITI
a) Nyatakan beberapa jenis inovasi dalam tempoh ini
yang boleh memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran
b) Bincangkan sumbangan Montessori, Watson
danThorndike dalam bidang teknologi instruksional
16
Bab 1: Pengenalan

1.7 SEJARAH TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL: 1920 1980


[Permulaan era sains teknologi instruksional]

PERGERAKAN PENGAJARAN PANDANG DENGAR (ABM)

Dari tahun 1920an ke 1930an kemajuan dalam teknologi pengajaran seperti filem
bergerak, projektor slaid tanglung, fotografi, filem jalur, siaran radio telah membawa
banyak faedah dalam media pengajaran. Pergerakan ini dikenali dengan pergerakan
Pengajaran Pandang Dengar (Audio Visual Instruction). Istilah "teknologi Audio
visual" adalah nama biasa merujuk kepada kemajuan dalam teknologi pendidikan
dalam tempoh 1920-an dan 1930-an yang kemudiannya disebut sebagai "Teknologi
Pengajaran" apabila pergerakan AVI berkembang ke sekolah-sekolah di Amerika
Syarikat.

Untuk melatih guru menggunakan peralatan audio visual dalam kelas, kursus dalam
pendidikan audio visual telah diperkenalkan. "Objektif utama literasi visual adalah
untuk memberi dimensi baru persepsi dan ekspresi setiap individu (Platt, 1925).
Namun pergerakan AVI menghadapi banyak masalah seperti kos tinggi peralatan dan
penyelenggaraan, kualiti filem yang rendah dan kelemahan operasi untuk menayang,
memegun dan mengulang semula tayangan filem.

PERANG DUNIA II:


Tempoh ini dikuasai oleh keperluan latihan ketenteraan. Ribuan rekrut perlu dilatih
dengan cepat cara-cara menggunakan senjata baru yang canggih dan ini menimbulkan
masalah yang besar. Strategi pengajaran memerlukan penggunaan filem dan teknologi
pandang dengar. Dalam tempoh empat tahun antara 1941 dan 1945, Bahagian Alat
Pandang Latihan Perang, Pejabat Pendidikan Amerika Syarikat telah menghasilkan
pelbagai jenis filem bergerak audio, filem jalur senyap dan manual instruksional.
Media pandang dengar ini telah membantu pelatih untuk memasang atau memisahkan
senjata dan jentera yang digunakan semasa perang. Ramai orang yang diupah oleh
tentera untuk menghasilkan bahan latihan perang dan jumlah wang yang besar telah
diperuntukkan untuk penyelidikan pembangunan pengajaran yang inovatif. Pada masa
ini, peranan teknologi pengajaran menjadi penting. Selain memerlukan pakar teknikal,
terdapat keperluan tenaga profesional pereka pengajaran dan idea pasukan
pembangunan pengajaran telah diilhamkan. Dalam Zaman Pos Perang Dunia Kedua,
para penyelidik mula mengkaji aplikasi teknologi pengajaran dalam bidang
pendidikan untuk meningkatkan standard pembelajaran dan pengajaran. Hasilnya,
teknologi pengajaran telah dilihat sebagai proses sistematik untuk menghasilkan
media instrukional. Dengan lain perkataan Zaman ini menyaksikan kemunculan reka
bentuk dan pembangunan pengajaran yang sistematik.

KEBANGKITAN PERGERAKAN REKA BENTUK INSTRUKSIONAL:


1950an hingga 1960an
Dalam tempoh ini teknologi instruksional dianggap sebagai proses sistematik dan
bukannya media di mana tumpuan diberi kepada proses penyampaian bahan
pengajaran. Proses mereka bentuk dan menyampaikan bahan pembelajaran dan
17
Bab 1: Pengenalan

pengajaran telah dilakukan dengan cara yang sistematik dengan meningkatkan


aplikasi psikologi dan kajian penyelidikan yang lain. Satu bidang baru yang dikenali
sebagai reka bentuk pengajaran muncul dalam tempoh ini. Satu set objektif
pendidikan perlu dimasukkan dalam prinsip reka bentuk pengajaran.

Pada tahun 1956, Benjamin Bloom dan pasukannya telah menerbitkan sebuah buku
Taksonomi Objektif Pendidikan untuk Domain Kognitif. Pasukan psikologi
pendidikan ini melalui hasil penyelidikan mereka telah menyediakan satu klasifikasi
matlamat proses pendidikan. Taksonomi objektif pendidikan ini menkategorikan
tahap abstraksi soalan atau ujian mengikut hieraki pembelajaran. Taksonomi ini
menjadi rujukan profesor dan pengajar untuk menyediakan objektif pendidikan.
Objektif pendidikan dibahagikan kepada 3 domain:.

Kognitif: Pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis,


sintesis, penilaian
Afektif: Menerima, bertindak balas, menilai, organisasi,
pencirian
Psikomotor: Pergerakan refleks, pergerakan asas,
kebolehan persepsi, kebolehan fisikal, pergerakan mahir,
pergerakan non-discursive

Pada tahun 1950an satu lagi perkembangan


penting dalam bidang reka bentuk pengajaran
ialah aplikasi behaviorisme sebagai teori
pembelajaran. B. F. Skinner merupakan salah
seorang ahli psikologi yang paling
berpengaruh dalam domain behaviourisme
atau tingkah laku. Beliau telah memberi
sumbangan penting terhadap teori
pembelajaran dan prinsip pengubahsuaian
tingkah laku. Karya beliau telah mengubah
perspektif reka bentuk pengajaran dari
persepektif guru kepada perspektif pelajar.
Beliau mencipta mesin pengajaran yang
membolehkan individu belajar mengikut
urutan (Rajah 1.8). Pendekatan pengajaran Rajah 1.8 Mesin Pengajaran Skinner
inovatif ini dikenali dengan pengajaran
terancang.

Pembelajaran terancang direkabentuk secara linear dan bukan linear di mana pelajar
dibenarkan untuk memilih pilihan dari pelbagai jawapan. Jawapannya, jika tidak betul
pelajar akan diarahkan kepada pemulihan dan jika betul akan meneruskan ke langkah
18
Bab 1: Pengenalan

seterusnya. Nombor halaman akan disediakan pada akhir setiap jawapan yang
membolehkan pelajar merujuk dan belajar dari halaman berkenaan.

KONSEP REKA BENTUK INSTRUKSI


Pada tahun 1962, konsep reka bentuk pengajaran telah diperkenalkan oleh Robert
Glaser. Ia menghubungkan analisis pelajar kepada reka bentuk pengajaran dan
pembangunan. Kemudian, James Finn yang dianggap sebagai Bapa Rekabentuk
Pengajaran mengaitkan teori reka bentuk pengajaran kepada teknologi pendidikan.
Seels (1989) menyatakan bahawa Finn: adalah

Bapa pergerakan reka bentuk pengajaran kerana beliau


mengaitkan teori reka bentuk sistem pengajaran dengan
teknologi pendidikan, dan dengan itu menggalakkan
pertumbuhan bersepadu lain-lain bidang kajian yang berkaitan.
Finn adalah pakar teknologi yang melihat bahawa teknologi
adalah sebagai satu proses bukan hanya dilihat sebagai
perkakasan (Seels 1989, 11).

ROBERT MAGER DAN OBJEKTIF INSTRUKSIONAL


Pada tahun 1962, Robert. F. Mager memperkenalkan model ABCD objektif
pengajaran. Menurut model ini objektif pengajaran/instruksional mempunyai
EMPAT komponen yang berbeza iaitu Penonton (Audience), tingkah laku
(Behaviour), Keadaan (Condition) dan Darjah (Degree). Dalam ABCD, penonton
menerangkan pelajar yang dimaksudkan atau pengguna akhir dalam pengajaran.
Tingkah laku menerangkan pembelajaran yang diingini. Syarat menerangkan
peralatan atau alat yang mungkin boleh atau tidak boleh digunakan semasa pengajaran
berlaku. Darjah menyatakan standard untuk prestasi yang boleh diterima.

SEMBILAN PERISTIWA ATAU ADEGAN PENGAJARAN GAGNE


Pada tahun 1965 Robert Gagne menerbitkan sebuah buku berjudul The conditions of
learning. Buku ini menghuraikan analisis objektif pembelajaran dan seterusnya
mengaitkan hieraki objektif pembelajaran yang berbeza bagi reka bentuk pengajaran
yang sesuai. Untuk mereka bentuk suatu pembelajaran yang berkesan, Gagne
mencadangkan sembilan peristiwa atau adegan pengajaran bagi satu pelajaran baru
(Topik ini akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab 2].

MODEL REKABENTUK INSTRUKSIONAL: 1970AN


Dalam tahun 1970an, banyak model reka bentuk instruksional dan teori muncul dan
berkembang. Antara model yang terkenal ialah model ADDIE, model ID Dick dan
Carey, Model ASSURE model dan Model Merrills First Principle of Instruction.
Dalam tempoh ini teori kognitif muncul dan menguasai reka bentuk pengajaran.
[Akan dibincangkan secara terperinci dalam Bab 3.
19
Bab 1: Pengenalan

AKTIVITI

a) Secara rengkas jelaskan pergerakan Pengajaran Pandang


Dengar (AVI)?
b) Jelaskan bagaimana Perang Dunia Kedua memberi kesan
terhadap bidang teknologi instruksional?
c) Nyatakan sumbangan Bloom, Skinner dan Mager dalam
teknologi pendidikan ?

1.8 SEJARAH TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL: 1980AN DAN


SETERUSNYA [Kemunculan Teknologi Baru]

a) KEDATANGAN KOMPUTER PERIBADI


Pengenalan komputer peribadi pada 1980an
telah mengubah mod penyampaian
pengajaran. Komputer peribadi yang
terkenal dan terawal digunakan dalam
pendidikan di Amerika ialah APPLE IIe.
Komputer Apple ini diperkenalkan sebelum
kemasukan PC IBM. Hasil dari pengenalan
komputer di sekolah-sekolah maka lebih
tumpuan diberi kepada pelajar dan kaedah
reka bentuk pengajaran kendiri.
Pembelajaran berbantu komputer dan
sistem pintar-tutor telah berkembang dalam
tempoh ini. Program awal pembelajaran Apple IIe pada tahun 1980an
berbantu komputer (CAI) ialah latih-tubi,
tutorial, demonstrasi dan kemudian berkembang kepada kaedah CAI yang lain seperti
simulasi dan penyelesaian masalah. Dalam tempoh ini, konstruktivisme muncul
sebagai lanjutan kepada teori pembelajaran kognitivisme. Bahan pembelajaran dan
perisian koswer telah direka bentuk menggunakan teori konstruktivism. Pembelajaran
berasaskan projek telah diperkenalkan.

b) KEDATANGAN INTERNET
Pada pertengahan 1990an, Internet muncul dan lantaran itu manusia dapat
berkomunikasi secara global. Pengguna dapat mengakses maklumat dalam laman web
dan mula melayari Internet sebagai hobi dan strategi pembelajaran. Idea hubungan
dan interaktiviti antara komputer merupakan salah satu revolusi terbesar dalam
sejarah perkembangan teknologi komputer. Hubungan atau connectivity bermakna
bahawa lebih daripada satu komputer dihubungkan oleh modem, rangkaian, atau
talian komunikasi. Interaktiviti merujuk kepada dialog pergi-balik antara pengguna
20
Bab 1: Pengenalan

dan komputer. Kedua-dua konsep ini merupakan latar kepada salah satu penemuan
terbesar sejarah moden, kelahiran dan pembangunan Internet dan World Wide Web.
Dalam Era Perang Dingin tahun 1950-an, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat
bimbang tentang kesan serangan nuklear pada komunikasi dan keupayaan
pengkomputeran. Untuk menangani kebimbangan ini, Jabatan Pertahanan
bekerjasama dengan RAND Corporation untuk menubuhkan sebuah rangkaian yang
mempunyai beberapa komputer yang diletakkan di beberapa lokasi supaya tiada satu
komputer tunggal akan bertanggungjawab. Dengan Cara itu, jika sesuatu berlaku pada
salah satu komputer atau subset komputer, terdapat beberapa buah komputer yang
masih beroperasi. Mesej yang dihantar berulang-alik antara komputer dalam
rangkaian ini terbahagi dalam paket data. Setiap paket telah dilabelkan dengan alamat
destinasi, dan akan dihantar dalam perjalanan melalui rangkaian yang pada akhirnya
akan dibina semula ke dalam mesej asal di titik destinasi.

c) TCP / IP DAN KELAHIRAN INTERNET


Perisian yang menguruskan paket maklumat dalam rangkaian komputer dipanggil
Protokol Kawalan Penghantaran / Protokol Internet (TCP / IP). Lihat Rajah 1.9.

Rajah 1.9. Perisian TCP/IP telah menjadi standard universal untuk pertukaran
maklumat di Internet.
21
Bab 1: Pengenalan

TCP mewujudkan paket dan menyusun semula paket ini ke dalam mesej asal. IP
mengendalikan paket, menangani dan memastikan bahawa ia dihantar merentasi
pelbagai rangkaian komputer ke destinasi yang betul/

Salah satu kelebihan utama mod komunikasi ini adalah bahawa setiap paket boleh
mengambil laluan tersendiri asalkan ia sampai ke destinasi yang sesuai. Dalam masa
peperangan, jika beberapa laluan telah dipotong atau dimusnahkan, paket boleh
bergerak sepanjang laluan alternatif. Secara ringkasnya, paket boleh bergerak
sepanjang pelbagai laluan untuk sampai ke destinasi. Sistem yang unik ini
(Sambungan komputer dan laluan maklumat) dipanggil ARPAnet, singkatan yang
bermaksud Advanced Research Projects Agency Network. Hari ini ia dikenali sebagai
Internet.

CIPTAAN WORLD WIDE WEB


Sejarah Internet adalah pendek berbanding dengan evolusi teknologi lain. Ia tidak
aktif selama kira-kira 25 tahun sebelum orang awam tahu ia wujud. Dr Tim Berners-
Lee, seorang ahli fizik yang bekerja di Geneva, Switzerland, yang pertama
memperkenalkan idea Internet, atau Web iaitu lebuh raya maklumat yang tersebar
luas antara sistem komputer. Beliau beranggapan bahawa sesuatu kerja akan menjadi
lebih mudah jika beliau dan rakan-rakannya di seluruh dunia boleh berhubung antara
satu dengan lain melalui komputer. Rangkaian yang beliau maksudkan boleh
dibayangkan seperti web labah-labah, dan dengan itu nama Web dicipta. Dr Berners-
Lee telah dinobatkan sebagai orang yang melahirkan World Wide Web (WWW). Marc
Andreessen, seorang pelajar pada tahun 1993, telah mencipta pelayar web (web
browser) yang pertama yang mampu mencari dan melihat maklumat yang terkandung
pada komputer yang disambungkan ke Internet (Lihat Rajah 1.10). Pelayar ini
menggunakan pengguna grafik antara muka (Graphical user interface) agar pengguna
boleh mengklik dan melihat gambar dan teks dengan mudah. Pelayar web yang
pertama dikenalio dengan Mosaic.

Pada tahun 1990an banyak sekolah mula melaksanakan pendidikan komputer dan
makmal telah dibekalkan dengan komputer. Pembelajaran menggunakan komputer
memainkan peranan penting dalam mendidik pelajar. Tidak lama kemudian ramai
sarjana menerbitkan kertas kajian dan makalah mereka dalam pelbagai subjek di
Internet. Bahan penulisan dalam Internet merupakan satu sumber utama dan
fenomena ini membawa kepada asas perkembangan pengetahuan dan ketersediaan
sumber. Banyak jurnal saintifik dan bahan tutorial menjadi mudah diakses melalui
World Wide Web. Banyak laman web menyediakan bahan percuma yang
membolehkan lebih ramai rakyat untuk mengakses maklumat yang bernilai.
22
Bab 1: Pengenalan

Rajah 1.10. Hubungan komputer dengan Internet

Penerbitan Internet tersebar meluas membolehkan dokumen diimbas dan diterbitkan


dalam format yang dikehendaki. Dengan pengenalan kemudahan e-mel dan berbual,
tahap penggunaan Internet dan perkongsian maklumat menjadi lebih tinggi.
Kemudahan berbual secara serentak membantu pelajar untuk menjelaskan keraguan
serta-merta. Komputer menyokong pembelajaran kolaboratif secara serentak
(sinkronus) dan tak serentak (asinkronus). Persidangan video membolehkan pelajar
menghadiri kuliah secara langsung dalam sesi yang dijadualkan oleh seorang profesor
terkenal. Penyampaian kuliah secara tradisional telah berubah menjadi webinars yang
membolehkan peserta dari seluruh dunia menghadiri seminar. Pelbagai bentuk
pembelajaran seperti e-pembelajaran, pembelajaran dalam talian i-pembelajaran, e-
tutor, bilik darjah maya dan sekolah maya telah dibangunkan. Maklumat dikongsi dan
disediakan serta-merta. Laman rangkaian sosial seperti facebook, twitter dan blog
telah berkembang dalam beberapa tahun kebelakangan ini di mana individu boleh
berkongsi butir-butir peribadi, minat, pendapat, pengalaman perjalanan dan pelbagai
perkara lain. Gergasi dalam teknologi web seperti Google, MSN dan Yahoo
menawarkan enjin carian dengan menyediakan carian kata kunci dan akses kepada
berbilion-bilion laman maklumat.

Mengapa Internet Berkembang cepat?


Perkembangan Internet yang pantas boleh dikaitkan dengan empat faktor:

1. Penggunaan TCP/IC yang standard yang universal untuk berkongsi dan


mengedarkan maklumat
23
Bab 1: Pengenalan

2. Keupayaan untuk menghubungkan dari komputer ke komputer atau dari satu


laman ke satu laman di WWW (dengan hanya mengklik tetikus)
3. Cara penggunaan pelayar dan pengguna grafik antara muka yang lebih mudah
dan mesra
4. Populariti yang semakin meningkat dan perkembangan komputer riba,
peribadi (dan kini tablet) dan rangkaian kawasan tempatan yang boleh
disambungkan ke Internet.

Bagaimana Internet Telah Berubah (Setakat Ini ...)?


Berhubung melalui komputer boleh memberikan pelbagai manfaat. Salah satu
daripadanya ialah untuk menghantar dan menerima mel elektronik atau e-mel. E-mel
merupakan satu program perisian yang membolehkan pengguna untuk menghantar
mesej dan imej antara satu sama lain melalui komputer serta melihat hantaran di atas
skrin. Faedah yang lain adalah pemilik komputer boleh mengadakan telesidang.
Dewasa in manusia tidak semestinya menggunakan pengangkutan tradisional untuk
bekerja, malahan komputer membolehkan manusia bekerja di rumah dan
berkomunikasi dengan pejabat. Selain itu, lebuhraya maklumat membolehkan
manusia berkongsi data bagi tujuan penyelidikan, pendidikan, dan membuat
keputusan. Pada hari ini, lebih banyak transaksi perniagaan telah dan sedang
dijalankan secara online menggunakan Internet. Banyak perniagaan baru telah muncul
yang menjual produk dan perkhidmatan mereka secara online. Dengan lain perkataan,
Internet telah membawa rahmat kepada pertumbuhan ekonomi di seluruh dunia.
Perkembangan yang luar biasa ini telah menggalakkan pemindahan maklumat dan
interaksi antara manusia dan organisasi di seluruh dunia.

Why the Internet Grew


The swift, successful growth of the Internet can be attributed to four major factors:

1. Adoption of TCP/IP as a universal standard for sharing and distributing


information
2. The ability to link from computer to computer or from site to site on the
WWW (with just the click of a mouse)
3. The ease of use of the browser and its graphical user interface
4. The increasing popularity and growth of personal computers, laptops (and now
tablets) and local area networks that can be connected to the Internet.

How the Internet Has Changed Us (So Far...)


Linking computers together can provide a variety of benefits, one of which is to send
and receive electronic mail or e-mail. E-mail is a software program that allows users
to send messages and images to each other over their computers and view them
onscreen. Another benefit is that people who own computers can telecommute. Rather
than using traditional transportation to get to work, having a computer makes it
possible to work at home and communicate with the office via the computer.

Additionally, the information superhighway allows those using it to share data for the
purposes of research, education, and decision making. These days, more and more
business transactions are being conducted online using the Internet. Many new
24
Bab 1: Pengenalan

businesses have sprung up that sell their products and services online. Needless to
say, the Internet has become a boon to many economies around the globe. These
incredible developments have opened up the transfer of information and interaction
between people and organizations all over the world.

AKTIVITI
a) Bagaimana komputer peribadi mempengaruhi bidang
teknologi pengajaran?
b) Pada pandangan anda, bagaimana Internet boleh
mempengaruhi pengajaran dan pendidikan di sekolah
dan institusi pengajian tinggi?

PERKATAAN PENTING:

Pengajaraq/instruksi Seni gua


Teknologi Percetakan akhbar
Terknologi Instruksional Fonograf
Archetype kejuruteraan Model reka bentuk pengajaran
Archetype pandanag dengar Komputer peribadi
Hieroglyphs Internet
Pergerakan pandang dengar TCP / IP

RINGKASAN:

Teknologi adalah aplikasi sistematik pengetahuan saintifik atau lain-lain


pengetahuan tersusun untuk tugas-tugas praktikal.

Teknologi pengajaran sebagai aplikasi teori pembelajaran dan teknologi


terkini dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan prestasi.

Archetype atau pola asas adalah corak asal atau model dari mana semua
perkara dari jenis yang sama adalah berasaskan:, Archetype pandang
dengar, Archetype kejuruteraan, Archetype penyelesaian masalah dan
persekitaran pembelajaran berasaskan teknologi.
Percetakan akhbar membawa kepada letupan pengetahuan dengan
perkongsian maklumat dan menjadikan pengetahuan boleh disediakan
untuk lebih ramai orang.
25
Bab 1: Pengenalan

Istilah teknologi Audio visual adalah nama yang biasa dirujuk kepada
kemajuan dalam teknologi pendidikan dalam tempoh 1920an dan 1930an
yang kemudiannya disebut sebagai Teknologi Pengajaran

Braille dan tanda-bahasa membolehkan pelajar cacat penglihatan dan


pendengaran untuk belajar.

Pengenalan komputer pada 1980an menukar mod penyampaian


pengajaran.

Pada pertengahan tahun 1900an pengenalan komputer untuk pendidikan


sekolah dan Internet telah merevolusikan bidang teknologi pengajaran
untuk memberi pendedahan yang lebih luas kepada pembelajaran dan
pengajaran aktif.

Hubungan atau connectivity bermakna lebih daripada satu komputer


disambungkan oleh modem, rangkaian, atau talian komunikasi.

Perisian yang menguruskan paket maklumat dalam rangkaian komputer


dipanggil Protokol Kawalan Penghantaran / Protokol Internet (TCP / IP).

REFERENCES:

Tow, D. & Phillips, J.A. (1982). Educational Technology and the Social
Sciences in the University of Malaya. Higher Education. 11, pp.657-668.

Davies, I. (1978) Prologue: Educational technology: archetypes, paradigms


and models" in Hartley, J. & Davies, I. (eds.). Contributions to an Educational
Technology, vol. 2. London: Kogan Page,

Phillips, J.A. (2001). Research in Teaching and Learning in a Technology-


Based Environment: Theoretical Perspectives Influencing Inquiry Methods,
Proceedings of the International Conference on Qualitative Research, October,
2001, Kuala Lumpur, 34-40.

The Encyclopaedia of Educational Technology (1995-2009), San Diego State


University. California.

Department of Education Technology, Boise State University. Boise. Idaho.

Gentry, C.G. (1995). Educational Technology a question of meaning. In G. J.


Anglin (Ed.), Instructional Technology: Past, Present, and Future 2nd ed. 1-10.
Englewood, Co: Libraries Unlimited.
26
Bab 1: Pengenalan

Seels, B.B. & Richey, R.C. (1994). The 1994 definition of the field In
Instructional Technology: The Definition and Domains of the Field.
Washington, D.C.: Association for Educational Communications and
Technology.

Molenda, M., Pershing, J.A., & Reigeluth, C.M. (1996). Designing


instructional systems. In R. L. Craig (Ed.), The ASTD Training and
Development Handbook (4th ed.) 266-293. New York: McGraw-Hill.

Educational Theories and Instructional Design Models. Their place in


Simulation.

Lyn Taylor, RN,BN, Cert Perioperative Nursing, Grad Dip Nursing


(PerioperativeP, Med (AVET) MRCNA, MCN Nursing Education and
Research, Southern Health.

A Brief Historical Overview: Lessons from the American Experience with


Educational Technology and E-Learning, Tee Meng Yew, School of Social
Science & Liberal Arts, UCSI

Instructional Design Timeline 1900 to 2008 By: Curtis M Carlson.

A History of Instructional Design and Technology: Part I: A History of


Instructional Media. Robert A. Reiser. Perceptions and Opinions of
Educational Technologists Related to Educational Technology, Nurettin
Simsek, Faculty of Educational sciences, Ankara University, 06590 Cebeci,
Ankara, Turkey.

Anda mungkin juga menyukai