Anda di halaman 1dari 7

1

1.0 BORANG PENILAIAN

6.1 Borang Penilaian Adab dan Akhlak Islamiah PMR terbahagi kepada tiga
mengikut kategori pemerhati iaitu guru, ibu bapa/penjaga dan rakan sebaya.

6.2 Pemerhati dikehendaki mengisi Borang Senarai Semak Individu (Rujuk Lampiran
A) mengikut kategori masing-masing.

6.3 Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 3 dikehendaki melengkapkan


Borang Pelaporan Skor Penilaian Adab dan Akhlak Islamiah Pendidikan Islam
PMR 45/2 (Rujuk Lampiran B).

6.4 Borang Pelaporan Skor yang muktamad hendaklah dihantar ke Lembaga


Peperiksaan Malaysia pada atau sebelum 15 OGOS tahun semasa.

2.0 ARAHAN KEPADA IBU BAPA

2.1 Memahami dengan baik tujuan dan objektif penilaian ini dilaksanakan.

2.2 Memahami dengan baik elemen, aspek dan kriteria yang tercatat dalam borang
senarai semak individu yang diedarkan.

2.3 Memahami skala pemeringkatan dan skor yang terdapat dalam borang senarai
semak individu yang diedarkan.

2.4 Membuat penilaian yang adil, benar, jujur dan autentik.

2.5 Bertanggungjawab sepenuhnya atas penilaian ini.

2.6 Membuat pemerhatian secara berterusan.

2.7 Mencatatkan skor yang benar di ruang yang disediakan di dalam Borang Senarai
Semak Individu.

2.8 Merujuk dan meminta nasihat guru yang bertanggungjawab ke atas calon berkenaan
sekiranya tidak jelas, keliru dan menghadapi masalah berkaitan penilaian ini.

2.9 Mengembalikan Borang Senarai Semak Individu (Rujuk Lampiran ‘A/(IB)’) kepada
guru mata pelajaran yang bertanggungjawab ke atas calon berkenaan.

2.10 Tarikh akhir menghantar Borang Senarai Semak Individu kepada guru sebelum
atau pada 31 JULAI tahun semasa.
2

3.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

E1.0 Adab dalam kehidupan seharian


1.1 Menjaga fitrah lelaki dan perempuan
1.2 Menghormati jiran
1.3 Menjaga diri dan maruah

E2.0 Adab dalam kehidupan bersosial


2.1 Sikap berkawan
2.2 Menjaga harta sekolah
2.3 Bekerja

E3.0 Adab dalam menunaikan ibadat


3.1 Sikap terhadap al-Quran dan ketika membaca al-Quran
3.2 Ketika di masjid/surau
3.3 Ketika menunaikan solat

E4.0 Adab terhadap ibu bapa dan keluarga


4.1 Sikap terhadap ibu bapa
4.2 Sikap terhadap keluarga
4.3 Berbakti kepada ibu bapa

E5.0 Adab menuntut ilmu


5.1 Sikap terhadap guru
5.2 Sikap ketika menuntut ilmu
3

4.0 PENENTUAN SKOR ELEMEN

E1.0 Adab dalam kehidupan seharian

Bil Aspek Skor Kriteria

1.1 Menjaga fitrah lelaki dan Memenuhi kesemua kriteria berikut:


perempuan Cemerlang 1) Menutup aurat dengan sempurna.
(4) 2) Memelihara aurat di antara lelaki dan
perempuan dengan sempurna.
3) Menjaga batas pergaulan di antara lelaki dan
perempuan dengan betul.
4) Memelihara percakapan di antara lelaki dan
perempuan dengan sopan.

Kepujian Memenuhi mana-mana 3 kriteria di atas.


(3)

Pencapaian Memenuhi mana-mana 2 kriteria di atas.


(2)

1.2 Menghormati jiran Memenuhi kesemua kriteria berikut:


Cemerlang 1) Mengenali jiran dengan betul.
(4) 2) Mengetahui hak berjiran dengan sempurna.
3) Sentiasa senyum dan memberi salam pada jiran
4) Menjaga batas pergaulan dengan sempurna.

Kepujian Memenuhi mana-mana 3 kriteria di atas.


(3)

Pencapaian Memenuhi mana-mana 2 kriteria di atas.


(2)

1.3 Menjaga diri dan maruah Memenuhi kesemua kriteria berikut:


Cemerlang 1) Sentiasa memakai pakaian yang sopan dan
(4) menutup aurat dengan sempurna.
2) Sentiasa memelihara pergaulan dengan betul.
3) Sentiasa memelihara percakapan dan tutur kata
dengan sempurna.
4) Sentiasa mengelakkan diri dari pergaulan
bebas .

Kepujian Memenuhi mana-mana 3 kriteria di atas.


(3)

Pencapaian Memenuhi mana-mana 2 kriteria di atas.


(2)
4

E2.0 Adab dalam kehidupan bersosial

Bil Aspek Skor Kriteria

2.1 Sikap berkawan Memenuhi kesemua kriteria berikut:


Cemerlang 1) Sentiasa berhati-hati memilih kawan yang
(4) betul.
2) Sentiasa bersikap jujur dan ikhlas.
3) Sentiasa memelihara harta benda kawan
dengan betul dan sempurna.
4) Sentiasa nasihat menasihati di antara satu
sama lain dengan ikhlas.

Kepujian Memenuhi mana-mana 3 kriteria di atas.


(3)

Pencapaian Memenuhi mana-mana 2 kriteria di atas.


(2)

2.2 Menjaga harta sekolah Memenuhi kesemua kriteria berikut:


Cemerlang 1) Sentiasa memelihara harta sekolah dengan
(4) sempurna.
2) Sentiasa membantu sekolah memelihara
harta sekolah dengan ikhlas.
3) Sentiasa mengelakkan diri dari bersubahat
memusnahkan harta sekolah.
4) Melaporkan dengan betul setiap kerosakan
yang berlaku.

Kepujian Memenuhi mana-mana 3 kriteria di atas.


(3)

Pencapaian Memenuhi mana-mana 2 kriteria di atas.


(2)

2.3 Bekerja Memenuhi kesemua kriteria berikut:


Cemerlang 1) Sentiasa patuh pada arahan ketua.
(4) 2) Sentiasa menepati waktu yang ditentukan.
3) Sentiasa berpakaian kemas dan menutup
aurat.
4) Sentiasa bersikap toleransi, ikhlas dan
sukarela ketika melaksanakan pekerjaan.

Kepujian Memenuhi mana-mana 3 kriteria di atas.


(3)

Pencapaian Memenuhi mana-mana 2 kriteria di atas.


(2)
5

E3.0 Adab dalam menunaikan ibadat

Bil Aspek Skor Kriteria

3.1 Sikap terhadap al-Quran dan Memenuhi kesemua kriteria berikut:


ketika membaca al-Quran 1) Sentiasa berwuduk dengan sempurna.
Cemerlang 2) Sentiasa menghadap kiblat dengan
(4) sempurna.
3) Memegang, membaca, dan menyimpan al-
Quran dalam situasi yang betul.
4) Sentiasa memelihara adab membaca
dengan betul dan sempurna.

Kepujian Memenuhi mana-mana 3 kriteria di atas.


(3)

Pencapaian Memenuhi mana-mana 2 kriteria di atas.


(2)

3.2 Ketika di masjid/surau Memenuhi kesemua kriteria berikut:


Cemerlang 1) Sentiasa menjaga kebersihan dengan betul
(4) dan sabar.
2) Sentiasa memelihara aurat dengan
sempurna.
3) Sentiasa menghormati orang lain yang
berada di masjid/surau.
4) Sentiasa memelihara pergaulan dan
percakapan yang berfaedah dan sopan.

Kepujian Memenuhi mana-mana 3 kriteria di atas.


(3)

Pencapaian Memenuhi mana-mana 2 kriteria di atas.


(2)

3.4 Ketika menunaikan solat Memenuhi kesemua kriteria berikut:


Cemerlang 1) Sentiasa mencukupi 5 waktu sehari.
(4) 2) Sentiasa bersegera untuk menunaikan
ibadat solat.
3) Sentiasa memelihara adab solat dengan
sempurna dan betul.
4) Sentiasa berdoa selepas menunaikan solat.

Kepujian Memenuhi mana-mana 3 kriteria di atas.


(3)

Pencapaian Memenuhi mana-mana 2 kriteria di atas.


(2)
6

E4.0 Adab terhadap ibu bapa dan keluarga

Bil Aspek Skor Kriteria

4.1 Sikap terhadap ibu bapa Memenuhi kesemua kriteria berikut:


Cemerlang 1) Sentiasa menghormati dan taat perintah.
(4) 2) Sentiasa Memelihara percakapan dan tutur
kata dengan sopan dan lemah lembut.
3) Sentiasa membantu ibu bapa.
4) Sentiasa mengucapkan terima kasih
dengan ikhlas.

Kepujian Memenuhi mana-mana 3 kriteria di atas.


(3)

Pencapaian Memenuhi mana-mana 2 kriteria di atas.


(2)

4.2 Sikap terhadap keluarga Memenuhi kesemua kriteria berikut:


Cemerlang 1) Sentiasa memelihara hubungan sesama
(4) keluarga dengan baik.
2) Sentiasa memelihara percakapan dengan
sopan dan lemah lembut.
3) Sentiasa berusaha untuk membantu
dengan ikhlas dan jujur.
4) Sentiasa berusaha menjaga keharmonian
keluarga dengan bersungguh-sungguh.

Kepujian Memenuhi mana-mana 3 kriteria di atas.


(3)

Pencapaian Memenuhi mana-mana 2 kriteria di atas.


(2)

4.3 Berbakti kepada ibu bapa Memenuhi kesemua kriteria berikut:


1) Sentiasa berusaha menjaga dan
Cemerlang memelihara keluarga dengan sabar dan ikhlas.
(4) 2) Sentiasa berusaha untuk menolong
keluarga dengan ikhlas.
3) Sentiasa berusaha berbuat baik kepada
sahabat ibu bapa dengan jujur.
4) Sentiasa berusaha untuk memelihara
hubungan antara keluarga dengan baik.

Kepujian Memenuhi mana-mana 3 kriteria di atas.


(3)

Pencapaian Memenuhi mana-mana 2 kriteria di atas.


(2)
7

E5.0 Adab menuntut ilmu

Bil Aspek Skor Kriteria

5.1 Sikap terhadap guru Memenuhi kesemua kriteria berikut:


Cemerlang 1) Sentiasa menghormati dan taat perintah.
(4) 2) Sentiasa memelihara percakapan dan tutur
kata dengan sopan dan lemah lembut.
3) Sentiasa berusaha meminta nasihat guru
dengan bersungguh-sungguh.
4) Sentiasa mengucapkan terima kasih
dengan ikhlas.

Kepujian Memenuhi mana-mana 3 kriteria di atas.


(3)

Pencapaian Memenuhi mana-mana 2 kriteria di atas.


(2)

5.2 Sikap ketika menuntut ilmu Memenuhi kesemua kriteria berikut:


Cemerlang 1) Sentiasa berdoa sebelum memulakan
(4) pelajaran.
2) Sentiasa berusaha memberi tumpuan dan
perhatian dengan bersungguh-sungguh.
3) Sentiasa menunjukkan minat terhadap
pelajaran.
4) Sentiasa memelihara adab dan percakapan
dengan betul dan sopan.

Kepujian Memenuhi mana-mana 3 kriteria di atas.


(3)

Pencapaian Memenuhi mana-mana 2 kriteria di atas.


(2)

Anda mungkin juga menyukai