Anda di halaman 1dari 14

1. Apakah misi dan visi IPG?

Visi IPG:
IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru
Misi IPG:
Melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program
pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia
2. Adakah pelajar tahu tentang PEO, PLO program?
OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)
PEO adalah penyataan-penyataan yang menjelaskan hasil-hasil pendidikan yang
perlu
dicapai oleh setiap graduan dalam sesebuah program akademik setelah berada di
alam
pekerjaan selama di antara 3-5 tahun. Program ini mempunyai enam (6) PEO yang
perlu
dicapai oleh setiap graduan.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)

PLO adalah peryataan-peryataan yang menjelaskan hasil-hasil pendidikan yang


perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah melengkapkan semua kursus yang
ditawarkan dalam kurikulum sesebuah program akademik. Program ini mempunyai
sembilan (9) PLO yang mencangkum sembilan (9) domain hasil pembelajaran KPM.

3. Bagaimanakah PEO, PLO program disebarluaskan kepada pelajar?


Objektif pendidikan program (PEO) digunakan bagi membantu pencapaian matlamat
program. Ini diikuti pula dengan penjanaan hasil pembelajaran program (PLO) yang
akan memastikan PEO boleh dicapai. PLO ini menunjukkan apa yang pelajar akan
tahu dan boleh lakukan setelah menamatkan sesuatu program. PLO dan PEO
hendak disebarluas kepada pelajar supaya pelajar lebih memahami pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Cara penyebaran adalah melalui ringkasan kursus.
Misalnya, semasa kelas pertama pensyarah akan menerangkan PLO dan PEO
kepada pelajar berdasarkan ringkasan kursus sebelum mengajar. Cara yang kedua
adalah pensyarah sentiasa berkait rapat dengan PLO dan PEO. Misalnya,
pensyarah bertanya kepada pelajar mengenai mana satu matlamat PLO dan PEO
berkaitan dengan proses PdP sebelum dan selepas mengajar. Cara yang ketiga
adalah mencetakkan PEO dan PLO program. Misalnya, melekatkan bahan
berkenaan atas papan putih mahupun papan kenyataan supaya dapat dirujuk oleh
pelajar.
4. Adakah pelajar/pensyarah faham konsep OBE?
Pelajar/ pensyarah faham konsep OBE. OBE dilaksanakan untuk memastikan
program akademik, sistem pengajaran, kaedah pentaksiran dan graduan kita berada
pada tahap kualiti yang tinggi. Pendidikan berasaskan hasil pembelajaran (OBE)
memperincikan hasil pembelajaran yang diharapkan yang perlu pelajar pamerkan
apabila terlibat dalam program pendidikan. Hasil pembelajaran yang dihasratkan ini
memastikan kebolehfungsian graduan. OBE menekankan 3 perkara kepada
pembelajaran pelajar. Pertama, OBE menggunakan pernyataan hasil pembelajaran
yang jelas untuk memudahkan para pelajar mengetahui dan memahami tentang

jangkaan hasil yang perlu mereka capai. Kedua, OBE menyediakan aktiviti
pembelajaran tertentu dengan tujuan untuk membolehkan para pelajar mencapai
semua hasil yang dirancangkan. Ketiga, OBE menilai tahap pencapaian pelajar
berbanding kriteria penilaian yang telah ditetapkan secara jelas dan berkesan.

5. . Bagaimana lantikan untuk mengajar kursus dibuat?


Seseorang pensyarah perlu menerima surat lantikan mengajar kursus.
6. Adakah pelajar diberitahu CLO kursus? Bila?
Ya. Pelajar akan diberitahu CLO (hasil pembelajaran kursus) semasa taklimat kursus
diberikan pada tahap permulaan semester yang baru.
7. Adakah pensyarah terlibat dalam penggubalan kurikulum?
ya

8. Berapa pengecualian kredit diberi kepada pelajar PPG?


Pelajar PPG layak mendapat 29 pengecualian kredit secara pukal
9. Mengapa olahraga ditawarkan kepada pelajar?
Olahraga ditawarkan kepada pelajar kerana sebagai seorang bakal guru, kami
perlu terlibat dengan pengorganisasian sukan di sekolah selaras dengan dasar 1
murid 1 sukan. Oleh itu, IPG memberikan pendedahan awal, pengetahuan dan
kemahiran untuk persediaan sebagai seorang bakal guru.
10. Adakah pelajar tahu tentang SLT?
Tidak dapat cari jawapan
11. Bagaimana anda pastikan kursus yang diajar telah mencapai hasil
pembelajaran?
Penilaian pelajar merupakan satu aspek yang cukup penting dalam jaminan kualiti
disebabkan ia mampu mendorong pembelajaran. Ia merupakan salah satu langkah
yang amat berguna untuk menunjukkan pencapaian hasil pembelajaran. Hasil
penilaian ini juga merupakan asas penganugerahan kelayakan. Justeru, kaedah
penilaian pelajar perlulah jelas, konsisten, berkesan, dipercayai serta selari dengan
amalan-amalan terkini dan mesti secara jelas membantu pencapaian hasil
pembelajaran. (COPPA, 2010, ms.22).
Kaedah penilaian khusus akan bergantung kepada keperluan spesifik setiap
modul.

Walau bagaimanapun, sebagai panduan umum, perkara berikut perlu diambil


kira:
i.
Penilaian sumatif dan formatif
ii. Pengetahuan dan pemahaman (domain kognitif) perlu diuji melalui penulisan,
lisan atau cara lain yang sesuai tetapi kemahiran amali hendaklah diuji oleh
penilaian amali seperti ujian makmal
iii. Kelulusan penilaian amali adalah wajib bagi modul yang memerlukan
kemahiran amali
(Lulus bermakna pemeriksa berpuas hati bahawa calon telah memenuhi hasil
pembelajaran subjek tersebut);
iv. Jenis penilaian ditunjukkan di bawah adalah sebagai contoh sahaja. Pemberi
Pendidikan Tinggi (PPT) digalakkan untuk mengguna pelbagai kaedah dan
alatan yang bersesuaian bagi menilai hasil pembelajaran dan kompetensi; dan
v. Calon dikehendaki lulus penilaian berterusan dan penilaian akhir (Lulus
bermakna pemeriksa berpuas hati bahawa calon telah memenuhi hasil
pembelajaran subjek tersebut).
Umumnya, pelajar akan dinilai mengikut kesesuaian melalui:
i. Peperiksaan
Closed / Open book, Viva, Pertengahan Semester, Akhir Semester;
ii. Kerja Kursus
Tugasan, Kuiz, Laporan Makmal;
iii. Projek
Individu/Kumpulan, Pembentangan Pendek / Panjang; dan
iv. Lain-lain
Penglibatan dalam Kelas, , Aktiviti Kumpulan .
12. Terangkan mekanisme yang digunakan bagi melaksanakan sebarang
penambahbaikan kursus.
Penambahbaikan kualiti menuntut agar program sering dipantau, disemak dan
dinilai. Kegiatan ini mencakupi memantau, menyemak dan menilai struktur dan
proses institusi (struktur pentadbiran, kepimpinan dan governan, mekanisme
perancangan dan semakan), komponen kurikulum (sukatan pelajaran, kaedah
pengajaran, hasil pembelajaran), di samping kemajuan, prestasi dan
kebolehpasaran pelajar.
Maklum balas daripada pelbagai sumber, seperti pelajar, alumni, staf akademik,
majikan, badan profesional dan ibu bapa akan membantu dalam meningkatkan
kualiti program. Maklum balas juga boleh diperolehi melalui analisis prestasi pelajar
dan daripada kajian datar.
Prestasi pelajar boleh diukur melalui purata tempoh pengajian, markah penilaian,
kadar kelulusan dalam peperiksaan, kadar kejayaan dan keciciran, laporan pelajar
dan alumniberhubung pengalaman pembelajaran mereka, di samping waktu yang

digunakan pelajar dalam bidang minat tertentu mereka. Penilaian terhadap prestasi
pelajar dalam peperiksaan dapat menghasilkan maklumat yang berguna. Di mana
pemilihan pelajar telah dilakukan dengan sempurna, kadar kegagalan yang tinggi
dalam sesuatu program menggambarkan wujudnya kepincangan sama ada dalam
kandungan kurikulum berkenaan, dalam kegiatan pengajaranpembelajaran atau
dalam sistem penilaian. Jawatankuasa program perlulah memantau kadar prestasi
setiap kursus dan menyiasat sekiranya didapati kadar tersebut terlalu tinggi atau
terlalu rendah.
Maklum balas daripada pelajar, yang diperoleh misalnya melalui soal selidik dan
perwakilan dalam jawatankuasa program, berguna untuk mengenal pasti masalahmasalah tertentu dan untuk menambah baik program.
Satu kaedah menilai keberkesanan program ialah kajian datar siswazah
berkenaan. Jabatan perlu mempunyai mekanisme untuk memantau prestasi
siswazah dan untuk memperoleh persepsi masyarakat dan majikan terhadap
kekuatan dan kelemahan siswazah, dan untuk bertindak balas sewajarnya.
(COPPA, 2010, m.s 36)
13. Terangkan proses pembinaan kerja kursus?
Saya akan memahami kehendak soalan dalam kerja kursus terlebih dahulu. Saya
akan merujuk kepada pensyarah sekiranya terdapat kekeliruan dalam proses
memahami kehendak soalan. Selepas itu, saya akan mencari maklumat dan bahan
rujukan pelbagai sumber berkaitan soalan di pusat sumber IPG, pusat sumber awam
mahupun laman sesawang. Selain itu, maklumat yang diperolehi daripada pelbagai
sumber akan dianalisis untuk mendapatkan ketepatan maklumat yang dicari. Sebaik
sahaja mendapat ketepatan maklumat, saya akan mula membina kerja kursus dan
menggunakan bahan rujukan yang sesuai mengikut format APA.
14. Adakah pelajar diberi taklimat kerja kursus?
Ya, pelajar guru diberi taklimat kerja kursus sebagai satu garis panduan awal.
15. Terangkan proses pembinaan kertas soalan peperiksaan?
a. Menyediakan Jadual Penentu Ujian (JPU)
Supaya item-item ujian yang dibina itu mewakili keseluruhan kandungan
pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan
sebelum pengajaran dimulakan.
b.Menulis item ujian
Ringkas dan mudah difahami, jawapan berkaitan pengetahuan/kemahiran yang
spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, arahan jelas (huruf besar), unit dan
ketepatan ukuran.
c. Menyemak item ujian

Arahan tepat, bahasa yang mudah difahami, Soalan cukup dan seimbang, tidak
mengandungi petanda jawapan.
d.Menilai item ujian
Arahan dan bahasa mudah difahami, jelas dan maklumat yang cukup, Soalan
cukup dan seimbang, Jawapan mengikut kehendak dan masa cukup utk jawab..
e.Membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item
Kesesuaian item-item kepada pelajar yang setara dari segi keupayaan dengan
pelajar sasaran.
16. Bagaimana kualiti soalan kerja kursus dan peperiksaan dikawal?
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
mengurus perancangan, penggubalan soalan, pentadbiran, dan pemantauan
pelaksanaan pentaksiran dan penilaian yang merangkumi kerja kursus dan
peperiksaan. Dalam prosesnya,
i. setiap kertas soalan peperiksaan yang siap untuk ditadbirkan tidak berlaku
kesilapan yang melibatkan markah tidak melebihi 5% daripada jumlah markah;
ii. keputusan akhir pentaksiran pelajar untuk penganugerahan diploma dan
Ijazah dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas mesyuarat
Lembaga
Peperiksaan
Pendidikan
Guru
(LPPG).
17. Adakah mana-mana kursus yang didapati membebani pelajar?
Tiada. Hal ini demikian kerana kami mendapat banyak bimbingan dan tunjuk ajar
daripada pensyarah-pensyarah, bukan sahaja dari segi penyampaian kuliah
malahan juga meliputi didikan semasa pelaksanaan tugasan-tugasan. Sumber
rujukan yang mencukupi juga banyak memudahkan kami dalam menyempurnakan
kursus-kursus yang dibekalkan dalam IPG. Sepanjang 5 tahun setengah ini, saya
dapati bahawa kursus-kursus yang dipelajari adalah bermanfaat dan berguna
kepada kami sebagai seorang pelajar guru. Kesemua ilmu pengetahuan yang
diperolehi adalah penting kepada kami sebagai kesediaan seorang guru yang
profesional.

18. Kursus manakah yang menerapkan kemahiran insaniah seperti


keusahawanan, kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat.
Bagi kemahiran keusahawanan, kami telah diterapkan kemahiran keusahawanan
melalui kursus kokurikulum seperti olahraga , permainan dan sebagai. Misalnya,
bagi kursus kokurikulum-olahraga, kami dikehendaki menganjurkan program
Kejohanan Olahraga Tahunan. Bagi menjayakan program, kami dikehendaki

melakukan anggaran perbelanjaan. Ini secara tidak langsung telah mendedahkan


kami dengan kemahiran keusahawanan.
Bagi kemahiran kepimpinan, kami telah diterapkan kemahiran ini melalui kursus
seperti EDU 3083 Asas kepimpinan dan Profesional Guru. Kursus ini telah
mendidik tentang ciri-ciri seorang guru yang profesional, kepimpinan dan peranan
guru dalam menjayakan tugasan dan kerjayanya. Sementara itu, kursus yang
berkaitan kokurikulum seperti pengurusan kokurikulum, Unit-Beruniform,
permainan, bina insan guru turut memberi banyak latihan amali kepada kami dalam
menganjurkan sesuatu program. Ini turut memupuk kemahiran kepimpinan dalam
kalangan pelajar guru. Misalnya, kami dididik untuk menjadi seorang pemimpin
yang berpengaruh, bersifat keterbukaan, rasional dalam membuat keputusan,
tenang mahupun berpandangan jauh.
Bagi kemahiran insaniah seperti pembelajaran sepanjang hayat turut dititikberatkan
dalam kursus EDU 3083 Asas kepimpinan dan Profesional Guru. Dalam
perkembangan profesional guru, guru seharusnya mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat. Kami turut dididik bahawa sebagai seorang seharusnya
mempunyai semangat dan cita-cita yang kuat untuk meningkatkan ilmu dan
kemhaiaran dari semasa ke semasa dalam memastikan perkembangan dan
peningkatan profesional guru yang sejajar dengan perubahan dan cabaran
semasa.

19.

Apakah program/aktiviti pemulihan yang disediakan untuk membantu


pelajar yang memerlukan sokongan?

Program dan aktiviti pemulihan yang telah disediakan kepada pelajar yang
memerlukan sokongan adalah program bimbingan dan kaunseling

20. Terangkan khidmat sokongan (kaunseling, pusat sumber, makmal bahasa,


makmal komputer) yang disediakan kepada pelajar PPG?
LAP
21. Adakah jabatan merancang aktiviti bagi memupuk keyakinan diri pelajar?
LAP
22. Bagaimanakah beban tugas/tanggung jawab diagihkan kepada pensyarah?
Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) menetapkan beban maksimum (aktiviti
mengajar) staf akademik mesti bersesuaian dan seimbang dengan aktiviti lain.
Beban mengajar juga tertakluk kepada standard dan kriteria bidang serta keperluan
badan profesional yang berkaitan.
1.2 Pada amnya, pengajaran formal setiap minggu adalah tidak melebihi 18 jam

kontak supaya staf akademik dapat memberi tumpuan dan melaksanakan aktiviti
ilmiah (scholarly activities)/ penyelidikan/ khidmat perundingan serta tugas
pentadbiran lain.
1.3 Staf akademik hendaklah mengajar dengan bilangan kursus yang munasabah
bagi membolehkannya membina dan meningkatkan kepakaran dalam sesuatu
bidang pengajian. Sehubungan itu, bilangan staf akademik mestilah bersesuaian
mengikut keperluan standard dan kriteria bidang serta keperluan badan profesional
yang berkaitan.
Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan
penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan
awam. PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan
bagi menggantikan Kursus Induksi.
Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah
pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas
perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan
ekspektasi pelanggan.
PTM dilaksanakan dalam tempoh lima (5) hari meliputi tiga (3) segmen iaitu Negara
dan Perkhidmatan Awam; Tanggungjawab dan Peranan Pegawai serta Budaya Kerja
Kelas Pertama.
Pegawai yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:
(a) pegawai lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2013 yang berkhidmat
secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; dan
(b) pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul
Umum.
Pegawai yang sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke skim perkhidmatan
atau perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM dengan syarat:
(a) pegawai telah hadir dengan jaya PTM; atau
(b) hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum; atau
(c) lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu.
Pelaksanaan PTM ini boleh dibuat tanpa mengira kumpulan perkhidmatan/gred
jawatan atau dibuat secara berasingan mengikut kesesuaian
Kementerian/Jabatan/Agensi.
23. Bagaimanakah anda memperolehi maklumat terkini mengenai program?
KENNY
24. Adakah jabatan merancang aktiviti bagi memupuk keyakinan diri pelajar?

KENNY
25. Adakah bahan rujukan program mencukupi?
ya
26. Adakah infrastruktur elektronik disediakan untuk OLL?
ya, hal ini kerana di bilik kuliah blok akademik baru telah membekalkan
smartboard dan WIFI . infrastruktur ini telah membolehkan semua pelajar guru di
IPGKPP dapat menjalankan online learning OLL.

27. Tunjukkan status penggunaan OLL pelajar?


SHURA
28. Adakah pensyarah/pelajar diberi kursus/induksi penggunaan OLL?
SHURA
29. Berapakah bilangan jam kredit untuk Program PISMP?
Seseorang pelajar guru dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan
Kepujian setelah berjaya menyempurnakan pengajian selama 8 semester dengan
133 kredit iaitu kursus wajib 23K + kursus teras 86K + kursus elektif 24K (40 jam
pembelajaran pelajar (40 jam pembelajaran pelajar bersamaan 1 kredit)
30. Dalam PLO ada dinyatakan keusahawanan. Bagaimanakah kita menerapkan
unsur keusahawanan dalam pencapaian PLO ke 8?
Pelajar guru mempamerkan kemahiran pengurusan dan keusahawanan serta
bertindak balas terhadap keperluan perubahan semasa melalui aktiviti pembelajaran
yang dijalankan seperti pameran, jualan dan sebagainya.
31. Ada tak ruang untuk pelajar meluahkan masalah peribadi? Ada tak saluran
untuk pelajar meluahkan masalah dan aduan?
Ada. Pelajar yang menghadapi masalah atau ingin membuat aduan boleh mengisi
borang aduan yang boleh didapati dari Suara Pelajar atau Kaunter HEP.
32. Bagaimana cara pelajar menilai pelaksanaan kursus di IPGKPP?
Pelajar boleh menilai pelaksanaan kursus di IPGKPP dengan menggunakan skema
TLO ataupun Rancangan Mingguan kursus tersebut. Hal ini demikian agar dapat

memastikan isi pelajaran bagi kursus tersebut disampaikan dan dipelajari.


33. Apakah CLO? Contohnya.
Hasil Pembelajaran Kursus (CLO). Satu set pernyataan-pernyataan (explisit & boleh
diukur) menerangkan hasil-hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh seseorang
pelajar di akhir sesebuah kursus. Dinilai pada awal & hujung setiap semester
(entrance & exit survey).
34. Adakah pensyarah mengaplikasikan kajian tindakan dia sendiri dalam PdP?
Ya, pensyarah sememangnya mengaplikasikan kajian tindakan mereka sendiri
dalam PdP.
35. Apakah i-Think?
Program

i-THINK

adalah

program

yang

bertujuan

mempertingkatkan

dan

membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan


murid berinovatif.
36. Apakah PBS?
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk
pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan
pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada
Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.
37. Bagaimana aplikasi Band untuk PBS?
Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang
pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah
dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras
(benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir

bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan
berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.
38. Apa beza Band 5 & 6 untuk PBS?
Band 1 paling bawah pemarkahannya manakala Band 6 adalah paling cemerlang. Di
Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru,
dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
Bagi matematik murid yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah
seperti Berapa biji telurkah yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang RM10.00 jika
sebiji telur berharga 20 sen? Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan
idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk
mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh
berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat
yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Di Band 6 murid
boleh membuat keputusan dalam masalah seperti membuat pilihan di antara kemeja
biru yang berharga RM30.00 tetapi diberi diskaun 50% dan baju tawaran terbaik
(best buy) yang sama kualiti dengan harga RM20.00.
39. Kredit pembelajaran PPISMP.

40. Tempoh pembelajaran/pengajian PPISMP.


satu tahun setengah
41. Tempoh pengajian PISMP.
4 tahun
42. Apa itu SLT? Apa itu ISL?
SLT- Student Learning Time.
Student Learning Time (SLT) bermaksud beban sebenar jam pembelajaran pelajar
yang mengambil kira semua aktiviti pembelajaran termasuk persediaan material di
perpustakaan dan pencarian sumber maklumat di internet. SLT diambil kira
bukannya berasaskan kepada jam kontak antara pensyarah dan pelajar sematamata.
ISL- Independent Self Learning

ISL diertikan sebagai usaha individu untuk melakukan kegiatan belajar secara
sendirian mahupun dengan bantuan orang lain berdasarkan motivasinya sendiri
untuk menguasai suatu kemahiran supaya dapat digunakannya untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
43. Apa kandungan yang terdapat dalam Jadual 3?
Refer to photo
44. Tahu atau tidak, mengapa MQA dan KPM menekankan tentang SLT?
Hal ini kerana SLT merupakan satu kaedah pendekatan pembelajaran yang
membantu pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan secara berdikari serta
merupakan pengaksesan sumber pembelajaran. SLT adalah pendekatan
pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran bagi
membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara kendiri.
Bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat,
keperluan, tahap kemampuan dan gaya pembelajaran mereka.

Anda mungkin juga menyukai