Anda di halaman 1dari 4

SEJARAH PROGRAM KEDAP

Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Bil. 5/2007 pada 23


November 2007 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri
Mohd Sidek bin Hj. Hasan telah memutuskan pelaksanaan program KEDAP ini akan
dilaksanakan mulai Mac 2008. Program ini akan dilaksanakan mulai Mac 2008.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kadar literasi dalam kalangan ibu bapa
murid orang asli dan peribumi agar mereka dapat member dorongan dan tunjuk ajar
kepada anak-anak mereka selepas waktu persekolahan di sekolah.
Program KEDAP yang telah dibentangkan oleh Dato Fatimah Deni TKSU
Pembangunan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Yang
Berbahagia Tan Sri Mohd Sidek dan dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri
Pelajaran pada 27 Febuari 2008 dengan objektif untuk mengurangkan kadar buta
huruf rakyat khususnya Orang Asli, Penan dan Peribumi Sabah, membasmi
kemiskinan tegar melalui agenda pendidikan, membantu anak-anak meningkatkan
pencapaian dan menggalakkan anak-anak ke sekolah bagi mengurangkan masalah
keciciran dan ponteng sekolah.
4.0

OBJEKTIF PROGRAM KEDAP

Objektif pelaksanaan Program KEDAP adalah untuk:


i.

mengurangkan kadar buta huruf rakyat khususnya Orang Asli, Penan


dan peribumi Sabah.

ii.

membasmi kemiskinan tegar melalui agenda pendidikan.

iii.

membantu anak-anak meningkatkan pencapaian.

iv.

menggalakkan anak-anak ke sekolah bagi mengurangkan masalah


keciciran dan ponteng sekolah.

Oleh itu, pendidikan dewasa adalah pendekatan tepat dalam mengurangkan


bilangan buta huruf, melahirkan modal insan berkualiti, meningkatkan taraf hidup,
seterusnya menjayakan konsep pendidikan sepanjang hayat sebagaimana yang
telah dihasratkan dalam Pelan Tranformasi Pendidikan Negara.

5.0

PERUNTUKAN PROGRAM KEDAP

Sepanjang tahun 2012 keseluruhan kos pengurusan kelas-kelas KEDAP di seluruh


Negara adalah sebanyak RM4,792,500. Kos kelas-kelas KEDAP mengikut elaun
dan peralatan adalah seperti jadual 1 yang berikut:
Jadual 1 : Kos Elaun Peserta Dan Guru KEDAP Tahun 2012

RM15.00/hari

BILANGAN
HARI/TAHUN/
JAM
75 hari

BILANGAN
PELAJAR
(orang)
2,220

RM4.00/hari
RM50.00/setahun
RM50.00/setahun

75 hari
1 tahun
1 tahun

2,220
2,220
2,220

666,000
111,000
111,000

RM50.00/setahun
1 tahun
RM50.00/setahun
1 tahun
RM50.00/sejam
150 jam
JUMLAH BESAR
(RM)

2,220
2,220
158

111,000
111,000
1,185,000
4,792,500

* JENIS ELAUN

KADAR

Elaun Kehilangan
Pendapatan
Elaun Makan
Elaun Pakaian
Bantuan Buku Dan
Peralatan
Pembelajaran
Elaun Kesihatan
Pakej Lawatan
Elaun Guru

JUMLAH
(RM)
2,497,500

* Berdasarkan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2008, Panduan Skim Insentif
Pelaksanaan Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan, Kementerian Pelajaran
Malaysia

6.0

KURIKULUM PROGRAM KEDAP

6.1

Konsep dan Reka Bentuk Kurikulum KEDAP

Pelaksanaan Progam Kelas Dewasa Bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Penan
(KEDAP) menggunapakai kurikulum dan modul yang di bina oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum. Kertas Konsep Kurikulum KEDAP telah mendapat
kelulusan bagi pelaksanaan oleh Mesyuarat Profesional KPM Bil.4/2008 pada 6
Februari 2008. Kurikulum KEDAP adalah bersifat komuniti dan mengambilkira
budaya masyarakat setempat. Ia dibina berdasarkan Kurikulum Pendidikan Literasi
Fungsian (PLF) yang dibangunkan dan digunakan oleh KEMAS dalam program
meningkatkan taraf hidup dan ekonomi peribumi di Sabah dan Sarawak. Literasi
Fungsian adalah kaedah yang digunakan untuk mengajar membaca agar seseorang
boleh berfungsi di dalam masyarakat yang komplek. Penekanan Kurikulum KEDAP
adalah kepada kemahiran asas 3M dan literasi fungsian sebagai pendekatan bagi
mencapai matlamat dan objektif KEDAP.
Pembinaan Kurikulum KEDAP didasari oleh dua perkara utama iaitu Teori
andragogi dan Prinsip Pembelajaran Orang Dewasa yang dipelopori oleh Malcom
Knowles (1984). Prinsip tersebut adalah:
1) Orang dewasa belajar secara terarah kendiri.
2) Orang dewasa berpengalaman luas.
3) Pembelajaran orang dewasa berorientasikan matlamat
4) Pembelajaran orang dewasa berorientasikan perkara yang relevan
dengan mereka.
5) Orang dewasa adalah praktikal dan berfokus
6) Orang dewasa perlu dihormati

6.2

MATLAMAT PROGRAM KEDAP

Matlamat kurikulum KEDAP adalah untuk membantu ibu bapa murid Orang Asli dan
Penan meningkatkan tahap literasi dan membentuk sikap positif terhadap

pembelajaran
6.3

sepanjang

hayat

bagi

meningkatkan

taraf

kualiti

hidup.

OBJEKTIF KURIKULUM KEDAP

Kurikulum KEDAP membolehkan ibu bapa murid Orang Asli dan Penan:
1) Bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan mudah dan jelas.
2) Membaca bahan-bahan yang ditulis dalam Bahasa Malaysia yang

berkaitan dengan kehidupan harian.


3) Menulis dan memahami ide mudah.
4) Mengenal dan menulis angka-angka.
5) Menyelesaikan masalah mengira dengan mudah.
6) Berminat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran dalam

penyelesaian masalah mengira.


7) Meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial.
8) Mempraktikkan amalan kekeluargaan, kesihatan, sivik, ekonomi dan

keselamatan.

Anda mungkin juga menyukai