Anda di halaman 1dari 2

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AJK KO-KURIKULUM

A. FUNGSI DAN BIDANG TUGAS


1. Setiausaha Sukan
1.1. Setiausaha kepada Jawatankuasa Ko-kurikulum/ sekolah
1.2. Menjadi pembantu teknik kepada GPK (KK)
1.3. Menyelaraskan pertandingan GERKO
1.4. Menyimpan rekod dengan kemaskini
1.5. Menyelaraskan sukan sekolah

2. Guru Penasihat Rumah-rumah


2.1. Menjadi guru penasihat rumah-rumah
2.2. Merancang dan melaksanakan segala aktiviti dalam rumah
2.3. Melatih pasukan rumah untuk pertandingan.
2.4. Menyimpan rekod-rekod dengan kemaskini

3. Guru Penasihat Persatuan Akademik


3.1. Menjadi guru penasihat persatuan
3.2. Merancanga dan melaksanakan segala aktiviti dalam persatuan
3.3. Merancang dan menyelaraskan pertandingan antara rumah.
3.4. Menyediakan persembahan untuk upacara-upara
3.5. Menyimpan rekod-rekod dengan kemaskini.

4. Guru Penasihan Badan Beruniform


4.1. Menjadi guru penasihat badan beruniform
4.2. Menjadi ahli badan beruniform di peringkat daerah
4.3. Merancanga dan menyelaraskan pertandingan antara badan-badan beruniform
4.4. Merancang dan melaksanakan segala aktiviti dalam persatuan
4.5. Menyediakan wakil-wakil untuk penyertaan dalam aktiviti di luar sekolah
4.6. Menyimpan rekod-rekod dengan kemaskini.

5. Guru Permainan dan Olahraga


5.1. Membuat pemilihan dan melatih pasukan sekolah
5.2. Merancang dan menyelaraskan pertandingan antara rumah
32
5.3. Menjadi jurulatih dan mengiring pasukan sekolah semasa pertandingan
5.4. Menyimpan rekod-rekod dengan kemaskini.

B. TANGGUNGJAWAB
1. Perancangan
1.1. Merancang aktiviti tahunan untuk unit ko-kurikulum masing-masing
1.2. Merancangkan tarikh pertandingan antara rumah-rumah
1.3. Semua rancangan hendaklah ditaip dan satu salinan diserahkan kepada GPK KK
sebelum akhir bulan Februari.
2. Pengurusan dan Pentadbiran
2.1. Mengadakan Mesyuarat Agong dan Pemilihan AJK.
2.2. Menyimpan senarai lengkap ahli-ahli mengikut rumah/ darjah.
2.3. Menyimpan bukulog untuk mencatat aktiviti yang telah dijalankan.
2.4. Menyimpan rekod kedatangan dengan kemaskini.
2.5. Menyimpan akaun dan wang sekirianya ada mengutip yuran atau derma.
2.6. Senarai AJK termasuk Guru Penasihat dan senarai ahli-ahli. Satu salinan
diserahkan kepada GPK KK sebelum akhir bulan Februari.
2.7. Menggunakan buku log, rekod kedatangan dan akaun bagi tujuan penyeliaan
dari semasa ke semasa.

3. Penilaian
3.1. Membuat satu laporan dalam mesyuarat jawatankuasa ko-kurikulum.
3.2. Menyediakan laporan tahunan pada akhir penggal kedua.
3.3. Menyediakan laporan akaun pada akhir penggal kedua.
3.4. Membuat pemarkahan untuk Program Bersepadu.
3.5. Satu salinan laporan tahunan dan akaun hendaklah ditaip dan diserahkan kepada
GPK KK sebelum akhir penggal kedua.

4. Penyerahan
4.1. Menyerahkan semua dokumen-dokumen, alat-alat dan wang simpanan untuk
disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti penggal kedua.
4.2. Guru-guru sandaran hendaklah menyerahkan kembali semua dokumen-dokumen
semasa meninggalkan sekolah pada bila-bila masa.

5. Lain-lain.
Membuat segala arahan daripada GPK 1, GPK II, GPK KK dan Guru Besar.
33

Anda mungkin juga menyukai