Anda di halaman 1dari 4

Assignment 2: Forum 10% (kuiz)

Falsafah pendidikan timur turut menyumbang terhadap perkembangan sistem


pendidikan di Malaysia. Buktikan 3 implikasi Falsafah pendidikan timur terhadap
sistem pendidikan di Malaysia

Falsafah pendidikan memerihalkan berkenaan dengan fungsi, proses dan matlamat


pendidikan yang dilaksanakan. Bagaimana pendidikan yang akan dilaksanakan itu
diformulasikan adalah tertakluk kepada dasar-dasar yang telah digubal dan
diperundangkan (Zaini Abdullah, 2014). Falsafah pendidikan adalah satu konsep yang
mana ia menjelaskan sesuatu pemikiran dan prinsip-prinsip yang memberi panduan
serta masalah penjelasan halangan terhadapnya. Falsafah pendidikan menggabungkan
matlamat-matlamat pendidikan, dasar-dasar dan amalan-amalan supaya menjadi
sesuatu yang logik, tekal dan jelas.

Jika kita telusuri, falsafah pendidikan di Malaysia telah dipengaruhi unsur-unsur


daripada falsafah lain dari pelbagai bidang. Antara falsafah yang mempunyai hubung
kait dengan falsafah pendidikan di Malaysia adalah falsafah pendidikan Timur, Islam
dan juga Barat. Falsafah pendidikan Timur turut menjadi salah satu penyumbang
terhadap perkembangan sistem pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Timur
boleh digolongkan dalam tiga aliran fahaman yang utama iaitu, Konfusianisme,
Nasionalisme dan juga Internasionalisme. Konsep falsafah timur menyatakan bahawa
pendidikan merupakan suatu elemen yang amat penting bagi seseorang individu baik
didunia mahupun diakhirat. Fakta sebegini juga, ada diterapkan didalam falsafah
pendidikan di Malaysia bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang mantap dan
berkesan terhadap para pelajar. Antara implikasi falsafah pendidikan timur terhadap
sistem pendidikan di Malaysia yang akan dibincangkan ialah dari aspek implikasi
terhadap kurikulum, implikasi terhadap pendidik dan juga implikasi terhadap institusi
pendidikan.
1) Implikasi terhadap kurikulum

Seperti yang kita sedia maklum, perubahan kurikulum sekolah adalah selaras
dengan cita-cita dan tujuan Falsafah pendidikan kebangsaan yang telah diumumkan
secara rasmi pada 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digubal akan
menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan
rancangan dalam bidang pendidikan. Antara perubahan kurikulum yang dilaksanakan
adalah perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis. Hal ini juga bertepatan dengan konsep falsafah
pendidikan timur itu sendiri yang mana konsep falsafah pendidikan timur menyatakan
bahawa pendidikan membolehkan seseorang individu mencapai kebijaksanaan,
mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang disamping memenuhi
kehendak sosial dan ekonomi.

Melalui konsep falsafah pendidikan timur yang telah dinyatakan dapatlah dilihat
bahawa falsafah pendidikan timur sedikit sebanyak telah menyumbang kepada
perkembangan sistem pendidikan di Malaysia. Sebagai contoh, mata pelajaran yang
memfokuskan kepada pendidikan moral, politik, ekonomi, kebudayaan, muzik,
kesusasteraan dan sejarah ada terdapat di dalam pendidikan di Malaysia yang mana
mata pelajaran seperti ini merupakan kurikulum pendidikan di China. Hal ini sekaligus
telah membuktikan perubahan kurikulum yang dilaksanakan oleh negara kita iaitu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis adalah bertepatan dengan falsafah
pendidikan timur itu sendiri.

2) Implikasi terhadap pendidik

Falsafah pendidikan Timur juga turut memberi implikasi terhadap perkembangan


pendidikan di negara kita dari aspek pendidik itu sendiri. Pendidikan di China
menyatakan bahawa pendidik merupakan fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir.
Kerajaan telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Guru untuk menghasilkan pendidik
yang berkualiti dan berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan. Pendidikan di India
juga menekankan peranan pendidik sebagai fasilitator dan pemangkin bagi
menggerakkan perbincangan murid serta menjadi penjana idea yang kreatif dan bernas
dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu, pendidikan sekarang bukan sekadar
berpusatkan guru sebaliknya boleh berpusatkan pelajar.

Hal ini juga sejajar dengan pendidikan di negara kita, yang mana pendidik
berperanan sebagai pemudah cara dan seharusnya lebih bersedia serta peka dalam
melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah berusaha dengan bersungguh-
sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan
disegani ramai. Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan Pendidikan
Malysia (PPPM) 2013 - 2025 iaitu memartabatkan profesion keguruan antara agenda
utamanya selain daripada kemenjadian murid . Para pendidik sebenarnya mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek profesionalannya dengan
melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras
dengan kehendak teras PPPM.

3) Implikasi terhadap institusi pendidikan

Salah satu fungsi institusi pendidikan di Malaysia ialah mengembangkan potensi


pelajar secara menyeluruh dan bersepadu. Demi membentuk insan yang harmonis dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial di mana tata tertib,
perlakuan dan pendidikan moral amat dititikberatkan bagi mewujudkan sebuah
masyarakat yang berpengetahuan tinggi di samping mempunyai perwatakan yang
sopan.

Fungsi ini pula boleh dihayati daripada falsafah pendidikan konfusianisme,


nasionalisme dan internasionalisme yang mana, falsafah pendidikan ini, sangat
mementingkan nilai-nilai murni dalam pendidikan dan tidak mementingkan pencapaian
akademi semata-mata. Mengikut falsafah Konfusianisme contohnya, institusi
pendidikan adalah penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat seterusnya
mengekalkan kebudayaan masyarakat yang penting untuk membawa kestabilan,
kesejahteraan dan keharmonian.
Kesimpulannya, falsafah pendidikan timur sememangnya telah memberi
sumbangan terhadap pendidikan di negara kita yang mana falsafah ini telah
mencorakkan rangka Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita pada masa kini yang
menjadikan pendidikan di Malaysia berkesan kepada segenap lapisan masyarakat.
Oleh yang demikian, jika para pendidik berpegang kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dalam melaksanakan tugas mereka, maka sudah pasti matlamat dasar
pendidikan negara akan menjadi kenyataan.

Anda mungkin juga menyukai