Anda di halaman 1dari 18

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nurkilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

Nama Penulis

: CLORA ANAK JELAPING @


NURUL AIN ABDULLAH JELAPING

Tandatangan

Nama Penulis

: VALERIE BINTI THOMAS

Tandatangan

Nama Penulis

: GORITTIE ANAK PETER LULUT

Tandatangan

Nama Penulis

: NORIAH LANG

Tandatangan

Nama Penulis

: JUNAI KAYANG

Tandatangan

Nama Penulis

: SITI ROHANI

Tandatangan

Nama Penulis

: SABARIAH

Tarikh

: 12 FEBRUARI 2014

PENGHARGAAN
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan
kurnianya kami akhirnya dapat menyiapkan kerja kursus bagi PEDAGOGI .
Jutaan terima kasih kami tujukan buat En.V.Rajasegara A/L M.Veloo
selaku pensyarah PEDAGOGI yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta
dorongan yang membangun dan nasihat sepanjang penghasilan kerja
kursus ini. Begitu banyak pengalaman serta ilmu pengetahuan yang kami
dapat dalam proses menyiapkan tugasan ini dan sedikit sebanyak telah
membuka minda serta fikiran kami supaya berusaha tanpa berputus asa.
Oleh kerana kerjayaan itu lahirnya daripada usaha yang berterusan.
Terima kasih juga kami hadiahkan buat kedua ibu bapa kami, yang telah
banyak memberi dorongan dan sokongan kepada kami selama ini.
Terutama sekali banyak membantu dari segi kewangan dalam menyiapkan
kerja kursus tersebut dan setia mendengar rungutan dan luahan perasaan
sepanjang penyiapan kerja kursus ini. Selain itu, dari segi masa juga
mereka banyak berkorban dalam menyelesaikan tugasan ini.
Disamping itu, tidak lupa juga untuk mengucapkan berbanyak terima
kasih kepada rakan-rakan dan kakak-kakak senior yang telah banyak
membantu dalam pemberian idea serta maklumat yang bernas. Terima
kasih yang tidak terhingga terutama sekali kepada kawan-kawan iaitu
Stacey Binti Thomas, Jessica Ijau, Caroline Ena, dan juga mana-mana
nama lagi yang mungkin terlibat. Terima kasih sekalung budi dari kami
semua. Terima kasih.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)


2

Pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan


modal insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan
baru akan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi
menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Menjelang pembukaan
sekolah sesi pertama penggal persekolahan 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah memperkenalkan pelbagai perancangan baru bertujuan membangunkan
modal insan. Hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat
direalisasikan. Perancangan yang dimaksudkan ialah tranformasi pendidikan.
KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu
bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang
melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa,
kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. KSSR

mula

dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Menurut Ketua Pengarah


Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan tetapi
seiringan dengan KBSR. Justeru itu, penggubalan KSSR adalah berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan serta berasaskan Prinsip KBSR iaitu, melalui Pendekatan
Bersepadu, Pendidikan yang saksama untuk semua murid, Pendidikan seumur hidup
dan Perkembangan individu secara menyeluruh
Selain itu, KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul
Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Modul Asas Teras merangkumi
mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,
Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Modul Asas Tema pula
terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan
Muzik. Modul Asas Elektif pula pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau
Bahasa Arab.

Oleh itu, tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada
penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian,
fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6)
akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT,
perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Hasrat Pendidikan
Teras Pembangunan Kurikulum berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Dasar Pendidikan Kebangsaan, Wawasan 2020, Rangka Rancangan Jangka Panjang,
Cabaran Abad ke-21, Modal Baru Ekonomi (MBE), Teori Pembelajaran, 4 Pillars of
Education (UNESCO) dan Sumber ilmu yang muktabar.
Murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, berilmu
pengetahuan, berketrampilan, percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia, berkeyakinan
dan berdikari. Disamping itu, murid tersebut juga mempunyai sikap Global Player iaitu
mestilah berdaya saing, tahan, kemahiran komunikasi yang baik dan jati diri perlu ada
dalam setiap murid-murid.
Selain itu, Teras Pembangunan ini dapat memupuk nilai murni serta membentuk
warga negara bertanggungjawab, berbudi, bersatu padu, patriotik, adil, penyayang,
berbakti kepada negara. Hasrat Pendidikan adalah menghasilkan pekerja berilmu,
inovatif dan kreatif, sering dahagakan ilmu, mesti menguasai kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi, dapat mencipta teknologi dan dapat belajar sepanjang
hayat.

Kandungan KSSR
4

Ini kerana, terdapat perubahan berlaku pada semua mata pelajaran. Pendidikan
seks diajar menerusi Pendidikan Kesihatan di bawah Modul Teras Asas bagi tahap satu.
Menurut Datu Dr Julaihi Bujang, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia, pengetahuan mengenai pendidikan seks hanya
mewakili 75 peratus daripada keseluruhan pengisian kurikulum baru subjek berkenaan.
Terdapat enam tunjang yang menjadi teras pengisian pendidikan seks
mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan,
kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.
Enam tunjang ini akan dilaksanankan secara berperingkat bermula Tahun satu
sehingga Tahun enam. Menurut beliau lagi, perkembangan manusia mendedahkan
murid mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia, perhubungan pula menjurus
mengenai kasih sayang dan persahabatan. Di samping itu, murid turut didedahkan
mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sebagai
ibu bapa, manakal kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada
tunjang kemahiran kendiri.
Kesihatan dan tingkah laku seksual membicarakan amalan seks sepanjang
kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit
seksual berjangkit, HIV, AIDS. Isu berkaitan seks dan perundangan pula dibincang di
dalam tunjang masyarakat dan budaya. Selain daripada itu, mata pelajaran Matematik
turut mengalami perubahan. Jika pada peringkat KBSR konsep 3M (membaca, menulis,
mengira) ditekankan, namun pada pelaksanaan KSSR, konsep 4M ditekankan
(membaca, menulis, mengira, menaakul).

Oleh itu, penaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik


dengan lebih berkesan dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna.
Penaakulan berupaya mengembangkan kapasiti pemikiran logikal dan dan kapasiti
pemikiran kritis. Sebagai contoh, untuk topik Pecahan Tahun satu, murid diajar tentang
5

konsep keseluruhan bagi memastikan mereka memahami tentang konsep separuh dan
suku. (Berita Harian, 30 jan 2011)

PERSAMAAN KBSR DENGAN KSSR


Prinsip KBSR & KSSR
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) digubal berlandaskan prinsipprinsip yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara kandungan
prinsip KBSR ialah pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh,
pendidikan yang sama untuk semua murid, pendidikan seumur hidup. Selain itu, murid
sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti
kemahiran dibilik darjah berbanding dengan pengalaman hidup mereka, justeru semua
aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut
peringkat. Suasana kondusif sekolah adalah untuk memberi peluang dan galakkan
interaksi sosial, bertukar pendapat dan kerjasama dalam kalangan murid sekolah
rendah.
Ini kerana, aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan
pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses
menguasai kemahiran asas selain aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu
fleksibel. KBSR juga memberi penekanan kepada nilai yang merentas kurikulum sedia
ada. Hal demikian, pentingnya penguasaan kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca,
menulis dan mengira diterapkan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Akhir
sekali, penilaian perlu diintergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik
darjah untuk mengukur tahap kefahaman dan penguasaan murid-murid.
Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan
menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi
6

menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian


Pelajaran Malaysia telah membuat penanda arasan dengan kurikulum negara maju
bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan
global.
Melalui transformasi kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
diperkukuhkan serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) dan
mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk,
organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan
kurikulum untuk membangunkan KSSR. KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai
2011 bermula dengan Tahun 1 disemua sekolah rendah seluruh negara. Menurut Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan
tetapi seiringan dengan KBSR. KSSR mempunyai empat prinsip iaitu pendekatan
bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk
semua murid dan pendidikan seumur hidup. Prinsip KSSR adalah berasaskan prinsip
KBSR.
Disamping itu, KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran (P & P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.
KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk
perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan
perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah
pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


KBSR menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang
berpusatkan kepada murid, seseorang guru seharusnya mewujudkan suasana
7

persekitaran yang dapat merangsang pembelajaran. Antara strategi yang boleh diambil
kira ialah faktor Kemudahan fizikal kelas. Jika dapat memujudkan ruang pembelajaran
yang selesa serta sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif,
dapatlah murid-murid menjadi bersemangat untuk belajar didalam bilik darjah. Ruang
pameran hasil kerja murid-murid seperti bahan pembentangan dan nota-nota ringkas
yang diberikan guru bolehlah disediakan di dalam bilik darjah untuk dijadikan bahan
rujukan untuk penggunaan murid.
Bahan-bahan rujukan tersebut mestilah bahan pembelajaran yang mencabar
daya pemikiran murid-murid. Aspek sosioemosi mestilah diterapkan oleh guru kepada
murid-murid seperti penggunaan bahasa yang mesra, keupayaan guru memahami
muridnya serta penggunaan teknik yang pelbagai dapat menjadi perangsang kepada
murid-murid untuk teus belajar. Selain itu, guru hendaklah mengamalkan prinsip-prinsip
tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru hendaklah
melibatkan murid secara aktif dalam P&P di dalam kelas selain menjalankan penilaian
yang berterusan serta mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka. Guru juga
hendaklah membimbing serta melatih murid meneroka pelbagai cara dalam
menyelesaikan tugasan dan juga memberi peluang kepada murid mendapatkan
pengalaman yang berulang kali dalam situasi yang berlainan.
Oleh itu, guru harus menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan
murid membuat keputusan secara rasional juga merupakan prinsip-prinsip P & P yang
mesti guru laksanakan dalam KBSR. Guru juga hendaklah memberikan penghargaan di
atas usaha murid supaya dapat membantu dan membina sifat berani, yakin dan daya
juang serta melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam kemahiran berfikir.
Justeru

itu,

guru

hendaklah

mengambil

tindakan

segera

terhadap

masalah

pembelajaran murid agar murid terrsebut dapat membuat keputusan yang tepat untuk
menyelesaikan masalah mereka.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran juga antara strategi P&P dalam KBSR.
Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan
8

menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara


aktif. Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan atau pun
individu. Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampirhampir sama ataupun kepada kebolehan yang pelbagai. Pelbagai kaedah boleh
dijalankan melalui aktiviti berkumpulan seperti simulasi, lakonan, permainan, dan
projek. Aktiviti individu seperti bercerita, sumbang saran, main peranan dan berpidato
sangat sesuai untuk melatih murid membentuk keyakinan diri dan mencungkil bakat
yang ada.
Selain itu, KSSR pula Strategi pengajaran dan pembelajaran di peringkat
sekolah rendah menekankan penggabung jalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan,
dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah
Pendidikan

Negara.

Namun

demikian,

guru-guru

adalah

digalakkan

untuk

menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid.


Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan
teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan
menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir. Ia adalah sama
dengan strategi yang digunakan dalam KBSR. Selain itu, Strategi yang digunakan juga
adalah pendekatan berpusatkan murid iaitu sesuatu P&P itu haruslah berpusatkan
murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar
melalui pengalaman sendiri. Di dalam KSSR juga proses pengajaran dan pembelajaran
sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar atau lebih
dikenali sebagai kepelbagaian teknik. Pengajaran dan pembelajaran juga perlulah
bertema ia adalah bagi membolehkan murid menyerap pelbagai ilmu dan disiplin lain.
Disamping itu, perancangan dan penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai
bidang ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan,
mengcungkil

daya

semasa. Kurikulum

kreativiti
standard

dan

inovasi

menegaskan

dalam

diri

penggunaan

murid
pelbagai

serta

isu-isu

pendekatan

pengajaran dan pembelajaran seperti hands-on learning, pembelajaran melalui


bermain, inkuiri, penemuan, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran luar bilik
9

darjah, pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran secara konstruktivisme, dan


juga pembelajaran masteri. Pendekatan yang digunakan mestilah memberi peluang
pembelajaran yang tidak terhad kepada murid dan juga mengambil kira kepelbagaian
kecerdasan murid dari semua peringkat umur.

PERBEZAAN ANTARA KBSR DENGAN KSSR


Perbandingan antara KBSR dan KSSR boleh dibuat berdasarkan perkaitan
berikut ; reka bentuk kurikulum, organisasi kurikulum, proses pengajaran dan
pembelajaran, pembahagian masa, bahan kurikulum, fokus kurikulum dan penilaian.
I.

Reka bentuk kurikulum.


10

KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang
Komunikasi, Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu.
Tiga bidang ini direka bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk
membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi
nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.
Manakala, KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada KBSR.
Oleh itu, enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan,
Perkembangan Fizikal dan Estetika, Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri
menjadi bidang utama dalam KSSR. Justeru itu penambahanbaikan reka bentuk dalam
KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan skop pembelajaran murid di peringkat
sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka untuk menjalani
independent learning .
Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang
disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil
pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran. KSSR di mana
dibentuk secara modular yang merupakan satu kurikulum yang kandungannya
diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang
dinamakan sebagai modul.

II.

Bahan Kurikulum
Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga
membawa perubahan kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran
dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan. Hal ini, pembelajaran murid
berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh guru berdasarkan kedua-dua
dokumen itu. Oleh itu, KSSR yang digubal secara pernyataan standard maka dengan
11

itu, bahan yang dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen Standard Kurikulum yang
mengandungi Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.
Segala perubahan ini telah menyebabkan para guru perlu untuk membuat perubahan
dalam pengajaran masing-masing sama ada daripada segi kaedah, strategi serta teknik
mengajar.

III.

Organisasi Kurikulum
KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu
membezakan murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3
dan tahap 2 untuk murid tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam
penstrukturan mata pelajaran.
Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan
tambahan dalam KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada
buku teks, bahan-bahan lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sevagai
bahan pembelajaran di dalam kelas. Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui Modul
Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, berbeza dengan pengajaran kepada
murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam matapelajaran teras dan elektif.
Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah menggunakan bahan-bahan
pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on.

IV.

Fokus Kurikulum.
Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui fokus setiap
kurikulum . Ini dapat dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid.
KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas iaitu
kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan mengira,
manakala dalam KSSR pula, telah ditambah satu lagi kemahiran yang perlu dikuasai
oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas. Kemahiran asas yang telah
ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul. Kemahiran Menaakul adalah
12

keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau


logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di tahap 2,
fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.
V.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)


Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran selain yang diterapkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Justeru itu, EMK diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan KBSR
yang mana hanya menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Berbeza
pula dalam perlaksanaan KSSR yang mempunyai penyepaduan tiga elemen iaitu
Elemen Kreatif dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Elemen

ini

diperkenalkan

dalam

KSSR

sebagai

pelengkap

kepada

usaha

memantapkan kualiti perlaksanaan kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini


diharapkan dapat memenuhi keperkuan murid dalam membangunkan modal insane
yang

holistik,

berpengetahuan,

berfikiran

kreatif,

kritis

dan

berinovasi

serta

berkeperibadian mulia.

VI.

Kaedah Penilaian.
Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada
perubahan kaedah penilaian . Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah
adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia pula adalah secara sumatif iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat
ditekankan semasa KBSR berbanding pernilaian formatif.
Penilaian

KSSR

pula

berbeza

dengan

penilaian

dalam

KBSR.

KSSR

menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses


13

pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh


pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan proses mengumpul
maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran ini
adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan
bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan.

KESIMPULAN
Kesimpulannya adalah KSSR dan KBSR meningkatkan kualiti pendidikan
rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. Guru memainkan
peranan yang penting bagi mengupayakan P&P yang berkesan. Kejayaan transformasi
kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk
penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Kehendakkehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah diseluruh negara.
Oleh itu, jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional
yang penting bagi melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya
14

selaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang
seimbang dan kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan tidak dapat dilaksanakan
dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana terdapat beberapa kekangan yang masih
menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini. Oleh itu, kerjasama pelbagai
pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-kekangan yang timbul. harmonis dari
segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi.
Hal demikian, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung citacita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang
secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan
mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan
pada abad ke-21. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat
bertepatan dan sesuai pada masanya.

Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada


tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah
dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum
pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu
bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang
melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa,
kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Ini dapat dilihat melalui kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen
menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus
15

kurikulum, ibu bapa seta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak
akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama.
Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi
memastikan

pelaksanaan

kurikulum

di

sekolah

melengkapkan

murid

dengan

pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa
depan.

REFLEKSI
Nama Pelatih

: Nurul Ain Abdullah Jelaping

Alhamdulillah syukur pada Allah, akhirnya kerja kursus PEDAGOGI telah


disiapkan dengan jayanya hasil kerjasama sesama ahli kumpulan. Tugasan yang
diberikan amatlah menguji minda dan perlukan pemikiran yang bernas bagi menyiapkan
tugasan tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga kepada En Virajasegara A/L
M.Veloo selaku pensyarah PEDAGOGI yang telah banyak memberi kami sokongan,
16

dorongan, kata-kata nasihat, panduan dan penuh sabar dalam mendidik kami semua
serta dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.
Cabaran utama dalam menyiapkan kerja kursus ini adalah jarak atau tempat
tinggal yang jauh antara ahli kumpulan dan menyukarkan penyaluran maklumat bagi
tugasan ini. Faktor tempat tinggal ahli yang lain kebanyakannya tinggal di pendalaman
dan tidak mempunyai kemudahan seperti line internet, telefon, dan sebagainya untuk
berkongsi maklumat. Masalah ini juga menyebabkan ahli yang lain lambat atau
mempunyai kesukaran untuk menyelesaikan tugasan masing-masing dan tertangguh.
Selain itu, kekangan dari segi masa dan rutin harian serta tugasan hakiki yang
menuntut untuk disempurnakan serta diselesaikan adalah cabaran yang kedua dalam
menyelesaikan kerja kursus ini. Dari hari Isnin hingga Jumaat, rutin pembelajaran dan
pengajaran di Tabika mesti dilaksanakan dengan tertib. Disamping itu juga, hujung
minggu masa yang terluang digunakan untuk menyiapkan serta menghabiskan tugas
hakiki seorang guru dan tugas dirumah. Masa yang begitu padat serta terhad hanya
pada pukul 11 malam baru boleh melakukan kerja lain. Justeru itu, masa untuk
menyiapkan kerja kursus adalah terhad dan keletihan serta tidak cukup masa rehat

Faktor kewangan juga salah satu masalah dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Justeru itu, masalah kewangan dipengaruhi faktor tempat tinggal ahli kumpulan yang
lain di pendalaman dan terpaksa memerlukan belanja yang banyak untuk turun ke
pekan berhampiran. Oleh itu, pengumpulan maklumat dan proses menyiapkan tugasan
tersebut sering kali tertangguh kerana ada di antara ahli kumpulan yang lain tidak dapat
memberikan maklumat kepada rakan-rakan yang lain.
Faktor infrakstruktur juga menyumbang kepada masalah dalam proses pencarian
maklumat dan menjadi halangan perhubungan sesama ahli kumpulan. Kekurangan dari
segi kemudahan seperti pusat sumber, pusat jalur lebar, pejabat pos dan sebagainya
menyebabkan banyak masalah yang timbul. Terutamanya dari segi masa banyak yang
telah disia-siakan begitu sahaja serta kerja kursus ini sering kali tertangguh dan
terpaksa di siapkan pada saat-saat akhir.
17

Walaubagaimanapun, akhirnya kerja kursus PEDAGOGI ini dapat disiapkan


dengan begitu bagus walau banyak masalah yang dihadapi oleh setiap ahli kumpulan.
Pengorbanan dari segi jarak tempat tinggal antara ahli kumpulan, kekangan masa
dalam menjalankan tugasan sebagai seorang pendidik, tugasan hakiki di rumah serta
terpaksa mencari masa untuk menyiapkan tugasan ini. Masalah kewangan sepanjang
proses menyiapkan kerja kursus ini serta faktor kemudahan pasarana bagi
menyempurnakan kerja kursus ini dan penerimaan maklumat yang betul serta logik.
Namun begitu, saya dan rakan-rakan amatlah bersyukur dan berterima kasih
kepada pensyarah kami iaitu En VirajaSegara A/L M.Veloo kerana melalui kerja
kumpulan ini kami dapat menimba begitu banyak ilmu pengetahuan, pengalaman,
menyemai semangat berpasukan dan sentiasa berusaha.serta tidak berputus asa.

18

Anda mungkin juga menyukai