Anda di halaman 1dari 2

FORUM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan Asalnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipanggil Falsafah pendidikan Negara. Maka pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan negara telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar ideologi negara. Kini Falsafah Pendidikan Negara dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dalam erti kata lain, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan. Seperti yang kita tahu, FPK adalah satu hala tuju sistem pendidikan bagi meningkatkan status pendidikan negara bertaraf dunia. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Melahirkan rakyat Malaysia yang percaya dan patuh kepada Tuhan Berilmu pengetahuan Berakhlak mulia Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu Memupuk perpaduan di kalangan berbilangan kaum

Soalan: Bagaimanakah FPK dapat meningkatkan sistem pendidikan negara ke tahap tersebut? 1. Antara yang boleh dibuat oleh FPK untuk meningkatkan Pendidikan ke tahap tersebut ialah dengan memberi penekanan dalam aspek pembangunan kemanusiaan. Penggubalan FPK melalui aspek ini boleh memberi panduan dan bimbingan yang memberi manfaat kepada usaha pendidikan. Contohnya,

FORUM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

faktor agama. Islam adalah agama rasmi negara. Di samping itu, agama lain juga bebas dianuti oleh rakyat. Agama merupakan faktor penting dalam proses penggubalan FPK. Sekiranya kita lihat pada matlamat FPK, ia ingin mewujudkan insan yang patuh kepada Tuhan. Oleh itu, melalui faktor agama, insan yang seimbang, harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat dihasilkan. Pada pandangan saya, hal ini merupakan satu asas kepada pembangunan insan yang beretika, sopan, bijak dan seterusnya membentuk satu sistem pendidikan yang bertahap dunia. sosial(sikap positif), politik(brtgggjwb Faktor yang lain seperti dsr pendidikan),

menentukan

ekonomi(berilmu pengetahuan dlm smua bidang), invidu dan sejagat(idea2 yang dihasilkan cth pndemokrasian pendidikan dan pendidkan seumur hidup). 2. FPK merupakan pemacu kepada usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang menyumbang kemajuan, kemakmuran dan keharmonian kepada negara. Contohnya, perubuhan-perubahan dalam sukatan pelajaran adalah tidak dapat dielakkan dalam usaha melahirkan rakyat yang seimbang dan berdaya saing. 3. FPK merupakan garis panduan kepada warga pendidik. Seperti mana yang dapat dilihati, FPK menyatakan hasrat kerajaan terhadap sistem pendidikan di negera ini. Dalam FPK terdapat beberapa elemen yang boleh dijadikan sebagai garis panduan untuk warga pendidikan. Elemen-elemen tersebut merupakan unsur-unsur yang penting serta mampu merealisasikan dan membentuk satu sistem pendidikan yang bertaraf dunia sekiranya para warga pendidik di Malaysia betul menghayati inti pati FPK tersebut. Contoh elemen tersebut, pendidikan suatu usaha berterusan, memperkembangkan potensi individu, perkembangan invidu secara menyeluruh dan bersepadu, insan

yang seimbang dan harmonis, kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan, rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, rakyat yang berketrampilan, rakyat yang berakhlak, rakyat yang bertanggunjawab dan rakyat yang dpt memberi sumbangan.
http://www.scribd.com/doc/25880966/Konsep-Dan-Matlamat-Falsafah-PendidikanKebangsaan

Anda mungkin juga menyukai