Anda di halaman 1dari 14

1.

0 KONSEP PENDIDIKAN Pendidikan, mengikut padangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan

pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia.

Usaha utama pendidikan ialah untuk melahirkan seseorang individu yang berperanan positif dan berkesan kepada masyarakat.Dalam meralisasikan usaha ini, pendidikan merupakan agen yang terpenting untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan semasa.

1.1 PENGERTIAN PENDIDIKAN MENURUT PANDANGAN TOKOH

FROEBEL (1782-1852) Pendidikan adalah bertujuan mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia.

Maria Montesssori (1870-1952 ) Proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohani dan sosial kanak-kanak.

Mohammad Qatb Proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang

DR.MOHD ATHIYAH AL_ABRASYI Pembinaan tingkah laku manusia berakhlak tinggi dan mulia di bawah teras agama Islam

AMAL AL-SHAIBANI Pendidikan adalah digunakan untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat.

2.0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia.Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan.Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.

Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsfah menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.

E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting.Oleh itu, falsafah noleh diertikan sebgai satu usah untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan.

Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya falsafah Pendidikan ( 1984 ) ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengnai pertimbangan terhadap perkara yang penting.

Disini dapat dirumuskan bahawa falsafah dapat diertikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari dan membukti kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.

Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

" Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. " (Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996) Sepertimana yang kita tahu bahawa Negara Malaysia adalah sebuah Negara yang sedang membangun dan akan maju pada tahun 2020.Maka agak penting bagi kita\ mempunyai falsafah pendidikan sendiri kerana ia merupakan panduan kepada kitda dalam dunia pendidikan.Oleh sebab itu, maka pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan idealogi Negara.Kini, FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK menggariskan segala istilah , pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia menggabungkan matlamat , dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entity keseluruhan yang tekal, jelas dan logik. Secara am, FPK bertujuan menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). FPK merupakan gabungan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan yang berkaitan dengan tiga aspek.Tiga aspek itu adalah rukun negara, dasar ekonomi baru dan dasar pendidikan kebangsaan. FPK juga hanya bermatlamat kepada pembangunan kemanusian atau dengan kata lain, menghasilkan individu secara menyuluruh, bersepadu, seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Dengan kata lain, matlamat FPK adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan menghayati ciri-ciri seperti percaya kepada tuhan, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan , bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama, dan negara. Ciri lain pula adalah, memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Ciri terakhir adalah, memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Matlamat lain ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara.Matlamat ini dapat dicapai dengan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu seperti yang termaktub dalam FPK.Pendidikan menyuluruh ini juga membolehkan pelajar tahu segala bidang walaupun tidak pakar pada bidang tesebut. Selain itu, FPK bermatlamat untuk melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujudkan perpaduan berbilang kaum.Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di dalam Malaysia.Rakyat inilah yang dapat membentuk negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai 5 prinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusilaan. FPK bermatlamat untuk memastikan 5 prinsip rukun negara ini dipatuhi dan dihayati oleh pelajar-pelajar di negara Malaysia dengan menerapkan unsur kelimalima prinsip di dalam sistem pendidkan negara. Kesimpulannya, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai keseimbangan dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat perpaduan sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum pada.Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang benar.Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting sebagai agen penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni ini kepada murid agar wawasan dan hasrat Negara tercapai.Selain itu, FPK ini digubal untuk memastikan guru-guru tidak terlencong arah dalam mengajar anak didiknya.

3.0 MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan kata lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut : 4

Percaya dan patuh kepada Tuhan

Berilmu pengetahuan

Berakhlak mulia

Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu

Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara

4.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU Model Konseptual Pendidikan Guru ialah salah satu asas tergubalnya Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Matlamat FPG ialah membina insan guru yang berakhlak mulia, berilmu, kreatif dan berdaya tahan yang boleh mendidik murid-murid dengan cekap dan berkesan.Selain itu, FPG digubal untuk mengembangkan maktab perguruan sebagai pusat rujukan dalam bidang keguruan.

Berbalik pula kepada Model Konseptual Pendidikan Guru, model ini mempunyai banyak kelebihannya sendiri termasuklah dapat meningkatkan pencapaian guru sekali gus dapat meningkatkan modal insan guru. Berikut adalah model Konseptual Pendidikan Guru.

Model

konseptual

pendidikan guru

mengutamakan akauntabiliti

guru

kepada tiga

dimensi utama iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra ketiga-tiga dimensi itu dijelmakan dalam program yang dirancangkan seperti berikut: Ketuhanan Maksudnya: Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya (Al-Quran Surah Ibrahim, ayat 34).

Konsep ketuhanan yang diketengahkan dalam konsep ini adalah peningkatan ilmu penghayatan dan amalan hidup individu berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.Ia menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan

yang percaya dan patuh kepada ajaran agama.

Selain daripada itu ianya merujuk kepada rukun negara yang mana antaranya adalah kepercayaan kepada tuhan. Ini merupakan pecahan di mana dengan aspek ketuhanan, peningkatan ilmu akan berlaku serta amalan dan kepercayaan seseorang individu itu berteraskan agama semakin kuat serta tegap. Daripada aspek ini, guru mesti dapat meningkatan ilmu murid serta membentuk murid yang patuh dan taat kepada agama masingmasing. 6

Kemasyarakatan Kemasyarakatan lebih menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin

dan sebagai agen perubahan.Selain itu ,mereka merupakan medium dimana penghantar kepada sistem maklumat kepada pelajar yang bertindak sebagai pendidik yang akan mendidik mereka dimasa hadapan agar cerah masa depan. Sementelahan itu juga, guru juga merupakan seorang pemimpin yang menjadi ketua yang adil serta menjadi panduan bagi semua pelajar disekolah.

Sebagai seorang guru yang berkaliber dan berperanan dalam mendidik sikap yang positif haruslah diterapkan dalam diri sendiri dan pelajar agar dapat menjalinkan satu suasana pembelajaran yang kondusif dan tenang tanpa ada sebarang konspirasi antara murid dan guru.Guru perlu menyedari bahawa sebagai seorang agen perubahan dia boleh mendidik dan memimpin anak muridnya. Kendiri

Konsep kendiri diperkenalkan oleh William James pada tahun 1988.Dalam istilah konsep, James menyifatkan kendiri sebagai 'saya' dan menegaskan, setiap orang termasuklah guru perlu tahu mengenai diri sendiri. Bugental dan Zelen (1950) serta Gordon (1968) juga menekankan konsep yang sama seperti beliau. Konsep kendiri ini menjurus kepada pembinaan daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu, pembentukan sahsiah

dan berperkerti mulia. Daripada aspek ini, guru perlu memupuk budaya ilmu, pembentukan sahsiah serta daya ketahanan dalam diri murid.

Konsep

ini

amat

penting

dalam

pembentukan

tiga

dimensi

seiring

dengan

peranan dimana saling melengkapi diri dalam pengetahuan serta bidang perguruan. Daya kefahaman yang tinggi akan membentuk guru yang berkualiti dan berpengetahuan, manakala guru yang patriotism akan melahirkan pelajar yang Berjaya kerana mereka mempunyai semangat untuk memajukan anak bangsa demi meningkatkan taraf pendidikan negara.

Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga aspek asas, iaitu :

Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan.

Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan. Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan yang dirancangkan.

Disamping itu Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi jasmani emosi, rohani dan intelek iaitu JERI. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan kepada

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek.Seperti yang kita semua ketahui, Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) telah menggariskan matlamat pendidikan adalah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI.

Akhir sekali, Model Konseptual yang melibatkan tiga elemen serta berperanan penting dalam menjayakan segala matlamat perguruan serta mencapai harapan pihak KPM untuk menghasilkan guru yang berkualiti di persada dunia. Makan langkah yang terbaik dan konsep

yang berkualiti telah menjadi panduan sebagai penanda aras bagi merangka daripada dasar FPK dan matlamat pendidikan.

5.0 Aktiviti Yang Dilaksanakan Di IPG Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan pengajian di Institut Pendidikan Guru ( IPG ). Tempoh sepanjang 5 setengah tahun telah ditetapkan oleh pihak kementerian pelajaran untuk satu jangka masa yang panjang untuk mendidik bakal guru agar setaraf denganperedaran zaman dan kehedak semasa, pelbagai aktiviti telah dijalankan di IPG bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Guru kepada guru pelatih dan menjadikan Falsafah Pendidikan Guru sebagai panduan utama di alam pendidikan.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah ialah program Bina Insan Guru ( BIG ) yang dilaksanakan di IPG pada setiap semester bermula PISMP. Bina Insan Guru atau BIG ini adalah sebuah aktiviti yang direka untuk membentuk peribadi seorang guru yang mulia ,berakhlak berkemahiran dan mempunyai sahsiah yang tinggi. Sepanjang program ini, guruguru pelatih akan dikehenndaki mengikut aktiviti-aktiviti beseperti perkhemahan, khidmat masyarakat,program kerohanian, kursus kepimpinan, serta melakukan aktiviti-aktiviti lasak. Program BIG ini merupakan sebuah program yang sangat berkesan kerana keperibadian guru dan sahsiah terpuji serta etika keguruan dalam diri bakal-bakal guru dapat dibina dengan mendadak.

Merujuk kepada konsep FPG iaitu menjamin perkembangan individu, program BIG dilihat sebagai sebuah pemangkin bagi merealisasikan FPG.Buktinya peranan guru dari segi perkembangan diri dan murid secara menyeluruh merupakan hala tuju keoada Falsafah Pendidikan Guru.Dengan program BIG, perkembangan sahsiah yang mulia serta pembentukan peribadi keguruan dapat dipupuk dalam diri guru-guru pelatih.Kesannya, pendekatan kepada pembangunan modal insan secara holistic dan menyeluruh dapat dicapai.Konsep bersedia menjunjung aspirasi negara juga boleh ditegaskan dalam aktiviti ini.guru pelatih dibimbing untuk

menghayati aspirasi negara san berusaha agar dapat menyumbang secara maksimum kearah untuk meralisasikan aspirasi negara. Disamping itu, antara aktiviti yang dijalankan di IPG ialah aktiviti gaya hidup sihat sperti aktiviti yang baru dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani iaitu aktiviti Kejohanan Olahraga Tahunan ( KOT ) dan sukan tahunan (SUKTA). Gaya hidup sihat merupakan amalan kehidupan yang membina di mana ia dapat membawa kesan yang positif kepada individu dan masyarakat. Sebagai bakal guru, haruslah ditekankan bahawa aktiviti berkaitan gaya hidup sihat adalah merupakan faktor penting bagi membangunkan sebuah masyarakat madani yang sihat dan ungul. Tanpa aspek jasmani, istilah perkembangan seimbang dan menyeluruh seperti yang telah diuar-uarkan dalam Falsafah Pendidikan Kebanagsaan dan Falsafah Pendidikan Guru tidak dapat terlaksana. Buktinya istilah menyeluruh ini meliputi empat aspek utama iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek.Peranan seorang bajal guru yang seiring dengan pelaksanaan FPK dan FPG telah berjaya dipupuk sewaktu di IPG lagi iaitu supaya membentuk perkembangan diri secara menyeluruh.

Selain memastikan tahap kesihatan yang baik, aktiviti ini juga dapat menguatkan emosi dan fizikal guru pelatih agar bersedia dengan pelbagai keadaan yang genting.,Malah aktiviti begini juga dapat mengajar kita agar lebih berdisplin dalam menguruskan apa sahaja program yang dikehadaki.

Seterusnya,aktiviti yang dijalankan di IPG ialah program inovasi seperti pada hari sains dan matimatik tempoh hari . Program inovasi merupakan satu program yang diijalankan untuk

memupuk dan mendidik minda para gurup pelatih untuk berfikiran kreatif dan kritis. Persediaan guru untuk mengajar murid yang bakal menjadi pemimpin negara suatu masa akan datang haruslah bermula dengan sesuatu yang dapat merangsang minda murid itu sendiri.Jika guru megekalkan corak pengajaran yang lama maka murid itu juga akan menjadi murid yang biasabiasa sahaja dan tidak dapat mengembangkan idea mereka

Melalui program inovasi ini, minda minda guru-guru pelatih akan sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman sains dan teknologi. Oleh itu,guru bertanggungjawab untuk 10

mempelajari ilmu dan menguasai ilmu selari dengan perkembangan zaman supaya pengajaran dan pendidikan di sekolah tidak hanya kekal di takuk lama seperti katak dibawah tempurung.Sebaliknya, guru-guru haruslah menguasi ilmu-ilmu baharu untuk diajar kepada para pelajar.Program inovasi ini adalah sangat bertepatan dengan konsep FPG iaitu memupuk guru yang bersikap progresif dan saintifik.Malah dengan inovasi juga pelajar tidak akan bosan dengan proses pembelajaran yang dijalankan oleh guru di sekolah.

Aktiviti seterusnya IPG Lestari. Aktiviti diadakan dengan tujuan untuk melahirkan dan memupuk kesedaran guru untuk bersikap cinta akan flora dan fauna. Sebagaimana yang kita tahu, pada hari ini dunia sedang mengalami masalah pencemaran yang serius .Oleh hal itulah terjadinya perkara yang kita tidak diingin seperti bencana alam. Oleh itu sebagai seorang guru kita haruslah memberi didikan kepada murid tentang pelestarian alam kerana ianya amat penting dalam menjamin keindahan bumi kita ini.

Selain itu faktor yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru iaitu memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik,progresif dan berdisiplin juga diamalkan dalam aktiviti IPG Lestari. Buktinya, IPG Lestari memupuk para guru pelatih dan guru-guru untuk menjadi role model atau teladan kepada pelajar iaitu melalui kaedah pengamalan

strategi pengajaran dan pembelajaran yang membawa bersama budaya lestari. Contohnya adalah seperti pembuatan alat nbantu mengajar yang menggunakan barang kitar semula seperti yang dipamerkan pada carnival sains dan matematik yang lepas. Faedahnya murismurid akan mengetahui bahawa barang-barang terbuang dapat digunakan semula dengan mencipta sesuatu yang baru.Dari sini kita dapat satu nilai yang boleh menjaga bumi kita.

Seterusnya aktivit persatuan yang dijalankan di IPG seperti persatuan intektual mualim, KESAS,dan E.M.U juga bertujuan untuk mengajak kita melakukan Sesutu yang berfaedah dan dari persatuan ini kita dapat menimba pengalaman bagaimana menguruskan sesuatu program.Selain itu juga program-program yang dianjurkan oleh persatuan ini juga akan mendisplinkan ahli-ahlinya kerana setiap program yang dijalankan haruslah mempunyai displin yang tinggi.

11

Kesimpulanya disini,kita dapat lihat usaha yang dilakukan IPG bagi membuat persediaan dalam diri guru pelatih.Disini kita dapat lihat bahawa aktiviti yang dijalankan oleh IPG amat penting kerana banyak melatih guru pelatih agar sedia menghadapi masa hadapan.Oleh itu,penting bagi guru pelatih mengikuti pap-apa sahaja program yang dijalankan

6.0 CABARAN GLOBALISASI PENDIDIKAN Globalilasi bermaksud merentasi sempadan dan media dan proses penyebaran unsur-unsur baru khususnya yang menyangkut informasi secara mendunia melalui media cetak dan elektronik . Dengan adanya teknologi maklumat dan telekomunikasi ( ICT ), pemerolehan ilmu adalah tidak terhad dan kita boleh mengekses pada bila-bila masa yang dikehendaki untuk mengambil maklumat.Selain itu dengan internet juga kita dapat berkongsi ilmu dengan dunia malah kita juga dapat bertukar-tukar maklumat.

Sebagai seorang guru pelatih yang bakal berkhidmat di sekolah nanti, pelbagai persediaan yang perlu guru pelatih buat untuk menghadapi dunia tanpa sempadan ini.Hal ini kerana disebabkan cabaran semakin mencabar dengan perubahan zaman dan sikap manusia terumatamanya pelajar yang dipengaruhi oleh ICT.Pada hari ini pendidikan amat jauh sekali beza dengan pendidikan pada masa dahulu.Jika dulu pelajar hanya boleh mendapat maklumat hanya dari buku dan guru tidak pada zaman ini kerana pelajar mempunyai pelabagai rujukan terutamanya dari internet.hanya satu klik sahaja berjuta-juta maklumat boleh dimuaturun.

Pada

zaman

era

globalisasi

ini,

guru

haruslah

bersifat

flaksibel

dari

segi

intelek,emosi,rohani dan jasmani sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang meniginkan individu yang seimbang dan menyeluruh. Seperti kita sedia maklum, guru seharusnya bersifat flaksibel kerana sifat ini adalah sangat penting bagi guru membuat persediaan menghadapi apa-apa sahaja situasi dalam era globalisasi ini.Hanya guru yang bersifat flaksibel sahaja yang boleh dan berjaya menghadapi cabaran dan masalah yang bakal datang.Contohnya disini seorang guru haruslah sentiasa mengikuti perkembangan terkini agar

12

tidak ketingglan terutamanya dalam bidang teknologi agar tidak menjadi bahan ejekkan para pelajar. Disamping itu, bagi merealisasikan Matlamat Pendidikan Negara dan Wawasan 2020, guru hendaklah mempunyai ciri yang tinggi untuk mencapai pendidikan yang tinggi untuk para pelajar agar dapat bersaing dengan masyarakat dunia.Caranya ialah guruharuslah melibatkan diri secara bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik yang bakal melahirkan pemimpin negara kelak. Disini seorang guru tidak boleh lagi berada di takuk yang lama dan tidak mengikut perkembangan semasa kerana guru ini mungkin akan melemahkan pelajar untuk memimpin masa hadapan.Malah guru juga haruslah menjadi role model kepada pelajar agar dapat menjadi teladan dan pelajar menanggap guru adalah seorang yang hebat dalam apa jua bidang.

Selain itu seorang guru pada zaman globalisasi ini juga haruslah sentiasa mengemaskini pengetahuan yang dia ada mengikut peredaran zaman agar pengetahuan guru itu sentiasa boleh digunakan pada bila bila sahaja malah seorang guru juga haruslah mempunyai matlamat yang tinggi dengan berpandangan jauh kerana apabila seorang guru itu mempunyai pemikiran demikian maka para pelajar juga akan terikut-ikut,

Selain itu juga ,guru juga haruslah

berpandangan global,iaitu melihat perspektif

pendidikan bukan lagi terhad dalam Negara sahaja tetapi juga secara global dengan membandingkan cara pengajaran dan pembelajaran dengan Negara luar agar kita dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada pendididkan Negara kita.Malah agar dapat bersaing dalam menghadapi cabaran pendidikan yang berlaku dalam prosese globalisasi yang kian meningkat dalam alaf baru ini.

Berdasarkan

konteks

profesionalisme

keguruan,

pengetahuan

yang

diperoleh,kemahiran dan kefahaman tugas dan tanggungjawab serta sikap seseorang guru merupakan aspek yang penting bagi menentukan kualiti seorang guru.Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, seorang guru hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap dan luas , menguasai kemahiran mengajar, mempunyai kefahaman terhadap tugas .Hal ini adalah kerana 13

kita tidak tahu bagaimana pelajar kita nanti tamabahn lagi dengan zaman teknologi ini sudah tentu jga pelajar juga hebat-hebat belaka

7.0 KESIMPULAN Di sini kita dapat lihat bahawa falsafah pendidikan Negara dan falsafah pendidikan guru adalah teras kepada seorang guru di mana seorang guru haruslah berpandukan falsafah-falsafah ini agar dapat mendidik mengikut peredaran zaman.Selain itu,kita sebagai bakal guru haruslah sentiasa bersedia dalam mengharungi cabaran-cabaran yang akan datang pada masa hadapan.Disamping itu juga seorang bakal guru mestilah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling agar tidak tergelam dalam era golbalisasi ini.

14

Anda mungkin juga menyukai