Anda di halaman 1dari 11

Bahagian B

Matlamat Pendidikan Di Malaysia


Secara umumnya, matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan insan yang baik
dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Menurut perspektif
Islam, tujuan dan matlamat pendidikan adalah untuk membentuk akidah, sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah untuk membangunkan diri, masyarakat,
alam sekitar dan negara bagi mencapai keredaan Allah (Hasan Langgulung, 1986). Manakala
menurut Harun Din dan Rakan-Rakan (1985), tujuan pendidikan adalah untuk membina individu
yang bertindak sebagai khalifah di muka bumi ini.
Daripada matlamat dan tujuan pendidikan melalui perspektif ini, dapatlah dirumuskan
bahawa tujuan dan matlamat utama pendidikan seperti berikut:
1. Untuk pembinaan dan pendidikan akal (tauhid)
2. Untuk pembinaan keperibadian (sikap)
3. Untuk menyiapkan diri bagi kehidupan dunia dan akhirat (kemahiran)
4. Supaya manusia mampu menerokai dan menguasai ilmu sebagai asas pembangunan diri secara
berterusan.
Menurut W.F Connell dalam http://www.angelfire.com/bc3/bcc4 yang dicapai pada 16
Ogos 2010, matlamat pendidikan boleh dipandang daripada tiga aspek utama iaitu aspek
individu, masyarakat dan kebudayaan. Pendidikan mestilah bertujuan untuk menyediakan
pengalaman bagi setiap individu untuk membantunya mencapai kawalan ke atas diri dan alam
sekitarnya.
Secara keseluruhannya, matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan insan
yang mempunyai ciri-ciri sebagai pemimpin dan yang kenal diri (self Actualization).
Dalam erti kata lain, pemimpin bermaksud Khalifah di muka bumi ini. Setiap individu
perlu menjadi pemimpin kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan alam. Menurut Eisner &
Vallance (1974), dalam buku Curriculum: An Integrative Introduction tujuan pendidikan
adalah untuk membangunkan potensi individu sepenuhnya. Pendidikan juga adalah satu proses
untuk membantu individu menemukan makna disebalik kewujudan diri dan seluruh kejadian
Tuhan di alam fizikal ini.
Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka, dan kompleks perlu
menwujud dan mengekalkan hubungan saling bergantung dengan semua pihak luar. Tanpa unsur
saling bergantung bagai pepatah Melayu seperti aur dengan tebing, sekolah tidak dapat
memainkan peranan dengan cekap dan berkesan untuk mencapai visi dan misinya.
Falsafah Pendidikan Negara
Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas kepada
pembentukan sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran
1961. Ketiga-tiga dokumen ini menegaskan perpaduan sebagai matlamat utama negara. Di
samping itu usaha-usaha juga mesti dilaksanakan untuk memajukan aspek-aspek pembangunan
bangsa dan negara meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kemajuan dalam aspek-
aspek ini bertujuan untuk mempercepat serta memperkukuhkan cita-cita ke arah mewujudkan
perpaduan negara.
Usaha-usaha ke arah mewujudkan perpaduan menjadi semakin mendesak apabila
berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru yang
bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan dan pengenalan kaum mengikut pekerjaan. Di
samping itu digubal Rukunnegara yang menggariskan lima rukun sebagai asas pegangan dan
panduan setiap rakyat di negara ini.
Di bidang pendidikan, satu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk
mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan. Dalam Laporan jawatankuasa ini matlamat
perpaduan ditegaskan semula. Di samping itu Laporan ini juga meluaskan lagi matlamat
pendidikan negara meliputi:
matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan
terlatih. ( Laporan Jawatankuasa Kabinet, hal. 1).
Ringkasnya, matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan warganegara yang baik yang
memiliki cirri-ciri bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Lebih lanjut lagi Laporan tersebut
menghuraikan ciri-ciri seorang warganegara yang baik. Ciri-ciri tersebut ialah:
(a) keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta
mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia;
(b) menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan, bersedia bekerja atau membuat
sesuatu sehingga sempurna, menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkahlaku yang
baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain, menghormati dan mempunyai semangat
memperbaiki keadaan secara membina, dan bersedia berkhidmat untuk negara;
(c) boleh menyertai dengan berkesan dalam kegiatan pembangunan negara.
Untuk menjayakan pembentukan warganegara yang berdisiplin dan bertatasusila,
Laporan Jawatankuasa Kabinet memperakukan supaya murid-murid bukan Islam diajar
Pendidikan Moral dan Etika. Pengajaran Pendidikan Islam pula diperbaiki serta diperkukuhkan.
Ubahsuaian-ubahsuaian juga dilakukan dalam kurikulum untuk menemui dan memenuhi hasrat
menghasilkan warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada negara. Selaras dengan
perkembangan masyarakat dunia, masyarakat Malaysia juga mengalami proses perkembangan
yang pesat dan mencabar.
Justeru itu sistem pendidikan harus menerima cabaran tersebut kerana proses
perkembangan sesuatu masyarakat sentiasa dikaitkan secara langsung dengan sistem
pemdidikan. Dalam konteks ini Laporan Jawatankuasa Kabinet menjelaskan:
Untuk kepentingan pembangunan negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja perlu
dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki bahkan perlu dilihat
dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima. Dari segi sikap, mereka jujur dan dedikasi
terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak
dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara beramai-ramai dengan berpandukan kepada
punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan
negara perlu selaras dengan tujuan pembanguan kemanusiaan.
Dengan mengambilkira pernyataan dan perakuan di atas, sistem pendidikan negara mesti
digerakkan untuk menemui serta memenuhi cita-cita tersebut.

Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara
Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah pedidikan tidak
dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat pendidikan negara telah
dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara, sistem pendidikan
kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara.
Keperluan untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat telah lama
disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat menjadi cermin cita-cita dan keunggulan yang hendak
diperjuangkan oleh rakyat negara ini. Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan
Negara dipernyatakan seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi
penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah
melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada
Tuhan. Ini bermakna Falsafah Pendidikan Negera berhasrat untuk melahirkan insan yang
berpegang teguh kepada agama. Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, matlamat
pendidikan ialah ke arah melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik iani secara
automatis menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka ini hendaklah memiliki serta
menghayati ciri-ciri yang berikut:
percaya dan patuh kepada Tuhan;
berilmu pengetahuan;
berakhlak mulia;
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;
berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara; dan
memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Institusi Sekolah.
Sekolah pada hari ini merupakan institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari
tahap prasekolah hinggalah menengah atas. Setiap peringkat disediakan silibus atau kurikulum
yang setiapnya mempunyai matlamat dan objektif. Untuk membangunkan proses pendidikan ini
satu kumpulan tenaga pengajar dan pengurus dibentuk dan dilatih. Antara lain tujuannya ialah
menjaga kualiti pendidikan supaya mencapai tahap yang dikehendaki. Selain itu pemantauan
turut dilaksanakan .(Mohd Yusuf Othman .1999).Struktur Pentadbiran dan pengurusan ini
dilakukan semata-mata untuk memastikan proses pendidikan terlaksana dengan baik. Jadi,
keberkesanan pendidikan di sekolah banyak bergantung kepada interaksi antara pelajar dengan
sistem pendidikan, dan antara pelajar dengan gurunya. Guru yang akhirnya menjadi model
kepada pelajar
Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG )
Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di
semua Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru
(IBG), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan 5 tanggungjawab
bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di
Sekolah. Ia juga untuk mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak Sekolah,
ibubapa dan komuniti setempat. PIBG juga mempunyai peranan saling lengkap melengkapi
terhadap fungsi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan
dan suasana Sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di Sekolah.
PIBG mempunyai peranan yang penting dalam pengurusan sesebuah sekolah. Antaranya
ialah membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid,
menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di
Sekolah,meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara
Sekolah dengan masyarakat setempat,meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat
mewujudkan suasana yang konduksif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.Semua
ibu bapa dan guru di sekolah ini merupakan ahli PIBG. AJK PIBG dipilih melalui Mesyuarat
Agung Tahunan dan menjalankan tugas dan amanah secara sukarela serta perlu menitikberatkan
keikhlasan, keterbukaan dan pengorbanan.
Komuniti Setempat
Rakyat sebagai modal insan di negara ini perlu sentiasa menguasai ilmu. Pada hari ini, modal
insan yang berkualiti adalah satu kemestian bukan lagi satu kelebihan. Bagi melahirkan modal
insan yang berkualiti, kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen.
Pendidikan sepanjang hayat tidak terhad kepada golongan yang bekerja sahaja malah ia
perlu melewati semua golongan termasuk suri rumah, pesara, golongan kurang upaya dan warga
emas. Pendidikan sepanjang hayat bermatlamat untuk meningkatkan kualiti kehidupan individu
dan masyarakat.
Berlatarbelakangkan kehidupan ladang, penglibatan komuniti setempat tidaklah menjadi
satu masalah yang besar kepada pihak sekolah untuk sebarang aktiviti. Ini kerana ibu bapa
murid-murid di sekolah ini mudah untuk dihubungi dan dibawa ke sekolah untuk berbincang.
Sebarang aktiviti yang melibatkan komuniti sentiasa mendapat sambutan seandainya
ianya dibuat di luar masa bekerja mereka. Oleh yang demikian prestasi murid-murid di sekolah
ini agak bain dan memberangsangkan. Hal ini berlaku kerana penglibatan ibu bapa dalam
membantu pihak sekolah menangani sebarang isu akademik.
Pelbagai aktiviti yang telah dibuat seperti seminar ibu bapa, program kecemerlangan
akademik, program motivasi dan permuafakatan yang semuanya melibatkan komuniti dan ibu
bapa secara maksimum.
Apa yang dapat saya simpulkan setiap ibu bapa murid di sekolah ini menyedari serba
sedikit tentang peranan mereka yang tidak kurang pentingnya dalam proses kemenjadian murid.
Guru-guru sebetulnya harus realistic dalam hal ini kerana kita tidak mengharapkan supaya ibu
bapa menjadi pengajar mata pelajaran akademik kepada anak-anak mereka di rumah, tetapi
memadai dapat memantau perjalanan akademik anak-anak di rumah.
Adalah diharapkan semoga pihak ibu bapa akan dapat menanam unsur-unsur dan
kekuatan yang boleh mengukuhkan lagi semangat anak-anak kita suoaya mereka tidak mudah
patah semangat.
Hubungan sekolah dan komuniti begitu penting. Tanpa komuniti, sekolah tidak wujud
manakala tanpa sekolah komuniti tidak akan berkembang (A.Rizal et.al. ,2008). Oleh yang
demikian sekolah dilihat sama penting dengan komuniti untuk membangunkan modal insan
dalam komuniti setempat. Justeru itu, sekolahlah yang boleh berperanan memberikan
perkhidmatan yang paling rapat dan berpanjangan kepada hampir semua golongan masyarakat
dalam komuniti setempat.
Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan pihak komuniti luar amat penting dan
sangat membantu pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan sekolah khususnya para pelajar
dan organisasi guru. Tanpa integrasi kerjasama kedua-dua pihak, kejayaan dalam mengurus
sesebuah organisasi sukar dicapai. Model Hoover-Dempsey dan Sandler jelas menunjukkan
bahawa kebersamaan sekolah dan komuniti boleh dijalin dengan ibu bapa sebagai salah satu dari
komponen komuniti sesebuah sekolah itu.
Kebersamaan yang tidak pernah wujud tidak akan dapat menghasilkan pelajar yang boleh
belajar seperti yang disebut oleh Gallagher et. al (2005). Model ini menunjukkan bahawa
hubungan sekolah dan komuniti dapat diwujudkan sekiranya pihak pengurusan sekolah dapat
memastikan agar pihak guru dan ibu bapa saling memahami perasaan di antara satu sama lain
sebagai langkah pertama untuk mewujudkan hubungan harmoni kedua-dua pihak (Berger, 1983)
Jika diimbas kembali peranan sekolah bolehlah dikatakan sebagai institusi pendidikan
yang tertua dan wujud ditengah-tengah komuniti perlulah melangkah setapak lagi untuk
melebarkan peranan memberi pendidikan bukan setakat kanak-kanak sekolah malah kepada ibu
bapa yang memerlukannya.
Sekolah juga dilihat mempunyai potensi yang besar untuk memainkan peranan
menyuburkan kursus-kursus pendek dan sepanjang hayat kepada komuniti setempat asalkan
tidak menggaggu kelangsungan pembelajaran formal yang sedia ada. Diantara peranan yang
boleh dimainkan bagi meletakkan sekolah sebagai multi focus centre adalah seperti berikut:
Pengiktirafan sekolah sebagai pusat sosialisi dalam komuniti setempat. Sekolah bukan
sahaja diterima sebagai gudang melahirkan generasi muda yang berilmu pengetahuan
malah sebagai tempat berinteraksi dikalangan ibu bapa melalui persatuan ibu bapa dan
guru. Peranan PIBG banyak membantu dari segi idea, kewangan dan kepimpinan telah
membantu kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik. Komuniti juga
dilibatkan dalam aktiviti sukan sekolah dan majlis-majlis seperti sambutan perayaan
utama, kemerdekaan dan sebagainya. Jika ahli dalam komuniti boleh membantu sekolah,
disebaliknya apakah sumbangan sekolah kepada komuniti setempat selain daripada
memberi pendidikan formal kepada anak-anak komuniti setempat.
Kedudukan sekolah paling hampir dihati masyarakat. Masyarakat lebih hampir pada
sekolah jika dibandingkan dengan institusi lain kerana ia bersifat setempat sedangkan
institusi lain bersifat nasional. Kedudukan ini meletakkan sekolah sebagai multi focus
yang berkesan kepada masyarakat. Komuniti telah lama menganggapkan sekolah adalah
sebahagian daripada 5mereka. Keadaan ini memudahkan pelaksanaan pembelajaran
sepanjang hayat dikalangan orang-orang dewasa dalam komuniti setempat.
Amalan kolaborasi membawa kepada menang-menang kepada sekolah. Sekolah dapat
mengambil menfaat yang banyak melalui amalan kolaborasi yang boleh membawa
keuntungan kepada kedua-dua pihak melalui teknik menang-menang.
Diantaranya ialah:

Gunasama kemudahan
Kemudahan-kemudahan itu seperti bilik darjah, padang dan peralatan sekolah. Kakitangan
sekolah boleh bersama-sama mengikuti program yang dianjurkan oleh komuniti. Komuniti
melalui agensi kerajaan yang lain bolehlah meletakkan peralatan-peralatan di sekolah dan boleh
digunasama oleh anak-anak mereka di sekolah.
Gunasama kepakaran
Komuniti akan membawa tenaga pengajar pakar dari luar untuk mengajar kursus pendek dan
sepanjang hayat di sekolah semasa cuti atau disebelah malam dan pihak sekolah bolehlah
mengambil peluang untuk mempelajari ilmu-ilmu yang baru. Ada kalanya guru sekolah juga
berpeluang mengajar seperti bahasa Inggeris dan kemahiran hidup kepada suri rumah dan lain-
lain golongan dalam komuniti setempat. Di sinilah mereka berpeluang mendekati dan memahami
dengan lebih dekat ahli-ahli dalam komuniti secara tidak langsung membantu meningkatkan
disiplin anak-anak mereka termasuk kecemerlangan dalam bidang akademik.
Kesimpulan
Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini
digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar
dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukunnegara, falsafah
pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah
keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan keTuhanan.
Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik,
seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan
harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani,
sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan
negara.
Selepas lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan, berbagai institusi pendidikan
ditubuhkan malah setiap kementerian mempunyai institusi latihannya tersendiri namun jurang
kemajuan antara kaum masih besar terutamanya dalam bidang pendidikan, ekonomi dan
pembangunan wilayah. Kerajaan hari ini melihat bahawa pembangunan modal insan sangat
penting terutamanya menjadikan modal insan berminda kelas pertama.
Pembangunan modal insan mestilah menyeluruh terutamanya di kawasan luar bandar dan
pendalaman negara. Semua golongan sama ada yang bekerja, tidak bekerja, pesara dan warga
emas mestilah berilmu pengetahuan dan boleh menyumbang sesuatu kepada negara terutama
dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Institusi pendidikan seperti sekolah hanya dilihat sebagai
pusat pembelajaran formal yang berorientasikan peperiksaan tidak diberi peluang untuk sama-
sama menyumbang kepakaran dalam pendidikan tidak formal terutama pendidikan orang-orang
dewasa.
Sudah tiba masanya institusi pendidikan yang berpengaruh seperti sekolah dalam
komuniti setempat terutamanya di kawasan luar bandar diberi peluang sama-sama
membangunkan modal insan. Bagi merealisasikan harapan ini kepimpinan sekolah seperti guru
besar haruslah berperanan memikul tanggung jawab tersebut. Bagi tujuan itu mereka perlulah
menempatkan diri mereka dalam kepimpinan komuniti setempat. Melalui cara ini mereka
berperanan untuk bersama-sama membantu membangunkan modal insan dalam komuniti
setempat.

















Rujukan
Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abd Rahim (2003). Falsafah Budaya Dalam Bidang Pendidikan. Penerbit U.M: Kuala
Lumpur.
A. Rizal, Samsudin, Mohamad Zaid dan Ashaari (2008). Sekolah Dan Masyarakat.
Penerbit UTHM.
Amberjeet ( 1993 ), Dasar Grant dan Peruntukan Pembiayaan Serta Prestasi Pendidikan Sains,
Matematik, Teknik dan Vokasional di Malaysia. Ijazah Sarjana Muda, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Anan Nur ( 2010), Filsafat Pendidikan Essensialisme Retrieved on August 16, 2010,
http://anannur.wordpress.com
http://eprints.utm.my
http://slideshare

Anda mungkin juga menyukai