Anda di halaman 1dari 11

ASAS PERTIMBANGAN

DALAM PEMBANGUNAN
KURIKULUM PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK

ZULKEFLI BIN AHMAD


JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPGKTI
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
 Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak dibina
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai
teras untuk membina potensi individual kanak-kanak
sebagai modal insan berkualiti tinggi melalui pendidikan
awal kanak-kanak Pernyataan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan adalah seperti berikut:
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan


ke arah memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
 Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
dicetuskan pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan
Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar
Kebangsaan
 FPK yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) telah digubal sembilan tahun kemudiannya
dicermin berdasarkan dokumendokumen dasar dan
berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara, iaitu; Rukun
Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga
pada 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999).
 Penggubalan FPK oleh pakar-pakar pendidikan digubal
secara teliti dan mengambil berat tentang keperluan-
keperluan individu, masyarakat dan negara.
 FPK bermatlamat ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
 Perkataan “berterusan” menunjukkan bahawa sistem
pendidikan tidak terhenti sebegitu sahaja, malahan
berlangsung secara tekal dan dapat membuktikan
kedinamikan pendidikan berdasarkan keperluan individu,
masyarakat dan negara dari semasa ke semasa.
 FPK menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi
kepada semua rancangan dalam bidang pendidikan.
Misalnya, “...bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, ...”. Ia menjadi asas penentuan kurikulum, ko-
kurikulum dan citra guru yang diharap-harapkan.
 FPK menjadi medium merealisasikan misi Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM); iaitu membangunkan sistem
pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia dan
memenuhi aspirasi negara kita
 FPK menjadi rujukan para guru, para penggubal kurikulum
dan ko-kurikulum di sekolah.
RUKUN NEGARA
 Lima prinsip Rukun Negara telah menjadi panduan,
pegangan dan asas bagi guru-guru mendidik kanak-kanak
prasekolah kerana negara kita terdiri daripada masyarakat
majmuk dengan berbilang kaum yang mempunyai pelbagai
cara hidup dan budaya, bahasa dan latar belakang yang
berbeza.
 Dalam proses pengajaran dan pembelajaran perkara yang
perlu diutamakan oleh guru ialah agar kanak-kanak dapat
berkerjasama antara satu sama lain dalam usaha untuk
menerapkan semangat perpaduan pada peringkat asas
lagi.
 setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang
agar prinsip-prinsip Rukun Negara dapat direalisasikan.
 Perpaduan yang lebih erat, saling hormat menghormati dan
menikmati kemakmuran negara secara adil dan saksama
diharapkan dapat dicapai sebaik mungkin.
 Negara kita Malaysia sentiasa berhasrat hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
 memelihara satu cara hidup demokratik;
 mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
 menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
 membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden.
 Mari baca dan hayati ikrar yang menjadi pegangan rakyat
negara kita ini.

 Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan


seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

 Kepercayaan kepada tuhan


 Kesetiaan kepada raja dan negara
 Keluhuran perlembagaan
 Kedaulatan undang-undang
 Kesopanan dan kesusilaan
Tajuk perbincangan :
 Huraikan asas pertimbangan dan proses pembentukan
kurikulum prasekolah di negara kita?
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai