Anda di halaman 1dari 2

Model Head Start

 Matlamat Headstart adalah untuk meningkatkan  tahap kecekapan sosial yang lebih tinggi di
kalangan kanak-kanak, khususnya keluarga mereka yang berpendapatan rendah. Kecekapan
sosial ditakrifkan sebagai keberkesanan setiap hari kanak-kanak dalam berurusan dengan
persekitaran sekarang dan tanggungjawab kemudian.Umur kanak-kanak yang mengikuti program
ini adalah antara tiga hingga enam tahun. Keluarga kanak-kanak turut mengikuti program ini.
 Program ini juga bukan sahaja untuk kanak-kanak dan keluarga yang berpendapatan rendah,
malahan, program ini juga untuk kanak-kanak yang rendah pencapaian dan kanak-kanak kurang
upaya.
 Head Start mempunyai objektif yang luas dalam perkembangan dan hasil pembelajaran bagi
kanak-kanak yang datang dari keluarga berpendapatan rendah. Empat domain utama yang
ditekankan ialah sosial, emosi,kognitif dan fizikal.Head start cuba menghasilkan kanak-kanak
yang berkembang secara menyeluruh.
 Disamping itu matlamat utama program Head Start ialah membina kesediaan kanak-kanak ke
sekolah dengan cara meningkatkan perkembangan kognitif dan sosial melalui perkhidmatan
kesihatan, pendidikan, nutrisi, sosial dan keperluan lain yang dirasakan perlu.Beberapa
penambahbaikan program telah dibuat seperti penggunaan standard prestasi yang bertujuan
memastikan kanak-kanak mencapai standard minimum yang diharapkan iaitu menguasai fonem
dalam bahasa, bahan bercetak,numerasi, komunikasi dengan baik, dapat menggunakan
perbendaharaan kata dengan baik dan menguasai bahasa inggeris dengan baik bagi kanak-
kanak yang menggunakannya sebagai bahasa ke dua.
 Head Start secara amnya mengamalkan Amalan Bersesuaian Perkembangan kanak-kanak yang
disarankan oleh Persatuan Pendidikan kanak-kanak kebangsaan. Tujuannya adalah untuk
menyeimbangkan kebolehan kanak-kanak dengan aktiviti yang diarah oleh guru sama ada dalam
aktiviti kelas,kumpulan dan individu. Sosiemosi pula dibina dengan cara membina kepercayaan,
sifat berdikari dan kawalan diri.Kanak-kanak juga akan melalui pengalaman eksperimen,inkuiri
penemuan,pemerhatian, main dan eksplorasi. Kanak-kanak juga diberi peluang mengekspreskan
diri secara kreatif melalui aktiviti seni,muzik dan dialog. Tujuan program Head start diadakan di
bilik darjah adalah untuk memastikan masa yang mencukupi dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran,ruang pembelajaran yang baik,dan juga peralatan yang mencukupi manakala
program di rumah bertujuan untuk ibubapa supaya menghargai nilai perkembangan fizikal dan
memberi persekitaran yang selamat dan aktiviti main yang aktif.
 Secara amnya,kurikulum yang digunapakai oleh Head start adalah komprehensif dan mampu
menyediakan kanak-kanak ke sekolah rendah kelak
 Pada tahun 2002,Biro Head Start telah memperkenalkan Program Strategik Pendidikan untuk
Guru (STEP) bertujuan untuk memberi asas pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak
dan bertujuan mengkoordinasikan kemahiran guru-guru di sekolah kerajaan dan swasta.Program
lawatan ke rumah diadakan bertujuan membantu ibubapa.
 Namun demikian perbezaan yang dapat dilihat ialah penglibatan ibu bapa dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah.Program Head Start menekankan kesinambunangan
pembelajaran di bilik darjah dan di rumah. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam
membantu perkembangan anak-anak mereka. Di awal Malaysia, penglibatan ibu bapa di
peringkat awal pendidikan masih kurang dan kerjasama yang diberikan oleh ibubapa masih perlu
dipupuk.Ibu bapa agak kurang terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kanak-
kanak.Tanggungjawab sebahagian besarnya hanya diserahkan kepada guru untuk
memperkembangkan potensi anak- anak mereka.
a) Penglibatan Ibu bapa
- Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program dan pengurusan
prasekolah.

b) Kesihatan
- Program Headstart menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan, pergigian, kesihatan
mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah.

c) Pemakanan
-Pusat Program Headstart juga mengajar kanak-kanak cara-cara untuk menjaga kesihatan diri dan
pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi sendiri.

d) Pendidikan-Setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk


perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi.

e) Perkhidmatan Sosial
- Program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

f) Ketidakupayaan
- Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak adalah kanak-kanak kurang
upaya atau keperluan khas.

g) Kesihatan Mental
- Ahli professional kesihatan mental bekerjasama dengan pihak prasekolah dan ibu bapa untuk
meningkatkan kesedaran masalah khas kanak-kanak.

Kelebihan

 Menyediakan standard kualiti semua aspek perkembangan awal kanak-kanak dan perkhidmatan
kesihatan, perkongsian keluarga dan masyarakat serta reka bentuk program
 Melaksanakan kurikulum yang menggalakkan perkembangan kognitif kanak-kanak dan
kemahiran bahasa, pembangunan sosial dan ekonomi serta perkembangan fizikal.

Program Head Start menyediakan persekitaran pembelajaran seperti berikut:

1. Bahasa dan literasi


2. Kognisi dan pengetahuan am
3. Pembangunan fizikal dan kesihatan
4. Pembangunan sosial dan emosi
5. Pendekatan kepada pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai