Anda di halaman 1dari 13

Alat-alat Cort IV

• Cort IV ialah istilah yang dicipta oleh Edward De Bono. Cort


IV juga dikenali sebagai alat untuk pemikiran lateral
• Pemikiran lateral ialah suatu proses mengubah persepsi iaitu
mengubah cara lihat dan pandangan kita terhadap sesuatu
perkara.
• Cort IV juga membantu menghasilkan idea yang bernas dan
meningkatkan kretiviti serta kemahiran pengamalnya.
Ya, Tidak, Po
Maksud

• Gunakan “ya” untuk sesuatu yang benar atau betul.

• Perkataan “tidak” digunakan untuk sesuatu yang tidak betul atau salah

• “Po” pula digunakan untuk cadangan, perancangan atau idea kreatif yang
belum pasti

Contoh

• Pensil digunakan untuk menulis-YA

• Pensil digunakan untuk menghirup minuman-Tidak

• Pensil boleh dilentur-PO


Batu Loncatan
Maksud
• Idea yang menjadi sumber tercetusnya idea lain yang lebih
bernas
• Idea yang menjadi batu loncatan ini mungkin dianggap tidak
logik pada mulanya tetapi idea ini akan menghasilkan idea yang
bernas pada akhirnya.
Contoh
• Makan sekotak pizza dalam masa 5 minit
• Sekotak pizza itu dimakan oleh 7 orang dalam tempoh 5 minit.
Input rawak
Maksud
• Dua perkara yang tidak berkaitan dikaitkan secara rawak
untuk mencetuskan idea-idea baru`.
Contoh
• Baju dan hujan bila dikaitkan maka terhasillah baju hujan
Cabaran Konsep
Maksud
• Satu konsep dipilih, kemudian konsep itu dicabar untuk
memastikan hanya satu cara untuk membuat sesuatu.Apakah
cara-cara alternatif?
contoh
• Konsep membancuh air sirap ais-masuk kan air,gula dan
kacau serta masukkan pewarna sirap dan ais
• Altenatif-masukkan gula dan pewarna sirap serta air,kacau
dan masukkan ais
Idea dominan
Maksud
• Terdapat satu idea dominan (paling penting) dalam satu
situasi.Elakkan menggunakan idea ini, cari idea yang baru
untuk digunakan.
Contoh
• Idea dominan bagi seorang pelakon-rupa paras
• Hapuskan rupa paras, selepas itu asah bakat,minat dan
mantapkan disiplin diri.
Takrifkan masalah
Maksud
• Suatu masalah ditarifkan dengan tepat

Contoh
Masalah-Selalu mengantuk apabila di dalam kelas
Penyelesaian-tidur lebih awal dan selalu bersenam.
Singkirkan kecacatan
Maksud
• Kenalpasti kecacatan yang ada dan atasi kecacatan
berkenaan.
Contoh
• Kecacatan-Disiplin pelajar sangat teruk
• Penyelesaian-Ketatkan disiplin dan beratkan hukuman
Kombinasi
Maksud
• Gabungan beberapa perkara untuk hasil yang lebih baik

Contoh
• Gabungan nescafe dan milo hasilnya menjadi neslo
Keperluaan
Maksud
• Mengenalpasti semua keperluaan dalam sesuatu situasi dan
mencipta idea untuk memenuhi keperluaan tersebut
Contoh
• Keperluan pelajar yang mengalami masalah penglihatan

- tongkat,jalan penjalan kaki yang khas dan cermin mata hitam.


Penilaian
Maksud
• Menilai sama ada sesuatu idea itu wajar dilaksanakan atau
tidak,adakah idea tersebut adalah keperluan dan apa
kelemahannya.
Contoh
• Untuk mengatasi masalah pelajar lemah dalam Bahasa
Inggeris,Kelas tambahan harus dilakukan.
• Keperluan- Bahasa Inggeris sangat penting iaitu sebagai
bahasa antarabangsa dan untuk melahirkan pelajar yang
mendapat keputusan cemerlang dan berkemahiran.
Video
Sekian
terima kasih

Anda mungkin juga menyukai