Anda di halaman 1dari 3

CORAK KEIBUBAPAAN DAN PENGLIBATAN IBU BAPA DI TADIKA

Pengenalan

Corak keibubapaan dan penglibatan ibu bapa merupakan satu komponen prasekolah yang
penting. Ibu bapa sebagai pendidik utama dan pertama memainkan peranan kritikal dalam
memperkayakan pertumbuhan mental dan emosi kanak-kanak atau sebaliknya.

Corak Keibubapaan

Diana Baumrind (1967; 1971) menegaskan bahawa terdapat perkaitan rapat antara cara
gaya ibu bapa membimbing anak mereka dengan perkembangan sosial dan konsep kendiri
kanak-kanak. Mengikut Baumrind, terdapat tiga jenis cara gaya keibubapaan, iaitu autoritarian,
permisif dan autoritatif. Perbezaan antara ketiga-tiga jenis ini berasaskan peraturan keluarga,
kawalan pada tingkah laku kanak-kanak dan tahapi penerimaan perbincangan dan sikap bertolak
ansur ibu bapa, seperti yang berikut:

Autoritarian

Ibu bapa membesarkan kanak-kanak dengan mengenakan kawalan yang ketat pad tingkah
laku anak dengan membuat peraturan-peraturan, memastikan nilai-nilai, dipatuhi oleh anak dan
tidak membenarkan anak menyoal peraturan-peraturan da nilai tersebut. Mereka juga tidak
mengamalkan tolak ansur secara lisan den percaya bahawa kanak-kanak harus menerima
perintah tanpa soal. Keputusan yang dibuat oleh ibu bapa tidak boleh dibantah. Ibu bapa jenis ini
ingin membentuk, mengawal dan menilai tingkah laku anak mengikut piawaian yang mutlak.
Pematuhan amat di nilai tinggi dan ugutan mengenakan kuasa flzikal dilakukan untuk
membentuk tingkah laku anak. Oleh sebab mereka lebih menitikberatkan kepatuhan anak,
mereka lebih cenderung menggunakan kaedah disiplin yang bersifat hukuman. Ibu bapa tidak
bersikap responsif terhadap anak, bersikap tidak fleksibel dan ketat dalam mengawal tingkah
laku anak. Mereka juga tidak cenderung untuk galakkan anak menjadi berdikari.

Permisif

Cara gaya keibubapaan bersifat permisif dicirikan oleh komunikasi yang terbuka dan ibu
bapa kurang menekankan tingkah laku baik anak. Ibu bapa jenis ini tidak membuat banyak
permintaan terhadap anak mereka dan memberikan anak mereka sepenuh kebebasan. Mereka
kurang menggunakan kawalan, penjelasan, kuasa atau kekerasan untuk mengawal anak. Ibu bapa
jenis ini berkomunikasi secara terbuka dan tidak berusaha untuk membentuk tingkah laku anak.
Mereka berperanan sebagai sumber yang memenuhi kehendak anak dan bukan sebagai ejen-ejen
aktif yang terlibat dalam penentuan tingkah laku anak. Mereka sering membiarkan anak
mengatur aktiviti sendiri dan mengelakkan daripada mengenakan kawalan terhadap anak. Walau
bagaimanapun ibu bapa jenis ini cuba menyediakan keadaan yang membimbing untuk
perkembangan kanak-kanak tetapi gagal sama sekali untuk memberi had batasan yang tegas
keapda anak atau mengehendaki anak bertingkah laku matang.
Autoritatif

Ibu bapa mengenakan peraturan atau had batasan tingkah laku tertentu tetapi
membenarkan komunikasi yang bersifat terbuka dan anak-anak juga diberi kebebasan untuk
membuat keputusan sendiri dalam beberapa perkara. Ibu bapa jenis ini bersifat fleksibel dan
rasional dalam sikap dan pandangan serta menggalakkan kanak-kanak supaya berdikari.
Walaupun mengenakan kawalan yang tegas tetapi membenarkan kebebasan beransuran yang
bersesuaian dengan tahap kemurungan anak.

Sebab-Sebab Penglibatan Ibu Bapa

Pembelajaran kanak-kanak tadika melibatkan bukan sahaja guru-guru di tadika tetapi juga
melibatkan ibu bapa di rumah. Pembelajaran adalah gabungan dan sokongan sosialisasi di rumah
dan diteruskan sekolah. Wujud kesinambungan atau kontinuiti di antara kedua pendidikan, iaitu
di rumah dan di tadika. Nilai-nilai sosialisasi mulia diterapkan di rumah. Ibu bapa adalah
pengasas pendidikan kanak-kanak tadika dan berhak mengetahui perkembangan mereka dengan
lebih dekat dan langsung. Kajian-kajian pendidikan prasekolah tentang penglibatan ibu bapa
banyak menunjukkan bahawa penglibatan dan interaksi ibu bapa dengan kanak-kanak perlu untuk
pertumbuhan kanak-kanak. Dalam kajian yang dijalankan oleh Klaus dan Gray (1968), didapati
ibu bapa yang melibatkan diri dengan program tadika meluangkan lebih banyak masa. membaca
bersama anak-anak mereka. Manakala ibu bapa. yang tidak melibatkan diri, lebih banyak
menghabiskan masa melalui pengalaman-pengalaman yang bersifat bukan pendidikan. seperti
menonton televisyen, membersihkan rumah, bermain permainan dan sebagainya. Kajian
menunjukkan ibu bapa yang melibatkan diri lebih berminat dalam pencapaian anak-anak mereka
berbanding dengan ibu bapa yang tidak melibatkan diri. Program pendidikan ibu bapa di
Universiti Boston meningkatkan esteem kendiri ibu bapa. Bittner, Rochwell dan Matthews
(1968), melaporkan kanak-kanak yang ibu bapa mereka melibatkan diri secara aktif dapat
mengekalkan pencapaian mereka di tadika. Menurut Schaefer (1972), hasil. daripada interaksi ibu
bapa di rumah dengan program tadika adalah seperti berikut:

1 . Ibu bapa mempunyai pengaruh yang terbesar ke atas pencapaian intelek anak-anak.

2. Program yang mengajar ibu bapa kemahiran pendidikan merupakan pengayaan dan pelengkap
kepada pendidikan prasekolah. Uvie Bronfenbrenner (1974), telah mencadangkan penglibatan ibu
bapa adalah sebab utama untuk meningkatkan kecerdasan kanak-kanak. Bronfenbrenner
menyatakan bahawa
Keluarga merupakan sistem yang paling berkesan untuk membentuk serta mengekalkan
pertumbuhan kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa amatlah kritikal untuk sukses atau kejayaan
mana-mana program intervensi. Tanpa penglibatan ibu bapa, sebarang kesan intervensi sekurang-
kurang dalam bidang kognitif akan hilang apabila sesebuah program itu berakhir. Penglibatan ibu
bapa dalam pendidikan boleh meneguhkan kesan-kesan program tersebut apabila program sedang
dilaksanakan dan membantu mengekalkan kejayaannya selepas program itu berakhir.

3. Memberi fokus kepada pendidikan akademik kanak-kanak tadika tanpa mendidik ibu bapa
mereka, tidak akan menyelesaikan masalah pembelajaran kanak-kanak tadika.
4. Meningkatkan rasa kepunyaan kepada sesebuah tadika. Ibu bapa membantu merendahkan atau
mengurangkan nisbah kanak-kanak dengan individu dewasa. Mereka boleh membantu
menggubal sesebuah kurikulum tadika dan boleh menunjukkan bakat mereka di tadika.

5. Melibatkan ibu bapa juga bererti memberi pendidikan kepada mereka. Beberapa prinsip
pendidikan boleh didedahkan kepada ibu bapa seperti prinsip-prinsip membina perhubungan
yang positif dengan anak-anak, memodelkan tingkah laku yang sesuai, mengatasi masalah
tingkah laku dan memaksimumkan potensi kanak-kanak.
Feenay Chirstensen dan Moravich (1983), bersetuju dengan pendapat di atas dan menegaskan
manfaat penglibatan ibu bapa. Menurut mereka penglibatan ibu bapa di tadika dapat dilihat dari
tiga sudut, iaitu dari sudut ibu bapa, guru, kanak-kanak dan guru-guru.

Dari Kacamata Ibu Bapa


Apabila ibu bapa melibatkan diri di tadika mereka akan mendapat faedah-faedah yang berikut:
1. Berpeluang mempelajari cara atau kaedah guru membina pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak.
2. Memperoleh pengetahuan, pemahaman dan celik akal tentang makna kurikulum dan aktiviti
kurikulum yang boleh dilaksanakan di rumah
3. Memperoleh kecekapan dan rasa kepunyaan kepada tadika.
4. Membentuk perhubungan dengan ibu bapa dengan kanak-kanak.
Dari Kacamata Kanak-kanak
1. Apabila ibu bapa melibatkan diri di tadika kanak-kanak mempunyai peluang untuk melihat
ibu bapa memainkan peranan yang berbeza bukan sahaja sebagai ibu bapa tetapi sebagai guru.
2. Memesrakan diri dengan individu dewasa yang mempunyai kemahuan, perasaan, sahsiah dan
cara berhubung.
3. Mendapat lebih banyak perhatian individu kerana guru sekarang dalam pembacaan lebih
bebas melaksanakan kerja dengan individu kanak-kanak dan kumpulan kecil.
4. Mengalami kurikulum yang lebih merangsangkan.
Dari Kacamata Guru-guru
1. Apabila ibubapa melibatkan diri ditadika,guru-guru mempunyai keluargaan dikatakan
peluang meluaskan program tadika kerana adanya pertolongan dan sumbangan dari ibu bapa.
2. Boleh belajar daripada pengetahuan dan kefahaman ibu bapa.
3.Mempunyai peluang memerhatikan perhubungan di antara ibu bapa dan kanak-kanak.

4. Mempunyai peluang membentuk perhubungan yang lebih bermakna dengan ibu bapa secara
perseorangan.

5.Membantu meningkatkan kecekapan ibu bapa. dan memberi peluang berkembang.

6.Mempunyai peluang bergaul dengan ibu bapa yang belum terlibat atau masih segan melibatkan
diri.

Anda mungkin juga menyukai