Anda di halaman 1dari 5

Apa itu CLEFT ?

⮚ Bermaksud bahagian atas dan bawah terbelah sejak lahir.


⮚ Boleh melibatkan lelangit dimana lelangit didalam mulut tidak
bercantum.
⮚ Berlaku ketika bayi yang sedang membesar didalam kandungan
dan ia disebabkan bahagian muka yang tidak bencantum dengan
sempurna.
⮚ Bayi mengalami masalah sumbing tidak mempunyai masalah
penyakit lain, sebilangan sahaja mempunyai masalah jantung
berlubang, ketidakmatangan paru-paru dan masalah
berkaitandengan bayi.
Tanda sumbing/cleft
⮚ Sumbing berlaku pada bahagian :
- Bahagian bibir sahaja
- Bahagian lelangit sahaja
- Kombinasi dua-dua bahagian

bibir lelangit Sumbing bibir dan lelangit


Faktor-faktor sumbing bibir dan lelangit
Ada beberapa kajian menyatakan bahawa faktor-faktor ini
meningkatkan risiko ibu mendapat anak sumbing :

⮚ Merokok – wanita yang merokok ketika hamil adalah lebih


berisiko mendapat bayi yang sumbing jika dibandingkan dengan
wanita yang tidak merokok

⮚ Kencing manis – wanita yang telah mengidap kencing manis


sebelum hamil mempunyai risiko tinggi mendapat anak yang
sumbingjika dibandingkan dengan wanita yang tidak ada kencing
manis.

⮚ Penggunaaan ubat-ubatan – wanita yang mengunakan ubat


sawan/epilepsy seperti ‘topiramate’ atau ‘valpronik’ pada
trimester pertama kehamilan berisiko tinggi,jika dibandingkan
dengan wanita yang tidak mengambil ubatan ini.
Beberapa masalah yang dihadapi oleh bayi yang mengalami
masalah ini adalah:
⮚ Sukar untuk menyusu
⮚ Sukar untuk menelan
⮚ Bercakap dengan nada Sengau
⮚ Selalu mendapat jangkita di bahagian telinga
Komplikasi
Terdapat beberapa komplikasi yang mungkin dihadapi oleh bayi yang mengalami masalah ini.
Ia adalah:
Kesukaran untuk menyusu: Sumbing yang melibatkan bibir sahaja tanpa melibatkan lelangit
selalunya tidak menyebabkan kesukaran untuk menyusu secara langsung daripada ibunya.
Tetapi masalah yang melibatkan lelangit akan menyebabkan kanak-kanak tersebut susah
untuk menyusu

Jangkitan telinga dan pekak: Bayi yang dilahirkan dengan masalah ini lebih mudah untuk
mengalami jangkitan telinga dan berakhir dengan masalah pekak.

Masalah gigi: Jika sumbing itu melibatkan gusi, ia juga akan menyebabkan masalah
pertumbuhan pada gigi.

Kesukaran untuk bercakap seperti biasa: Disebabkan lelangit digunakan untuk membentuk
bunyi ketika bercakap, masalah ini akan menyebabkan pembentukan perkataan sukar dan
pesakit akan menjadi sengau bila bercakap.
Rawatan Sumbing

Rawatan untuk masalah ini adalah lebih menjurus supaya bayi tersebut boleh menyusu,
bercakap dan mempunyai pendengaran yang normal.

Rawatan selalunya melibatkan kerjasama daripada :


⮚ Pakar kanak-kanak
⮚ Pakar pembadahan plastik
⮚ Pakar telinga, tekak dan hidung(ENT)
⮚ Pakar bedah bahagian mulut
⮚ Jururawat
⮚ Pakar terapi Jurucakap

Pembedahan
Pembedahan yang melibatkan pembetulan struktur bibir dan lelangit. Selalunya
pembedahan dibuat secara berperingkat iaitu:

⮚ Pembedahan untuk membetulkan struktur bibir: Dilakukan ketika umur 3 hingga 6 bulan

⮚ Pembedahan untuk membetulkan struktur lelangit; dilakukan ketika umur 12 bulan


ataupun lebih awal lagi

Anda mungkin juga menyukai