Anda di halaman 1dari 7

PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

Pengenalan

Kanak-kanak sejak dilahirkan hingga 4 tahun adalah satu kumpulan awal usia kanak-kanak
yang amat penting untuk melalui proses perkembangan pendidikan yang teratur. Sebagai
seorang modal insan yang sangat bermakna kepada masa depan negara, mereka ini
perlulah ada satu pendidikan dengan perancangan yang teratur, fokus dan bersepadu
daripada mereka mula lahir hingga memasuki alam persekolahan sebagai satu strategi
perkembangan ilmu untuk kanak-kanak (Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah, 2010). Tahap
perkembangan kanak-kanak berlaku dengan pesat lingkungan umur empat hingga enam
tahun.

Kajian Bloom (1964) membuktikan 80% kecerdasan seseorang individu pada usia 18 tahun
terbina pada peringkat umur prasekolah. Pada usia ini kanak-kanak aktif kepada ransangan,
berinteraksi bebas dengan orang sekelilingan dan peka kepada keadaan sekeliling. Kanak-
kanak menempuh waktu perkembangan yang paling sensitif perlulah diberi pendidikan
seawal mungkin (Roopnarine dan Johnson, 1997). Kanak-kanak penting untuk merasa
pengalaman pembelajaran awal persekolahan yang berkesan. Ini kerana, ia memberi makna
dan menggembirakan supaya kanak-kanak dibekalkan dengan kemahiran, keyakinan diri
dan sikap yang positif sebelum memasuki alam persekolahan formal (Rohaty, 2003).

Pendidikan prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang


menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam
tahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal.
Berikutan Akta Pendidikan 1996, Pendidikan Prasekolah telah diinstitusikan ke dalam
Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak
dalam semua aspek perkembangan dalam menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap
positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Ia bertujuan untuk penemuan
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah.
Kanak-kanak akan berkembang secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang perlu diberi
pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah kerana pengalaman
prasekolah bakal mencorak perkembangan kanak-kanak seterusnya, ia selaras dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1
Berdasarkan kepada beberapa kajian terdahulu, pengabaian semasa proses perkembangan
pengajaran akan memberikan pengalaman yang negatif kepada kanak-kanak (Rohaty,
1986), (Abu Bakar, 1986), (Halim, 1989) dan (Ahmad Abd. Ghani, 1993). Menurut mereka
lagi, mendapati pelbagai kesan positif dan kesan yang memberangsangkan kepada kanak-
kanak yang mengikut program prasekolah. Kanak-kanak perlu diberi peluang mengalami
pengalaman dan mendedahkan pembelajaran dalam kelas bersama kelompok pelajar yang
lain bagi memupuk cintakan kepada ilmu. Dengan ini, mereka dapat merasai sesuatu
pengalaman baru dalam alam persekolahan tidak formal ini. Persediaan sebelum
persekolahan yang formal di sekolah rendah akan lebih bersedia untuk program
pembelajaran jika mereka melalui dahulu suasana prasekolah. Program prasekolah perlu
menjamin perkembagan intelektual, sosial, akhlak, emosi dan jasmani kanak-kanak supaya
perkembangan mereka berkembang peringkat yang optimum. Perkembangan kanak-kanak
di sekolah rendah dipengaruhi juga daripada pengajaran di prasekolah. Prasekolah perlu
dititik beratkan di kelas untuk perkembangan kanak-kanak pada peringkat seterusnya. Ia
memerlukan juga untuk proses berterusan dalam perkembangan ilmu untuk mereka.
Penilaian perkembangan adalah suatu perkara yang dilakukan setiap hari bagi membantu
guru prasekolah mendpat gambaran yang jelas tentang pembelajaran dan perkembangan
kanak-kanak, pengajaran guru dan berkesanan program (Nor Hashimah dan Khadijah,
2000). 

Perkembangan optimum dan seimbang kanak-kanak bermula daripada kurikulum yang


menarik dan dikendalikan dalam suasana yang riang dan gembira. Belajar sambil bermain
adalah aktiviti semula jadi bagi kanak-kanak. Apabila aktiviti bermain dikukuhkan dengan
suasana yang merangsangkan pembelajaran melalui visualisasi dan perbincangan dengan
gambaran P&P bersama guru yang berpengetahuan, kanak-kanak dapat mencapai
perkembangan yang optimum (Nor Hashimah dan Khadijah, 2000). Perkembangan
pembelajaran kanak-kanak juga perlulah mempunyai pantauan daripada ibu bapa. Guru
hanya bertanggungjwab ditugaskan di sekolah sahaja. Ibu bapa perlu ambil berat
perkembangan ilmu anak mereka di rumah. Oleh itu, perkembangan kanak-kanak dapat
dilihat secara berterusan dengan tahap optimum. 

Penyataan Masalah

Semakin hari dunia semakin maju dengan teknologi baru. Pelbagai teknologi canggih dan
moden pada masa kini telah mempengaruhi urusan seharian kita.  Situasi ini, sekaligus
membantu dalam membentuk satu institusi pendidikan yang berkualiti dan bermutu. Justeru

2
menerusi penggunaan teknologi seharusnya secara menyeluruh dapat digunakan dalam
pendidikan kita hari ini. Oleh demikian, pendidikan awal kanak-kanak perlu
mengintegrasikan bersama penggunaan teknologi dalam mempertingkatkan perkembangan
P&P di dalam kelas mereka. Pengajaran seharusnya tidak hanya bergantung kepada guru
dan buku teks sahaja. Menerusi teknologi sebagai bahan bantu mengajar bagi membantu
guru-guru sebagai perantara dalam penyampaian kandungan pembelajaran kepada pelajar.
Penggunaan elemen-elemen multimedia seharusnya dilihat memberi kesan yang positif
sekaligus mampu mempertingkatkan pencapaian pelajar. Perkara ini secara tidak langsung
dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran di kelas mereka secara
maksimum. Pengajaran di kelas akan menjadi lebih menyeronokan kerana kanak-kanak
pada awal usia memerlukan pengajaran yang menyeronokan bagi melahirkan perasaan
minat dalam pembelajaran mereka.

Selain itu, permasalahan bahasa juga menjadi penyumbang utama dalam pembentukan
P&P yang berkesan. Bahasa menjadi penghubung komunikasi antara guru dan pelajar di
mana ia memberikan menjadi perantaraan di antara mereka dalam penyampaian maklumat.
Dengan bahasa juga guru dan pelajar dapat berkomunikasi iaitu tindak balas dua hala
dalam pengajaran di kelas. Ini dapat dilihat melalui sebahagian besar pelajar yang gagal
menguasai bahasa Inggeris dengan baik, khususnya pelajar-pelajar melayu di luar bandar
(Tengku Razaleigh, 2004). Penyumbang faktor kegagalan jika pelajar tidak memahami
penyampaian sebuah komunikasi yang baik dan pengajaran guru semasa proses P&P
diubahkan oleh penggunaan bahasa maka pastinya ia akan membawa kepada masalah
pembelajaran kepada pelajar tersebut (Jumrang, 2004). Justeru, pembangunan perisian ini
disediakan adalah untuk penggunaan pelajar agar mereka dapat menguasai mata pelajaran
sains dengan baik serta mahir perkataan baru dalam bahasa Inggeris.

Seterusnya, kanak-kanak yang tidak tahu membaca memerlukan gaya pembelajaran melalui
gambaran. Guru perlu mempunyai bahan untuk mengvisualkan pandangan pelajar agar
mereka berminat mengikuti P&P di dalam kelas. Penggunaan kognisi visual bertujuan
mengaplikasikan kemahiran dan keupayaan pelajar dalam gambaran sains di sekeliling kita.
Mereka menjadi lebih berfikir untuk mengetahui kaitan sains dan semulajadi. Kemudian,
perisian dibangunkan mengambil kira pelbagai aspek seperti teknik dan kaedah yang betul
agar teknologi yang digunakan menjadi satu alat yang berpengaruh kepada kanak-kanak.
Keupayaan visual serta perbezaan gaya kognitif seseorang pelajar dikatakan amat
mempengaruhi pembelajaran individu itu sendiri (Riding dan Rayner, 2000). Prestasi

3
pembelajaran pelajar dipengaruhi oleh interaksi gaya kognitif pelajar serta gaya guru
menyampaikan maklumat. Perisian pendidikan merupakan salah satu bahan bantu
mengajar yang digunakan menerusi pelbagai bentuk imej atau gambaran bagi
membolehkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu pembelajaran mereka dan
mengurangkan kekompleksan pada P&P mereka (Knight, 2000). Oleh itu, penggunaan
perisian perlulah digunakan sebagai kaedah untuk mengatasi masalah pelajar kurang minat
dalam sesebuah P&P yang menggunakan kaedah konvensional atau sedia ada. Aktiviti
yang menarik perlulah disusun oleh guru bagi menarik minat sekaligus mengatasi masalah
dalam pembelajaran yang bersifat positif. Oleh demikian, penyelidik berhasrat untuk
membangunkan sebuah perisian pembelajaran bagi topik Pembangunan Perisian CD-ROM
Subjek Sains untuk Kanak-Kanak 4 Tahun topik “My senses” dan “Things Around Me”
berdasarkan pendekatan pembelajaran kognisi visual beranimasi dengan menggunakan
elemen multimedia secara efektif dan maksimum.   

Latar Belakang Masalah

Setiap ibu bapa mempunyai hasrat untuk melihat anak-anak mereka mempunyai potensi
dan keupayaan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Corak kehidupan
masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta
kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan Negara (Dr.Hamid, 2011).
Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah mencadangkan beberapa panduan
untuk kemajuan negara Malaysia dalam abad kedua puluh satu untuk mencapai objektif
menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020 (Mahathir, 1991). Pada masa
kini, sains dan teknologi diperlukan untuk melahirkan kepakaran profesionalisme terhadap
perubahan. Menerusi masa kini telah teknologi memberi dan kemudahan kepada kita hari
ini. Pengguna baru di peringkat sekolah menengah dalam bidang sains memerlukan banyak
visual untuk membayangkan konsep sains. Pendidikan sebagai satu institusi sosial
memainkan peranan yang penting dalam menyediakan tenaga kerja pakar, teknikal dan
professional dalam bidang teknologi bagi memantapkan bahan bantu mengajar yang
digunakan guru di kelas. Ia juga dapat memberi pengalaman pada pelajar dan bersedia
untuk menerima perubahan, inovasi serta penggunaan sains dan teknologi dalam bidang
kerja dan kehidupan seharian pada masa akan datang (Rubiah, 2001).

Hasil kajian menunjukan bahawa penggunaan perisian pendidikan Sains masih ditahap
sederhana (Hayazi, 2008). Sejak 7 tahun sekolah bestari dilancarkan penggunaan ICT di
kelas masih ditahap rendah. Ini di sokong oleh kajian Sathiamoorthy (2001) dan Lee (2000)

4
yang menunjukkan penggunaan ICT oleh guru-guru masih tahap minimum. Penggunaan
perisian pendidikan Sains dapat menghidupkan suasana yang ceria, memudahkan pelajar
memahami isi kandungan dan menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Bahan
bantu mengajar yang berelemen multimedia mampu untuk proses pembelajaran
penyelesaian masalah dan melalui multimedia juga ia memberi suasana P&P yang menarik
(Noor Azliza & Lilia, 2002). Penggunaan perisian dalam pendidikan Sains ini dapat memberi
bantuan untuk melancarkan proses P&P. Oleh itu, guru perlulah memberikan peluang untuk
pelajar menggunakan perisian pendidikan Sains secara optima. Kemudian, guru juga perlu
membuat bandingan keberkesanan menggunakan alat berteknologi ini dengan
menggunakan manual dalam P&P.

Pembelajaran di awal usia pula menggunakan buku semata-mata untuk belajar adalah agak
sukar untuk menjelaskan pembelajaran meraka. Pada alaf baru ini, pendidikan dalam awal
kanak-kanak diperbaharui bagi memperkembangakan minda agar mereka tidak bosan jika
pengajaran dalam berteknologi. Ia juga akan memberi kurang minat untuk terus belajar. Ia
juga perlulah diambil berat juga untuk membentuk P&P dalam kelas. Jika, pembelajaran
menggunakan elemen-elemen multimedia seperti animasi ia memberi hiburan dan dapat
mengukuhkan lagi pengetahuan. Kemahiran proses sains mempunyai hubungan yang
saintifik dengan kemahiran berfikir. Kemahiran proses sains adalah kemahiran yang
diperlukan dalam proses mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah atau membuat
keputusan secara sistematik (W.Harlen, 2006).  Pendidikan khususnya pada usia muda
merupakan alat paling penting untuk membentuk kanak-kanak menjadi pemimpin dan warga
bertanggungjawab ke arah menjadikan dunia ini lebih baik (Datin Seri Rosmah, 2011).

Sains dan teknologi sangat penting dititik beratkan pada peringkat awal usia (Datin Seri
Rosmah, 2011). Dunia masa kini menganggap teknologi adalah sebuah alat utama manusia
sebagai alat membantu dalam semua hal. Sistem pendidikan Negara menitikberatkan
teknologi sebagai alat bantu mengajar. Kemajuan sains dan teknologi pada masa kini perlu
dimahirkan pada pelajar pada peringkat usia muda seperti sekolah rendah, menengah dan
peringkat yang tinggi. Ia juga perlulah dilatih juga penggunaannya pada pelajar di awal usia.
Setiap aktiviti perlulah menyediakan peluang kanak-kanak untuk mengembangkan dan
mengamalkan kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulasi
serta juga kemahiran pemikiran kritikal dan kreatif.

5
Walaupun terdapat banyak produk pembelajaran di pasaran, ia memerlukan penggunaan
mesra pengguna (Shaifol Bahary, 2004), mengintegrasikan antara muka pengguna (GUI)
yang mudah, ia direka dan difahami seperti penggunaan butang dan lain-lain menu dalam
perisian pendidikan. Pembelajaran ini perlulah bersesuaian dengan usia mereka agar
mudah mereka gunakan apabila mereka menjalankan aktiviti pembelajaran. Penggunaan
yang mesra pengguna perlu mempunyai panduan yang sesuai untuk ibu dan bapa memberi
tunjuk ajar kepada anak-anak mereka. Ini menyebabkan proses pembelajaran yang efektif.
Pada masa kini, perisian yang dibangunkan tidak berstruktur sebagai contoh perisian di
antarabangsa pembangunan perisiannya lebih suka memfokuskan pengajaran yang lebih
sukar hingga ia abai untuk topik-topik yang asas.

Mata pelajaran Sains adalah baik dipelajari pada awal usia kanak-kanak. Ia sebagai asas
sains di sekeliling kita kerana memerlukan gambaran secara teperinci peringkat ke peringkat
dalam tajuk-tajuk berkenaan dengan penggunaan multimedia yang mempunyai
kesenambungan urutan seperti yang berlaku dalam proses pekembangan P&P berdasarkan
sukatan pelajaran dalam buku. Elemen-elemen multimedia yang lain banyak melibatkan
visual imej. Pendidikan sering menggunakan alat bantu mengajar (ABM) seperti bongkah-
bongkah pepejal, visual-visual statik atau sekadar lukisan. Proses P&P akan menjadi kurang
berkesan jika semua pelajar diandaikan mempunyai kebolehan serta kemahiran kognitif dan
visual yang sama. Permodelan dan gambaran dalam mata pelajaran Sains dapat digunakan
untuk ABM dalam P&P bagi memperkukuhkan kebolahan dan visualisasi (Ben Bederson,
2007).

Keberkesanan dalam P&P perlulah manggunakan susun atur elemen-elemen multimedia


yang tersusun. Struktur bunyi, pergerakan animasi, teks dan grafik adalah diantara elemen-
elemen yang memberi tarikan kepada kanak-kanak kerana ia memberi hiburan dan tarikan
dalam proses P&P. Minda mereka terbuka untuk menguasai pendidikan Sains dengan
menggunakan kaedah teknologi yang diterapkan dalam P&P. Multimedia ialah sebagai
penghubung dalam berkomunikasi antara pelajar dan guru. Oleh itu, perisian reka bentuk
multimedia dalam pendekatan pembelajaran kognisi visual dapat memudahkan mereka
mengiat dan menguasai P&P dengan lebih berkesan.

Penyelidik telah menggunakan teori kognisi visual dalam ingin membangunkan perisian
pembelajaran agar ia dapat membantu pelajar untuk berfikir melalui gambaran dengan

6
menggunakan elemen-elemen multimedia. Ini kerana, pembelajaran Sains memerlukan
gambaran visual terutama di kalangan awal usia kanak-kanak yang baru ingin mengenali
mata pelajaran ini dapat mereka terdedah dengan penggunakan strategi pembelajaran
secara gambaran visual. Kanak-kanak ini juga memerlukan interaksi di antara pengetahuan
baru yang diperoleh supaya pengetahuan berterusan dalam diri mereka merupakan pusat
untuk pembelajaran yang berterusan pengetahuan mengenai konsep sains dipelajari di
dalam kelas. Oleh itu, penggunaan teori pembelajaran membantu dalam membangunkan
perisian pembelajaran membentuk pelajar yang aktif dan berkemahiran dengan mempunyai
struktur elemen-elemen multimedia yang menarik. 

Justeru itu, perisian CD-ROM subjek Sains yang akan dibangunkan ini adalah untuk
memberi peluang kanak-kanak berusia 4 tahun mempelajari subjek Sains menerusi
teknologi secara efektif tanpa mengikut silibus yang formal kerana silibus subjek Sains bagi
kanak-kanak 4 tahun tidak ada lagi formal dalam kementeriaan. Perisian ini untuk
menambahkan ilmu pengetahuan kepada pelajar mengeani asas sains dan perkataan baru
dalam bahasa Inggeris. Pelajar dapat mengetahuan asas dalam mata pelajaran ini dengan
menggunakan perisian tambahan dalam P&P di kelas atau di rumah. Penggunaan teknologi
dikalangan kanak-kanak lebih dapat menarik perhatian mereka daripada penggunaan
pengajaran menggunakan buku semata-mata. Melalui penggunaan animasi, bunyi, dan
grafik mampu memberi rangsangan serta dapat meningkatkan pencapaian akademik
pelajar. Pembangunan perisian ini diharapkan dapat digunakan sepenuhnya efektif dan
efisyen serta secara alternatif untuk atasi masalah pelajar dalam memahami dan memberi
kepada penumpuan bahan kepada mata pelajaran asas sains di awal usia kanak-kanak.
Menerusi bahan kognisi visual dengan pengintegrasian elemen-elemen multimedia
memudahkan mereka dalam memahami dan menvisualkan sebenar dalam kehidupan
sekeliling.

Anda mungkin juga menyukai