Anda di halaman 1dari 2

Tugasan : Pengurusan Pusat PAKK

Artikel – Susulan Penahanan Guru Tadika Di Melaka, Ibu Bapa Mohon Polis
Jalankan Siasatan Menyeluruh

Empati dan komitmen dalam Mengetahui bahawa


menghargai maruah orang penjagaan bayi dan kanak-
lain kanak

Pengurusan
Pusat PAKK dari
aspek pengasuh

Keselamatan dijaga dengan Berkomunikasi dan


baik berbincang dengan ibu bapa

Pengurusan pusat PAKK merupakan sesuatu pengurusan yang penting untuk


kanak-kanak terutamanya dari aspek pendidik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
pendidik memainkan peranan yang penting dalam pengurusan sesebuah pusat PAKK
untuk melahirkan kanak-kanak yang seimbang dan bersepadu.

Dari aspek pendidik, pendidik perlulah mempunyai empati dan komitmen dalam
menghargai maruah orang lain. Hal ini demikian kerana dapat menjaga hati setiap
kanak-kanak tidak kira kanak-kanak tersebut seorang hyperaktif atau tidak. Contohnya,
pendidik perlu menasihati atau menegur kanak-kanak sekiranya mereka terlalu nakal
atau melakukan kesalahan. Pendidik tidak digalakkan memarahi mereka di depan
orang lain disebabkan hal ini akan menjejaskan hati kanak-kanak tersebut.
Seterusnya, pendidik perlu mengetahui bahawa penjagaan bayi dan kanak-
kanak. Hal ini demikian kerana kanak-kanak dapat dijaga dengan lebih berkesan.
Pendidik perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran tentang penjagaan bayi
dan kanak-kanak agar dapat mudah mengurus kanak-kanak yang mengalami apa-apa
masalah. Contohnya, pendidik boleh menyertai kursus yang berkaitan penjagaan bayi
dan kanak-kanak supaya dapat lebih memahami tips penjagaan terhadap kanak-kanak.
Dengan itu, kanak-kanak dapat belajar dalam keadaan yang gembiran dan
menyeronokkan.

Selain itu, pendidik sentiasa menjaga keselamatan kanak-kanak dari semasa ke


semasa. Hal ini demikian kerana ibu bapa tidak berasa terlalu bimbang terhadap anak
mereka yang berada di pusat PAKK. Pendidik perlu memastikan keselamatan di pusat
tersebut dari pelbagai aspek. Contohnya, pendidik menyediakan alat pemadam api di
dalam pusat PAKK. Tambahan pula, pendidik menyediakan meja yang tidak
mempunyai bucu dan kerusi perlu bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.
Dengan itu, keselamatan kanak-kanak dapat dijaga. Kanak-kanak dapat belajar dalam
keadaan yang selamat.

Di samping itu, pendidik perlu sentiasa berkomunikasi dan berbincang dengan


ibu bapa. Hal ini demikian kerana ibu bapa dapat lebih mengetahui bahawa
perkembangan anak-anak mereka dari semasa ke semasa. Pendidik boleh berbincang
perkembangan kanak-kanak dengan ibu bapa dan juga mengetahui perkembangan
kanak-kanak semasa di rumah dariapda ibu bapa. Contohnya, sekiranya kanak-kanak
tersebut kurang bercakap hari ini berbanding dengan dahulu. Pendidik boleh
berbincang masalah tersebut dengan ibu bapa agar dapat mengetahui bahawa
kehendak kanak-kanak tersebut. Dengan itu, masalah dapat mudah diselesaikan.

Kesimpulannya, pendidik sememangnya memainkan peranan yang penting


dalam pengurusan pusat PAKK. Dengan itu, kanak-kanak dapat belajar dalam keadaan
yang selesa dan bersesuaian serta seterusnya melahirkan kanak-kanak yang seimbang
dari aspek JERIS.

Anda mungkin juga menyukai