Anda di halaman 1dari 3

http://mizan-edu3108-drzaims.blogspot.com/2012/09/kuliah-8-peranan-guru-sekolah-rendah.

html
1.

GURU DAN ALAM PENDIDIKAN

2.

profesion yang paling mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. tahun 1999
sahaja jumlah guru yang terdapat di Malaysia ialah kira-kira 157, 415 orang manakala jumlah
pelajar pula ialah 2,897,927 orang. tahun 2000, terdapat lebih dari 200,000 orang guru di negara
kita

3.

Guru sebagai pengamal ilmu Sebagai pengamal ilmu, seseorang guru mempunyai
peranan serta tugas yang amat berat, rumit dan mencabar. Pembangunan insan dan negara
terletak di atas pundak kaum guru. Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika
dunia kini menjadi sebuah global village, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin
mendadak. Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskinikan serta
mempertingkat ilmu pengetahuan masing-masing.

4.

Dalam perkembangan berkaitan, Islam bukan sekadar menganjurkan umatnya mencari


atau menuntut ilmu malah penyebaran ilmu juga menjadi satu kewajipan. Shahril @ Charil Marzuki,
et. al. (1993) menegaskan guru sebagai pengamal ilmu, mempunyai peranan serta tanggungjawab
sosial iaitu: (c)perancang, fasilitator dan pengurus pembelajaran; (d)penyampai ilmu pengetahuan;
(e)pembentuk akhlak; (f) pembimbing; (g)contoh teladan atau model.

5.

Menurut Mohd. Idris Jauzi (1990) untuk membolehkan para pendidik memainkan peranan
berkesan dan positif sebagai pengamal dan penyampai ilmu, guru haruslah secara berencana dan
berterusan: (c)mempersiapkan diri dari segi keilmuan; (d)berusaha membersihkan diri dari segi
sahsiah menerusi ibadah-ibadah asas; (e)meningkatkan kecekapan, ketajaman dan ketrampilan diri
dalam pelaksanaan tugas dan interaksi dengan masyarakat; (f) melaksanakan tugas keguruan
dengan sebaiknya; (g)menawarkan khidmat bakti dan kepimpinan dalam kehidupan
bermasyarakat; (h)menjadikan sekolah selaku gedung ilmu dan jemaah ilmuan sebagai pusat
pendidikan anggota masyarakat.

6.

Guru atau para pendidik juga seharusnya mempunyai dedikasi dan komitmen terhadap
profesion serta tanggunggungjawab moral mereka sebagai seorang guru. Mengikut Jujun S.
Suriasumantri (1990) sebagai seorang pengamal ilmu, seseorang guru harus mempunyai
tanggungjawab profesional yang mencukupi asas kebenaran, kejujuran, tanpa kepentingan
langsung, menyandarkan kekuatan penghujahan, rasional, objektif, kritis, terbuka, pragmatis, dan
neutral dari nilai-nilai yang bersifat dogmatik dalam menafsirkan hakikat realiti.

7.

Guru sebagai pengamal kemahiran Guru harus mempunyai kemahiran dan mempunyai
sijil bertauliah daripada latihan ikhtisas yang diiktiraf. Justeru, guru yang memperolehi kemahiran
profesional adalah guru yang bertauliah dan cekap menjalankan tugas-tugas seperti pengajaran,
bimbingan, aktiviti kokurikulum berlandaskan teori pendidikan.

8.

(a) Kemahiran belajar - kebolehan menerima isyarat dengan tepat, memproses maklumat
yang diterima, menyimpannya dalam stor ingatan dan mengaplikasikan untuk menyelesaikan
masalah. (b) Kemahiran berfikir - kecekapan menggunakan akal untuk menjalankan proses-proses
pemikiran seperti banding-beza, menghuraikan dan lain-lain. (c) Kemahiran pemudah cara fasilitator yang membimbing, memotivasi serta menggerakkan orang lain.

9.

(d) Kemahiran mengajar - membentuk aktiviti pengajaran yang sistematik, menarik dan
berkesan. (e) Kemahiran merancang - menentukan objektif pelajaran, memilih isi pengajaran,
memilih strategi dan kaedah pengajaran, merancang aktiviti pengajaran pembelajaran, memilih
dan menyediakan pelajaran serta menyediakan dan mengurus kemudahan untuk menjalankan
aktiviti pengajaran.

10.

(f) Kemahiran berkomunikasi - secara lisan atau bertulis. (g) Kemahiran mengurus mengurus bilik darjah, murid, kemudahan fizikal, bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. (h)
Kemahiran menilai - mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. (I) Kemahiran ICT - menggunakan teknologi maklumat.

11.

Guru sebagai pembentuk nilai Nilai adalah penting kerana ia memberi panduan dalam
kehidupan. Nilai dapat memotivasikan hidup manusia untuk hidup dengan cara yang betul.
Guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan menjadi insan yang
mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Guru berperanan menyerbakan nilai bahkan perlu
menjadi rote model yang akan diteladani oleh para murid serta orang di sekelilingnya.

12.

Guru sebagai pendidik Tugas guru adalah mendidik iaitu: (b)Memberi ilmu mengajar,
menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan bengkel dan sebagainya. (c)Mendedahkan
pengalaman guru perlu mendedahkan murid-murid dengan pengalaman- pengalaman tertentu
seperti pengembara, mengelola majlis. (d)Mendidik murid berakhlak mulia mendidik termasuk
dari segi akhlak, penampilan diri melalui pembelajaran seperti pendidikan moral.

13.

Guru sebagai agen sosialisasi Perlu memupuk sikap, nilai dan sahsiah murid-murid yang
sempurna selaras dengan kehendak masyarakat. Guru mempunyai hubungan yang rapat dengan
masyarakat dan boleh menggunakan statusnya untuk menyebarkan nilai-nilai positif kepada ahli
masyarakat.

14.

Guru sebagai agen perubahan Mengubah daripada stail pengurusan dan kepimpinan
yang bersifat autokratik kepada demokratik. Perlu berasaskan perkara-perkara berikut: Mengubah daripada strategi pemusatan guru kepada pemusatan murid. - Mengamalkan sifat
penyayang terhadap pelajar, rakan sejawat, ketua, staf sokongan dan sekolah. - Bersikap terbuka
secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang pendidikan.

15.

Guru sebagai pembina negara Insan guru dapat membantu pembentukan masyarakat
dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara. Guru harus berakhlak mulia, mempunyai
semangat berjuang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga,
masyarakat serta negara. Guru juga harus menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan
mampu menangani cabaran era globalisasi untuk menolong membentuk masyarakat Malaysia
yang berakhlak mulia.

16.

Guru sebagai penyebar ilmu Bertanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan dan


kemahiran kepada murid. Memupuk nilai budaya ilmu supaya menjadi teladan bagi murid-murid
mencontohi serta membentuk budaya ilmu sebagai ciri utama dalam kehidupan mereka.
Mewujudkan budaya ilmu di kalangan guru dan murid sejajar dengan salah satu pernyataan yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melahirkan generasi yang mencintai ilmu
pengetahuan.

17.

Guru sebagai penyayang Prihatin, berminat, bertimbang rasa, menjaga, memikir dan
memberi perhatian terhadap permintaan, pandangan, kebajikan, keperluan dan kebahagiaan
murid-muridnya. Menyukai dan menyayangi kanak-kanak. Berminat mengajar, berdedikasi dan
melaksanakan aktiviti P & P dengan bersungguh-sungguh. Dapat melahirkan murid yang
mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup masyarakat.

18.

Guru sebagai pakar rujuk Mempunyai kemahiran ikhtisas dan menguasai ilmu
pengetahuan. Menunjukkan sikap jujur serta mewujudkan interaksi positif pelbagai hala.
Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid menjalankan aktiviti
pengajaran mereka.

19.

Guru sebagai mentor Menolong memberikan penyelesaian masalah kepada murid


dengan cepat dan berkesan. Juga harus mempunyai kemahiran mendengar dengan baik iaitu

memahami situasi atau keadaan yang dialami murid-muridnya. Juga perlu mempunyai sifat dan
kualiti seperti bersopan santun, menghormati pandangan murid, peramah, rendah hati, jujur,
semangat berbakti, prihatin dan sebagainya.
20.

Guru sebagai pengurus Mengurus rutin bilik darjah. Mengurus murid-murid supaya
menjalankan tugasan harian. Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah.
Mengurus keadaan fizikal bilik darjah. Mengurus aktiviti kumpulan.

21.

Guru sebagai penyelidik Menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh murid.
Mengubah dan menyesuaikan strategi P & P dapat menarik perhatian murid. Sentiasa membuat
dan menjalankan refleksi kendiri bagi memperbaiki kelemahan dalam P & P.

22.

Guru sebagai pengamal reflektif Sentiasa membuat pertimbangan dan pemikiran yang
mendalam sebelum merancang sesi-sesi pengajaran. Supaya murid-murid memperolehi
kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang tinggi dalam semua aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

23.

Kesimpulan Pendidikan merupakan pelaburan yang penting dalam sesebuah Negara.


kualiti generasi di masa hadapan sebahagian besarnya terletak di tangan guru-guru.

Anda mungkin juga menyukai