Anda di halaman 1dari 3

Kepemimpinan

pembelajaran

Pengajaran

dan

keberkesanan

Pengajaran-

Menurut Mohd Nor Jaafar (2004), terdapat Sembilan perlakuan yang


membolehkan
kepemimpinan
pengajaran
menyumbang
ke
arah
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah :
1. Merangka matlamat pelajar supaya seiring dengan sekolah
Kepemimpinan pengajaran merangka dan merealisasikan matlamat
pelajar yang dirancang secara bersama dengan pelajar supaya ia selari
dengan visi dan misi sekolah. Menetapkan matlamat tahunan, panggal
dan bagi setiap pelajar secara berfokus dengan menginsafi betapa pelajar
berbeza daripada segi keupayaan dan kebolehan secara berfokus.
Di samping itu, memastikan matlamat pelajar yang dirangka itu
bertanggungjawab dan kebolehan pelajar yang melaksanakannya.
2. Menjelaskan matlamat
Kepemimpinan pengajaran guru memberi penjelasan matlamatnya dan
sekolah pada semua pelajar dalam bilik darjah yang diajarkannya supaya
setiap orang memahami matlamat yang hendak dicapai olehnya. Ia
membolehkan semua pihak memberi kerjasama bagi mencpai matlamat
yang ditetapkan.
3. Menyelia dan menilai pengajaran.
Pemimpin pengajaran bertanggungjawab bagi menyelia dan menilai hasil
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Peranan ini dilakukan dengan berkesan bagi memastikan keutamaan
pelajar dalam bilik darjah selaras dengan matlamat yang ditetapkan oleh
sekolah. Pemimpin pengajaran juga menyemak hasil kerja latihan pelajar
apabila menilai proses pengajaran pembelajaran.
4. Mengurus kurikulum
Mengurus pelaksanaan kurikulum dengan berkesan dalam bilik darjah
menjadi tanggungjawab yang penting pada kepemimpinan pengajaran.
Justeru, kepemimpinan pengajaran memberitahu dengan jelas pada
semua pelajar mengenai tugas dan tanggungjawab semasa pelaksanaan
kurikulum. Begitu juga, sering menggunakan keputusan bersama apabila
membut polisis ataupun arahan engenai pelaksanaan kurikulum itu.
5. Memantau kemajuan pelajar

Dalam hal ini, kepemimpinan pengajaran guru melaksanakan tugas-tugas


memantau pembelajaran pelajar dengan kerap serta berterusan.
Antara tindakan yang dilakukan adalah berjumpa secara individu dengan
pelajar bari membincangkan hal kemajuan akademik mereka. Beliau juga
menggunakan keputusan peperiksaan bagi menilai kemajuan pelajar ke
arah pencapaian matlamat yang ditetapkan itu.
6. Mengawal waktu pembelajaran
Kepemimpinan pengajaran guru juga bertanggungjawab mengurus masa
aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Justeru itu, perlakuan yang
ditunjukkannya adalah memastikan pelajar tidak diganggu semasa sesi
pengajaran-pembelajaran sedang berjalan. Di samping itu, memastikan
pelajar yang lewat dan ponteng pada waktu pengajaran menerima
tindakan denda yang sewajarnya. Selain itu, beliau juga memastikan para
pelajar menggunakan masa pembelajaran dengan berkesan.
7. Keterlibatan
Kepemimpinan ini mempamerkan perlakuan yang melibatkan usaha sama
dengan pelajar di kawasan sekolah dan juga dalam bilik darjah bagi
menjayakan aktiviti dan program kurikulum. Malah, pemimpin pengajaran
terlibat memberi galakan, tunjuk ajar ataupun ciri-ciri kebersamaannya
dengan pelajar sekolah. Antara perlakuan yang ditunjukkan adalah
mengambil kesempatan berbual dengan pelajar pada waktu rehat dan
masa lapang. Selain itu, pemimpin pengajaran guru juga turut
mengunjungi bilik darjah bagi berbincang dengan pelajar mengenai isuisu dan masalah pembelajaran.
8. Memberi insentif pengajaran.
Kepemimpinan pengajaran memberikan galakan, pujian dan insentif
pelajar yang dapat menunjukkan komitmen dan tanggungjawab
berkesan dalam kemajuan sekolah. Antara aktiviti yang perlakuan
dipamerkannya adalah sering menghargai dan memuji pelajar
berpotensi dan berprestasi serta berdaya usaha secara peribadi.

pada
yang
yang
yang

9. Memberi insentif pembelajaran


Kepemimpinan pengajaran sering meberi galakan dan dorongan pada
pelajar bagi mencapai kemajuan dan kecemerlangan dalam aktiviti
kurikulum dan kokurikulum. Antara tindakan yang dilakukan adalah
menggunakan perhimpunan sekolah bagi menghargai pelajar yang
menunjukkan pencapaian akademik ataupun tingkah laku dan teladan

yang baik. Beliau juga sering menghargai pencapaian cemerlang ataupun


kemajuan pelajar. 1

1 Abdullah Sani Yahya, Abdul Rasyid Mohamed, Abdul Ghani Abdullah, Guru
sebagai pemimpin, hlm. 60-62.

Anda mungkin juga menyukai