Anda di halaman 1dari 4

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik
Guru menunjukkan contoh-
contoh baju sebenar dan
contoh origami baju.
Murid-murid melihat dan
mengenal pasti bahagian-
bahagian yang terdapat
pada baju sebenar dengan
origami baju.
Guru menerangkan unsur
bentuk, warna, dan rupa.
Guru menerangkan unsur
bentuk, warna, dan rupa
dalam penghasilan origami
baju.

Aplikasi Seni
Guru menayangkan video
cara membuat origami baju
Murid menyatakan
bahagian-bahagian baju
yang terdapat pada origami.
Murid diminta mengeluarkan
kertas yang akan digunakan
untuk menghasilkan origami.

Ekspresi Kreatif
Murid menghasilkan origami
baju dengan bimbingan guru
berdasarkan langkah-
langkah berikut.
Langkah 1
Menyediakan kertas origami
atau kertas A4.

Langkah 2
Lipat dua kertas secara
menegak untuk
mendapatkan bahagian
tengah kertas.
Buka semula lipatan
tersebut. Lipatkan bahagian
tepi kertas ke bahagian
dalam.

Langkah 3
Lipat hujung bahagian kertas
secara menyerong ke luar
bagi penghasilan lengan
baju.
Ulangi langkah yang sama
untuk kedua-dua hujung
kertas.

Langkah 4
Hujung bawah kertas dilipat
ke belakang (2cm) untuk
menghasilkan kolar baju.

Langkah 5
Bahagian bawah kertas
dimasukkan ke bawah
bahagian kolar baju.

Langkah 6
Hasilkan corak pada
bahagian hadapan origami
baju.

Apresiasi Seni
Murid menceritakan
pengalaman masing-
masing semasa
penghasilan origami baju.
Murid menerangkan fungsi
dan corak pada origami
baju yang dihasilkan.
Guru membuat rumusan
tentang hasil yang telah
dibuat.

RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2005). Mendorong Kreativiti Kanak-kanak. Shah
Alam.
Malindo Printers Sdn. Bhd

Hamidah Sulaiman & Farrah Dina Yusop. (2006). Mendidik Anak Genius. Shah Alam.
Malindo Printers Sdn. Bhd.

Ibrahim Mamat. (1993). Kepimpinan Sekolah: Teori untuk Praktis. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1981). Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Matlamat


Rasional, Bidang Pelajaran dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Md. Nasir Ibrahim dan Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni untuk
Maktab dan Universiti. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.

Nani Menon & Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah. Panduan Kognitif Kanak-kanak
Prasekolah. Kuala Lumpur. Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Noraini Idris & Shuki Osman. (2009). Pengajaran dan Pembelajaran. Teori dan Praktis.
Kuala Lumpur.McGraw-Hill Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai