Anda di halaman 1dari 3

NAMA :

PROGRAM AMALAN KESELMATAN BENGKEL


GOTONG-ROYONG
Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja
bersama-sama. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap
kebersihan sekolah seperti bilik darjah, perpustakaan, makmal, bengkel dan sebagainya melalui
pertandingan 3K. Bengkel diberi keutamaan dari segi kebersihan dan keceriaan untuk
membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan
efektif. Seiring dengan itu, keselamatan dan kesihatan murid yang menggunakan bengkel juga
turut dapat dipelihara.

Objektif:
Mewujudkan iklim bengkel yang kondusif, bersih, indah, selamat dan ceria.
Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama antara pelajar, pendidik dan warga
sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak
dalam program kebersihan sekolah.
Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan,
keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan
aktiviti.

Matlamat:
Mewujudkan satu jalinan kerjasama dalam kalangan murid bagi menjana satu formula
ke arah mempertingkatkan penglibatan serta sumbangan mereka kepada anggota dan
masyarakat umum dalam mencapai kecemerlangan pendidikan yang berterusan,
ketinggian akhlak serta kesepaduan ilmu, iman dan amal.
Melaksanakan pelbagai aktiviti yang positif di dalam melahirkan murid-murid yang
berketerampilan, mapan, berilmu, bertaqwa sebagai persediaan membentuk generasi
pelapis
NAMA :

Melahirkan murid-murid yang mempunyai peribadi mulia dan bermotivasi dengan
memupuk nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah
Menjadikan murid sebagai murid yang berilmu, berdisiplin, berketerampilan dan
berkeyakinan serta mampu memartabatkan nama sekolah

Aktiviti yang dirancangkan:
Membuang perabot dan peralatan sekolah yang sudah tidak boleh dipakai seperti meja,
kerusi, papan tanda dan sebagainya.
Mengelap tingkap dan menanggalkan langsir untuk dibasuh
Mengecat dinding untuk menghilangkan bekas kotoran
Membersihkan dan mengumpulkan peralatan bengkel yang masih elok dan boleh
digunakan

Manfaat:
I. dapat memudahkan kerja yang kita lakukan.
- Dengan membuat kerja secara gotong-royong, kerja yang kita lakukan akan lebih
senang.
II. dapat menjimatkan masa dan tenaga.
- Kerja yang dilakukan akan mengambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara
gotong-royong. Apabila kerja yang kita lakukan cepat siap, secara tidak langsung
kita dapat menjimatkan masa dan tenaga.
III. membolehkan kita menjimatkan belanja.
- Dalam sesetengah keadaan, kita boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga lima
puluh peratus.
IV. dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita.
- Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat
yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti
gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak ansur dan kerajinan. Selain itu, amalan
bergotong-royong juga dapat memupuk sikap berjimat cermat dalam masyarakat.
V. dapat mewujudkan perpaduan kaum.
- Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong
NAMA :

perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung.
Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita
akan terus aman dan maju.

Anda mungkin juga menyukai