Anda di halaman 1dari 3

IBU BAPA - SOALAN AUDIENCE KEPADA AHLI PANEL

Sebagai ibu bapa, saya dapati bahawa matapelajaran Sains dan Matematik memang
sangat sukar untuk dikuasai oleh anak-anak. Matapelajaran matematik tambahan,Fizik dan
Kimia contohnya amat susah dan anak-anak sukar mendapat markah yang cemerlang. Ini
menyebabkan anak-anak hilang minat untuk belajar.

1. Pada pandangan Prof sebagai Pengerusi PIBG sekolah, apakah faktor yang
menyebabkan anak-anak tidak minat untuk belajar matapelajaran STEM?

- Terpenaruh dengan pendapat umum bahawa matapelajaran ini susah


- Kemahiran berfikir anak-anak tidak dibangunkan
- Kurang motivasi dan galakan daripada ibu bapa
- Ibu bapa dan guru-guru kurang memberi pendedahan kepada anak-anak tentang
perkembangan teknologi masa kini
- Teknik pengajaran guru yang tidak menarik dan kurang berkesan

SOALAN MODERATOR KEPADA AHLI PANEL

PUSINGAN 1

"Anak umpama sehelai kain putih,ibu bapalah yang mencorakkannya".Pepatah ini


menjelaskan bahawa ibu bapa berperanan untuk menentukan kejayaan anak dan membentuk
akhlak anak-anak. Namun dalam menentukan bidang pembelajaran, majoriti ibu bapa tidak
mampu untuk menggalakkan anak-anak untuk memilih bidang STEM.

1) Apakah peranan ibu bapa yang perlu diberi fokus untuk membantu mengubah persepsi
dan menarik minat anak-anak terhadap bidang STEM?
- Ibu bapa perlu menjelaskan kepada anak-anak bahawa bidang STEM akan
membantu kerjaya masa depan mereka
- ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dalam pilihan kerjaya anak-anak
supaya masa depan adalah cerah
- perlu berbincang tentang minat dan cita-cita anak.Ibu bapa juga perlu memberi
kata-kata semangat dan motivasi seperti "genggam bara api biar sampai jadi arang"
dan "di mana ada kemahuan,di situ ada jalan"
- .Ibu bapa juga perlu sentiasa memberi keyakinan kepada anak-anak.
PUSINGAN 2

Dari pandangan global, pihak kerajaan menjadi tunjang masyarakat dalam menghapuskan
jurang perbezaan diantara pelajar dalam aliran sains dan sastera. Kerajaan telah
menggerakkan Kementerian Pelajaran untuk mewujudkan dan mengimplementasikan
pelbagai program-program bagi membantu pelajar –pelajar dalam memilih bidang sains dan
matematik namun masih lagi kurang berjaya dimantapkan.

2) Apakah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti
untuk membantu pihak sekolah memantapkan pendidikan STEM di sekolah?

- perlu memberi pendedahan awal tentang alam pekerjaan sejak di bangku sekolah.
- membantu sekolah mengadakan "Minggu Kerjaya" dan memaparkan sebuah
kerjaya yang terdapat di negara kita.
- Pelajar dapat mengenali pekerjaan yang ingin mereka menceburi dan dapat
membuat keputusan seterusnya
- ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah
serta bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang kemampun anak-anak
untuk belajar matapelajaran STEM.
- Untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu
bapa perlulah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah
PUSINGAN 3

Perubahan persekitaran pendidikan semasa menuntut pelibatan ibu bapa, komuniti malah
pihak swasta yang lebih aktif. Ekosistem pembelajaran di abad ke-21 telah mengubah konsep
pendidikan berasaskan sistem sekolah kepada sistem pembelajaran (learning system) yang
lebih luas cakupannya. Dalam ekosistem pembelajaran terkini, pembelajaran boleh berlaku
dimana-mana dan pada bila-bila masa.

“kajian yang dijalankan oleh Centre for Social Organisation of Schools di Amerika Syarikat
mendapati sekolah yang melibatkan kumpulan komuniti menikmati manfaat termasuk
penurunan kadar ponteng sekolah, kadar menyiapkan kerja sekolah yang lebih tinggi, dan
pencapaian gred yang lebih baik dalam kalangan murid.”

3) Bagaimanakah Sarana Ibu Bapa berperanan menarik agensi-agensi luar untuk


bekerjasama dengan sekolah bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan
bidang STEM?

- agensi-agensi dari dalam dan luar negara berkerjasama bagi memberi bantuan
yang lebih efektif untuk pelajar –pelajar
- melalui media massa, media elektronik dan media cetak isu pembelajaran bidang
STEM ini perlu giat di utarakan dalam bentuk yang menarik perhatian pelajar.
- Melalui pelbagai pertubuhan, laman-laman web dan buku-buku membantu anak-
anak kita boleh memperolehi maklumat yang pelbagai tentang pembelajaran STEM
- Pertubuhan dan agensi luar juga boleh menawarkan aktiviti rekreasi berfokuskan
STEM selepas sekolah untuk kanak-kanak

Anda mungkin juga menyukai