Anda di halaman 1dari 6

Panduan Guru: 12 Pendekatan Memotivasikan Pelajar

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D


PERHATIAN: Hakcipta dituntut oleh MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd. Anda tidak boleh mencetak atau mengedar bahan-bahan dari laman-map ini sebelum terlebih dahulu mendapat kebenaran dari kami. Bahan-bahan ini adalah untuk tatapan anda sebagai satu sumber ilmu pengetahuan. Sebarang pertanyaan atau permohonan untuk mendapat kebenaran boleh dibuat melalui emel.

1.

Penerangan Yang Jelas. Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Guru sepatutnya memberikan sedikit masa untuk menjelaskan perkara berikut: a. b. c. d. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting? Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan? Memastikan pengetahuan asas mereka mantap. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.

2.

Ganjaran. Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini dilain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian, dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yang diberikan. Berikan insentif agar pelajar berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman pelajar.

3.

Tetapkan Matlamat. Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk setiap mata pelajaran yang diambil. Ikuti perkembangan pelajar dan pastikan setiap pelajar mampu merealisasikan matlamat masing-masing. Ambil Berat. Pelajar akan memberikan tindakbalas yang positif terhadap guru yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik dari menghukum. Ada ketikanya guru perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan, dan lain-lain sebagai suatu teladan untuk pelajar. Dengan cara ini wujud kemesraan antara guru dan pelajar. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggung jawab. Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan. Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa

4.

perancangan mereka? Sejauh mana progres mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya. Pelajar tidak prihatin sejauh mana anda tahu sehinggalah mereka tahu sejauh mana anda prihatin terhadap mereka. Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar secara personal untuk membuktikan yang mereka benar-benar ambil berat tentang mereka. Malah usahakanlah untuk dari semasa ke semasa mengatur sessi perbincangan personal ini dengan semua pelajar. 5. Penglibatan Pelajar. Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Berdiri di depan kelas dan memberi syarahan untuk memotivasikan mereka lambat laun tidak akan meninggalkan sebarang kesan. Rangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan saling membantu. Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti mencari bahan rujukan, mencari biografi orang tertentu, menyusun atur bilik darjah mengangkat buku dan sebagainya. Penuhi Keperluan Pelajar. Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan, atau satu dari beberapa aktiviti untuk mereka terlibat, memberikan mereka kuasa memilih. Adakan juga aktiviti pembelajaran yang mereka rasa seronok kerana bebas menyumbang sebarang ide. Lebihkan Pembelajaran Visual. Berikan penerangan dalam bentuk yang visual agar pelajar mampu memahami dan mengingati dengan lebih berkesan. Gunakan bahasa visual, gambar, lakaran. Graf, carta, imej 3D dan sebagainya. Berikan gambaran jelas dengan peta konsep agar pelajar tahu apa kandungan penting sesuatu bab dan dapat melihat kaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam bab tersebut. Ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap satu-satu topik baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan pemahaman mereka. Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan motivasi. Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Pelajar akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat pelajar terhadap apa yang mahu anda sampaikan. Sebagai guru, hakikat siapa anda tidak penting yang penting ialah siapa mereka 10 15 tahun yang akan datang. Setiap pendekatan emosi yang diambil sama ada marah, menghiburkan, tegas dan sebagainya tidak lain hanya sekadar lakunan yang tujuannya untuk membentuk dan mendidik. 9. Ajarkan Mereka Strategi Dan Teknik. Ajarkan mereka teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam fikiran pelajar bahawa Belajar Itu Mudah. Pecahkan

6.

7.

8.

sebarang halangan mental terhadap mata pelajaran akibar terpengaruh oleh pendapat orang lain Misalnya ramai pelajar percaya bahawa Kimia itu susah. 10. Terima Pelajar Seadanya. Ramai guru yang berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka semuanya rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup terima kenyataan bahawa tidak semua pelajar begitu. Mereka memandang pelajar yang bermasalah ini dengan sebelah mata. Pelajar ini tidak dipedulikan sebab mereka rasa mereka sukar dibentuk. Disinilan berbezanya antara guru biasa dengan guru cemerlang. Guru cemerlang akan terima pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar ini. Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja maka seorang guru akan merasa puas dengan kariernya. Ramai pelajar gagal kerana guru mereka telah meramalkan kegagalan mereka. Guru mesti sentiasa faham, mengajar bukan sekadar memberikan maklumat dan penerangan semata-mata. Mereka juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi budaya, pemikiran dan tingkah laku. Guru juga perlu berhati-hati dengan ucapan dan pandangan yang dilontarkan kepada pelajar kerana kesannya sangat besar dalam hidup pelajar. Anda hanya ada dua cara untuk membuatkan anda sentiasa diingati oleh pelajar sebagai seorang guru yang disayangi; atau sebagai seorang guru yang paling dibenci. Mana-mana guru yang berada diantara dua kategori ini pasti akan dilupakan. Apa pilihan anda? 11. Berikan Kata Perangsang Cipta beberapa kata jaya yang menjadi perangsang kepada pelajar anda. Ulangi kata-kata ini. Lekatkan kata-kata ini dalam kelas akan ia lazim dalam pemikiran pelajar. Amalkan Prinsip 3F iaitu Firm, Fair dam Friendly atau Tegas, Saksama, dan Mesra.

12.

http://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/umum/memotivasi.htm

Ikut langkah berikut: 1. Buat sesi pembelajaran seberapa pendek yang boleh.. 5 minit tu dah cukup lama.. Tetapi boleh diulang banyak kali. COntohnya 5 minit membaca.. rehat, main, makan.. selepas 30 minit, barulah buat lagi 5 minit.. 2. Tiada sesi pembelajaran berulang.. Setiap sesi pembelajaran mestilah mengajar isi yang berlainan.. Contohnya, kalau anda mengajar anak membaca, pada hari 1 anda ajar 5 perkataan mata, hidung, lidah, pipi, dahi, walaupun anak tak dpat sebut semua perkataan tersbeut, jgn ulang 5 perkataan yang sama pada hari kedua.. Sebaliknya, kekalkan 4 perkataan dan tambah 1 perkataan baru.. Jadi, nampaklah yang ianya berbeza kan.. 3. Jangan paksa anak ulang apa yang kita cakap. Kalau dia nak ulang, ok, tapi jangan paksa seperti anda tunggu sampai dia ulang apa yang anda cakap barulah anda nak beralih kepada isi pelajaran yang berikutnya.

4. Berhentikan sesi pembelajaran sebelum anak minta berhenti atau menunjukkan perasaan bosan. Anda kena buat supaya dia yang teruja dan merayu-rayu kepada anda supaya meneruskan atau menambah masa setiap sesi tetapi jangan ikut apa yang diminta.. Anda boleh kerapkan ulangan sesi dalam sehari (seperti langkah 1) tetapi jangan buat sesi panjang. Sentiasa perhatikan riak wajah anak, dan berhenti sebelum dia bosan. 5. Yang pentingnya anda juga mesti rasa seronok nak mengajar. Kalau anda rasa stress pada hari tersebut, jangan lakukan sesi, stress anda akan berpindah kepada anak. Tetapi kalau anda cikgu, anda tak bolehlah tak nak mengajar, sebaliknya anda kena belajar bagaimana nak menangani stress anda jangan sampai ianya berjangkit kepada anak murid. Itulah 5 langkah nak buat sesi pembelajaran lebih menarik. Untuk ringkasan: 1. Setiap sesi ringkas dan padat. 2. Setiap sesi mestilah unik dan tidak berulang. 3. Jangan paksa anak ulang isi pelajaran. 4. Berhenti sebelum anak rasa bosan. 5. Anda dan anak mesti sama-sama rasa seronok. Yang pentingnya, sewaktu mengajar, jangan fokuskan kepada hasil pembelajaran sebaliknya fokuskan kepada kegembiraan dan juga peluang untuk anda membina hubungan yang lebih rapat dengan anak. Bagi cikgu pula, anda boleh fokuskan kepada peluang untuk mengenali anak murid dengan lebih baik. InsyaAllah, di luar kesedaran hasil pembelajaran akan dapat dicapai..

http://www.cikguazleen.com/activities-play-learn/2011/bagaimana-nak-buat-sesi-pembelajaran-lebihmenarik.html

Berikut adalah beberapa tips:1. 2. 3. 4. Sebelum memulakan kelas, apa kata hiaskan suasana kelas mengikut tajuk tersebut. Contohnya, gantungkan poster-poster besar Bapa Kemerdekaan kita bila mengajar tentang sejarah kemerdekaan. Sediakan sesuatu yang menarik berkenaan sesuatu topik yang mampu dibawa balik oleh pelajar ke rumah. Contohnya warnakan lukisan, penyelesaian cerita misteri dan lain-lain. Kalau boleh, dapatkan DVD atau CD yang berkaitan dengan tajuk atau topik yang hendak diajar. Gunakan teknologi audio dan video kerana ianya memang terbukti menarik. Tetapkan satu masa, contohnya setiap hari Khamis, di mana pelajar-pelajar akan bergerak secara berkumpulan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Contohnya penyelesaian masalah, karangan, lakonan drama pendek dan sebagainya yang ada kena mengena dengan topik pelajaran. Ini dapat membantu pelajar ingat apa yang dibelajar. 5. Kita mungkin boleh menjemput seseorang dari luar sekolah untuk memberi sedikit penerangan yang berkaitan dengan topik yang diajar. Gunakan maklumat latar belakang ibubapa pelajar dan PIBG untuk mendapatkan penglibatan ibubapa. Ini juga akan membantu pelajar mengingati apa yang dipelajari. Bincang dengan guru-guru kelas lain. Mungkin mereka juga berminat untuk sama-sama turut serta atau membantu menjayakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan.

6.

7. 8. 9.

Selalu ambil kisah tentang acara tempatan yang berlaku di sekeliling sekolah kita. Contonhya, anda mungkin sedang mengajar mengenai haiwan dan kebetulan pihak Zoo sedang mengadakan hari masuk percuma. Selalu juga perhatikan jualan murah yang mungkin dapat membantu kita membeli peralatan pembelajaran yang berkaitan dengan topik pada kadar yang murah. Beritahu atau berkomunikasi dengan ibubapa atau guru bagaimana anda boleh gunakan sumber atau input

dari mereka. 10. Lawati forum online atau lama sosial yang dapat membantu kita bertukar-tukar fikiran untuk kebaikan bersama.

http://semuhsin.net/berita-pibg/210-tips-menarik-minat-pelajar-belajar

Guna cara kreatif tarik minat pelajar


2011/06/25 SEBAGAI ahli akademik, saya melihat transformasi pendidikan negara sebagai satu daripada agenda kerajaan yang baik untuk memastikan sistem pendidikan di Malaysia tidak ketinggalan zaman dan sentiasa berkembang ke arah yang lebih baik di samping melahirkan modal insan berprestasi tinggi. Persoalannya, bagaimana untuk mengubah sikap pelajar yang menjadi satu daripada penggerak utama bidang pendidikan? Kebiasaannya guru menggunakan pendekatan yang paling mudah untuk meminta pelajar mengubah sikap mereka iaitu dengan cara menasihati mereka. Contohnya, guru menasihati pelajar yang tidak meminati mata pelajaran Matematik dengan memberitahu mereka mengenai kepentingan Matematik dalam kehidupan seharian. Cara begini memang mudah dipraktikkan tetapi kurang berkesan untuk mengubah sikap pelajar. Kajian menunjukkan pelajar hanya mengingati 20 peratus daripada apa yang mereka dengar. Memarahi atau mengenakan hukuman ke atas pelajar juga bukan cara mengubah sikap pelajar yang baik. Malah, merotan dengan teknik yang tidak betul boleh mendatangkan tekanan fizikal dan mental kepada pelajar. Selain itu, terdapat juga sebilangan guru yang menunjukkan tayangan video atau melakukan demonstrasi bagaimana menggunakan bahan bantu belajar di hadapan bilik darjah yang bertujuan untuk mengubah sikap pelajar. Contohnya, untuk memupuk sikap positif pelajar terhadap mata pelajaran Matematik, guru menayangkan video yang menerangkan sesuatu konsep Matematik ataupun guru menjalankan eksperimen Matematik di hadapan bilik darjah. Pendekatan sebegini juga kurang sesuai untuk mengubah sikap pelajar kerana kajian menunjukkan pelajar mengingati hanya 50 peratus daripada apa yang mereka dengar dan lihat. Cara yang paling berkesan untuk mengubah sikap pelajar ialah memberi pelajar pengalaman

yang membawa perubahan kepada sikap mereka. Contohnya, untuk mengubah pelajar menjadi seorang yang berjimat cermat ialah membawa sendiri mereka ke rumah anak yatim atau pusat jagaan orang tua untuk merasai sendiri bagaimana susahnya kehidupan golongan itu. Begitu juga cara mengubah sikap pelajar yang mempunyai sikap negatif terhadap subjek Matematik. Pelajar seharusnya diberi peluang untuk meneroka sendiri sesuatu konsep Matematik dan bukannya disuap dengan fakta Matematik. Banyak strategi yang dapat menggalakkan pembabitan aktif pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Malah dalam era teknologi pada hari ini, banyak bahan bantu mengajar yang dapat digunakan oleh pelajar untuk membantu pembelajaran mereka. Kajian turut menunjukkan bahawa pelajar mengingati 90 peratus daripada apa yang mereka cakap dan buat. ABDUL HALIM ABDULLAH, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gunacarakreatiftarikminatpelajar/Article/print_html

Anda mungkin juga menyukai