Anda di halaman 1dari 9

PERANAN GURU DALAM MEMOTIVASIKAN PELAJAR

1. Penerangan Yang Jelas


=
Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan
kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Guru sepatutnya memberikan
sedikit masa untuk menjelaskan perkara berikut : a. Kenapa tugasan yang diberikan itu
penting? b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan? c. Memastikan pengetahuan
asas mereka mantap. d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.
2. Ganjaran
Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara
luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan
pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini di lain masa. Pelbagai
bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan dari tugas harian
dan sebagainya.
3. Tetapkan Matlamat
Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk setiap mata pelajaran yang
diambil. Ikuti perkembangan pelajar dan pastikan setiap pelajar mampu merealisasikan
matlamat masing-masing.
4. Ambil Berat
Pelajar akan memberikan tindakbalas yang positif terhadap guru yang ambil berat tentang
diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik dari menghukum. Ada ketikanya
guru perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka
lakukan, dan lain-lain sebagai suatu teladan untuk pelajar. Ini penting untuk mewujudkan
jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggungjawab. Sekiranya mereka
melakukan kesilapan, pastikan mereka faham semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi
jelaskan kepada pelajar iaitu manusia yang berjaya ialah yang belajar dari kesilapan.
Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana progress
mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya. Pelajar tidak
prihatin sejauh mana anda tahu sehinggalah mereka tahu sejauh mana anda prihatin
terhadap mereka. Ada ketikanya guru perlu bertemu pelajar pelajar secara personal
untuk membuktikan yang mereka benar-benar ambil berat tentang mereka. Malah
usahakanlah dari semasa ke semasa mengatur sesi perbincangan personal ini dengan
semua pelajar.
5. Penglibatan Pelajar
Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Berdiri
di depan kelas dan memberi syarahan untuk memotivasikan mereka lambat laun tidak
akan meninggalkan sebarang kesan. Rangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti
perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan

saling membantu. Pelajar akan lebih bermotivasi apabila mereka berasa diri mereka
penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja guru seperti
mencari biografi orang tertentu, menyusun atur bilik darjah, mengangkat buku dan
sebagainya.
6. Penuhi Keperluan
Pelajar Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang,
kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya memberikan peluang pelajar
memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan, atau satu daripada beberapa aktiviti
untuk mereka terlibat, memberikan mereka kuasa memilih. Adakan juga aktiviti
pembelajaran yang mereka rasa seronok kerana bebas menyumbang sebarang idea.
7. Lebihkan Pembelajaran Visual
Berikan penerangan dalam bentuk visual agar pelajar mampu memahami dan mengingati
dengan lebih berkesan. Gunakan bahasa visual, gambar, lakarann, graf, carta, imej 3D
dan sebagainya. Berikan gambaran jelas dengan peta konsep agar pelajar tahu apa
kandungan penting sesuatu bab dan dapat melihat kaitan antara satu bahagian dengan
bahagian yang lain dalam bab tersebut. Ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas
terhadap satu-satu topic baru dan seterusnya menimbulkan minat dan meningkatkan
pemahaman mereka.
8. Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan motivasi
Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman
seseorang. Pelajar akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai
dengan pendekatan emosi. Pelajar akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsureunsur kepelbagaian emosi kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk
mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat pelajar terhadap
apa yang mahu anda sampaikan. Sebagai guru, hakikat siapa anda tidak penting. Yang
penting ialah siapa mereka 10-15 tahun yang akan datang.
9. Ajarkan Mereka Strategi dan Teknik
Ajarkan mereka teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca,
kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam fikiran pelajar bahawa Belajar Itu
Mudah. Pecahkan sebarang halangan mental terhadap mata pelajaran akibat terpengaruh
oleh pendapat orang lain. Misalnya ramai pelajar percaya bahawa Matematik itu susah.
10. Terima Pelajar Seadanya
Ramai guru yang berkata bahawa mereka lebih suka sekiranya pelajar mereka semuanya
rajin, pandai, gigih, tekun dan berdisiplin. Mereka tidak sanggup terima kenyataan
bahawa tidak semua pelajar begitu. Mereka memandang pelajar yang bermasalah ini
dengan sebelah mata. Pelajar ini tidak dipedulikan sebab mereka rasa pelajar ini sukar

dibentuk. Di snilah berbezanya antara guru biasa dengan guru cemerlang. Guru
cemerlang akan terima pelajar seadanya dan menjangkakan kejayaan untuk setiap pelajar
ini. Hanya dengan memberikan yang terbaik sahaja maka seorang guru akan berasa puas
dengan kariernya. Ramai pelajar gagal kerana guru telah meramalkan kegagalan mereka.
Guru mesti sentiasa faham, mengajar bukan sekadar memberikan maklumat dan
penerangan semata-mata. Mereka juga perlu mempengaruhi pelajar dari segi budaya,
pemikiran dan tingkahlaku. Guru juga perlu berhati-hati dengan ucapan dan pandangan
yang dilontarkan kepada pelajar kerana kesannya sangat besar dalam hidup pelajar. Anda
hanya ada dua cara untuk membuatkan anda sentiasa diingati oleh pelajar sebagai
seorang guru yang disayangi ; atau sebagai seorang guru yang dibenci. Mana-mana guru
yang berada di antara dua kategori ini akan dilupakan. Apa pilihan anda?
11. Berikan Kata Perangsang
Cipta beberapa kata jaya yang menjadi perangsang kepada pelajar anda. Ulangi kata-kata
ini. Lekatkan kata-kata ini dalam kelas supaya ia lazim dalam pemikiran pelajar.
Contohnya : Doing the best at this moment puts you in the best place for the next
moment Nobody plan to fail but many fail to plan. So, lets plan our work and work our
plan Problems and difficulties give us the chance to become stronger and better
and tougher.
12. Amalkan Prinsip 3F
Iaitu Firm, Fair dan Friendly Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

BURRHUS FREDERIC SKINNER

(1904-1990)
Cara-cara Bagaimana Guru-guru Dapat Meningkatkan Motivasi Murid-murid.
Guru-guru mencipta suasana pendidikan yang memberikan motivasi terhadap
murid-murid secara konsisten untuk mencapai kejayaan akademik. Antara situasi
pendidikan yang perlu diberi penekanan oleh para guru ialah;
(i)

Aktiviti Pembelajaran
Antara aktiviti

pembelajaran

yang

boleh memotivasikan murid-murid ialah

memastikan penglibatan aktif dalam semua aktiviti pembelajaran sama ada di dalam
mahupun di luar bilik darjah. Penglibatan ini akan melahirkan perasaan ingin tahu yang
merupakan naluri semulajadi kanak-kanak.
Selain itu, guru-guru mesti meningkatkan motivasi intrinstik murid-murid menerusi
aktiviti-aktiviti

penerokaan

dan

penemuan

penyelidikan.

Mereka

juga

boleh

menggunakan strategi pembelajaran seperti kuiz, pertandingan dan ujian ringkas.


(ii)

Matlamat Pembelajaran
Guru-guru perlu memberikan tugasan yang bersesuaian dengan kemampuan tahap
murid-murid agar matlamat pembelajaran para guru boleh tercapai. Murid-murid akan
berusaha mencapai matlamat pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru. Sekiranya
mereka berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru, mereka akan
mempunyai motivasi yang tinggi untuk menyelesaikan tugasan guru yang seterusnya.
Selain

daripada

mempelbagaikan

strategi

pembelajaran

berasaskan

kuiz,

permainan, lakonan dan sebagainya, para guru juga boleh menggunakan internet dan
komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi pembelajaran ini
akan dapat menarik perhatian untuk melengkapkan tugasan mereka secara talian.
Persekitaran Pengajaran Dan Pembelajaran

Persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk murid-murid


dapat meningkatkan motivasi murid-murid. Guru yakin dengan menggunakan motivasi
intrinsik dan motivasi ekstrinsik dapat meningkatkan pencapaian murid-murid. Teknikteknik motivasi yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran, dapat meningkatkan
penglibatan dan penyertaan anak murid di dalam bilik darjah. Lantas, dapat
menyerlahkan potensi yang tersembunyi pada diri mereka dan dapat meningkatkan
pencapaian akademik.
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dengan guru-guru yang sering
mengambil berat serta guru-guru yang menghiburkan dapat menarik minat murid-murid
untuk mengikut proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu membina
kepercayaan dan ikatan dengan murid-murid. Untuk mencapainya para guru mesti
mempunyai

komunikasi

yang

positif.

Misalnya,

memberikan

senyuman

dan

mengangguk kepala apabila berinteraksi dengan guru.


Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif
Pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya anak murid dipecahkan dalam
kumpulan-kumpulan yang kecil. Mereka dengan mudah mengingati dan memahami
bahan pembelajaran yang diberikan oleh guru. Pembelajaran seperti ini dikenali
sebagai pembelajaran koperatif. Hasil pembelajaran akan memberikan manfaat kepada
mereka sama ada secara individu ataupun kumpulan.
Manakala pembelajaran kolaboratif pula murid-murid akan bekerjasama dalam
kumpulan-kumpulan kecil ini untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan serta saling
bantu-membantu antara satu sama lain. Kedua-dua teknik pembelajaran ini dapat
meningkatkan motivasi terhadap anak murid untuk mencapai kecemerlangan akademik.
Kerjasama dalam kalangan kumpulan akan mencetus satu dorongan dan motivasi
terutamanya kepada murid-murid yang mempunyai pencapaian yang rendah untuk
terus meningkatkan prestasi mereka.

Peneguhan Positif dan Negatif


Peneguhan positif dan negatif dapat memotivasikan murid-murid serta dapat
membantu para guru mendisiplin mereka supaya proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lancar.
Guru-guru perlu bijak menggunakan kedua-dua peneguhan ini seperti mana
yang disarankan oleh Teori Peneguhan Skinner. Peneguhan ini digunakan bertujuan
sama ada untuk meningkatkan prestasi akademik mereka ataupun untuk mengawal
tingkah laku mereka.
Peneguhan positif bertujuan untuk memberikan galakan kepada murid-murid
untuk mencapai matlamat dan hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh para guru.
Manakala peneguhan negatif pula untuk mengelakkan gangguan tingkah laku murid
yang boleh menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Namun, guru-guru perlu bersikap adil dalam memberikan peneguhan kepada
murid. Justeru, perancangan perlu dibuat bagi memastikan peneguhan positif dan
negatif khusus bagi setiap tingkah laku berpatutan dengan setiap tingkah laku mereka
kerana akan memberikan implikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
IMPLIKASI MOTIVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Motivasi

mempunyai

beberapa

kesan

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran, terutamanya sebelum, sewaktu dan selepas proses berkenaan. Guruguru perlu mengenalpasti secara sistematik bagaimana pengajaran dan aktiviti-aktiviti
yang boleh memotivasikan murid-murid.
Sebelum Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru perlu membuat


rancangan mengajar dan alat-alat bantuan pengajaran berkaitan yang akan digunakan.
Selain itu, guru-guru juga merancang bagaimana untuk menimbulkan rasa minat muridmurid sepanjang pelajaran selepas tamat pengajaran. Selain penerapan motivasi
ekstrinsik seperti pelekat bintang dalam carta kemajuan kelas perlu juga menerapkan
motivasi intrinsik.
Guru-guru juga boleh menimbulkan minat dalam kalangan murid mengenai topik
yang diajar seperti mengarahkan perhatian mereka membaca bahan yang relevan,
memasang poster dan gambar rajah berkaitan di dinding bilik darjah atau membawa
barang-barang

untuk

dipamerkan.

Untuk

menggalakkan

dan

memotivasikan

menggunakan kemahiran teknologi maklumat (ICT), maka guru-guru perlu menyusun


penggunaan makmal agar memastikan kesemua murid dapat menggunakan komputer.
Penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti kecil seperti mengumpulkan bahanbahan keratan-keratan akhbar atau membawa barang dari rumah, secara tidak
langsung dapat memupuk rasa tanggungjawab serta minat dalam kalangan mereka.
Sebelum memulakan sesi pelajaran, guru-guru boleh menimbulkan rasa minat dalam
kalangan murid-murid mengenai topik yang ingin dipelajari. Contohnya, guru boleh
menggunakan set induksi yang menarik seperti membawa arnab ke dalam bilik darjah
semasa mengajar mata pelajaran Sains.
Bagi mendorong minat terhadap pelajaran, guru-guru boleh mengemukakan
soalan-soalan

yang

mencabar

serta

mengkehendaki

mereka

meneroka

dan

mengetahui sendiri mengenai sesuatu topik tersebut. Apabila timbulnya minat, mereka
akan mempunyai motivasi intrinsik untuk mengikuti langkah pengajaran yang
berikutnya.
Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru boleh menggunakan


pelbagai pendekatan bagi memperkenalkan sesuatu topik dengan melibatkan
penglibatan murid-murid samada dalam perbincangan atau aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian dengan topik. Penghargaan dari guru amat penting kerana akan dapat
memotivasikan mereka mengikuti pelajaran di bilik darjah. Contohnya, guru sering
melakukan aktiviti yang berkaitan dengan kata-kata lisan seperti kerja yang cemerlang,
kerja awak ini kemas ataupun isyarat tubuh badan seperti anggukan atau senyuman.
Bagi murid-murid yang mempunyai motivasi intrinsik yang rendah, guru-guru
boleh memberikan ganjaran kecil seperti gula-gula, bintang pada carta yang membawa
rasa pencapaian dan penghargaan yang bagus. Walaupun ganjaran yang diberikan
oleh guru berperanan sebagai motivasi ekstrinsik tetapi juga boleh menghasilkan
motivasi intrinsik pada sesetengah murid.
Guru-guru mesti mengelak daripada mengkritik murid-murid semasa pelajaran
berlangsung. Mereka perlu mendapatkan kepercayaan dan penghormatan serta mudah
didekati oleh para murid. Selain itu, suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
guru yang mempunyai komunikasi yang berkesan dapat memotivasikan murid-muridnya
mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik.
Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Selepas tamat sesi pelajaran, murid-murid diberikan waktu untuk membuat
refleksi dan dicatatkan di dalam buku catatan mereka. Proses ini dapat membantu
murid-murid menilai kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada diri mereka supaya
guru dapat memberikan pertolongan yang khusus. Penilaian guru boleh dibuat melalui
kerja rumah atau secara lisan di penghujung pengajaran, guru-guru boleh memberikan
kata-kata perangsang terhadap pencapaian matlamat pembelajaran mereka. Maklum
balas ini akan membina dan memotivasikan murid-murid.
Guru-guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti lanjutan selepas proses pengajaran
dan pembelajaran seperti kuiz-kuiz dalam talian yang membolehkan murid-murid

menjawab kuiz pada waktu lapang. Sebagai guru yang prihatin, perhatian yang
sepenuhnya perlu diberikan kepada pelajar yang kurang cerdas dengan menyediakan
latihan tambahan untuk mencapai hasil pembelajaran.
Sikap prihatin juga perlu diberikan kepada murid-murid yang tidak mempunyai
keperluan asas yang mencukupi seperti mereka yang pergi ke sekolah tanpa buku dan
alatan tulis atau tidak mempunyai makanan yang sihat di rumah. Justeru, guru-guru
perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk membantu murid-murid terbabit.
Contohnya, memasukkan mereka dalam skim makanan tambahan, bekalkan buku dan
alat tulis serta menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid agar tidak menghina
murid yang miskin.
Implikasi

penggunaan

teknik-teknik

motivasi

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran dapat meningkatkan penglibatan dan pencapaian akademik murid-murid.


Justeru,

guru

mesti

mempercayai

bahawa

pencapaian

dipertingkatkan melalui motivasi intrinsik dan ekstrinsik.

semua

murid

bolah

Anda mungkin juga menyukai