Anda di halaman 1dari 3

ISU 1 ketidaksamaan akibat kepelbagaian sosiobudaya dari aspek

layanan guru ialah Guru bersikap “double standard”. Kajian yang dijalankan oleh
Prof Dr. Dr. Hardil’s terhadap Diskriminasi Terhadap Kanak-kanak Yang Kurang
Berpelajaran Dari Keluarga Berpendapatan Rendah mendapati kanak-kanak dari
kelas sosial rendah hanya mempunyai 76% peluang untuk memasuki sekolah aliran
akademik sedangkan kanak-kanak dari kelas sosial tinggi mempunyai 96% peluang
untuk dipilih walaupun gred yang sama yang diambil kira. Espektasi guru terhadap
prestasi pelajar berbeza dan kurang realistik. Prof Dr. Stefan Hradil of the
Department of Sociology at the Johannes Gutenberg University Mainz (2008) “…
guru memilih dan menyukai murid berdasarkan kelas sosial walaupun mereka
mempunyai gred yang sama”. Sebagai contoh, guru menganggap

MURID KELAS ATASAN MURID KELAS BAWAHAN

• mempunyai potensi untuk • tidak akan berjaya daan lemah


berjaya dan cemerlang dalam pelajaran

• memiliki kredibiliti untuk • tidak akan mendapat pekerjaan


mempunyai pekerjaan yang yang bagus.
bagus .

• aset untuk meningkatkan • menjejaskan peratusan


peratusan cemerlang sekolah cemerlang sekolah

“…yang menjadi masalah ialah sikap seorang guru di sekolah ini yang pilih kasih
terhadap pelajarnya. Saya perasan guru ini hanya akan beri tumpuan kepada pelajar
yang kaya. Dengan pelajar yang bukan kaya, dia selalu mengatakan kami tidak akan
berjaya dalam kerjaya nanti. Kata-kata guru itu membuatkan saya kecil hati dan
kurang motivasi.”
Kebanyakkan sekolah mengamalkan sistem pengaliran berdasarkan pencapaian
akademik pelajar, pelajar dikelompokkan kepada kelas yang berbeza. Guru yang
mengajar di kelas baik akan menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang
mendalam sementara pelajar kelas akhir menerima pembelajaran berbentuk ala
kadar. Dengan layanan yan berbeza, jarak antara kelompok pelajar tersebut akan
menjadi lebih jauh. Lantaran itu, pelajar kelas akhir akan berasa tidak bermakna
berada di sekolah, dianggap pelajar “bermasalah”, yang akhirnya akan bertingkah
laku sebagaimana yang dijangkakan guru.
PdPR ~ “Contohnya kehadiran murid kelas hadapan adalah 24 orang dari 27 orang
jumlah keseluruhan, tetapi kehadiran kelas belakang dilihat hanya enam dari jumlah
keseluruhan iaitu 19 orang. Murid yang pandai akan ‘selamat’ dan yang lemah akan
terus ketinggalan.
“Kalau di sekolah, guru boleh panggil murid bersemuka dan berikan motivasi, tapi
bila kelas dijalankan secara dalam talian, ia bergantung kepada persediaan murid itu
dari segi peranti, pelan data dan motivasi sendiri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

IMPLIKASI 1 terhadap isu ketidaksamaan akibat kepelbagaian


sosiobudaya dari aspek Layanan Guru ialah guru perlu berubah sikap dan
pandangan terhadap pelajar dan mengelakkan amalan diskriminasi. Tugas guru
adalah unuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan
pengalaman dan keupayaan serta budaya pelajar. Hubungan yang rapat antara guru
dan murid membolehkan murid menggarap sumber-sumber yang penting seperti
sokongan emosi dan perlindungan selain membentuk ekspektasi yang positif dalam
hubungan terutamanya dalam usaha membentuk hubungan dan sosialisasi di ruang
bilik darjah (Birch & Ladd, 1998).

IMPLIKASI 2 terhadap isu ketidaksamaan akibat kepelbagaian sosiobudaya dari


aspek Layanan Guru ialah Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia harus
meningkatkan perkembangan profesional keguruan dengan Mewujudkan dasar serta
program-program berasaskan perpaduan. Sebagai contoh, falsafah pendidikan guru
telah dirangka sebagai garis panduan serta dijadikan pegangan seorang guru.
Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekan aspek budaya sekolah. Budaya
sekolah yang terbuka menggalakkam murid bebas berinterkasi di antara murid
dengan murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra berasa tenteram serta
melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna. Apabila guru
menjadikan falsafah pendidikan guru sebagai pegangan, yakni pemikiran seseorang
guru tidak akan mampu digugat oleh unsur-unsur negatif dari luar termasuklah sikap
pilih kasih.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada
awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke
semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat
akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah
supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka.

RIMUP merupakan program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan


masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang dirancang di sekolah. Program ini
memberi penekanan kepada bidang kokurikulum, sukan dan khidmat masyarakat. Ia
bermatlamat melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, memiliki jiwa dan peribadi
unggul, bersemangat muhibbah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif
dan bersepadu. Melalui program ini, peluang murid yang terdiri daripada pelbagai
kaum tersedia untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Dengan ini, secara
tidak langsung murid dari berlainan kaum dan agama dapat menjalankan aktiviti
yang dirancang oleh pihak sekolah dengan baik dan lancar hasil daripada pergaulan
dan kerjasama antara mereka. Proses perpaduan sebegini turut dapat dipupuk dan
dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam diri mereka. Dengan ini, akan
timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adat resam
sesuatu kaum dengan kaum yang lain.

ISU 2 ketidaksamaan akibat kepelbagaian sosiobudaya dari aspek


layanan guru ialah Guru tidak berprofesional terhadap hubungan antara
guru dan murid. Kelemahan hubungan atau konflik yang terbentuk antara guru
dan murid pula memberi kesan negatif terhadap murid. Birch and Ladd (1997) juga
mendapati bahawa konflik yang terbentuk antara guru dan murid bukan sahaja
memberi kesan ke atas pola penyesuaian murid dalam aktiviti di bilik darjah malah ia
menjejaskan kehadiran murid ke sekolah. Konflik yang berterusan membawa
kepada tingkah laku anti-sosial. Misalnya, Kajian Birch & Ladd (1998) mendapati
bahawa tingkah laku anti-sosial dalam kalangan murid berkait rapat dengan tahap
konflik yang tinggi dan kerenggangan hubungan guru-murid.

Anda mungkin juga menyukai